بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Alumni-FAB

Kata orang, zaman belajar adalah zaman paling indah untuk dikenang. Mungkin betul... semalam, bersamaan cuti Deepavali telah berlangsung satu majlis pemilihan jawatankuasa ALUMNI FAKULTI ALAM BINA di tempat kami belajar dulu. Masing-masing sudah lama tak jumpa, dan bila bersua terbayanglah kisah lama sewaktu mengGILA bersama-sama. Terkenang pahit manis bergelar pelajar yang penuh sulit untuk lulus periksa. terbuka cerita lama sewaktu 'melancong/melencong' ke Langkawi dulu.. Hmmm.... Segalanya indah
Sayang, hanya segelintir rakan seangkatan yang dapat hadir. Maklum, ada di antara kami yang sudah berkeluarga. Ada juga yang telah terbang jauh ke seluruh pelosok negara. Hanya kami yang tinggal beberapa kerat di ibu kota bagi menyerikan majlis..

Buat kalian, saksikan...











34 ulasan:

  1. Seronoknyo jumpa n berkumpol dengan kawan2 semasa di Universiti...di Fakulti tempat saya belajar dulu juga suka adakan reuni macam nih, tapi saya yang tak penah datang karena di adakan di Palembang...

    BalasPadam
  2. memang best & banyak ceritanya...

    Oh.. kamu belajar di universiti di Palembang? saya fikir di Jakarta.

    BalasPadam
  3. awat tak pernah jumpa pung kat UTM....

    huhuhuh

    BalasPadam
  4. sapela gadis jelita 3 org ni...hehhe

    BalasPadam
  5. lepas makan...makan...lepas tu makan lagi..pastu..makan lagi...

    BalasPadam
  6. len macam jer.. "hehehe" dia..

    BalasPadam
  7. a'ah nyer.. makan.. rehat sebentar, makan lagi.. bila kala pemilihannye?

    BalasPadam
  8. singgah... cepatnya... saya baru je sampai tawau malam tadi.. nanti nak upload n donlod gak.. heheh.. TQ.. heheh satu lagi utk pic kat midvalley tu..

    BalasPadam
  9. korang rancak borak aku call x perasan pun.... :(

    BalasPadam
  10. hehehe... FAB UM la.. Biasa la.. ramai yang belum tau kehadiran FAB kat UM... sebenarnya dua2 sama gah.

    BalasPadam
  11. that's why.. sbenarnya kitorang tengah syok dengar cerita Izatt. Hehehe... lawak la dia tue

    BalasPadam
  12. fakulti alam bina...??? curious....
    kira-kira dalam istilah bahasa indonesia apa dia ya?
    perhaps u translate to english first...

    BalasPadam
  13. Dalam istilah Indonesia, tak pasti. Tapi dalam Istilah english, dipanggil Faculty of Built Enviroment. Semuanya tentang dunia pembinaan

    BalasPadam
  14. Fakultas MIPA (matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam) kali kalau di Indonesia, karena mempelajari Lingkungan hidup.

    BalasPadam
  15. its all about real estate la abg fazli... pengetahuan alam pulak ...

    BalasPadam
  16. karim sepertinya bukan MIPA tapi Fakultas TL (teknik Lingkungan)
    adakah seperti ini faz? I quote from wikipedia:

    Bidang teknik lingkungan menerapkan pemikiran dan teknik serta manajemen untuk memelihara dan melindungi kesehatan dan keselamatan manusia, serta lingkungan secara keseluruhan.

    Ruang lingkup bidang ini adalah konservasi sumber daya air, pengelolaan lingkungan, pengelolaan kesehatan lingkungan, upaya pengendalian pencemaran, penyaluran limbah dan buangan, pengendalian pencemaran akibat limbah cair, gas dan lumpur (sludge) dan pengelolaan kualitas perairan, tanah, dan atmosfer, serta pengendalian dan pengelolaan dampak lingkungan.

    just to fulfill my curiousity...

    BalasPadam
  17. bila la pulak aku ckp pasal pengetahuan alam. ??? Aku cakap pasal dunia pembinaan laa... sama la maksudnya denga real estate..

    BalasPadam
  18. bukan yang ini... Bukan. Jauh sama sekali. Alam Bina bermaksud . Alam pemBINAan @ pembangunan @ Hartanah/real estate.

    BalasPadam
  19. peminat2 abg fazli ni yg x paham.. hehehe... abg fazli of course la paham..

    BalasPadam
  20. he he he....maklum lah kan beda negara beda juga sistem pendidikannya

    BalasPadam
  21. Bukan yang itu karim.. Salah sama sekali

    BalasPadam
  22. Alam Bina merangkumi kursus architecture, quantity Surveyor, bullding surveyor, projet management, estate management, town planner, lanscape architech, building services dan apa saja studi yang berkaitan dengan dunia binaan. sebab itu di Malaysia dipanggil Alam Bina @ BUILT Enviroment. Kalau kursus yang Karim sebutkan itu mungkin namanya 'bina ALAM'

    BalasPadam
  23. Oh baru saya paham...Kalau disini sama dengan Teknik Arsitektur atau Teknik Sipil...

    BalasPadam
  24. di Malaysia. Kejuruteraan Awam (Teknik Sipil) tidak digabungkan dibawah Alam Bina. kedua-duanya dianggap disiplin yang berlainan

    BalasPadam