بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





LINTAS SEMPADAN - Kemboja / Thailand / Malaysia (Siri 2)

Stesen Keretapi Hualampho
Dari: Siri 1
Masih belum puas lagi tidur di surau tingkat satu di Stesen Keretapi Hualamphong, Bangkok. Tapi saya harus bangun dan hormat jemaah lain yang semakin lama semakin ramai. Beg yang tadinya saya jadikan alas kepala sudah saya ambil, saya letakkan rapi di sisi dan saya persiapkan diri untuk duduk dengan lebih sopan. Takut dikata oleh jemaah yang berdatangan. Maklumlah saya di negara orang. 

Bahasa pertuturan jemaah yang berhimpun di surau ini rata-rata saya faham. Lenggoknya mirip bahasa Melayu dialek Kelantan. Hampir semuanya. Saya datang dekat ke salah seorang dari mereka dan amati perbualannya. Sahihlah dia berbahasa Melayu. Saya mulai rasa 'hidup' saat di berada tengah-tengah masyarakat yang tidak seorang pun saya kenali.

"Tumpang tanya, ada kedai makan orang kitakah dekat sini?" tanya saya memancing reaksi. "Ore Maley ko (Orang Malaysiakah)? balas dia. Ada reaksi positif dari jawapan itu. Kami kemudian bersalaman, memperkenalkan diri dan melanjutkan bercerita tentang kisah perjalanan saya dari Phnom Penh ingin pulang ke Kuala Lumpur - melewati jalan darat. Cerita kami berkesudahan di sebuah restoran Melayu tak jauh dari Stesen Hualamphong. Buat pertama kalinya sejak tiga hari yang lalu, saya menjamah nasi. Dan selama setahun kenal Hualamphong, baru kali ini saya tahu ada restoran Melayu lain selain restoran halal yang ada di dalamnya. Semua ini kerana perkenalan dengan Nik Harun, warga Thailand keturunan Melayu asal Narathiwat.

Perkenalan dengan warga Thailand itu berikan saya banyak kelebihan. Siapa sangka saya yang sudah buntu kerana kehabisan tiket nak balik ke Kuala Lumpur tiba-tiba ditawarkan perjalanan percuma ke Narathiwat. Ya Allah, bertuahnya. Narathiwat hanya berapa kilometer saja lagi dari sempadan Malaysia. Saya sudah berangan akan sampai ke Kuala Lumpur kurang 42jam dari sekarang.

Kata Nik Harun, kerajaan Thailand sejak pemerintahan Ying Luck Shinawatra telah hadiahkan tiket keretapi percuma kelas tiga kepada seluruh warganya. Untungnya mereka; dapat tambang percuma untuk ke semua destinasi seluruh negara. Syaratnya penumpang wajib kemukakan Kad Pengenalan Thailand waktu memohon. Nik Harun berbesar hati gunakan Kad Pengenalannya bagi dapatkan satu lagi tiket percuma untuk saya. Pada ruang yang terhad ini, saya tujukan ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat dia. Tanpa Nik Harun, mungkin sampai saat ini saya masih lagi tersangkut di kota Bangkok. :-)

Tiket kelas III diberi percuma oleh kerajaan Thailand
Keretapi jurusan Sungai Golok berlepas pukul 1.00 tengahari. Menurut Nik Harun, kami akan naik keretapi itu dan turun di Stesen Tanjung Mas (Thai: Tanyongmat). Jaraknya sejauh 1200 kilometer dan perjalanan makan masa 24jam. Saya masih tak habis fikir bagaimana saya boleh dapat semua kemudahan ini. Daripada hampir terpontang-panting hilang arah tiba-tiba dapat sumbangan tiket percuma,  dan dapat lihat Narathiwat buat pertama kali. Benarlah kata orang, ketika mengembaralah kita temui banyak hal yang tidak terduga. Semua ini jadi bekalan dan persediaan paling mahal untuk saya lalui hidup di kemudian hari. InsyaAllah.

