بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Himpunan Mutiara Kata

Saya temukan himpunan mutiara kata ini dalam buku Agenda Kerja 2011 dari Direktorat Jenderal Perimbangan Keuangan, Kementerian Keuangan Republik Indonesia pemberian seorang teman. Telah saya terjemah ke dalam bahasa Malaysia supaya mudah difahami.

1. Visi tanpa pelaksanaan adalah lamunan. Pelaksanaan tanpa visi adalah mimpi ngeri. ~ Pribahasa Jepun

2. Cara memulakan adalah dengan berhenti berbicara dan mulalah melakukan.
~ Walt Disney
3. Kehebatan adalah melakukan hal biasa dengan cara yang luar biasa. ~ Booker T. Washington

4. Kejayaan adalah satu perjalanan, bukan destinasi. ~
Ben Sweetland

5. Saya tidak tahu apa kunci kejayaan, tapi kunci kegagalan adalah mencuba membuat semua orang senang
. ~ Bill Cosby

6. Langkah pertama dan yang paling penting menuju kejayaan adalah merasa kita boleh berjaya
. ~ Nelson Boswell

7. Kejayaan tergantung pada kemampuan mengatakan tidak tanpa rasa bersalah.
~ Jack Canfield

8. Fokus pada satu keinginan adalah kunci mencapai banyak keinginan. ~
Mario Teguh

9. Rasa bahagia atau tidak bukan berasal dari apa yang anda miliki. bukan juga berasal dari siapa diri anda, atau apa yang anda kerjakan. Bahagia atau tidak berasal dari fikiran anda
. ~ Dale Carnegie

10. Tinggalkan kesenangan yang menghalang anda capai kecemerlangan yang diidamkan. Dan berhati-hatilah, beberapa kesenangan adalah cara gembira menuju kegagalan. ~
Mario Teguh

11. Niat adalah ukuran dalam menilai benarnya suatu perbuatan, oleh itu, bila niatnya benar, maka perbuatan itu benar, dan jika niatnya buruk, maka perbuatan itu buruk. ~
Imam An Nawawi

12. Anda bertanggungjawab atas kehidupan anda. Anda tidak boleh menyalahkan orang lain untuk kesalahan-kesalahan dalam hidup anda. Hidup ini sebenarnya tentang melanjutkan kehidupan itu sendiri. ~
Opah Winfrey

8 ulasan: