بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Kempen: Satu Sekolah Untuk Semua

Mari sama-sama menyokong kempen ini. Sudah sampai masanya negara kita menerapkan slogan Satu Bahasa, Satu Bangsa, Satu Negara. Tiada jalan lain membina Negara-Bangsa tanpa memulakan idea Satu Sekolah Untuk Semua. Jangan mimpi wawasan Satu Malaysia akan berjaya selagi sekolah vernakular masih dibenarkan.

Nyatakan sokongan anda. Klik link ini: http://www.thepetitionsite.com/1/kempen-satu-sekolah-untuk-semua

Petikan dari laman blog penganjur:  Blog Demi Negara:

Kempen Satu Sekolah Untuk Semua

Sasaran:

Mewujudkan Satu Sistem Persekolahan di Malaysia

 

Sekolah Vernakular (SJKC dan SJKT) adalah punca utama ketidakserasian dan ketegangan kaum di negara kita tercinta.

 

Fenomena ini adalah unik di dunia ini dan telah menjadi suatu barah yang kian menular dalam kancah kerapuhan masyarakat Malaysia.  Jika gejala Sekolah Vernakular ini tidak dibendung, negara kita akan terus bergerak ke ambang kehancuran.

Kajian semula sistem pelajaran negara ini haruslah dilakukan memandangkan fenomena perpecahan kaum yang semakin meruncing di masa kini. Gejala ini amatlah jelas sekali di alam siber dimana segelintir masyarakat kini memamirkan sikap anti-negara yang semakin ketara dan berleluasa. Jelas sekali, anasir-anasir ini tidak menghormati asas dan prinsip perlembagaan negara Malaysia, tiada rasa cinta kepada tanah air dan juga menonjolkan penulisan hasutan yang mencetuskan sentimen perkauman yang begitu ketara sekali.

Secara lantangnya, puak ini  mempertikaikan segala unsur yang melambangkan kedaulatan dan intipati negara kita tercinta.

Kami menyeru agar sistem Sekolah Vernakular ini dihapuskan secara total.

 

40 ulasan:

  1. oooooooooo.......................mplong

    BalasPadam
  2. asyik fikir jer sal, bila nak bg jawapan?

    BalasPadam
  3. Sekolah Cina sudah hampir 34 tahun ini tidak ada, tergantikan oleh sekolah-sekolah Kristen atau sekolah-sekolah swasta sekuler. Sekolah India? hohoho...nehi! kecuali Gandhi International School di Jakarta.

    BalasPadam
  4. ya. itulah yang anehnya. Di Singapura sendiri sudah tak ada sekolah vernakular sejak 1984. Tak tau apa yang dimaukan pemerintah Malaysia sampai perkara sepenting ini tidak dipandang.

    BalasPadam
  5. awak juga yang ajar sal .. fikir dulu sbelum jawap per. beri sal lihat lihat dulu...ni kena di teliti dulu faz.. almaklum sal baru makan ubat batok dan demam jadi....sebentar ya

    BalasPadam
  6. sudah lama sibubarkan sejak sal disekolah rendah lagi faz. soalnya sekarang ... kalau semua dibubarkan... ( sal pandang perspektif di malaysia ya..faz baca tak buku biru tentang bahasa melayu disingapura sal bagi faz tu) maaf ya... ini pandangan sal..kalau vernakular dibubarkan dimalaysia tak mustahil..sal memang dah dapat agak sejak sekian lama. malaysia juga akan terjadi liberalisasi dari segi bahasa dan sebagainya akan datang ini. jadi .. kita ni .. ( kita2 ..termasuk faz dan sal walaupun belum sampai lagi penghijrahanku 2011) tidak mengambil berat tentang hal ini.,.. lambat laun semuanya.. akan terjadi sesuatu......sori sal bukan notradamus tak boleh tafsirkan apa apa.... cuma pandangan sal.. tidak mustahil satu hari nanti bahasa melayu dimalaysia juga hancur faz.. hancur!!

    BalasPadam
  7. bukan bahasa melayu sahaja hancur. dan smuanyaaaa......sekarnag sahaja dah nampakkan.. seperti mana kita selalu bincangkan... inilah hakikatnya... samaada kita nak terima atau tidak... maaf kalau sal tak fokus tentang perkauman.. tapi sal lebih peka pada bahasa..sebab ini adalah salah satu.. hal yang perlu ambil berat. tentang perkauman ini.. walaupun dibubarkan ..baur perkauman tetap ada..nak cakap apa lagi..kita tulislah petition kita tulislah sebanyak yang mungkin dengan berbagai cara. tapi mereka tetap sama jer... lihat ajalah nanti ya faz.

