Ada tujuh pintu sempadan darat antara Malaysia dan Thailand yang rasmi diakui kedua negara. Tapi sebelum catatan ini ditulis, saya baru lalui tiga darinya iaitu (1) Pintu sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah - Danok, Songkhla, (2) Pintu sempadan Padang Besar, Perlis - Padangbesar, Songkhla dan (3) Pintu sempadan Rantau Panjang, Kelantan - Sungaigolok, Narathiwat.
Pada kesempatan cuti Hari Merdeka yang lalu, saya sempat jejakkan kaki melihat pintu sempadan Wang Klian, Perlis dan Wang Prachan, Satun. Sekaligus jalan-jalan lihat bandar paling Melayu di pantai barat di selatan Thailand.
Satun, atau nama asalnya Satul merupakan sebuah jajahan Kesultanan Melayu Kedah sebelum terpecah dalam pembahagian berat sebelah antara British dan Siam melalui Perjanjian Bangkok 1909. Kesan perjanjian itu, wilayah Satul dipaksa bercerai dari induknya, Kedah dan dengan rela harus bersama-sama empat wilayah Melayu lain untuk takluk dibawah kekuasaan Siam. Hmmm...
Sesuai statusnya sebagai pintu sempadan sekunder, sempadan Wang Klian - Wang Prachan ini hanya melalui jalan negeri. Dari Kangar, teruskan perjalanan menghala pekan Kaki Bukit sebelum anda bakal lihat papan tanda arah seperti di bawah:
Melepasi pekan Kaki Bukit, anda akan lalui jalan mendaki yang berkeluk. Hati-hati tersalah simpang kerana ada satu lagi simpang lain yang menghala ke Taman Rekreasi Gua Kelam. Pada yang cukup waktu, singgahlah sebentar ke taman rekreasi itu dan hayatilah keindahan alam negara kita yang tak kalah hebatnya. Ops, sebelum itu, pandai-pandailah rancang perjalanan anda kerana pintu sempadan Wang Klian hanya beroperasi dari hingga jam 6.00 petang. Kalau terlepas waktu, anda bakal sulit cari penginapan kerana lokasi sini sedikit lebih baik dari sarang jin bertendang.
Sebelum langsung ke pntu sempadan itu, saya sempat lakukan kunjungan ke Taman Rekreasi Gua Kelam sebagai mengimbau kenangan lalu ketika perkhemahan pengakap kelana seluruh Kedah yang pernah dilangsungkan di sini dulu.. Tiba-tiba terasa rindu pula. Meh, lihat dulu betapa indahnya kawasan ini.
Bagi yang tak sempat singgah, teruskan pemanduan mendaki bukit yang curam itu. Anda sekali lagi bakal terasa seperti di dunia asing kerana kawasan paling utara Semenanajung Malaysia ini terletak sangat jauh dari tamadun. Jangan heran kalau anda tiba-tiba terdengar siaran berbahasa Thai dari radio kereta anda. Di hujung utara negara kita ini, jaringan komunikasi ke negara jiran ternyata lebih baik. Huh... Cuma satu hal yang membuat kita bangga, hutan hujan di negara kita ini ternata masih asri.
Negaraku hijau damai. |
Selepas mendaki begitu banyak puncak berkeluk, dan sebelum sampai di depan pintu imigresen, anda akan sampai di satu kampung terpencil yang sangat jauh dari jangkauan. Itulah Kampung Wang Klian yang terletak di lereng bukit, kira-kira seratus meter sebelum gerbang sempadan. Di sebelah sini rupa-rupanya warga Malaysia bebas keluar masuk ke seberang sebelah sana dalam lingkungan 100 meter. Ada pasar harian yang dibuka hingga jam 6 petang di sebelah Thailand. Tak sangka suasananya amat meriah. Komunikasi berbahasa Melayu di sini masih mendominasi.
Bagi yang bawa kenderaan, dan berhajat lakukan pejalanan lanjut, sudah tentulah anda harus ikuti aturan imirgesen dan kastam Thailand. Jangan risau, urusannya tak sulit. Cukup bawa geran dan dan beli insuran memandu kenderaan ke Thailand yang boleh didapatkan di Kangar. Ajukan semua dokumen itu kepada pegawai Thailand dengan tips RM2. Urusan anda akan lebih dipermudah bersama satu hadiah senyuman. Kalau anda berkeras tak mahu hulurkan duit, siap-siaplah menerima beberapa soalan yang menjengkelkan.
