Surat khabar hari ini kalau kawan-kawan saya di Malaysia sedar, memberitakan tentang keputusan kerajaan mewujudkan Kota Buku. “Alhamdullillah” kata saya, kalau niatnya itu bersungguh dan jalannya betul. Cuma saya sebenarnya sudah sangsi dengan cakap-cakap pemerintah Malaysia yang satu ini. Selepas tahun ke-51 memegang kuasa, tindak tanduknya banyak tak konsisten dari tindakan yang tegas – dalam pelbagai hal.
Kalau boleh saya sebutkan sedikit; ingatkah lagi pada nama bahasa Melayu? Sekejap menjadi Bahasa Malaysia – lalu ditukar kepada Bahasa Melayu – sekarang jadi Bahasa Malaysia semula. Ingat tak lagi pada projek jambatan bengkok antara Johor dan Singapura? Sekejap menguntungkan, lalu jutaan RM dilabur (dilebur?) – tiba-tiba ditangguh – dan kini dibatal tanpa fikirkan kerugian. Ke mana pula konsep sekolah wawasan? Kenapa kini sepi?
Tarik ke belakang, cuba ingat pada penyata pendidikan Razak 1956. Penyata Razak 1956 pada maksud asalnya bertujuan mewujudkan satu aliran sekolah untuk semua kaum dengan Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar, tapi kenapa sekarang kita punya banyak aliran sekolah? Begitulah juga halnya dengan kedudukan Bahasa Melayu. Sana sini dicanang akan diperkasakan, konon tetap dipertahankan. Tapi pelaksanaannya hampa, rupanya mereka mencurahkan air di daun keladi.
Saya tertarik tentang ulasan Dr. Abu Hassan Abdullah (pensyarah di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya) seperti yang disiarkan dalam majalah Dewan Bahasa (April, 2009). Kata beliau, kita di Malaysia hanya mampu menghasilkan kurang tiga buku setahun. Ya, KURANG TIGA BUKU SETAHUN. Andai dakwaan ini betul, ia sangat menakutkan bukan?
Dalam majalah itu, Dr. Hassan Abdullah sebenarnya memperkatakan tentang kedudukan Bahasa Melayu di Malaysia. Menurut dia, bahasa Melayu sebagai tunjang bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara telah digunakan dalam ruang yang sangat kecil di Parlimen. Hanya 2% saja Ahli Parlimen Malaysia boleh berbahasa Melayu dengan fasih. Selebihnya menggunakan bahasa Melayu dengan struktur bahasa yang sangat buruk, pelik, tidak beridentiti serta gagal mencerminkan imej Malaysia.
Berlainan dengan di Indonesia dakwa beliau, 98% Ahli Parlimen di sana boleh menguasai Bahasa Indonesia dengan baik, betul dan fasih dari aspek linguistik. Katanya lagi, 63% warga Indonesia boleh berturut bahasa Belanda, 43% fasih berbahasa Inggeris dan hampir 17% boleh bercakap dalam lima bahasa selain ratusan bahasa suku kaum.
Berbalik pada Malaysia, dengan keragaman bahasa yang jauh lebih sedikit, kita gagal mendaulatkan bahasa Melayu. Terbantu dengan 53% penduduk Melayu (tidak termasuk 10% suku berkerabat), kita masih gagal mengangkat kedudukan bahasa Melayu. Lebih parah, separuh daripada orang Melayu itu sendiri sudah canggung menulis dalam bahasanya.
Melihat dari kegagalan demi kegagalan ini. Masih bolehkah perancangan yang bersifat subjektif ini kita percaya? Kita mungkin berjaya pada material. Tapi kita gagal membina bangsa.
inilah yang kadangkala menjadi takut.. takutnya hilang bahasa melayu, takutnya buku melayu tidak diterbitkan lagi dan takut bahasa melayu hilang begitu sahaja dan takut orang melayu tidak boleh bertutur dan menulis bahasa melayu dengan baik. dimana punca asalnya? hmmm...apakah melayu malu menjadi dirinya melayu atau malu berbangsa melayu dan............* sal fikir dulu ya faz* terlalu banyak yang hendak sal luahkan tapi tidak dapat diluahkan...seolah olah mati akal dibuatnya...seperti mana kita selalu berbincang bahasa melayu dan punca puncanya.. inilah rasanya berpunca.............tepuk dada tanya diri.
