بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





KEMBARA LAOS: Rentas Sempadan Kemboja-Laos

Catatan 1

Laos mungkin kurang mesra buat pelancong Malaysia, atau mungkin untuk seluruh pelancong Asia Tenggara - kecuali dari Thailand. Di sana, saya hanya jumpa tiga pelancong Malaysia dan sekeluarga pelancong Indonesia. Selebihnya ialah wajah-wajah kulit putih, Jepun dan China. Padahal negara ini miliki kelebihan alam semulajadi yang amat memukau, seni budaya yang mengagumkan dan penduduknya yang luar biasa ramah. Tak lebih kalau saya kata inilah negara kedua yang saya cintai selain negara saya sendiri. Lebih foto di sini.

KEMBARA BERMULA
Negara Laos, terkurung di tengah-tengah daratan Asia Tenggara. Hujung sempadannya tak tersentuh laut melainkan dikepung negara-negara lain. Ada Vietnam di timur, Kemboja di selatan, China di utara, Myanmar di baratlaut dan Thailand di sebelah barat. Sebagai pengembara yang sukakan cabaran, sekali lagi saya cabar diri untuk jelajah secara solo ke hampir seluruh pelosok negara ini. Kembara saya bermula dari Phnom Penh (Kemboja), menuju ke bandar Stung Treng (masih di Kemboja) sebelum masuk Laos melalui Pakse, terus ke Luang Prabang, dilanjutkan ke Vientiane, masuk pula ke Thailand melalui Nongkhai dan berakhir di kota Bangkok sebelum balik semula ke Kuala Lumpur. Masa yang saya ambil untuk seluruh perjalanan ini ialah 10 hari bermula dari 25hb-Disember-2013 hingga 2hb-Januari-2014. Perjalanan saya dapat dijejak dalam peta di bawah.


Perjalanan darat saya bermula dari titik A hingga ke titik G

25 Disember 2013
Tak ada perubahan baru yang dapat saya lihat di Phnom Penh selepas kunjungan saya ke bandar ini setahun yang lalu. Sebaik mendarat, saya langsung tempah tiket perjalanan dengan bas ke Laos, sebuah pengembaraan yang dah lama saya rangkakan. Mujur, masih ada tiket yang tersisa. Menjelang jam 6.45 pagi hari esok, perjalanan yang panjang ini bakal bermula. Sekali lagi saya cabar diri - meredah ke satu lagi lokasi asing yang tak pernah saya kenal. Alhamdulillah, hingga ke waktu ini semua yang telah saya rangka berjalan sesuai rencana. 

Masih ada 16 jam untuk saya tunggu. Hanya tinggal diam di terminal ini untuk tempoh sepanjang itu mungkin bukan pilihan yang baik. Mujur ada banyak penginapan murah di bawah 10 Dollar semalam. Saya pilih satu di lokasi yang terkenal dengan sarang 'kupu-kupu murah dahagakan belai. Sesuai dengan darjatnya, jadi usah tanyakan suasananya, cukup kalau saya kata beberapa kawanan lipas yang jinak siap menanti. Tak banyak pilihan yang boleh saya buat. Sudahlah murah, dekat pula dengan terminal bas untuk kemudahan saya pada pagi hari esok. 

Pada kesempatan yang masih panjang, saya hubungi beberapa rakan Kemboja yang pernah saya kenal dulu. Antaranya Ulvy dan Maliki. Lokasi yang saya suka semestinya di dataran Sungai Sap, lokasi yang dah saya masukkan dalam senarai wajib kalau singgah ke sini. Kesegaran bayu Sungai Sap yang bertiup lembut terlalu mahal untuk ditolak.