Ya Tuhan, kalau selama ini saya sering lihat pembangunan sempadan Malaysia yang jauh lebih baik dari pembangunan negara jiran, kali ini saya harus berasa malu. Pembangunan seberang sempadan sangat sempurna, ada pasar sehari dan jalan raya yang terselenggara dengan baik. Malah hutan hujan di kiri kanan jalan pun tertata rapi.
Hutan hujan yang tebal ini termasuk dalam kawasan hutan simpan dan taman negara Thailand. Suasananya redup dan sesejuk mata memandang. Meneruskan perjalanan, anda akan lalui kawasan perkampungan yang tipikal seperti perkampungan Melayu di Malaysia. Inilah Ban (Kampung) Wang Prachan, Satun. Penduduknya pun masih boleh berbahasa Melayu dialek utara.
Mencari arah ke Satun, saya bernasib baik kerana jumpa seorang kakak yang kebetulan ada urusan di bandar. Sudah satu laluan, saya tumpangkan dia bersama-sama dalam perjalanan ini. Melalui kakak itu, saya sebra sedikit belajar kehidupan sosial masyarakat Melayu Satun selepas seribu tahun terpisah dari induknya. Kata dia, Melayu Satun masih berbahasa Melayu dialek Perlis. Cuma ketika ini, bahasa Melayu tak diamalkan dengan baik oleh generasi muda kerana tekanan sistem pendidikan yang pentingkan bahasa Thai. Tambah dia lagi, hidup di Thailand terasa keras dan panas. Dia sangat dambakan hidup di Malaysia yang menurutnya lebih damai dan sejuk. Malah beberapa keluarganya sudah pindah ke Kangar dan memohon warganegara Malaysia.
Kakak itu turun di sebuah rumah anak yatim tak jauh dari bandar ini. Rugi pula tak tanya nama dia dan nombor telefonnya.
Perjalanan saya teruskan hingga ke bandar Satun yang saiznya kecil saja seperti bandar Kangar. Lanskap perniagaan di bandar ini ialah gabungan eleman Melayu, Thai dan Cina.
Sudah jadi amalan, saya suka ambil peluang bersembahyang di masjid setempat setiap kali sampai di suatu lokasi baru. Dalam kesempatan kali ini, saya juga tak lupa laksanakan ibadah selain berehat seketika di masjid bandar ini yang dinamakan Masjid Mambang Satul.
Perjalanan saya lanjutkan ke Jeti Satun untuk tinjau feri-feri yang bakal saya naiki bila ada keinginan melawat gugusan pulau-pulau yang tersebar di perairan ini nanti. Pulau Adang, Pulau Tarutau, Pulau Singa, Pulau Sembilang dan pulau-pulau kecil yang lain. Sayang sekali pulau-pulau Melayu itu telah jatuh ke tangan bangsa lain.
Habis menjelajah Satun dan pusing-pusing lokasi sekitar, saya ambil keputusan untuk balik semula ke Kangar dan nginap semalam di sana sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur heri esok.
Puas sudah saya turuti keinginan saya yang gila kali ini. Tapi saya pasti kerja gila ini takkan berhenti sampai sini. Masih banyak lokasi lain belum saya jejak, saya jelajah dan saya takluk. InsyaAllah.
Memandu kenderaan sendiri memang seronok, lebih bebas ke mana saja.
BalasPadamSalam, kalau nak masuk Satun, kena tunjuk passport tak?
BalasPadamsatu hari nanti insyallah nak ke tanah setul untuk mencari asal-usul
BalasPadamINsyaAllah sy gak berminat nk masuk ikut semua pintu sempadan Msia-Thai
BalasPadamInsurans Kereta Ke Thailand
BalasPadamSaya menyediakan perkhidmatan dokumen untuk mereka yang ingin melancong ke Thailand dengan membawa kereta dan motorsikal sendiri.
1) Membeli Insurans Thailand kenderaan anda untuk bila-bila tarikh yang di kehendaki.
2) 2 Set Borang TM2 Maklumat Pembawa (Information Conveyance) dan TM3 Senarai Penumpang (Passenger List).
3) Membeli Borang TM6 Visa Berlepas & Ketibaan (Arrival & Departure).
4) Pos semua di atas ke alamat rumah atau pejabat anda.
Layari Link di bawah
http://nurmas-homestay.blogspot.my/2015/12/perkhidmatan-insurans-ke-thailand.html?m=1
Secara jujur saya meneladani dua susuk daripada catatan Tuan. Pertama, memasuki terowong kembara tanpa berpijak di sana. Kedua, saya kagumi catatan Tuan yang masih setia memanfaatkan bahasa perbicaraan yang "standard" dan laras yang menarik tanpa mengorbankan kesantaian pendekatan. Teruskan menulis supaya saya boleh terus membaca.
