بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Memaparkan catatan dengan label Libur: SINGAPURA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Libur: SINGAPURA. Papar semua catatan

Uniknya Singapura

Sempena cuti Hari Pekerja yang baru berlalu, saya sempat meluangkan masa melawat Singapura buat kesekian kalinya. Kali ini saya bersama seorang sahabat yang tak asing lagi, Syahrir. Biarpun sering ke negara pulau itu, inilah kali kedua saya ke sana atas tujuan melancong – lebih manis, ditemani beberapa kenalan internet dari Singapura sendiri. Terima kasih pada Multiply.  atas jalinan yang tertaut ini. Pastinya dengan izin Allah jua. Laman sosial Multiply berhenti berkubur mulai Februai 2013

Perjalanan berkereta dimulakan dari Kuala Lumpur menuju terminal bas Larkin di Johor Bahru. Sebelum sampai, kami singgah solat Jumaat di Masjid Jame’ Kampung Sri Macap, Simpang Renggam – kampung kelahiran saya. Anehnya, masjid di kampung saya ini tidak lagi kelihatan seperti di Johor. Lokasinya nyaris persis seperti di sebuah desa di pinggir kota Dhaka. Tak sedar sejak bila kampung saya ini dihuni para pendatang Bangladesh sampai banyak begini. Mereka memenuhi setiap inci ruang-ruang solat dalam masjid - berhimpit-himpitan sesama sendiri sampai menenggelamkan orang-orang tempatan Melayu dalam nisbah 20 lawan 1. Sekurang-kurangnya pada pandangan mata kasar saya. Baiklah, berbalik pada cerita yang asal.

Syahrir
Yanie & Salbiah
Rakan Multiply Malaysia dan Singapura
Syahrir dan Salbiah
Syahrir kagum lihat Sentosa
Lebih kurang Jam 3.00 petang, kami berangkat menaiki bas dari terminal Larkin menuju Singapura. Walaupun sering ke negara itu, prosedur keluar-masuk dengan bas ke sana belum juga saya hafal. Kejadian tersalah bas selepas pemeriksaan pasport di kaunter imigresen kedua negara sangat kerap berlaku. Dan kali ini ia terjadi lagi, kami tersangkut setengah jam di Kranji MRT gara-gara kesilapan itu.

Selepas dua setengah jam menempuh perjalanan jarak dekat yang panjang, sampailah juga kami ke lokasi yang dituju - Queen Street - lokasi di mana Salbiah, sahabat Multiply asal Singapura sedang menunggu. Fragrance Hotel di Geylang Serai menjadi pilihan penginapan yang dicadangkan Salbiah buat kami berdua sebelum memulakan misi ‘menakluk’ Temasik keesokan harinya.

Hotel hunian kami

Alhamdulillah, hajat menjejakkan kaki ke Pulau Ubin dan melawat makam warisan kerabat diraja Johor di Teluk Belanga terlaksana. Alhamdulillah, hasrat Syahrir yang tergiur mendengar keindahan Sentosa tercapai juga. Terima kasih tidak terhingga buat Salbiah, Yanie dan Koosem (bukan nama sebenar) atas layanan kelas pertama yang diberikan sepanjang kami berada di negara kalian. Terima kasih daun keladi.


Di bawah ini foto-foto kami ketika kunjungan ke Pulau Ubin
 

























Sambutan Raya Orang Temasik

Dua hari sebelum sambutan 1 Syawal yang lalu, saya sempat menyeberang selat menuju Singapura atas jemputan seorang sahabat, Salbiah (www.sarqina.multiply.com). Kunjungan ini sebagai membalas kunjungan rakan itu ke Kuala Lumpur bulan Ogos yang lalu. Saya berbesar hati menerima pelawaannya atas sebab telah lama tidak ke Singapura sejak meninggalkan Johor kira-kira 8 tahun yang lalu.

Dengan memakan masa hanya 2 minit, Singapura sudah berjaya digapai. Tidak banyak berbeza dari dulu, negara kota itu masih mengekalkan statusnya sebagai negara terbersih dan paling tertib di rantau ini.

Lokasi utama kunjungan saya ialah di Geylang. Di sini terdapat banyak bazar-bazar menjual pelbagai keperluan umat islam menyambut Syawal sama persis di Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Chow Kit di Kuala Lumpur. Bezanya bazar di sini lebih bersih, tersusun dan tidak sesak dengan kenderaan walaupun banyak dikunjung orang.

Dan yang paling saya suka, lebih ramai peniaga Singapura sendiri berbanding warga asing. Tidak seperti di banyak bazar-bazar di Malaysia yang sudah jadi Mini Jakarta. Mungkin kerana pantauan yang kerap oleh pihak berkuasa menyebabkan masalah yang terjadi di Malaysia tidak merebak ke sana.

Jom layan gambar-gambar ini...