Hari ini genaplah Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-56. 31 Ogos telah dipilih sebagai tarikh rasmi meski sebenarnya terdapat lagi tarikh berasingan mewakili dua lagi wilayah lain dalam negara ini. Bilapun itu tarikhnya, marilah kita bersatu menjunjung tarikh yang telah kita sepakati.
بسم الله الرحمن الرحيم
Selamat Datang
Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.
Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.
Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.
Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.
Sekian. Selamat memabaca
MALAYSIA YANG SAYA IMPIKAN.
Hari ini genaplah Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-56. 31 Ogos telah dipilih sebagai tarikh rasmi meski sebenarnya terdapat lagi tarikh berasingan mewakili dua lagi wilayah lain dalam negara ini. Bilapun itu tarikhnya, marilah kita bersatu menjunjung tarikh yang telah kita sepakati.
Wang syiling siri baru kurang kualiti
Berikut adalah ciri yang terdapat pada permukaan wang berkenaan:
1. Motif tradisional pada setiap muka belakang syiling 5 sen hingga 50 sen.
2. Warna emas pada syiling 20 sen dan 50 sen
3. Jisim lebih ringan terutama pada syiling 5 sen dan 10 sen seperti kualiti wang syiling rupiah
4. Saiz kecil, ketara pada syiling 20 sen dan 50 sen, tak dapat dipakai untuk pembayaran parkir, telefon awam, tiket LRT/Monorel dan mesin air.
5. Jenis fon serong (italic) dan tidak tebal (bold) terutama pada angka 5, 10 , 20 dan 50. Nilainya sukar dilihat di kawaan kurang cahaya dan kawasan bersilau.
Dibawah ini, saya gambarkan perbezaan syiling lama dan syiling siri baru jika dilihat dalam suasana silau dan kurang cahaya. Perhatikan perbezaannya
Dalam suasana kelam, angka 20 pada syiling baru tidak kelihatan berbanding syiling lama 10 sen dan 20 sen di kiri dan kanannya.
Bila disilaukan dengan cahaya flash, angka 20 juga tidak kelihatan berbanding syiling lama bernilai 10 sen dan 20 sen di kiri dan kanannya. Hanya warna emas yang membezakan keduanya.
Jadi saya tertanya tanya apa peningkatan yang BNM lakukan pada syiling siri baru ini. Selain kurang mesra pengguna, saiz yang lebih kecil juga menjadikan ianya tidak bernilai di mesin-mesin pembayaran elektronik.
Mungkin ada baiknya BNM tarik balik syiling siri baru ini untuk tujuan peningkatan kualiti sebelum keluarkan semula pada pengguna dengan ciri-ciri yang sudah dipertingkatkan. - hanya pandangan awam.
KEJATUHAN EMPAYAR MELAKA KERANA BANTUAN PEDAGANG CINA
KEJATUHAN EMPAYAR MELAKA KERANA BANTUAN PEDAGANG CINA
Ketika pengembara Portugis sampai di Asia, mujurlah ada Melaka, sebuah lokasi strategik di satu selat yang miliki nama yang sama, sebuah pusat tumpuan yang luar biasa untuk perniagaan dan perdagangan rempah-ratus. Waktu itu, Melaka telah pun diperintah oleh Kesultanan Islam.
Melaka miliki jajahan yang sangat luas termasuklah ke seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Pelabuhannya dikunjungi banyak kapal dan pedagang dari seluruh Nusantara dan negara-negara Asia seperti Arab Saudi, Parsi, China, India, Jepun, Sri Lanka dan Bengal. Segala hasil bumi Asia terkumpul dan dijual di sini: lada hitam, bunga cengkih, halia, kayu manis, buah pala dan lain-lain lagi.
Selepas bertapak di India, barulah Portugis sedar betapa pentingnya kota ini. Sayangnya ekspedisi ke Melaka pada tahun 1509 telah gagal, banyak perisik Portugis tertangkap dan dipenjarakan oleh Sultan.
