بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





KEMBARA LAOS: Luang Prabang - Indah Alamiah

Catatan 2 (baca juga Catatan 1)

Sudah seharian berhabis masa di sebelah selatan negara Laos, kini saya sambung lagi perjalanan saya ke sebelah utara. Lokasi sebenar ialah Luang Prabang. Sayang tak ada khidmat pengangkutan langsung dari Pakse ke sana. Bandar warisan teriktiraf UNESCO itu terletak di wilayah pergunungan. Jadi akses yang terdekat hanya melalui Vientiane, ibu negara Laos yang juga berada di wilayah utara. Perjalanan ke Vientiane ambil masa 10 jam. Jarak tempuh sejauh 700KM. Istimewanya perjalanan malam di sini ialah khidmat bas tidur yang boleh memuatkan 32 penumpang. Jadi sejauh manapun jaraknya, anda tak akan letih. Tidurlah dengan puas kerana bas ini hanya menyediakan katil. Tak ada tempat duduk. 

satuu sudut di Luang Prabang
28 Disember 2013
Selesa sungguh berbaring sepanjang jalan dalam bas khas yang tak ada tempat duduk ini. Tak sedar pun kalau saya dah sampai Vientiane. Sebaik tiba di terminal bas selatan, di Vientaine ini, saya temui tiga pelancong Malaysia yang baru saja sampai dari Kuala Lumpur. Kami kemudian berkenalan, makan dan merancang jalan bersama. Pertemuan tak sengaja ini berikan saya satu alasan kukuh untuk lepaskan diri dari terikat dengan Soimsom dan empat pelancong Kemboja yang bersama saya sejak dari Pakse lagi. Soimsom tak keberatan, mungkin dia sedar keperluan orang Islam yang amat teliti dalam banyak hal. Kepada tiga kenalan warga Malaysia tadi, saya sarankan Luang Prabang, lokasi yang tak tersenarai pun dalam jadual mereka. Puas terangkan apa yang ada di sana, akhirnya mereka setuju. Kami beli tiket bas VIP dengan tambang USD23 seorang. Bas yang kami sangka itu rupanya hanya sebuah van.

Luang Prabang terletak tak jauh dari sempadan China. Jalan ke arah sana ialah laluan mendaki, malah hampir semua lokasi sebelah utara Laos ialah laluan tanah tinggi. Jadi memang tak ada pilihan lain, apapun kenderaannya, ia harus kuat panjat bukit. Jarak tempuh dari Vientiane ialah kira-kira 380KM, laluan mendaki saja melebihi 300KM. Jadi bayangkan betapa banyaknya keluk yang bakal ditempuh. Perjalanan kami diperburukkan lagi dengan keadaan jalan yang rosak dan sempit, jauh lebih buruk dari jalan Tapah - Cameron Highland. Namun pada saya, perjalanan ini bagaikan akses ke suatu dunia baru. Ke satu dunia yang cuacanya jauh lebih sejuk, pesona alam yang lebih memukau dan budaya penghuninya yang lebih eksotik. Etnik asal Luang Prabang dan penghuni di seluruh tanah tinggi Laos ialah etnik Hmong, suku asal Indochina yang bertutur dalam rumpun bahasa Khmer. Beza dari bahasa tuturan majoriti orang Lao yang bertutur dalam rumpun bahasa Tai yang datang dari China selatan. 

ORANG MALAYSIA TAK SUKA MENGEMBARA
Sedih sekali keterujaan pada semua hal yang saya kagumi sepanjang perjalanan ini tak dapat saya kongsi dengan tiga rakan warga Malaysia tadi (yang saya rahsiakan namanya demi kebaikan semua). Baru detik ini saya sedar kalau kami tak sejiwa. Mereka tak punya perasaan langsung dengan apa yang dapat ditemukan sepanjang perjalanan. Indah pada pandangan mata saya rupanya tak bererti apapun buat mereka. Malah mereka menganggap perjalanan sepanjang ini hanya buang masa. Diam-diam mereka tanya ke seorang pelancong Eropah yang duduk sebelah kami kalau-kalau ada pesawat langsung yang balik ke Vientiane. Pokoknya, mereka gagal selami jiwa saya dan saya tak dapat bayangkan apa yang ada di benak mereka. Saya simpulkan, ramainya pengunjung Malaysia yang sebenarnya lebih gemar melancong, tapi tak suka mengembara. Tapi bila bercerita pengalaman di negara orang, merekalah juaranya. Seorang dari 'orang Melayu' itu muntah-muntah akibat mabuk perjalanan. Saya geleng kepala saja, tak ada langsung keinginan untuk membantu. 