    BalasPadam
  8. Tak Sal. Jangan samakan dengan sistem satu sekolah di Singapura. Banyak lagi contoh lain. Idea ini mungkin mengambil contoh sistem satu sekolah di negara lain yang bukan berbahasa rasmi Inggeris. Contoh terdekat, Indonesia berbahasa Melayu dialek Indonesia dan Thailand berbahasa Thai.

    Kebetulan Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan tunggal Malaysia. Dan termaktub dalam perlembagaan negara sejak awal merdeka. Lebih-lebih lagi penduduk pribumi membentuk 65% populasi Malaysia. Sebenarnya tak ada masalah. Malah kedudukan bahasa Melayu saya rasakan akan semakin membaik. kalau di Singapura, ia mungkin mustahil kerana peratusan Melayu di sana hanya 14%. Di sini, kami majoriti.

    BalasPadam
  9. sal cuma khawatir apa yang terjadi disini akan hinggap sana faz.

    BalasPadam
  10. kamu ini bambangggggggg!! jadi anak ngongrong pulak..ingat ini bioskop aper hehehe.,

    BalasPadam
  11. *nonton perdebatan...siapkan cemilan yang paling uenak*

    BalasPadam
  12. Tak sal, sistem kami di sini lebih buruk. masing2 kaum saling curiga. dan semakin lama semakin jelas. semuanya gara-gara telah dipisahkan sejak kecil

    BalasPadam
  13. *sambil makan brondong jagung dan segelas teh pahit*

    BalasPadam
  14. cuma yang jelas, Konsep 1Malaysia yang dicanangkan PM Najib itu saya bangkang. Jelas-jelas mengetepikan bahasa Melayu. 1Malaysia disebut One Malaysia, bukannya Satu Malaysia.

    BalasPadam
  15. Harusnya terbalik, Malaysia Satu
    *ganti camilan aaah*

    BalasPadam
  16. Allahu akbar.. la illaha illaah muhammadur rasulullaah..sabar aja sal dengan dia ni faz... faz.. cubit dia boleh??

    BalasPadam
  17. Oh ya...sistem kerukunan warga disana masih ada x ?

    *beralih makan gorengan*

    BalasPadam
  18. oh ya.. sal lupa nak makan tengahari .. terima kasih kerana mengingatiku ( dasar bapak nongrong makan soto segalanya) ..hmm mana lauk kak idah bungkuskan sal semalam ni hehehe.

    BalasPadam
  19. Wakakakakakaakakkkkkkk

    *makan lagi aaah*

    BalasPadam
  20. jangan kata tok najib tok hishamuddin tu pun sama .. nak cakap macam mana? hang tuah kalau ada sekarang ni dia bertukar jadi hang jebat dan ikut berlawan macam hang jebat...tau

    BalasPadam
  21. haiz... dek ni memang nak tarik hidung dia baru tauuu! kata dah kurus.. diyet tapi makan tak berhenti hehhee

    BalasPadam
  22. saya menyokong perjuanganmu fazly...moga berhasil....

    BalasPadam
  23. mungkin sudah sampai masanya satu sistem sekolah utk semua...tapi nak laksanakanya boleh ker? apatah lagi dlm keadaan skrg setiap kaum menuntut macam2 itu dan ini ! PM berani tak berhadapan dgn mereka??

    BalasPadam
  24. Makasih karim... ini bukan perjuanganku semata-mata, tapi juga harapan ramai warga Malaysia - terutamanya orang Melayu.

    BalasPadam
  25. Sebenarnya tidak ada istilah SUDAH TERLAMBAT. Kita harus mulai dari sekarang. semakin lama kita menunggu, semakin parah kondisi kita. sekarang ini polarisasi kaum semakin lama semakin memburuk. ini juga diakui profesor di Universiti Malaya. Kita tentu tak mahu muncul lagi nama-nama seperti Namawee, lulusan sekolah cina yang senang-senang menghina Lagu Negaraku.

    BalasPadam
  26. Persoalan berani atau tidak sebenarnya hanya retorik politik semata-mata.

    BalasPadam
  27. kalau pm makan straight saya rasa dia berani.tapi problemnya ramainya toke toke lahabau ni sponsor dia.itu yang payahnya

    BalasPadam