بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





TUNTUTAN WILAYAH - Siapa bijak?

Pandangan peribadi.

Saat ini, Malaysia dan Singapura sedang dalam proses perbicaraan berhubung tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Putih (Singapura: Pedra Branca). Bagaimana keputusannya? Kita tunggu sehingga ia diputuskan  sebelum bulan Jun tahun depan. Kedua-dua Negara sudah bersetuju menerima sebarang keputusan dan apa yang bakal diputuskan akan mengikat kedua-dua pihak 

Sedikit info, Pulau tersebut terletak sejauh 12.5km diluar pantai Johor dan 64km dari Singapura.  Saat ini, Pulau Batu Putih sedang ‘diperintah’ oleh Singapura kerana mewarisi kawalan yang pernah dilakukan penjajah British sejak 1844.  Malaysia mendakwa, pulau tersebut selamanya menjadi milik kesultanan Johor.  Kerajaan British (Singapura) hanya dibenarkan membina dan menjaga rumah api (marcu suar) saja.

Mungkin sekiranya faktor Pemilikan Efektif diambil kira dalam menentukan siapa pemilik sebenar, saya beranggapan Singapura tidak ada halangan untuk memenanginya. Ini berdasarkan penjagaan mereka sepanjang 150 tahun yang lalu semenjak negara itu dibawah kuasa British lagi. Tuntutun Malaysia bermula selepas peta terbaru Malaysia dikeluarkan pada tahun 1979.

Bagaimanapu faktor sama yang telah memenangkan Malaysia dalam kes tuntutan Pulau Sipadan dan Ligitan mungkin tidak boleh diterima sebagai bukti sahih pemilikan Singapura. Malaysia mendakwa, Singapura hanya diberi kuasa mengawal rumah apa, bukan menguasai kedaulatan pulau tersebut. Pulau Batu Putih bersama beberapa pulau lain telah diserahkan oleh Sultan Johor kepada British untuk pembinaan rumah api sejak 1840-an lagi. Bukti pemilikan Sultan Johor terhadap pulau itu sangat nyata berdasarkan keizinan itu.  

Pada tahun 2002, Pulau Sipadan dan Ligitan disahkan milik Malaysia berdasarkan faktor Pemilikan Efektif setelah kedua-dua bukti pemilikan yang didakwa Malaysia dan Indonesia ditolak mahkamah.  Malaysia mendakwa pulau-pulau tersebut merupakan sebahagian dari wilayah Sabah yang ketika itu berada di bawah kuasa kesultanan Sulu. Sabah kemudiannya dipajakkan oleh Sultan Sulu kepada British. Sementara Indonesia mendakwa pulau-pulau tersebut termasuk dalam wilayah Kesultanan Bulungan yang kini menjadi Provensi Kalimantan Timur, Indonesia. Kedua-dua bukti yang dikemukan Malaysia dan Indonesia tidak jelas dan tidak diterima dalam penentuan kes itu. 

Sementara itu, Malaysia juga terlibat dalam perebutan hakmilik terhadap sebahagian dari Kepulauan Spratly.  Kepulauan yang terdiri dari struktur tanah, terumbu karang dan beting pasir turut dituntut secara keseluruhan oleh China, Vietnam dan Taiwan dan secara sebahagian bersama Filipina. Sementara Brunei mendakwa satu dari terumbu karang di situ termasuk dalam wilayahnya. Bagaimanapun Brunei tidak membuat tuntutan secara rasmi.

Ketika ini, kesemua negara yang menuntut sedang berusaha mengukuhkan bukti pemilikan masing-masing mengikut cara yang dirasakan paling efektif. Antaranya seperti membina rumah api, membina kem tentera atau meletakkan beberapa orang tentera dan membina jeti pendaratan ikan. Malaysia bagaimanapun turut membina resort dan menjadikan beberapa struktur yang telah diduduki sebagai kawasan pelancongan. 


Nampaknya masing-masing negara punya cara. Entah cara mana yang lebih efektif dan paling berkesan.

23 ulasan:

  1. Biar Pemerintah masing2 & Mahkamah Internasional yang memutuskan...Tak nak ikut comment karena saya bukan ahli pemetaan & memahami sejarah pulau yg disengketakan.

    BalasPadam
  2. begitulah yang sepatutnya... kita hanya mampu mengulas mengikut pandangan peribadi semata-mata.

    BalasPadam
  3. rebut tanpa ribut takpe... buat masa ini, belum pernah kejadian buruk dilakukan baik oleh Malaysia ataupun Singapura atau pun negara-negara lain seperti China, Vietnam dan Filipina yang sama-sama berebut wilayah dengan Malaysia.

    Pindaan ke-2

    BalasPadam
  4. Fazly...letih nak ribut2 terus sepanjang masa...tapi tak usah juga nak pancing2 keributan tuh...tak ada gunanya

    BalasPadam
  5. semasa tugas di JB saya memancing sampai ke pulai ini. Hanya batu-batuan/terumbu karang sebesar 2 tennis court...tak tau apa kepentingannya, lokasinya yg strategik itu mungkin....

    BalasPadam
  6. ini bukan provokasi... Saya cuma mahu menerangkan apa yang berlaku di Malaysia khususnya Johor ketika ini.

    BalasPadam
  7. Strategik untuk ketenteraan sudah tentu. Galian yang mungkin ada disana juga harus diambil kira.

    BalasPadam
  8. ya betul tu.. rebut cara sihat. :)

    BalasPadam
  9. Terserahlah berpulang pada diri kamu, saya keluar dari forum diskusi karena tak nak dengarkan kes2 seperti ini lagi, letih dan merusak hati saja...Perkara macam nih pasti menimbulkan keributan, saling celah, mencaci, menghina dan kesalahfahaman saja, karena diri pribadi merasa yang paling benar dan menunjukan keegoannya. Maafkan saya Fazly, saya cuma memberikan nasehat sebagai teman tanpa maksud mengurui, berpulang ke diri kamu sendiri nak terima atau tak nak...Tapi saya tegaskan selama ini saya tak pernah sedikitpun menyinggung keributan antar dua bangsa baik dalam Blog ataupun komentar dalam tulisan...Karena menurut saya tak ada manfaatnya

    Wassalam

    BalasPadam
  10. Oke. saya akan sedaya upaya mengawal ruangan ini agar perbincangan berlangsung sihat. InsyaAllah.

    BalasPadam
  11. siapa hakim international court? kalo dah tau, pandai2 la..

    BalasPadam
  12. jangan risau karimsh.. kami masih waras lagi. untuk menimbulkan keributan dan caci mencaci bukan cara kami menangani masalah.. betul tak tuan rumah :)

    BalasPadam
  13. Capek dach dengar begini2 terus...

    BalasPadam
  14. ganti topik dong....
    life's too short to live like this...

    BalasPadam
  15. Karim, Bambang & Sriandalas

    topik ini bukan pentas bertikam lidah. Kalau kamu baca satu persatu idea saya, kamu akan faham. ini tidak lebih dari sekadar berita dari Malaysia.

    BalasPadam
  16. di simpang renggam ada pawagam tak? ada warung makan apa yang enak siott makanannya kat situ...terus...kira-kira jajanan pasarnya macam apa aja....
    hehehe...fazli cerita pasal ini lebih menarik larrr....
    tak pening kapala dan bikin orang pengin datang kan...

    BalasPadam
  17. hmm... seandainya dulu tak ada penjajahan Inggris dan Belanda, pastilah Indonesia-Malaysia-Singapura adalah satu negara karena memang itulah yang disebut sebagai Nusantara...

    **sedih

    BalasPadam