بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Perhimpunan Mansuh PPSMI

Demi cintaku pada Bahasa Melayu.

Ini salah satu aktiviti kami para pencinta bahasa demi menuntut dikembalikan kedaulatan bahasa Melayu di persada selayaknya sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan tunggal negara. Biarpun badan berkeringat, mata berair dan gatal-gatal muka kerana terdedah semburan gas pemedih dan basah badan disiram cecair kimia oleh Polis Diraja Malaysia, namun ia tetap tidak melemahkan semangat kami demi menuntut kembali hak-hak dan maruah yang telah dicabul.

Sayangnya perarakan ke Istana bagi menuntut campur tangan Yang Dipertuan Agung telah gagal setelah konvoi kami disekat sejauh 100 meter sebelum sampai ke lokasi. Pun begitu kami takkan berputus harap. Lihatlah aksi-aksi berani kami ini.

Saksikan:-




































41 ulasan:

  1. taklhe tgk gambar

    ambe jadi geram dgn kerajaan

    BalasPadam
  2. perarakkan secara aman pun tak boleh? patutnya polis kawal la lalulintas....bantah Malayan Union pun berarak....

    BalasPadam
  3. Tak paham pada polis Malaysia, Namanya Polis Diraja, tapi bertindak tak ubah macam polis BN.

    BalasPadam
  4. Fazli! nama awak dlm senarai Bukit Aman...hi hi..

    BalasPadam
  5. Takpe, saya dah kautim dengan dorang. Hehehe.

    BalasPadam
  6. tumpang tanya...ada cina & india tak dlm perarakan itu?

    BalasPadam
  7. Berjuanglah kalian untuk mempertahankan jatidiri...jangan sampai identitas kalian tergilas oleh kebijakan yang tidak bijaksana

    BalasPadam
  8. Maksudnya tingkatkan pengajaran bahasa Inggris ini gimana?

    BalasPadam
  9. sal tak tahu apa nak cakap faz. semalam bila sal balik kuliah dan ustaz hakim beritahu masa kami berbincang pasal kertas kerja.. dah rasa tak sedap hati.. sal dah agak faz ada disitu juga. tapi alhamdullillah bila sal tahu faz tak apa apa.. sebab sal menonton di berita suria dan channel news asia..sal rasa gerun dengan keadaan di sana.

    tadi pun dibilik kuliah. ustaz junid tanya sal tiba tiba, kalau malaysia dah nak pupuskan bahasa melayu.. bagaimana bahasa melayu masa depan...? sal jawap.. Allah kulli hal ustaz.. Allah kulli hal.. jangan terkejut nanti akan datang bahasa melayu hilang martabatnya..beri sahaja 5thn akan datang kalau hal ini tidak dipertimbangan pasti timbul kehancuran bahasa melayu dan pupus begitu sahaja...wallahualam bissawab.

    p/s lainkali faz. kalau ada macam ni ajak sal sama eh..sal nak tengok sendiri...sebab sal tak pernah tengok hal begini...kan sal nak jadi reporter tak jadi :~P

    BalasPadam
  10. tak tahu la aku.....selama mn Bahasa Melayu boleh bertahan klu mcm ni....

    BalasPadam
  11. apa sebenarnya motif kerajaan gunakan bahasa inggeris dalam pembelajaran? intai-intai sikit jiran sebelah untuk tengok kesannya..ada yang positif, tapi ada juga kesan negatif..terpulang pada cara pemerhatian masing-masing.

    BalasPadam
  12. Bahasa Melayu memang telah pun dianak-tirikan...sebelum masalah PPSMI ini : )

    BalasPadam
  13. Jangan salah. Cina dan India turut ikut berdemo. Cuma yang malang, para pendemo Melayu, Cina dan India diusir polis dari segenap arah termasuk di Masjd Negara. Untung bagi pendemo Melayu, mereka dapat menyorok di dalam masjid bagi mengelak "diserang" polis. Malang bagi pendemo bukan Melayu, mereka terpaksa bersurai.

    BalasPadam
  14. Maksudnya, Kualiti pengajaran Subjek Bahasa Inggeris itu sendiri harus ditingkatkan. Bukan mengajarkan subjek lain dalam bahasa Inggeris.

    BalasPadam
  15. Kalau sal dah bersedia, tak takut pedih mata dan gatal-gatal kulit, saya berbesar hati mengajak.

    BalasPadam
  16. Kerana itulah segala usaha yang boleh memburukkan lagi keadaan, harus ditentang.

    Alhamdullillah En.Jim sudah sedar.

