Ke mana perginya kekebalan Bahasa Melayu?
Itulah persoalan saya sebaik membaca akhbar berbahasa Inggeris The Star hari ini. (22 Julai 2008). Ianya tentang tindakan Parti Gerakan, salah satu parti dalam gabungan Barisan Nasional yang telah memberikan nama Cina kepada nama-nama jalan di sekitar Pulau Pinang.
Kurang ajar dan tak sedar diuntung! Itulah luahan bagi menggambarkan betapa menyirapnya darah saya bila membacanya. Kalau boleh, mahu saja saya terbang ke Pulau Pinang dan mencabut semua papantanda yang telah diCinakan itu. Lebih jahat, mahu rasanya saya tempeleng satu demi satu muka pemimpin-pemimpin parti Gerakan yang mencetuskan provokasi jahat.
Setakat ini, belum ada maklum balas dari para pemimpin UMNO, yang kononnya Perjuang Bangsa Melayu. Pastinya, kalau tindakan serupa dilakukan parti pembangkang, merekalah orang pertama yang bersuara bagaikan anjing menyalak bukit.
Saya menyentuh isu ini kerana kecewa dengan nasib malang yang menimpa Bahasa Melayu. Satu demi satu musibah menimpa. Bahasa yang konon dijamin statusnya sebagai Bahasa Rasmi negara, kini diserang habis-habisan. Malangnya pemimpin negara masih membutakan mata biarpun serangan dilakukan secara jelas dan nyata.
Apakah ertinya menjadi bahasa rasmi tunggal negara jika haknya dinafikan?
Apakah ertinya menjadi bahasa rasmi tunggal negara jika dilayan setaraf seperti bahasa-bahasa lain yang dituturkan di negara ini?
Apakah ertinya menjadi bahasa rasmi tunggal negara jika ada bahasa lain yang diberi keistimewaan serupa? lebih-lebih lagi kalau bahasa itu lahirnya dari rantau asing