BalasPadamsatukan aliran persekolahan semuanya aliran kebangsaan. Itu jawaban yang paling mudah. kerana anda ambil model Indonesia. Saya akan berikan teori yang sudah terbukti oleh Order Baru a.k.a golkar -+ 32 tahun berkuasa meletakkan asas kebangsaan yang jelas iaitu satu bahasa, satu partai, tiada oposisi/pembangkang (saya rasa ini En Fazli pasti tidak setuju he he he). Keturunan lain berikan kod WNI (Asing). Indonesia sekarang ini terbina oleh doktrin Order Baru sebenarnya. Tidak dapat dipungkiri itu. Apabila asas itu sudah kuat maka sekarang penonjolan budaya dan tulisan hanya sekadar untuk variasi budaya saja. Kerana mereka sudah selesa (comfortable) dengan asas yangtelah ditanamkan itu dulu. Malah saya lihat di Indonesia tiada yang berubah dari segi asas yang telah dibina oleh Order Baru. Hanya kelihatan lebih liberal dalam bersuara, makin banyak partai politik yang lucu-lucu namanya (bagi saya peribadi). Kuasa ABRI tidak begitu menonjol. tetapi anda boleh lihat personel partai sekarang SBY, Wiranto, dll itu dari mana??. Maaflah saya hanya menganalisis bukan campur urusan orang. Mereka ini semuanya anak didik (breeding) dari ABRI Order Baru.
BalasPadamSatukan semua aliran sekolah memang jawapan paling tepat. Sayang kita tidak mulainya dari awal. Tapi tak mengapa, Singapura baru memulai satu aliran sekolah (dengan bahasa pengantar Inggeris) di negaranya pada tahun 1984. Jadi tidaklah terlalu lewat untuk kita. Sebenarnnya, semakin lama kita menunggu, semakin sukar untuk ianya dilaksanakan.
BalasPadamPenyatuan pelbagai parti politik (parti mewakili Melayu tentunya) memang saya nantikan sejak sekian lama. Mungkin juga menjadi mimpi untuk semua umat Melayu di Malaysia. Cuma sayang, parti terbesar yang menaungi Melayu semakin lama semakin kurang dipercayai. Kerana banyak kesilapan-kesilapan seperti yang saya sebutkan diatas, maka itu saya sendiri sudah hilang percaya.
ok.. nanti kalau dah habis berfikir, nyatakan kesimpulannya ya.. Saya tunggu
BalasPadampi mai pi mai tang tu jugak....
BalasPadamMalas nak komen, nanti Fazli marah ngan saya...ha ha ha
BalasPadamits OK, because i know... you sound stupid when you speak Malay
BalasPadamgunakan bahasa melayu sebagai bahasa no. 1 disana, jangan sampai bahasa melayu tergantikan dengan bahasa inggris atau bahasa yang lainnya, karena bahasa melayu harus menjadi bahasa inti di negaranya sendiri. Ayo bercakap lah dengan bahasa melayu,,, itu lebih baik,,,, kalau bukan dari diri kita sendiri, siapa lagi yang akan berbicara bahasa melayu kelak,,,,
BalasPadamFazli, katanya orang Indonesia bisa berbahasa belanda 67%? saya kira yang bisa berbahasa belanda kurang dari 0.1%.
BalasPadamhati kecil mulai risau bila isu bahasa diutarakan,
BalasPadamnak bercakap takut jadi bahan tertawa,
nak mengulas kok dikata melawan arus,
nak berbantah konon tak berwawasan,
lalu diam dalam diam,
bak mati akal, bak tak berakal, bak hilang akal,
buatlah apa yang terbaik selagi kuasa ditangan,
hak digenggam demi cucu cicit Hang Tuah, "Tak Melayu hilang didunia"
demi sensasi globalisasi, meritokrasi, liberalisasi dan demokratisasi....
Saya sendiri kurang tahu. Tapa data itu saya dapat dari wawancara seorang Dosen (di Universiti Malaya) dengan wartawan. Ada disiarkan teks penuhnya dalam Dewan Bahasa; April, 2009. Mungkin yang dimaksudkan dia ialah golongan tua.
BalasPadamTerima kasih. Sudi baca dan dapat nyatakan pandangan pun sudah cukup baik,
BalasPadam63% WNI bisa bahasa Belanda???
BalasPadamPerasaan setelah 350 tahun dijajah hanya segelintir yang bisa bahasa Belanda. Itupun yang jaman mudanya sekolah Belanda atau kuliah disono.
Eyangku aja x bisa bahasa Belanda blas secara beliau dulunya sekolah ongko loro (alias sekolah pribumi rendahan)