5.00 petang. Kami sampai di Terminal Bas Namuang, Luang Prabang. Saya masih tak lihat petempatan yang layak dipanggil bandar. Terpinga-pinga saya fikirkan apa yang patut saya buat ketika itu. Tiga kenalan Malaysia tadi, tak pula tunjukkan keinginan untuk membantu. Mereka hanya mengharap saya aturkan semuanya pada ketika saya sendiri sedang buntu mahu ke mana. Mujur ada teksi yang berhenti di depan tempat kami berdiri. Ketika itu, saya hanya ingat kata "market" untuk saya nyatakan lokasi tujuan kami. Akhirnya kami diturunkan di tapak pasar malam. Barulah di sini tersergam bandar Luang Prabang yang terlindung di balik gunung. Sebaik sampai, tiga kenalan Malaysia tadi minta izin jalan sendiri. Yahoo, saya bebas. Merdeka!!!. 

Bandar Luang Prabang
29 Disember 2013
Luang Prabang ialah bandar terbesar kedua di Laos. Sama seperti kebanyakan bandar lain di negara ini, lokasinya di pinggir Sungai Mekong, (Noam Mekong dalam bahasa Laos). Tak banyak bangunan tinggi di sini. Rata-rata hanya rumah kedai dan bangunan kerajaan setinggi tiga tingkat. Tapi pengaruh bandar Luang Prabang cukup luas. Rata-rata penduduk wilayah pergunungan di utara, bergantung pada bandar Luang Prabang. Seperti bandar-bandar lain, Luang Prabang juga kelihatan tenang, cuma cuacanya lebih sejuk, membuat saya malas mandi pagi.

Saisamone Guesthause, di depan Sungai Mekong
Rumah Tumpangan Nalee yang baru siap dibina
Saya teringat pesan seorang rakan dari Malaysia yang sarankan saya nginap di Saixana Guesthouse, lokasinya cantik dan dekat dengan sungai. Sayangnya rumah tumpangan itu dah penuh, malah seluruh hotel sekitar bandar Luang Prabang juga sudah habis ditempah. Mujur mulut manis saya rajin bertanya. Ketika lalu dekat di Saisamone Guesthouse, salah seorang krew di sana maklumkan ada rumah tumpangan yang baru siap dan masih belum diberi nama. Tapi lokasinya bukan di pusat bandar. Pemiliknya Nalee, kakak krew itu sendiri. Saya tiada pilihan selain harus ke sana. Biarpun agak jauh, namun adanya motor sewa, berikan banyak kemudahan. Harga sewa motor di sini untuk sehari ialah USD15. Memang memudahkan, tapi sulit dikendali gara-gara sistem pemanduan Loas di sebelah kanan.

Kepada sesiapa yang merancang melancong ke Luang Prabang, bolehlah tempah penginapan di salah satu dari dua rumah tumpangan ini:

i.  Saisamone Guesthouse : +856-20-54321077 (Mr. Ki)
ii. Nalee Guesthouse: +856-20-22355897, jannaleevilaysak@yahoo.com (Mrs.Channaly)

Cawangan Restoran Nazim di bandar Luang Prabang
Di bandar ini, sekali lagi saya temui cawangan restoran Nazim. Baru saya tahu, restoran ini ada tiga cawangan di Laos. Majoriti pelanggan restoran ini ialah masyarakat bukan Islam. Terutama pelancong Eropah, jadi mereka turut sajikan arak sebagai daya penarik. Kalau semata-mata menunggu pengunjung Islam, barangkali Restoran Nazim sudah muflis. Hanya dalam kekerapan sebulan sekali, barulah ada pengunjung Islam dari Malaysia atau mungkin dari Indonesia. Menariknya, Restoran Nazim dan beberapa restoran halal lain di Vientiane turut menyediakan menu makanan Melayu yang mereka labelkan makanan Malaysia. Beberapa pekerjanya boleh berbahasa Melayu. Sekali lagi saya yakin betapa raputasi Malaysia lebih baik di kalangan orang Islam luar berbanding raputasi negara tetangga lain.