BalasPadamwww.facebook.com/usrodzi
Secara jujur saya meneladani dua susuk daripada catatan Tuan. Pertama, memasuki terowong kembara tanpa berpijak di sana. Kedua, saya kagumi catatan Tuan yang masih setia memanfaatkan bahasa perbicaraan yang "standard" dan laras yang menarik tanpa mengorbankan kesantaian pendekatan. Teruskan menulis supaya saya boleh terus membaca.
BalasPadamwww.facebook.com/usrodzi
Tahniah, banyak lagi perkara-perkara menarik di sana sebenarnya. Sekira ingin maklumat lebih mendalam saya tawarkan diri untuk memberinya. Sebagai makluman tuan, saya adalah salah seorang penduduk Perlis yang berketurunan melayu Satun Boleh hubungi 019 4722110 Zainudin.
BalasPadamVan
BalasPadamizmir
Artvin
Tunceli
Eskişehir
YK7
yozgat
BalasPadamtunceli
hakkari
zonguldak
adıyaman
TTXCAY
amasya evden eve nakliyat
BalasPadameskişehir evden eve nakliyat
ardahan evden eve nakliyat
manisa evden eve nakliyat
karaman evden eve nakliyat
ZVWADİ
sivas evden eve nakliyat
BalasPadamerzurum evden eve nakliyat
bitlis evden eve nakliyat
mardin evden eve nakliyat
rize evden eve nakliyat
RUMV5
C74A2
BalasPadamBitlis Evden Eve Nakliyat
Silivri Parke Ustası
Binance Referans Kodu
Antalya Evden Eve Nakliyat
Sivas Evden Eve Nakliyat
C4109
BalasPadamEskişehir Lojistik
Denizli Şehir İçi Nakliyat
Ankara Boya Ustası
Yozgat Evden Eve Nakliyat
Edirne Şehirler Arası Nakliyat
Ankara Parça Eşya Taşıma
Ankara Parke Ustası
Eryaman Parke Ustası
Ardahan Şehirler Arası Nakliyat
50329
BalasPadamDiyarbakır Evden Eve Nakliyat
Gümüşhane Şehirler Arası Nakliyat
Batman Lojistik
Zonguldak Evden Eve Nakliyat
Tekirdağ Şehirler Arası Nakliyat
Urfa Lojistik
Samsun Şehir İçi Nakliyat
Mardin Parça Eşya Taşıma
Diyarbakır Parça Eşya Taşıma
F8172
BalasPadamPursaklar Boya Ustası
Tokat Lojistik
Samsun Şehir İçi Nakliyat
Ünye Fayans Ustası
Poloniex Güvenilir mi
Düzce Şehirler Arası Nakliyat
Gümüşhane Evden Eve Nakliyat
Erzurum Şehir İçi Nakliyat
Balıkesir Evden Eve Nakliyat
2EDB5
BalasPadamBursa Şehir İçi Nakliyat
Iğdır Evden Eve Nakliyat
Kayseri Parça Eşya Taşıma
Mardin Parça Eşya Taşıma
Yobit Güvenilir mi
Ağrı Lojistik
Ardahan Parça Eşya Taşıma
Altındağ Parke Ustası
Ünye Evden Eve Nakliyat
28497
BalasPadamEskişehir Şehirler Arası Nakliyat
Dxy Coin Hangi Borsada
Çankırı Parça Eşya Taşıma
Niğde Şehir İçi Nakliyat
Siirt Evden Eve Nakliyat
İzmir Şehir İçi Nakliyat
Bitmex Güvenilir mi
Keçiören Parke Ustası
Ünye Oto Lastik
81113
BalasPadambinance komisyon indirimi
79533
BalasPadambinance referans kodu %20
78AB4
BalasPadamigdir ücretsiz görüntülü sohbet uygulamaları
parasız sohbet
görüntülü sohbet
hakkari sohbet sitesi
en iyi rastgele görüntülü sohbet
Kırıkkale Chat Sohbet
erzincan canlı görüntülü sohbet siteleri
Bilecik Sesli Sohbet Uygulamaları
çankırı canlı görüntülü sohbet odaları
C34B3
BalasPadamOmlira Coin Hangi Borsada
Kripto Para Kazanma Siteleri
MEME Coin Hangi Borsada
Instagram Beğeni Satın Al
Gate io Borsası Güvenilir mi
Parasız Görüntülü Sohbet
Osmo Coin Hangi Borsada
Clysterum Coin Hangi Borsada
Bitcoin Para Kazanma
1D557
BalasPadamdefilama
chainlist
solflare
trezor suite
layerzero
ellipal
satoshi
eigenlayer
shiba