Semua gerabak sudah terisi. Hiruk-pikuk penumpang yang tak habis mengucapkan syukur lantaran dapat balik percuma ke kampung yang jauhnya ribuan kilometer, jadi terapi penenang diri saya. Bermacam gelagat manusia dapat saya lihat. Rata-rata berbicara bahasa Melayu mirip dialek Kelantan yang sudah biasa kita dengar. Jika dialek mereka itu biasa kita dengar, lain pula ceritanya dengan mereka. Baru kali ini saya tahu ada penduduk Melayu selatan Thailand yang tak pernah dengar dialek Melayu lain selain dialek mereka. Mendengar bicara saya, seorang pelajar kolej menanyakan Nik Harun, "dio kecek baso gapo be?". Saya jadi heran, padahal saya masih berbahasa Melayu sama seperti mereka. Hanya beza dialek. Jadi tanda apakah ini?, tanya saya dalam hati. Miris rasanya. Kesan penjajahanlah yang menyebabkan rumpun Melayu terpecah bersuku-suku. Dan suku yang terpisahkan cara paksa itu sudah tak kenal suku lain dalam rumpunnya sendiri. Pilunya.

wajah-wajah penumpang di Kelas III (sisi yang cantik)
Dalam koc kelas tiga ini, selain dipenuhi pelajar wilayah selatan yang belajar di Bangkok, penumpangnya juga terdiri dari penyokong-penyokong bolasepak nasional Thailand. Mereka baru habis saksikan perlawanan akhir bolasepak Piala Suzuki AFF antara pasukan negaranya melawan Singapura. Nik Harun salah satu dari orang itu. Di sini saya belajar sesuatu - biarpun berlainan bangsa, nasionalisme Melayu Thailand kepada negaranya tetap kukuh, dan dibuktikan tanpa belah-bahagi. Mungkin inilah jawapan yang saya cari selama ini. Kalau dulu saya kurang yakin akan nasionalisme Melayu Thailand kepada negaranya, mungkin saya harus ubah keyakinan itu. Semangat nasionalisme dalam diri mereka ternyata sangat tinggi. Miris lagi, padahal saya impikan penduduk Melayu Selatan Thailand itu bersatu dengan kita, Melayu Malaysia.

Sejauh ini, dah ada dua hal yang membuat saya terkilan. Tapi ada hal lain yang akan langsung buat saya mahu menangis. Dalam keretapi ini, dari hujung gerabak ke hujung gerabak, rata-rata penumpangnya menagih air daun ketum. Kata mereka, bekalan air itu boleh didapatkan di mana-mana kedai 'orang kita' di seluruh Bangkok. Dalam perjalanan sepanjang 24jam ini, rata-rata penumpang Melayunya meneguk air itu. Malah ada yang lebih kreatif lagi dengan membancuhnya bersama-sama ubat batuk dan coca-cola. Saya hanya geleng kepala dan mengucap panjang. Anehnya petugas dalam keretapi ini tidak pula menghalang atau beri amaran. Saya jadi heran apakah kerajaan Thailand telah dengan sengaja biarkan warganya jadi seperti itu. Kini penagih-penagih yang 'kreatif' itu sudah jatuh bergelimpangan di kakilima. Sebahagian yang lain muntah-muntah manakala sebahagian lagi telah khayal dan ketiduran. "Di Maley banyok dok lagu ni?" tanya Nik Harun kepada saya. Saya geleng kepala.

Jam 8.00 pagi. Perjalanan panjang sehari semalam sudah hampir sampai penamat. Kini kami sampai di Hatyai, bandar sempadan paling dekat dengan pantai barat Semenanjung. Ramai penumpang turun di bandar ini dan meninggalkan sisa-sisa penumpang lain yang tinggal seluruhnya berbahasa Melayu. Saya belajar lagi suatu hal yang baru - rupanya penduduk Melayu Selatan Thailand yang menghuni wilayah Hatyai hingga ke utara sudah hilang Melayu. Hilang jatidirinya. Kini yang tinggal dalam keretapi ini ialah penumpang-penumpang Melayu yang tetap bertahan menjaga identiti - sayangnya kini jadi penagih.

Para penagih 'kreatf' yang tadinya menghiasi malam saya selama perjalanan panjang ini, kini pun sudah bangun. Baru sedar dari khayal dan cuci muka. Mereka membagi-bagikan makanan untuk dimakan bersama-sama di pagi ini. Saya pun turut dipelawa. Seperti sudah akrab pula dengan mereka. Makin ramai yang saya kenal. Mereka pun tak lagi ragu-ragu menyapa. Keretapi bergerak semula dan berhenti lagi di stesen-stesen kecil yang lain. Menurut Nik Harun, stesen Tanjung Mas masih 4jam dari sini. Saya tak ingat nama-nama stesen itu melainkan stesen Yala (Thai: Y:la) yang biasa kita dengar. Baru kali ini saya lihat bandar Yala. Besar juga bandarnya. Makin lama, penumpang makin tinggal makin sikit.