Pada tahun 1511, Wizurai Portugis di India, Afonso de Albuquerque sekali lagi memutuskan belayar ke Melaka, penaklukan pun bermula. Sebaik sampai di Melaka pada bulan Jun 1511, Afonso de Albuquerque dengan kekuatan seramai 1,100 - 1,200 perajurit berserta 14 buah kapal telah menuntut agar semua tawanan Portugis yang dipenjarakan pada ekspedisi tahun 1509 dibebas. Bagaimanapun Sultan cuba bermuslihat dan melengahkan masa bagi perkukuhkan pertahanan kota. Dia sedar akan kekurangan upaya tentera Portugis dengan kekuatan yang kecil, justru lebih yakin akan kekuatan anggotanya sendiri yang terdiri dari 20,000 perajurit dan 2,000 senjata api.
Tapi Albuquerque tidak mahu persiakan masa. Pada 25 Julai tahun 1511, Portugis telah menyerang kota Melaka dengan tumpuan dilebihkan ke atas jambatan yang memisahkan dua bahagian kota ini hingga ia ditawan. Bagaimanapun, Portugis terpaksa undur kembali sebelah petangnya. Setelah beberapa hari siaga, akhirnya pada 10 Ogos 1511, Portugis sekali lagi perbaharui serangan. Penggunaan jong-jong (kapal-kapal dagang) yang sedang berlabuh hasil bantuan pedagang China turut membantu. Jong-jong inilah yang jadi penentu dan berperanan sebagai pangkalan sementara. Serangan pun berjaya! Portugis pun berhasil membina pangkalan di bandar ini.
Beberapa bedilan ke atas kota Melaka tetap dilakukan Portugis selepas itu. Pada 24 Ogos 1511 Portugis menyerang lagi semata-mata untuk pastikan Sultan benar-benar telah meninggalkan kota. Dengan Melaka berada di tangan Portugis, mereka kini berkuasa, tapi atas arahan Albuquerque, mereka hormat akan harta-harta pihak yang memberi sokongan.
Pengertian Hari Malaysia, Sesuatu untuk dikenang
Nama Malaysia pertama kali muncul pada tahun 1826 ketika pengembara Perancis, Julies Dumont d'Urville menklasifikasi rumpun dari Lautan Hindi ke Lautan Pasifik kepada 3 bahagian. iaitu rumpun malaysia (rumpun manusia berbahasa Melayu dari Sumatera hingga Maluku) rumpun micronesia (pulau-pulau kecil selepasnya) dan rumpun malenesia (manusia kulit hitam rambut keriting yang banyak bermukim di selatan micronesia). Menjelang pembentukan sebuah negara bernama Malaysia hasil pengabungan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak oleh Tuanku Abdul Rahman, rumpun malaysia yang luas itu kita kenali sebagai nusantara.
Siapakah sebenarnya kita?
Kita bermula dengan megah sejak tiga generasi. Hindu - Buddha - Islam, Kitalah bangsa hebat yang disegani segenap manusia dari timur dan barat. Kitalah pembina kerajaan kuat, jadi tumpuan siswa belajar agama tiap-tiap generasi ini. Kitalah empayar gemilang yang menguasai perdagangan di antara laluan dari timur ke barat.
Kita melemah juga melalui tiga generasi. Portugis - Belanda - Inggeris. Kita hilang identiti. Jejak kemegahan kita dibumi-hanguskan. Sejarah kita dilucutkan. Kitalah manusia telanjang yang digambarkan hanya pandai pegang cangkul dan parang dan berperang dengan keris dan lembing.