Bandar Phnom Penh, Kemboja
Cari tiket ke Pakse, Laos
26 Disember 2013
Bas lintas negara, bergerak tepat pukul 6.45 pagi. Tak susah cari bas kerana ada satu saja bas yang bertulis "LAOS" di sini. Toleh kanan, toleh kiri, sekali lagi saya yakin kalau sayalah satu-satunya anak Melayu yang bakal menyeberang sempadan antarabangsa ini. Dulu ketika melintas sempadan Kemboja-Thailand pun, saya hanya sendiri. Segenap ruang dalam bas ini sudah penuh dengan penumpang berwajah Eropah - menenggelamkan penduduk berwajah asli Kemboja dan Laos. Saya duduk sebangku dengan seorang pelancong dari Israel. Kecut perut bila dengar nama negara itu. Alhamdulillah tak terjadi apa-apa. Ternyata dia juga manusia biasa yang punya niat yang sama seperti saya. Mencabar diri sendiri, dan meneroka segenap pelosok Laos dari arah selatan.

Satu jam berlepas, kami masih tak ke mana-mana. Demonstrasi anti-kerajaan pimpinan Hun Sen pecah di sana-sini. Beberapa ruas jalan ditutup. Ratusan pendemo memaki nama Hun Sen minta perhatian. Mujur sebaik melepasi bandar Phnom Penh, perjalanan lancar seperti biasa.  

Demonstrasi anti kerajaan di Phnom Penh
Sudah pukul 12 tengahari ketika kami sampai di bandar Kompong Cham. Di sini, demonstrasi anti-kerajaan terjadi lagi. Penumpang diarah turun sementara menanti kumpulan perusuh bersurai. Kesempatan berhenti di sini membolehkan saya keluar menjelajah bandar ketiga besar di Kemboja ini selepas Phnom Penh dan Siem Reap. Kompong Cham merupakan bandar komuniti Islam terbesar di negara ini. Berhenti di bandar ini membolahkan saya mengalas perut. Juga sebagai langkah berjaga-jaga kalau-kalau sulit temui makanan halal bila makin ke utara.

Susana di bandar Kompong Cham.
KEMBOJA MASIH TERTINGGAL
Perjalanan ke utara dilanjutkan. Keadaan jalanraya bertambah buruk. Sesetengah tempat masih bertanah merah. Kratie (baca: Krache), bandar ketiga yang kami tempuh hanya dapat dicapai menjelang jam 4.00 petang. Padahal jaraknya tak lebih jauh dari jarak  KL -   Seremban. Kami sampai lambat dua jam dari waktu yang saya jangka. Sebahagian besar pelancong Eropah turun di sini. Seorang darinya ialah pelancong Ireland yang sempat saya kenal dalam bas. Dia peruntukkan empat hari untuk 'teroka' Provinsi Kratie. Baru saya tahu kalau di Kratie juga ada banyak lokasi alam taruhan Kemboja yang jauh lebih indah dari apa yang mampu ditawarkan alam Phnom Penh - yang gersang.

Jalanraya menuju Stung Treng dan sempadan Laos
berhenti makan di pertengahan jalan.
Tiba di Stung Treng (Baca: Stng Treng) tepat jam 7.30 malam. Lewat satu setengah jam dari waktu akhir imigresen ditutup. Kami diarah tidur dalam bas ini sementara menunggu ia dibuka jam 6.00 pagi hari esok. Mujur beberapa penumpang membantah tak mahu tidur di situ. Akhirnya pemandu bas beralah. Kami patah balik ke bandar Stung Treng untuk cari penginapan yang lebih selesa. Saya pilih nginap sendiri di sebuah rumah tumpangan dengan harga USD11 semalam.

Stung Treng umpama bandar belum siap. Jalan di seluruh bandar ini masih bertanah merah. Anehnya, ekonomi Stung Treng berkembang sangat pesat melebihi kemampuan kerajaan Kemboja sediakan fasiliti. Maka tumbuhlah Stung Treng jadi bandar yang serabut. Saya gagal temui jejak Islam di sini. Apa yang kelihatan hanya jejak Cina bersama nuansa yang mereka bawa. Saya yakin pendatang China amat ramai di sini. Rata-rata buka perniagaan. Barangkali mereka jugalah yang hidupkan nadi ekonomi di Stung Treng. Ketika membeli seikat rambutan, seorang peniaga tempatan turut tersalah menyangka kalau saya pendatang China. Bila saya tegaskan dari Malaysia, baru dia bilang "oh, from Malay".

