بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Uniknya Singapura

Sempena cuti Hari Pekerja yang baru berlalu, saya sempat meluangkan masa melawat Singapura buat kesekian kalinya. Kali ini saya bersama seorang sahabat yang tak asing lagi, Syahrir. Biarpun sering ke negara pulau itu, inilah kali kedua saya ke sana atas tujuan melancong – lebih manis, ditemani beberapa kenalan internet dari Singapura sendiri. Terima kasih pada Multiply.  atas jalinan yang tertaut ini. Pastinya dengan izin Allah jua. Laman sosial Multiply berhenti berkubur mulai Februai 2013

Perjalanan berkereta dimulakan dari Kuala Lumpur menuju terminal bas Larkin di Johor Bahru. Sebelum sampai, kami singgah solat Jumaat di Masjid Jame’ Kampung Sri Macap, Simpang Renggam – kampung kelahiran saya. Anehnya, masjid di kampung saya ini tidak lagi kelihatan seperti di Johor. Lokasinya nyaris persis seperti di sebuah desa di pinggir kota Dhaka. Tak sedar sejak bila kampung saya ini dihuni para pendatang Bangladesh sampai banyak begini. Mereka memenuhi setiap inci ruang-ruang solat dalam masjid - berhimpit-himpitan sesama sendiri sampai menenggelamkan orang-orang tempatan Melayu dalam nisbah 20 lawan 1. Sekurang-kurangnya pada pandangan mata kasar saya. Baiklah, berbalik pada cerita yang asal.

Syahrir
Yanie & Salbiah
Rakan Multiply Malaysia dan Singapura
Syahrir dan Salbiah
Syahrir kagum lihat Sentosa
Lebih kurang Jam 3.00 petang, kami berangkat menaiki bas dari terminal Larkin menuju Singapura. Walaupun sering ke negara itu, prosedur keluar-masuk dengan bas ke sana belum juga saya hafal. Kejadian tersalah bas selepas pemeriksaan pasport di kaunter imigresen kedua negara sangat kerap berlaku. Dan kali ini ia terjadi lagi, kami tersangkut setengah jam di Kranji MRT gara-gara kesilapan itu.

Selepas dua setengah jam menempuh perjalanan jarak dekat yang panjang, sampailah juga kami ke lokasi yang dituju - Queen Street - lokasi di mana Salbiah, sahabat Multiply asal Singapura sedang menunggu. Fragrance Hotel di Geylang Serai menjadi pilihan penginapan yang dicadangkan Salbiah buat kami berdua sebelum memulakan misi ‘menakluk’ Temasik keesokan harinya.

Hotel hunian kami

Alhamdulillah, hajat menjejakkan kaki ke Pulau Ubin dan melawat makam warisan kerabat diraja Johor di Teluk Belanga terlaksana. Alhamdulillah, hasrat Syahrir yang tergiur mendengar keindahan Sentosa tercapai juga. Terima kasih tidak terhingga buat Salbiah, Yanie dan Koosem (bukan nama sebenar) atas layanan kelas pertama yang diberikan sepanjang kami berada di negara kalian. Terima kasih daun keladi.


Di bawah ini foto-foto kami ketika kunjungan ke Pulau Ubin
 

























25 ulasan:

  1. faz. sal punya nantilah sal upload ya.

    BalasPadam
  2. Nak....bila saya ke S'pore jg???InsyaAllah lah nanti

    BalasPadam
  3. Wah cantik ah.. hehe.. saya 'ambik' boleh tak?? ;) timaceh!

    BalasPadam
  4. menarik ya pulau Ubin..ini resort baru?

    BalasPadam
  5. hehehee... maaf lah ye.. buat muka lawak kejap tu.. ;p oops..

    BalasPadam
  6. ni gambar curi ni ler.. akan tetapi itu muka ada tinyum jugak.. ;)

    BalasPadam
  7. alahai cute banget gelagat dua orang ni ye.. ;p

    BalasPadam
  8. Pada masa yg sama saya ader di pulau belakang awak...he he...mana si budak Yatie tue? tak nampak muke pong...

    BalasPadam
  9. Alah mengado!....kampung dia setanak nasi jer dah sampai....ha ha ha

    BalasPadam
  10. ada lagi satu replika "merlion" ni kat Esplanade...
    lain kali dtg sini..kita bawak jalan ke situ plak..pemandangan waktu malam tempat tu cantik...

    BalasPadam
  11. Setanak nasi sekalipun, gengsinya tetap berbeza. Waktu tu saya di 'luar negara'

    BalasPadam
  12. tulah... masa 2 hari tu singkat sangat. belum puas berjalan dah terpaksa balik. Lain kali awak bawak saya lagi kay...

    BalasPadam
  13. Pada masa yang sama saya kepingin nak ke pulau yang di belakang itu.. apakan daya hajat tak sampai...

    BalasPadam
  14. boleh boleh ....takde masalah, dekat2 ngan esplanade tu pun ada surau/masjid bawah tanah...jadi taklah kita gadaikan yang wajib..
    tapi dgn syarat, bagitau awal2..jadi boleh kita jelajah satu singapura...sehari bukannya boleh cover semer tu....tak gitew?hehe

    BalasPadam
  15. tempat wajib kalau saya ke s'pore sebelahnya Arab Street

    BalasPadam
  16. betul tu pakdin. Dekat pula dengan Masjid Sultan yang sentiasa 'hidup' sepanjang hari. Suasananya belum terbanding dengan mana2 masjid yang pernah saya jumpa.

    BalasPadam
  17. ..aku jadi kangen singapura nih.....
    dudududu.....

    pangen kesana lagi... lagi dan lagi...
    *halah*

    BalasPadam
  18. salam dan apa khabar!kenapa tidak memberitahu saya..dapat juga kita bertemu..insya'allah di lain masa ya..

    BalasPadam
  19. salam dan apa khabar!kenapa tidak memberitahu saya..dapat juga kita bertemu..insya'allah di lain masa ya..

    BalasPadam
  20. Sori. Saya tak tahu no.handphone abang. saya tanya dengan kenala di sana pun diaorang tak tahu. Takpelah. lain kali boleh jumpa. nanti di jakarta, jangan lupa jumpa teman-teman di sana.

    BalasPadam