MALAYSIA BUKAN CHINESIA
Selama di sini, saya selalu panas telinga bila dengar anggapan ramai warga Laos tentang negara kita. Bukan satu atau dua, tapi setiap warga Laos yang menyapa saya, semuanya kenal Malaysia kerana nuansa Cina. Paling sakit hati, ada yang langsung berbahasa Mandarin sebaik tahu saya dari Malaysia padahal dia sekadar tahu sepatah dua kata. "Malaysian people speak Chinese right?" inilah pertanyaan lazim yang membuat saya terbakar. Mujurlah Nalee, pengusaha rumah tumpangan tempat saya inap di sini dapat 'disekolahkan'. Untuk dia, saya sedekahkan wang kertas RM1 dan buktikan padanya bahawa tak ada satupun aksara Cina yang wujud di dalamnya. Saya tak tahu dari mana puncanya semua tanggapan salah ini terjadi. Tapi saya yakin ketidaktegasan kerajaan Malaysia dalam segenap segi jadi punca utama. Di Laos, ada lagu tentang promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 disampaikan di TV-TV. Sayangnya lirik bahasa Melayu dalam lagu itu hanya terhad sekadar 'Selamat Datang ke Malaysia'. Selebihnya di sampaikan dalam bahasa Inggeris dan beberapa rangkapnya berbahasa Mandarin. Miris

salah satu sudut di Tat Kuangxi 
Pusat Konservasi Beruang di Tat Kuangxi
Kalau ke Luang Prabang, jangan lupa ke Tat Kuangxi, atau dalam bahasa Melayunya Airterjun Kuangxi. Inilah lokasi yang paling saya idamkan di negara ini. Indah lokasinya tak terbayangkan. Belum pernah saya lihat air terjun yang airnya warna biru. Apalagi lihat formasi batu-batu yang terbentuk secara semulajadi. Mengagumkan dan sangat ajaib. Pengunjung boleh daki hingga ke puncaknya dan lihat tujahan air dari atas. Tat Kuangsxi terletak sejauh 29KM dari bandar Luang Prabang. Banyak angkutan awam yang sudi bawa pengunjung ke sana, tapi lebih baik lagi kalau dapat pergi sendiri. Sebahagian pengunjung Eropah hanya berbasikal. Bahagian luar Tat Kuangxi menempatkan pusat penyelidikan dan pembiakan beruang. Anda juga dapat bergurau senda dengan beruang itu kalau berani. Foto-foto sekitar Tat Kuangxi ini boleh dilihat di sini.

laluan ke Tat Kuangxi
panorama sepanjang laluan
sebahagian komuniti Hmong
KENALI BUDAYA ETNIK HMONG

Laluan ke Tat Kuangxi membelah beberapa perkampungan Hmong. Ini juga jadi sebab kenapa saya terlalui ingin ke air terjun ini, selain menikmati keindahan alam, lanskap sepanjang jalan dan budaya masyarakat Hmong juga terlalu memikat untuk didekati. Saya sempat singgah ke beberapa kampung komuniti Hmong dan lihat sosiobudaya mereka. Namun kerana masalah bahasa, saya tak dapat banyak dari kunjungan itu. Dari pengamatan, kulit mereka saya lihat kemerahan, mata sepet dan tubuh cenderung lebih kecil. Mungkin sebab tinggal di kawasan sejuk pergununganlah yang membuat fizikal mereka seperti itu. Mereka juga menenun songket sama seperti masyarakat Melayu. Bahasa Hmong tak difahami masyarakat majorit Lao. Malah, komuniti ini sering dilecehkan di negara sendiri. Nalee, pengusaha rumah tumpangan tempat saya nginap sampai marah-marah bila saya tanya apakah dia orang Hmong. Kini sebahagian besar masyarakat Hmong fasih berbahasa Lao. 

Buat pengunjung yang mahu kenal lebih lanjut tentang etnik Hmong, bolehlah ke lokasi inap-desa yang disediakan di perkampungan etnik ini. Kalau tak, singgah saja ke Dewan Budaya Hmong tak jauh dari Tat Kuangxi. 

Dewan Persidangan Kebudayaan Hmong

5 ulasan:

  1. Malaysia Bukan Chinesia.

    Bravo, well said. U hammered right thro' the head of that Nalee and Tourism Minister of Malaysia.

    BalasPadam
  2. Sdr. Fazli.

    Penulisan pengenbaraan sdr. sungguh menarik sekali dengan maklumat yang sangat berguna disertai dengan gambar-gambar yang memberi panduan kpd sesiapa yang ingin mengembara ke Luang Prabang. Tahniah.

    BalasPadam
  3. Saudara Fazli

    Penulisan yg bagus...tertarik...insyallah saya dan isteri akan ke Vientiane & Luang Prabang bulan Nov dengan motorsikal

    Blog saya: http://www.touringcouplerider.com/

    BalasPadam
  4. Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI















    Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI

    BalasPadam
  5. Syok baca cerita Luang Prabang ni !

    BalasPadam