Demi cintaku pada Bahasa Melayu.
Ini salah satu
aktiviti kami para pencinta bahasa demi menuntut dikembalikan
kedaulatan bahasa Melayu di persada selayaknya sebagai bahasa rasmi dan
bahasa kebangsaan tunggal negara. Biarpun badan berkeringat, mata berair dan
gatal-gatal muka kerana terdedah semburan gas pemedih dan basah badan
disiram cecair kimia oleh Polis Diraja Malaysia, namun ia tetap tidak melemahkan semangat kami demi menuntut
kembali hak-hak dan maruah yang telah dicabul.
Sayangnya
perarakan ke Istana bagi menuntut campur tangan Yang Dipertuan Agung
telah gagal setelah konvoi kami disekat sejauh 100 meter sebelum sampai
ke lokasi. Pun begitu kami takkan berputus harap. Lihatlah aksi-aksi
berani kami ini.
Saksikan:-