Jadi, marilah kita kenang semua ini di hari perpaduan. Buktikan pada dunia kita mampu bangkit kembali. Selamat Hari Malaysia
Merdeka yang Pra-Matang
Kita harus terima syarat itu dan ini, harus tandatangan satu kontrak dengan dua bangsa bukan pribumi, harus akui hak-hak mereka meski ada diantaranya merugikan kita sendiri. Terpaksa terima saja siapapun yang lahir selepas tahun 1957 sebagai warga. Harus ikut kuota untuk segala macam urusan, harus berkongsi kuasa hatta dalam hal politik. Harus macam-macam lagi hingga kita tetap saling curiga.
Tapi harus bagaimana? Kita sudah dilahirkan pra-matang.
Menjelang Aidilfitri: Surat Terbuka untuk DBKL
Cuma sayang, perasaan warga Malaysia yang sedang girang ini sangat sedikit diterjemahkan oleh DBKL. Nyaris tidak ada alu-aluan secara materi di pinggir-pinggir jalan khasnya di pusat bandar. Tidak seperti beberapa tahun lalu, Kuala Lumpur pasti bermandi cahaya dengan lampu kelap-kelip motif ketupat, malah turut digantung sepanduk berucap selamat melintang jalan. Tidak ketinggalan, bunting tiang lampu akan dipasang bagi meraikan hari yang mulia ini bersama-sama warganya.
Tapi pada tahun ini, ketika kita meraikan kemenangan berganda, DBKL memilih diam. Tidak sedikitpun menzahirkan ucap selamat kepada warganya. Jalan-jalan tidak dicahayakan melainkan dari cahaya biasa. Malah Bangunan DBKL sendiri kelihatan malap. Hal ini amat mengecewakan.
Mujurlah dekorasi raya dapat dilihat di premis persendirian di sekitar pusat bandar (itupun bilangannya boleh dihitung). Dan mujurlah Jalan Tunku Abdul Rahman masih meriah seperti tahun sebelum. Kalau tidak ada kedua faktor ini, Kuala Lumpur kelihatan sama saja seperti hari biasa.
Dengan penuh yakin, saya percaya hal ini tidak akan terjadi menjelang sambutan Tahun Baru Cina nanti. Jika hal ini demikian, barangkali saya perlu semak semula banci terkini penduduk Malaysia. Jangan-jangan pribumi Melayu beragama Islam bukan lagi kaum majoriti di negara ini.
Mohd Fazli bin Abdullah
Pantai Dalam, Kuala Lumpur
CATATAN ASAL JADI - Pemilikan rumah di Asia Tengara
Mohon diperbetulkan pada mana-mana kenyataan yang salah, jika ada.
Myanmar - Pemilikan hartanah tidak dibantu dengan kemudahan kredit oleh mana-mana bank. Pembeli harus membayar sepenuhnya harga jualan di awal transaksi.
Vietnam - Sama seperti Myanmar, Tidak ada kemudahan kredit, pembeli juga harus membayar sepenuhnya harga jualan di awal transaksi
Indonesia - Pembeli diberi kemudahan kredit oleh mana-mana bank pada kadar faedah yang tinggi melebihi 10% dan tempoh bayaran balik yang singkat, paling lama 25 tahun. Harga hartanah sebanding dengan di Malaysia di banyak kawasan.
Singapura - Saya kurang info tentang ini, hanya dari kenyataan sahabat saya di sana, banyak kemudahan kredit, bayaran balik yang lebih lama dan lebih mudah berbanding Indonesia. Sayangnya, harga hartanah di pulau itu super mahal.
Malaysia - Pembeli diberi kemudahan kredit oleh mana-mana bank pada kadar faedah antara 4% - 7% pada tempoh bayaran balik yang panjang sehingga 40 tahun tergantung umur.
Dari sisi ini, timbul sedikit rasa lebih beruntung tinggal di negara Ini
Tahun 2011. Kembalilah berMultiply.