Jam 12.00 tengahari, Keretapi telah berhenti di stesen Tanjung Mas. Saya dan Nik Harun turun di sini. Selain kami, ada seorang lagi penumpang lain yang ikut turun bersama. Namanya Asmi Tokleheng, pelajar sebuah Politeknik di Bangkok. Asmi dijemput kakaknya dengan kereta dan akan pulang ke bandar Narathiwat.

Alhamdulillah, kami juga dipelawa menumpang kereta itu. Kebetulan kampung Nik Harun terletak di pertengahan jalan menuju ke Narathiwat itu. Kami dihantar betul-betul di depan rumah Nik Harun di Kampung Salatong yang masih terendam banjir.

Kampung Salatong, Tanjung Mas, Narathiwat.
Rumah Nik Harun berkunci. Semua penghuninya berpindah sementara ke rumah saudara yang lain. Ketika saya sampai, air banjir masih lagi bertakung separas betis. Beza sekali cuaca di sini dengan di Bangkok mahupun Kemboja. Pada ketika di sana cuaca kering dan kemarau, selatan Thailand sedang hujan dan beberapa tempat sudah banjir. Memandangkan rumah itu tak selamat dihuni, Nik Harun sarankan kami inap di sebuah rumah kenalannya tak jauh dari situ. Kami inap semalam di rumah Ustaz Zazadi.

ini Ustaz Zazadi sedang berjalan ke surau
Ustaz Zazadi seorang pendakwah bebas yang sering bergerak ke beberapa pelosok kampung antara Semenanjung Malaysia, Thailand dan Kemboja. Dia malah sudah ada sebuah rumah di Puchong, Selangor kerana keseringan diundang beri ceramah di masjid-masjid di sana. Menyedari Ustaz Zazadi seorang pendukung agama, Saya cuba tanyakan dia tentang konflik selatan Thai antara puak pemisah dengan pemerintah. Satu lagi jawapan mengejutkan yang saya terima. Ustaz Zazadi ternyata menempelak puak pemisah dan nyatakan sokongannya kepada kerajaan Thailand. Menurut dia, kerajaan Thailand sudah berbuat begitu baik kepada komuniti Islam di selatan. 

"Puak pemisah ialah golongan minoriti yang terima bantuan entah dari siapa". Begitu kata Ustaz Zazadi. Menurut dia lagi, ada tangan asing bersembunyi di belakang pemisah dan hingga kini ia sulit dikenali. "Orang Islam berbahasa Jawi dari selatan rata-rata menyokong Thailand dan tak mahu dikaitkan dengan Malaysia". Satu lagi pernyataan yang membuat saya sentap. Dia malah terang-terangan mengkritik politik Malaysia baik yang dipimpin PM Najib atau pun pimpinan Islam PAS. Saya hanya dengar dan tak mahu banyak bersuara. Mungkin benar pada pandangan dia, seorang pemerhati dari luar.

Sudut-sudut di bandar Narathiwat
Besoknya saya di bawa Ustaz Zazadi ke bandar Narathiwat. Bersungguh-sungguh dia mahu saya bandingkan bandar Narathiwat dengan bandar-bandar lain di Malaysia. Bukan lihat kemajuannya, tapi aspek perniagaan Islamnya. "di sini, hampir 100% perniagaan dimiliki orang Islam" Ujar dia, "Tak ada orang Buddha (Thai), tak ada orang Cina". Saya hanya diam. Memang benar menurut dia, biarpun Narathiwat bandarnya kecil, perniagaan dimiliki hampir sepenuhnya orang 'Jawi'; meminjam istilah yang sering dipakai Ustaz Zazadi untuk merujuk orang Melayu. Saya juga dibawa bersiar-siar di Pantai Nara, tak jauh dari bandar. Terkagum-kagum lagi, jakinya bila lihat sekian banyak pantai cantik di negara gajah putih ini.