27 Disember 2013
Bas berlepas semula ke gerbang sempadan Kemboja-Laos tepat jam 5.30 pagi, Kami tiba di depan pondok imigresen Kemboja sejam selepas itu. Baru jelas saya lihat sisi sempadan yang memisahkan kedua-dua negara di Indochina ini. Garis batas kedua-duanya hanya sebuah palang besi, Satu pemisah yang biasa saya lihat di kebun-kebun getah di Malaysia. Bangunan imigresen mereka pun hanya pondok kabin kecil. Begitu ringkasnya. Tidak ada kendala besar yang terjadi di sebelah Kemboja. Semuanya lancar sebagaimana lazim di kaunter imigresen lain-lain negara. Malangnya ketika tiba di kaunter imigresen Laos, kira-kira 50 meter di depan sana, tidak ada seorang pun pegawai yang bertugas. Pondoknya berkunci, mereka hanya sampai satu-persatu sejam selepas itu. Gaya mereka selamba saja seperti orang tak salah, padahal pengunjung sudah jenuh beratur. Mujur urusan di sebelah Laos gila ringkas, hanya perlu serah pasport bersama duit USD5 kepada seorang pemungut di luar bangunan. Tak perlu tunjukkan muka, tak ada aksi rakam gambar atau cetak cap jari. Semuanya melalui orang tengah berpakaian preman.

penulis di depan imigresen Kemboja

Bangunan imigresen kedua-dua negara ini sebenarnya bangunan sementara. Ada bangunan baru yang lebih besar dan megah sedang dibina di sisi masing-masing. Saya diberitahu, pintu sempadan darat antara Kemboja dan Laos baru rasmi dibuka lima tahun yang lalu. Sebelumnya pintu rasmi menghubungkan kedua-dua negara sebelum ini ialah sempadan air melalui Sungai Mekong.

bangunan baru imigresen Kemboja yang sedang dibina
bangunan baru imigresen Laos yang belum operasi
Bangunan sementara Imigresen Laos

Perjalanan dilanjut. Kami mulai masuk ke wilayah Laos seluruhnya. Sepuluh minit melepasi batas, bas kami dikejar seorang pegawai imigresen bermotorsikal. Sempat panik semua penumpang kerana takut ada yang salah dengan cara kami masuk ke negara ini. Saya hanya fikir bakal ada yang tertangkap. Tentunya bermalam dalam lokap bukan pilihan yang kami mahu. Terakhir baru saya tahu kalau pasport seorang pelancong Korea sebenarnya masih tidak dicop gara-gara tidak disertakan visa. Saya pun heran bagaimana dia boleh terlepas. Anehnya pelancong Korea itu yakin saja teruskan perjalanan bersama kami. Perjalanan tersekat empat jam lagi kerana harus menunggu urusan pelancong Korea itu selesai. Sangat lama. Baru saya tahu warga Korea dikenakan visa saat kedatangan (VoA) untuk berkunjung ke Laos. Warga Korea itu pun sendiri baru tahu. 

LAOS SETINGKAT LEBIH MAJU
Semakin melangkah 'ke dalam' Laos. Semakin jelas nuansa Laos terlihat. Boleh saya katakan negara ini setingkat lebih maju dari Kemboja. Hampir seluruh jalanrayanya bertar meski kasar dan sempit. Kemakmuran ekonomi Laos sendiri dah dapat dilihat mulai kawasan kampung. Suatu yang kontra berbanding kampung di Kemboja yang masih bergelut isu ketiadaan elektrik dan air bersih. Rumah-rumah kampung yang berdinding batu dan papan jauh lebih moden, kalah jauh dengan kebanyakan rumah kampung di Kemboja yang berdinding papan dan buluh. Ekonomi orang kampung di Laos tak jauh beza seperti ekonomi kampung di Malaysia. Banyak kilang dibina di sepanjang jalan. Saya mula fikir bagaimana kreatifnya pemimpin komunis Laos tarik pelabur meski negaranya terkepung di tengah benua. Tak terbayang bagaimana caranya negara ini pasarkan produk tanpa kemudahan pelabuhan laut. Di Kemboja, kilang-kilang hanya ada di bandar besar.  