Multiply merangkumkan rumpun yang terpisah jauh jadi satu. Alhamdullillah, aku punya kenalan berbahasa Melayu sejauh Timor Leste selain Indonesia, Singapura, Selatan Thai dan Brunei. Termasuk juga kenalan berbahasa Melayu yang kini menginap sementara di negara bukan bahasa Melayu seantero dunia. Sejak sertai Multiply, aku tidak lagi bersusah-payah tempah hotel setiap kali ke Indonesia dan Singapura. Punya banyak kenalan di sana yang sedia membantu. Tanpa di sangka, mereka baik-baik belaka. Aku tak lagi susah-susah susun acara, mereka yang aturkan semuanya, mereka yang jadi pemandunya pada tarif percuma. Malah sampai ada yang sanggup mengajak aku bermalam di rumah mereka. Sungguh, Multiply banyak berjasa. Belum pernah aku rasakan ini dalam mana-mana laman sosial lainnya. Termasuklah laman sosial yang sekarang jadi kegilaan baru; Facebook!.
Sayang Multiply kini kian lesu. Sekarang pengguna Multiply berlumba-lumba buka akaun di Facebook. Malah ada yang langsung pindah ke sana tanpa kembali lagi. Sampai aku juga terikut buka akaun di sana.
Facebook memang lebih terampil. Mudah dikendali dan mudah mencapainya. Cuma sayang selama aku berFacebook ria, tidak menjelma walau satu pun kawan baru secara nyata sampai dapat dilihat di mata. Meski tiap hari ada kontak terbaru, semuanya terbatas setakat “like the status” malah paling-paling hanya bersembang di chatbox 5minit sekali seminggu. Pun begitu, tak dinafikan memang Facebook ada jasanya. Aku kini jumpa lagi dengan kawan-kawan lama setelah 13 tahun terpisah. Terbuka semula memori lama yang pernah tersimpan di hati saat bersama mereka dulu. Mungkin, pada pandanganku hanya inilah kelebihan facebook.
Buat semua, selamat tahun baru 2011 diucapkan, pada rakan-rakan lama yang pernah bersama di Multiply dulu, kembalilah ke sana. Isikan lamanmu semula sesuai kecenderunganmu - tentang budaya, tentang bahasa, tentang dunia foto, tentang politik, tentang perjuangan, tentang agama dan apa saja segalanya. Kerana semua inilah kita yang tak pernah saling kenal, kini jadi sahabat.
GANYANG ARAB SAUDI ?
Dalam masa terdekat ini, media Malaysia melaporkan dua kejadian sadis menimpa dua tenaga kerja wanita dari sebuah negara jiran yang berkerja di Arab Saudi. Satunya disiksa dengan mulutnya digunting sambil terdapat kesan darah dalam otak mangsa akibat hentakan kuat; manakala satu berita lagi tentang penemuan jasad tenaga kerja wanita dari negara yang sama dalam sebuah tong sampah. Mangsa ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa.
Saya percaya dua isu ini bukan kejadian pertama terjadi kepada tenaga kerja dari negara jiran itu. Cuma yang saya hairan, Rakyat dari negara jiran itu masih senyap dan memandang sepi akan nasib rakan senegaranya yang berkerja di sebuah negara Arab itu. Hal ini sangat kontra kalau isu sama tejadi kepada warganya yang berkerja di Malaysia. Habis Malaysia 'diganyang' semahunya seolah-olah tidak sempat menunggu esok biarpun isunya hanya sekecil patah gigi. Jadi kalau begini, apa sebenarnya yang mereka tegakkan? Saya geleng kepala.
SEJARAH KEBERADAAN MELAYU SEMENANJUNG DI BERBAGAI WILAYAH INDONESIA
Pengetahuan terhad terhadap sejarah keberadaan
Baru-baru ini telah berlangsung persidangan Memori Kolektif Indonesia – Malaysia dengan tema Pengalaman dan Iktibar Hubungan Indonesia – Malaysia di Johor Bahru pada 1 hingga 3 Oktober lalu.
Satu perkara menarik yang dibentangkan MSI adalah tentang pengaruh orang Melayu Semenanjung ke atas segenap pelosok Nusantara yang sekarang sebahagian besarnya bergabung dalam Negara Kesatuan Republik
Dedahan MSI ini berkisar tentang sejarah yang berlaku selepas kejatuhan Melaka tahun 1511 ke tangan Portugis. Menurut MSI, selepas pusat perdagangan terkemuka itu menjadi titik pertama di Nusantara yang jatuh ke tangan penjajah, ramai penduduknya meninggalkan Melaka menuju daerah-daerah lain. Ini termasuklah oleh Sultan dan pembesarnya yang mengasas kerajaan baru di Johor dan Bintan (Johor – Riau), pedagang Melaka yang pindah ke Tuban dan Grisek (Jawa), Gowa (
Tambah MSI, pedagang yang merantau ini mengidentifikasikan diri sebagai Orang Melaka di daerah-daerah baru itu. Malah mereka mendapat layanan yang baik di
Di Nusa Tenggara Timur, para pedagang Melaka yang dikenal sebagai Sunan Mutin Melaka berhasil mendirikan kerajaan Wesei Wehali hingga menjadi sebuah kerajaan kuat di
‘Orang Melaka’ turut membawa bersama mereka artifak seperti tanah, meriam, kelawang, gading, perhiasan dan gong yang semua ini akhirnya dijadikan pusaka kerajaan yang dianggap suci dan dipakai sewaktu pertabalan raja-raja di
Selain daripada pengaruh Melayu Melaka di berbagai wilayah
Maklumat tambahan dari MSI juga tak kurang menariknya, menurut seorang wakil mereka, Inyo Yos Fernandes, orang Melayu dari Semenanjung dan Sumatera telah pindah ke timur Indonesia lebih awal sebelum zaman Srivijaya. Mereka inilah yang menyebarkan bahasa Melayu hingga ke Flores, Maluku dan
Sepanjang penguasaan penjajah Eropah di Kepulauan Melayu, ramai pendatang Melayu Semenanjung terpaksa beralih kerjaya dari peniaga kepada petani ekoran monopoli perdagangan yang dilakukan penjajah tersebut. Ada yang pindah jauh ke tengah daratan dan beranak pinak di
Melihat pendedahan ini, dapat dipastikan bahawa hingga kini unsur Melayu dan kemelayuan tetap terpelihara di seluruh Nusantara biarpun di sesetengah kawasan hanya tinggal bahasa, lebih-lebih lagi di wilayah timur
Kesan kehadiran Melayu Semenanjung di berbagai tempat di
Ini adalah ulasan saya berhubung satu artikel yang tersiar dalam Utusan Malaysia, 11 Oktober 2010 berjudul Memori Kolektif sejarah Malaysia – Indonesia berhubung pendedahan Masyarakat Sejarawan Indonesia (MSI) di Johor Bahru. Di harap tulisan saya mampu membuka mata rakan-rakan dari negara jiran kerana saya yakin pendedahan menarik dari MSI itu tidak akan pernah disiarkan di media negaranya sendiri.
Tetangga Sebelah: Dua Dunia Berbeza
Hari ini genap 11 hari temanku dari seberang meloloskan diri dari ditangkap pihak berkuasa Malaysia. Entah apa kabarnya, aku tak tahu. Entah selamat atau tidak dia saat naik perahu meninggalkan Semenanjung lewat jalan gelap membelah selat Melaka menuju Dumai tempohari. Akupun lupa sejenak soal dia gara-gara terlalu menumpukan Ramadhan kali ini. Hanya yang aku tahu, belum ada kemalangan di Selat Melaka yang dilaporkan sepanjang tempoh ini.
