بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





DILEMA BAHASA MELAYU - Antara Keegoan dan Kemandulan Minda

Baru-baru ini, seorang ahli parlimen kerajaan telah mengkritik Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP) sebagai mandul minda kerana gagal memperkasa Bahasa Melayu. Menurut ahli parlimen itu, pengurusan DBP saat ini lebih cenderung meMelayukan istilah Inggeris daripada mencipta/meneroka istilah lain yang sedia ada dalam dialek-dialek rumpun Melayu.

Sambil memberi beberapa contoh, ahli parlimen tersebut menegaskan, cendekiawan DBP zaman dahulu lebih kreatif dan inovatif dalam memperkasa Bahasa Melayu.  Mereka sanggup menjelajah ke ceruk-ceruk terpencil di seluruh pelusuk Nusantara hinggalah beberapa perkataan dari suku-suku Melayu tertentu berjaya disebarluas dan dimartabatkan. 

Beliau menegaskan, beberapa istilah Inggeris yang telah diMelayukan DBP seperti  konsultansi, bajet dan kompleks sebenarnya telah wujud ertinya dalam Bahasa Melayu tapi sengaja mereka gunakan ekoran masalah kemandulan minda yang dihadapi badan itu. Beliau berpendapat,  terasa janggal bila menlafazkan kata 'kekompleksan'  (ke+kompleks+an) sedangkan kata 'kerumitan' telah sedia wujud dan dapat memberikan maksud yang sama.

Kata saya : Sebenarnya kedua-dua pihak DBP dan Kerajaan sama-sama bermasalah. Selama melanggan beberapa majalah terbitan DBP sejak lima tahun lalu, saya secara peribadi melihat DBP bukan sekadar tidak kreatif malah semakin selalu merumitkan keadaan.  Bahasa yang mudah menjadi sukar.  Jarang dicipta istilah baru yang berunsur Melayu.  DBP sebaliknya lebih suka memakai istilah Inggeris yang diMelayukan, DBP juga sering terkongkong dalam hukum bahasa yang mereka cipta.  Mereka kononnya berusaha memperkasa bahasa tapi sebenarnya mereka berfikir dalam bahasa Inggeris. DBP juga seolah-oleh melihat istilah baru yang keluar dari mulut pemerintah sebagai sesuatu yang wajib diikut. Dulu, tidak pernah wujud istilah bajet, glokal dan gurusuper digunakan dalam bahasa Melayu. Sekarang istilah itu dengan mudah mereka terima.

Secara peribadi juga,  saya merasakan tidak semua masalah itu boleh dituding kepada DBP, kerajaan juga sebenarnya turut berperanan menjadikan DBP semakin mandul.  Contoh mudah, lihatlah betapa banyak bahan rujukan berbahasa Inggeris (dan Cina) dalam pasaran Malaysia  saat ini.  Semuanya dibenarkan masuk tanpa kawalan dan tidak diterjemahkan sebagaimana yang seharusnya dilakukan oleh Institut Terjemahan Negara. Kerana itu, istilah-istilah baru yang dicipta DBP sekadar tersimpan dalam kamus. Umum tidak akan tahu kewujudannya.  Mereka telah terlebih mudah mendapatkan bahan berbahasa Inggeris kerana kebanjiran sumber ilmu dalam bahasa itu di negara ini.  Selain itu, keputusan kerajaan untuk mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris juga turut membunuh kreativiti DBP.  Percayalah, selepas ini generasi Malaysia tidak akan kenal apa erti sebatian, kemasan, kebarangkalian dan lain-lain.  

15 ulasan:

  1. T.S Elliot berkata "politik memperkosa bahasa"

    BalasPadam
  2. betul sekali... Saya setuju dengan pandangan T.S Elliot

    BalasPadam
  3. ya la...DBP pun hanya terletak pd. nama je...nothing....tak de peningkatan langsung ....mandul pun ..tak kan la tak leh berubat ke...ikiiikiii

    BalasPadam
  4. dah veteren kot. dah liat untuk berubat.

    BalasPadam
  5. dah veteren kot. dah liat untuk berubat.

    BalasPadam
  6. Banjir Inggris nih...heheheheh
    (mirip dengan kami cuma lebih halus)

    BalasPadam
  7. ya betul. saya juga amat setuju dengan pendapat ini. cayalah Fazli

    BalasPadam
  8. dalam bahasa Indonesia
    bajet = anggaran
    kekompleksan itu tergantung serapan mana...bisa kerumitan, kejlimetan (pengaruh Jawa nih), dan banyak lagi lah

    BalasPadam
  9. politikus2 ni lah yg merosakkan bahasa.. "mengangkasa" .. tikus sangat2

    BalasPadam
  10. sal setuju kata fazli. memang fazli ..sal sendiri kurang mengerti banyak berpolitikkan bahasa sehingga terciptanya sebuah idealogi mereka sendiri pun kadang kadang tak faham. mereka banyak mengunakan dan sekarang sudah munculnya bahasa yang aneh aneh membuat kita tekanan apa yang dimaksudkan sipenulis itu. pernah sal berbincang dengan guru sastera sal di kelas dulu... kemunculan ayat menterai.. sebenarnya kalau disebut dengan menterai yang betul adalah. men-te-ra-i tetapi untuk mengambil mudah terus terima dengan menyebutnya men-te-rai. dan sehingga kini banyak kemunculan ayat ayat yang boleh dikatakan dipolitikkan sehingga ayat yang sebenar sembunyi. teringat kata A samad ismail. untuk menjadi pujangga harus pandai berpujangga dan mengerti apa sebenarnya pujangga. bagi pendapat sal.. untuk menghayati bahasa melayu bermula dengan yang mudah kita faham..barulah kearah peningkatan demi peningkatan...buat analisa dan pandai mengayakannya. kalau bahasa kita yang mudah jadi susah...yang lain lain jadi terus tidak faham.

    dan satu lagi sal nak berkongsi mana perjalanan sal kelas mengajar tuition.. sal ternampak ayat inggeris bertukar ejaan melayu exclusion pada exklusion. anehkan. kalau bahasa melayu mencetak rompak dari bahasa inggeris.. bahasa inggeris buat kemasukkan bahasa melayu.. hmmmmmmmm sekarang fikir siapa tiru siapa hehehe.


    lagi satu faz. kadang kadang malu kalau melayu kita tidak pandai bertutur atau menulis bahasa melayu walaupun yang mudah.. itulah juga termasuk kepada dilema bahasa melayu adalah diantara keegoan dan kemandulan minda..sebenarnya itu yang harus diajukan atas kecacatan orang melayu tidak pandai berbahasa melayu.

    BalasPadam
  11. Bajet Negara dulu kita kenali dengan belanjawan Negara atau untuk saudara di Indonesia anda sebut ini APBDN (ntah betul apa gak susunan huruf ku ini)

    BalasPadam
  12. APBN/APBD artinya Anggaran Pendapatan & Belanja Negara/Anggaran Pendapatan & Belanja Daerah

    BalasPadam
  13. ya kalo di KL dibentangkan sekalian makro dan mikronya sampai harga colok sembahyang Cina dan India pun dibentangkan.....

    BalasPadam
  14. samalah Pak din...macam APBN/APBD di Departemen/Kementerian/Lembaga dan Provinsi/Kabupaten/Kota juga merinci belanja sedetil2nya

    BalasPadam
  15. Sugeng Rawuh ing Indonesia maneh...

    BalasPadam