Jam 11.00 pagi, kami sampai ke pekan Nakasang. Ramai pelancong terpinga-pinga bila disuruh turun di sini, termasuk saya. Ada yang langsung menyangka kalau kami sudah sampai Pakse, lalu dengan berani tempah tuk-tuk untuk dihantar ke hotel. Kenyanglah poket pemandu tuk-tuk kerana dapat 'ketuk' pelancong yang buta geografi itu.

Pekan Nakasang, Laos, hanya 5KM dari gerbang sempadan 
Mujur nasib saya jauh lebih beruntung dari kebanyakan pelancong Eropah yang pura-pura tahu itu. Sejak dari pagar sempadan lagi saya dah 'pasang kable'. Berkenalan dengan beberapa warga Kemboja dalam bas itu umpama peroleh satu kad akses. Manakan tidak, pemandu bas yang bawa kami ini hanya mampu berbahasa Kemboja (bahasa Khmer). Saya ikut saja ke mana arah warga Kemboja itu pergi kerana mereka saja yang faham arahan. Mereka masing-masing mahu melancong ke Vientiane. Empat orang semuanya. Melalui mereka barulah saya faham kalau kami harus berganti bas. Ada juga beberapa pelancong Eropah yang diam-diam ikut kami dari belakang untuk menuju ke sebuah terminal lain. Bahasa Kemboja sudah tidak difahami di daerah ini.

PAKSE, BANDAR BESAR DI SELATAN
Perjalanan diteruskan. Pakse rupanya masih 180KM dari Nakasang. Kami hanya sampai di sana kira-kira jam 3.00 petang. Besarnya bandar ini hampir sama seperti bandar Kompong Cham di Kemboja, tapi lebih tersusun dengan kemudahan bandar yang lebih memadai. Suasananya pun lebih tenang tanpa banyak kenderaan yang hilir- mudik. Saya dan warga-warga Kemboja tadi langsung cari tiket bas ke Vientiane. Tapi lagi-lagi masalah bahasa menghambat pergerakan. Tidak ada seorang pun warga Laos yang kami temui faham bahasa Inggeris. Saya juga baru tahu kalau bahasa Khmer dan bahasa Laos tak saling dimengertikan. Saya dan empat warga Kemboja tadi tak ubah seperti orang celik yang berjalan di  tengah malam gelita. 'Benar-benar' orang asing. Akhirnya kami temui seorang lelaki Laos yang mampu berbahasa Khmer ketika saya beli kad Sim Laos di sini. Namanya Soimsom. Kebetulan dia juga merancang ke Vientiane. Dari dia baru saya tahu kalau sebutan betul bagi Vientiane ialah Vienchang.

Cawangan sebuah bank dari Malaysia di Pakse, Laos
salah satu sudut di bandar Pakse, Laos
Naom Khong (Sungai Mekong) di pinggir bandar Pakse
WARGA KEMBOJA LEBIH CELIK INGGERIS
Soimsom bawa kami ke Terminal Bas Utara. Menurut dia, seluruh bandar di Laos dilengkapkan dengan dua terminal bas untuk dua arah. Jadi kalau mahu ke Vientiane, kami harus ke terminal utara, bukan di terminal yang kami turun tadi. Sayangnya Soimsom pula tak fasih bahasa Inggeris. Jadi komunikasi antara saya dan dia harus melalui bahasa Kemboja. Ketika ini, khidmat empat warga Kemboja yang saya ikuti sejak dari tadi, masih ditagih. Mujur juga semua pelancong Kemboja itu boleh berbahasa Inggeris dengan sangat baik melebihi kefasihan saya sendiri. Gaya mereka sangat beza dengan gaya kebanyakan orang Kemboja yang selalu saya lihat. Akhirnya baru mereka jelaskan kalau mereka sedang pulang bercuti dari belajar di Perancis.