Mungkin dia selamat mendarat di Dumai, kemudian bermalam sejenak di sana sebelum meneruskan perjalanan darat menuju Pelabuhan Bakauheni untuk tempoh dua hari lagi. Selepas itu, mungkin dia berangkat naik kapal meninggalkan Sumatera menuju Jawa sebelum selamat tiba ke kampungnya di Kudus, Jawa Tengah. Dan pada hari ini, mungkin dia sudah kembali bersatu dengan keluarganya di Desa Karangrowo, desa asri yang pernah menjadi lokasi inapdesa bagiku setahun yang lalu. Barangkali begitulah.
Tapi, baru tadi aku terima kiriman sms berbunyi begini "mlm bang, bapakku ada tlf apa tidak bang, kok bapakku belum sampai bang? bls". Sms ini datangnya dari Siti, anak temanku yang meloloskan diri itu. Dia kini masih belajar di kelas 3 SMA di Kudus. Biaya sekolahnya sangat bergantung rezeki yang dikais ayahnya selama menjadi pendatang gelap di Malaysia.
Hairan sejenak aku saat menerima sms dari anaknya. Mengikut perkiraan logik, tempoh 11 hari sudah sangat memungkinkan untuk temanku itu sampai ke kampungnya biarpun aku sendiri belum pernah melewati jalan darat sejauh itu. Lantas aku jawab "tidak tahu" dalam bahasa yang paling sopan agar anaknya tidak terlalu bimbang.
Dan inilah jawapan yang aku dapat hasil balasan sms-ku itu; "Bang, q di suruh mak tanya sama abang, mak pengen ke Malaysia, apa kalau mak ke Malaysia abang bisa carikn kerjaan buat mak, bang? buat biaya sekolah sm masa depan q bang. bls"
Mati akal aku terima permintaan seperti itu, terlalu daif rasanya kehidupan mereka. Tidak tahu apa harus ku jawab dari pertanyaan yang sebesar itu. Lalu aku biarkan saja pertanyaan itu terlupakan tanpa dibalas.
Dan dalam situasi begini saat sebahagian teman-teman di sana sibuk berteriak di jalanan, sambil tangannya membakar bendera, kemudian bergabung dalam laskar jihad sambil membawa bambu runcing lalu berteriak ganyang, ganyang dan ganyang yang tanpa sedar sudahpun melukai hati sasarannya; mereka terlupa ada saudaranya di sana yang masih terus mengharap simpati.
Ada Apa Pada Sebatang Rokok
Klik pada gambar untuk hasil yang lebih jelas
Bukan niat mempengaruhi, saya tujukan info bergambar ini untuk kebaikan kita bersama. Terutama buat diri saya sendiri – seorang manusia yang memilih menjauhi segala jenis asap – makanan para jin.
Buat para perokok, saya hormat pilihan anda untuk terus merokok.
Sebenarnya saya baru saja bertengkar dengan salah seorang penyewa saya atas kesalahannya merokok. Kesalahan yang tak dapat diampunkan mengikut undang-undang yang saya gubal berkuatkuasa selama-lamanya di rumah saya sendiri. Memang sudah aturan bahawa siapapun yang mahu tinggal menyewa bilik di rumah saya harus mengikut tetapan, iaitu: saya tidak merokok dan saya berhak memilih hanya yang tidak merokok.
Malang sekali, saya kurang berhati-hati ketika memilih seorang penyewa baru. Dan dia gagal bersembunyi ketika saya mendadak pulang ke rumah. Akhirnya kami bertengkar dan saya jatuhkan hukumam paling kejam 24jam tanpa notis. Nasiblah, saya sudah syaratkan dan dia gagal patuhi.
Khas untuk dia dan teman-teman lain yang masih merokok, mari kita lihat apa yang anda dapat pada sebatang rokok.
Satu sedutan asap rokok membekalkan anda dengan:
- Polonium-201 (bahan radioaktif)
- Acetone (bahan membuat cat)
- Ammonia (pencuci lantai)
- Naphthalene (ubat gegat)
- Diedrin (racun serangga : nyamuk, lipas, semut)
- Arsenik (racun anai-anai)
- Hidrogen Cyanide (gas beracun yang digunakan di bilik hukuman maut)
- Tar (bahan pengikat batu-batu untuk pembinaan jalan)
- Nikotin (sejenis dadah – penyebab gian – punca serangan jantung dan strok)
- Karbon Monoksida (gas beracun yang biasa keluar melalui ekzos kenderaan)
- Formalin (bahan pengawet mayat)
- Benzene (bahan pelarut industri dari minyak mentah)
- Cadmium (sel bateri)
- Nikel (logam berat)
- Kobalt (logam berat)
- Plumbum (logam berat)
- Hidrazin (bahan api pesawat)
- Asetilin (bahan kimia toksik)
- Asid Asetik (cuka)
- Butane (bahan api untuk pemetik api)
- Hexamine (cecair pemetik api)
- Asid Stearik (pengilat lilin)
Pilihlah untuk menjaga diri sendiri atau pilihlah untuk membunuh diri anda sendiri. Pilihan di tangan anda.
Antara Dunia Fantasi Ancol dan Kota Keriangan Genting
Sudah terlalu sering, satu demi satu kenalan saya dari negara seberang, dalam rangka kunjungan mereka ke
Kebetulan dalam rangka kunjungan saya ke ibu
Dunia Fantasi atau mereka singkatkan menjadi Dufan menurut saya lebih luas dan permainan dalaman dan luarannya juga lebih banyak. Sayang sedikit, taman tema ini sangat panas memandangkan lokasi keberadaannya di pinggir pantai. Haba panas menjadi lebih tak terkendali bila ia dikunjungi ramai manusia. Pun begitu, sesuai dengan lokasinya di pinggir pantai, pengelola taman ini bijak memanfaatkan air yang hadir secara alami menjadi salah satu elemen penting yang menghidupkan Dufan. Dan hasil dari saiznya yang luas itu, banyak hal yang dapat anda lihat di sini. Saya sifatkan Dufan sebagai dunia yang kaya permainan, baik permainan dalaman mahupun luaran di darat dan di air.
Beza dengan Kota Keriangan milik
Aktiviti utama yang disajikan kedua taman ini pada dasarnya sama - permainan. Masing-masing menyediakan hal-hal fantasi yang mendatangkan keriangan. Pada saya kedua-dua taman ini saling melengkapi. Apa yang tidak ada di Genting, ada di Dufan. Begitulah sebaliknya. Masing-masing miliki kombinasi antara permainan yang ekstrem dan permainan yang sekadar mendodoi minda. Cuma sekali lagi, Dufan lebih kaya permainan dan Genting punya kasino.
Dufan, sesuai dengan lokasinya di dalam wilayah ibu
Pun begitu, biarpun kedua-duanya merupakan pusat pelancongan yang popular, Dufan saya lihat masih di dominasi pelancong lokal alias wajah-wajah
Pada saya, Dufan dan Genting sama istimewa. Yang beza mungkin promosi.
Perempuan Berkalung Sorban
Rating: | ★★★★ |
Category: | Movies |
Genre: | Drama |
Ini satu lagi filem bagus dari Indonesia yang baru saja saya tonton. Perempuan Berkalung Sorban, begitulah Judulnya. Terima kasih buat Arifien (http://arifien.multiply.com/) di Jakarta yang mengirimkan filem ini melalui temannya yang datang ke Kuala Lumpur tanggal 23 Mei yang lalu. Saya syorkan kawan-kawan Multiply di Malaysia untuk sama-sama menontonnya.
Filem bercorak islami ini menceritakan kekeliruan tentang tafsiran batas-batas pergaulan orang perempuan menurut amalan Islam. Kekeliruan itu mempengaruhi pengurusan di sebuah madrasah (pesantren) yang lantas mengajarkan pengetahuan Islam kepada pelajar-pelajarnya mengikut tafsiran sendiri. Perempuan sebagaimana dalam didikan di madrasah itu tak lebih tugasnya sebagai ibu dan dan isteri kepada para lelaki. Kongkongan yang tidak memihak ini menyebabkan anak perempuan pemilik madrasah itu sendiri untuk memberontak dan memilih jalan hidup yang berlainan dari apa yang diajarkan. Pun begitu, jalan yang dipilih tidaklah semudah yang disangka. Dia berdepan banyak cabaran dan dugaan sepanjang hidup.. Bagaimana kesudahannya? Tontonlah...
Kempen: Satu Sekolah Untuk Semua
Mari sama-sama menyokong kempen ini. Sudah sampai masanya negara kita menerapkan slogan Satu Bahasa, Satu Bangsa, Satu Negara. Tiada jalan lain membina Negara-Bangsa tanpa memulakan idea Satu Sekolah Untuk Semua. Jangan mimpi wawasan Satu Malaysia akan berjaya selagi sekolah vernakular masih dibenarkan.
Nyatakan sokongan anda. Klik link ini: http://www.thepetitionsite.com/1/kempen-satu-sekolah-untuk-semua
Petikan dari laman blog penganjur: Blog Demi Negara:
Kempen Satu Sekolah Untuk Semua
Sasaran:
Mewujudkan Satu Sistem Persekolahan di Malaysia
Sekolah Vernakular (SJKC dan SJKT) adalah punca utama ketidakserasian dan ketegangan kaum di negara kita tercinta.
Fenomena ini adalah unik di dunia ini dan telah menjadi suatu barah yang kian menular dalam kancah kerapuhan masyarakat
Kajian semula sistem pelajaran negara ini haruslah dilakukan memandangkan fenomena perpecahan kaum yang semakin meruncing di masa kini. Gejala ini amatlah jelas sekali di alam siber dimana segelintir masyarakat kini memamirkan sikap anti-negara yang semakin ketara dan berleluasa. Jelas sekali, anasir-anasir ini tidak menghormati asas dan prinsip perlembagaan negara
Secara lantangnya, puak ini mempertikaikan segala unsur yang melambangkan kedaulatan dan intipati negara kita tercinta.
Kami menyeru agar sistem Sekolah Vernakular ini dihapuskan secara total.
FAZLI MENULIS LAGI - tentang bahasa
Kalau boleh saya sebutkan sedikit; ingatkah lagi pada nama bahasa Melayu? Sekejap menjadi Bahasa
Tarik ke belakang, cuba ingat pada penyata pendidikan Razak 1956. Penyata Razak 1956 pada maksud asalnya bertujuan mewujudkan satu aliran sekolah untuk semua kaum dengan Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar, tapi kenapa sekarang kita punya banyak aliran sekolah? Begitulah juga halnya dengan kedudukan Bahasa Melayu.
Saya tertarik tentang ulasan Dr. Abu Hassan Abdullah (pensyarah di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya) seperti yang disiarkan dalam majalah Dewan Bahasa (April, 2009). Kata beliau, kita di
Dalam majalah itu, Dr. Hassan Abdullah sebenarnya memperkatakan tentang kedudukan Bahasa Melayu di Malaysia. Menurut dia, bahasa Melayu sebagai tunjang bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara telah digunakan dalam ruang yang sangat kecil di Parlimen. Hanya 2% saja Ahli Parlimen
Berlainan dengan di Indonesia dakwa beliau, 98% Ahli Parlimen di sana boleh menguasai Bahasa Indonesia dengan baik, betul dan fasih dari aspek linguistik. Katanya lagi, 63% warga Indonesia boleh berturut bahasa Belanda, 43% fasih berbahasa Inggeris dan hampir 17% boleh bercakap dalam lima bahasa selain ratusan bahasa suku kaum.
Melihat dari kegagalan demi kegagalan ini. Masih bolehkah perancangan yang bersifat subjektif ini kita percaya? Kita mungkin berjaya pada material. Tapi kita gagal membina bangsa.