Pantai Nara tak jauh dari bandar Narathiwat
Habis pusing pantai, saya dihantar ke bandar Sungai Golok. Setiap satu kilometer dalam perjalanan ini ada saja sekatan tentera. Saya diberitahu, kerana konflik berpanjangan di selatan, masyarakat di sini hidup terkongkong dan tidak bebas menggunakan telefon. Baru saya tahu kenapa telefon bimbit saya susah menerima signal, rupa-rupanya hal ini berlaku kerana sekatan itu. Sampai di Sungai Golok, saya jalan kaki menyeberang sempadan sejauh satu kilometer menuju Rantau Panjang, Malaysia.

Jam 7.00 malam. Saya selamat sampai di Rantau Panjang, Kelantan, Malaysia. Selamat malam negaraku yang ku cintai. Barulah telefon saya berbunyi dan banyak SMS masuk, antaranya dari Asmi Tokleheng: "Slaam, apang apa kapa?".

11 ulasan:

  1. Salam Tuan Blog,

    Kalu doh paka istilah "jawi" tu meme keno doktrin benar doh ustaz tu..
    ambo masih rama keluargo alik sie, nok merdeka blako heh..
    kes tak bai, masjid kerisik dan beribu kes lagi adakah itu tanda layanan baik kerajaan thai kepada orang melayu islam?
    Dan baselinenya ialah, apakah hukum mengambil orang kafir menjadi pemerintah?
    Astaghfirullahalazeem..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Tuan Don Balon,

      Waktu mula-mula kenal Ustaz Zazadi, saya sangka selaku seorang Ustaz, dia tentu menyebelahi kita atau sebahagian lain orang Melayu Patani yang ingin merdeka. Tapi sangkaan saya salah. Pandangan ustaz ni jauh bertentangan dgn kita. Tak taulah mana benar mana yang salah. Dia terang-terangan menolak penyatuan dengan Malaysia.

      Padam
  2. apa kabar tuan, bolehkah berkongsi pengalaman tuan mengembara.

    BalasPadam
  3. saya berminat dengan catatan pengembaraan tuan, dan ingin berkongsi cerita, jika tuan berminat berkongsi cerita tuan dengan saya telefon saya 0194009498 lan

    BalasPadam
  4. Kelana:

    Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Silakan berkongsi pengalaman dengan saya. Mana tahu boleh bermanfaat. Saya dapat dihubungi melalui nombor 0177139519

    BalasPadam
  5. Salam tuan admin, sy seronok mmbace catatan pngembaraan ni. Malah sy juga berminat. Jika ade lg pngembaraan pendek yg lain, sy teringin untuk turut serta brsame ble ade kelapangan. Jika sudi ajak sy brsama, ni email sy mrsmile690@hotmail.com

    BalasPadam
  6. nice blog... lain dr yg lain utk travel blog..

    BalasPadam
  7. Seonok baca kisah perjalanan saudara.....banyak masa saudara...Masih bujang ke...? Kalau dah kahwin mesti orang rumah melenting kerinduan...apatah lagi hilai gelak tawa anak2...

    BalasPadam
  8. Best best... Saya suka cter2 admin. Sy pnah g phnom penh (urusan kerja). Kat pasar cenderamata tu ramai boleh ckp melayu. Penah try wat adventure redah g Hanoi, tapi since ada rakan perempuan, adventure tak menjadi, cuma ke Halong bay, then shopping kat bandar saja. Skrg teringin nk jelajah banyak tempat tapi commitment pulak banyak. Cter pulau Lingga n bahasa melayu dorang sgt menarik minat saya. Terima kasih admin. Teringin nak dapatkn tips mengembara...hehe

    BalasPadam
  9. Saya rasa amat gembira membaca kembara anda..saya menimba ilmu dari catatan2 ini.Terimakasih.Dah banyak pjln saya kembara ke 22 buah negara...saya hanya simpan gambar dan simpan kembara saya sebagai peribadi.Mungkin di suatu masa saya akan luangkan utk ruangan blogspot ini.

    BalasPadam
  10. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini HANDAYANI seorang TKW dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI SYHE MAULANA yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pembantu rumah tanggah di selangor malaysia , sy sangat berterimakasih kepada AKI SYHE MAULANA dan tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI MAULANA saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKW, Untuk yg punya mustika bisa juga di kerjakan narik uang karna AKI MAULANA adalah guru spiritual terkenal di indonesia. jika anda ingin seperti saya silahkan kunjungi situs/website AKI MAULANA ~>KLIK DISINI<~  yg punya rum terimakasih atas tumpangannya.

    BalasPadam