Halangan komunikasi benar-benar beri masalah untuk saya ikutkan rancangan sendiri. Jadi mahu atau tak, terpaksa bergantung harap kepada warga-warga Kemboja itu. Padahal saya seboleh mungkin mahu berdikari melalui info yang boleh saya dapatkan dari Soimsom sendiri. Malangnya saya tak tahu berbahasa Laos atau Khmer. Soimsom pula buta langsung bahasa Inggeris. Saya hanya ingat dia panggil saya "bong" dalam seluruh ayatnya dalam bahasa Khmer. Itu pun bahasanya tidak lancar, kata keempat-empat warga Kemboja itu. Bila mengajak makan, dia hanya suakan tangan ke mulut. Kadang-kadang rangkul bahu sambil tunjuk arah yang perlu kami tuju. Komunikasi kami hanya sebatas bahasa isyarat. Saya kalah dengan ajakan Soimsom untuk makan di sebuah warung yang tak terjamin halalnya. Mujur boleh pesan air, sambil tertelan liur lihat mereka berlima lahap sup babi dengan rakus. Susah juga menerangkan pada mereka situasi halal-haram menurut Islam.

Terminal Bas Utara
Terminal Bas Utara terletak di pusat bandar Pakse. Selesai beli tiket, saya mohon pisah dengan Soimsom dan empat warga Kemboja tadi atas alasan mahu berehat. "Minéi bongbros". Baru saya tahu, 'bong' ialah singkatan 'bongbros' dalam bahasa Khmer, sama seperti orang Melayu memanggil 'bang' untuk kependekan 'abang'. Sebenarnya saya sengaja mohon pisah kerana saya sendiri sedang lapar. Kebetulan tak jauh dari terminal bas utara ini, ada restoran India muslim bernama Nazim yang mengaku satu-satunya restoran halal di Pakse. Menunya makanan India. Ketika tunggu bas bertolak malam, saya sempat keliling bandar, merenung sungai Mekong dan lihat manusia beraktiviti di atasnya. Memang lihat tempat baru bersama masyarakat dan budayanya adalah satu hal yang memberi kepuasan kepada mereka yang mengagumi. Saya yakin, saya unik dalam hal ini berbanding yang lain-lain. 


Suasana dalam 'bas tidur'. Tak ada di Malaysia
Bas ke Vientiane bergerak jam 8.00 malam dengan harga tiket sejumlah 27 dollar. Satu pengalaman menarik bila naik bas yang di dalamnya hanya tersedia susunan katil-katil. Suatu yang belum pernah ada di negara kita. (bersambung)

7 ulasan:

  1. Catatan yang menarik. Syabas dan diharap menjadi pemangkin kepada lain2 warga Malaysia untuk mengembara ke seluruh pelosok dunia.

    BalasPadam
  2. Suatu artikel yang amat berguna kerana saya bercadang untuk membuat pengembaraan secara solo ke tempat2 berikut dengan menggunakan Suzuki Jeep pada tahun 2015. Sekiranya ada sesiapa yang berminat untuk ikut serta sila hubungi saya(Halim) melalui email: omarabdhalim@gmail.com atau 019-5507292 TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI















      Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI

      Padam
    2. Sdr Admin, iklan judi atau komen2 yg tak kena mengena seperti yang di atas ini boleh tak di padam je? Orang cerita pasal pengembaraan diorang iklankan perjudian pulak. Cerita pasal judi diselitkan pula kalimah Alhamdulillah! Dunia yang rosak ke dia yang rosak?

      Padam
  3. Terima kasih tuan atas perkongsian.. sy pn merancang utk ke Vienchang melalui jln keretapi...pd thn depan

    BalasPadam
  4. Suka baca penceritaan anda. Teruskan berkarya geng !

    BalasPadam
  5. Waahh, menarik..
    Sy baru plan nk ke phnom penh sampai lung prabang dgn rkn pena..blog ni bnyk bantu sy dari segi tips..thanks yaa

    BalasPadam