    BalasPadam
  17. Apa pun motifnya, kami tak mahu Bahasa Melayu dianak-tirikan dan lama kelamaan terpupus. Selama inipun kami belajar dalam bahasa Melayu, tidak sedikitpun timbul masalah.

    BalasPadam
  18. ya, maksud lain bagi kalimat ini adalah: bahasa adalah nyawa kepada bangsa.

    umpama manusia yang rosak jantung, maka terputuslah nyawanya. Begitulah diumpamakan

    BalasPadam
  19. bangang betui diaorang ni jepun yang negara maju pun sistem persekolahan semua dalam bahasanya.negara cina pun majoriti rakyatnya tak tahu berbahasa inggeris dah keangkasa lepas pun mereka siap negara kuasa nuklear lagi .Filipina yang majoriti rakyatnya fasih berbahasa inggeris maju ke negara mereka?????sebenarnya bukan faktor bahasa tapi yang penting kita memahami ilmu tu.tentulah kita lebih menguasai ilmu tersebut kalau diajar didalam bahasa kita.Bahasa inggeris pulak kita tekankan didalam mata pelajaran bahasa inggeris leee. saya dan saya rasa fazli juga boleh berbahasa inggeris namun kita bangga terhadap bahasa malaysia betul takk.takde yang salahnya terhadap bahasa malaysia lagipun kalau nak kirakan sunnah kita kena belajar bahasa arab !!

    BalasPadam
  20. Betul Bang. Selama ni dakyah mereka (pemuja BI) hanya cakap-cakap kosong yang mudah disanggah.

    Kata mereka:-
    1. Banyak buku rujukan dalam BI.
    2. Melayu gagal bersaing kerana kurang kuasai BI
    3. BI bahasa ilmu
    4. BI bahasa antarabangsa, jadi harus dipelajari
    5. Kita harus menguasai bahasa asing

    Kata kami:-
    1. Banyak buku dalam BI kerana kita mendewakan bahasa itu. Selama ini, apa fungsi Institut Terjemahan Negara kalau bukan untuk menterjemah?
    2. Ada lagi bangsa lain di Malaysia yang gagal kuasai BI tapi berjaya dalam hidup dan berpendapatan jauh lebih tinggi dari golongan Melayu tak sedar diri yang berangan jadi mat saleh.
    3. BI jadi bahasa Ilmu hanya di Malaysia. Di banyak negara lain, ilmu boleh didapati dalam bahasa mereka sendiri.
    4. Ya. BI bahasa antarabangsa, jadi pelajarilah BI. bukan menuntut ilmu dalam BI.
    5. Ya. Bukan setakat BI, malah bahasa Jepun, Rusia, Mandarin dan Arab.


    Oppss... lama menyepi ni?

    BalasPadam
  21. ha ha ha....pura2 tak sadar!...tapi Fazli saya sedikit sangsi, apakah perhimpunan ini benar2 membantah PPSMI atau punya agenda lain, ya anda mengerti sendiri lah : )

    BalasPadam
  22. itu bab bahasa.....bab baca tulisan Jawi..aku rasa ramai yang hancussss......

    BalasPadam
  23. Agenda apa yang En.Jim fikirkan? Para pendemo (tak kira atas apa sebab sekalipun) tak akan turun begini tanpa tujuan. kali ini agendanya jelas; untuk mendesak kerajaan memansuhkan PPSMI. Pembantah boleh terdiri dari sesiapa saja baik NGO, mahasiswa, ahli politik/penyokong (kerajaan dan pembangkang) dan lain-lain. Adakah kalau mereka tokoh politik, maka mereka tidak layak untuk menentang PPSMI walaupun mereka secara jelas membantah?

    BalasPadam
  24. SAYA SOKONG perjuangan ini. he he he bang Sham tu tak lama lah...Pak Lah dah komen suruh settle....(politik tetap politik) ya Li perjuangan anda jelas dan suci itu sudah cukup..yang lain ambil kesempatan itu bukan urusan kita kan?Perjuangan Mat Sabu, Nasharudin pun jelas menurut hati mereka masing-masing anda dan saya tidak tahu betul tak? balik -balik Polis juga yang jadi kena maki hamun...kesihan polis (aku anak mantan polis). Dulu pun pembinaan Jambatan Pulau Pinang bukan main bangkang bantah (yaa namanya juga pembangkang)...Malaysia akan rugi, akan tergadai ke tanga Korea nah sekarang nih minta bina satu lagi pulak... he he he he he

    BalasPadam
  25. Jepun bangsa Homogenus ( satu kaum. satu etnik) bukan multiracial seperti kita jadi perbandingan oleh itu bahasa Jepun atau Korea dan Cina sangat berkesan anda tidak akurat. Cina juga (baca memoir Shamsiah Fakeh) berapa lama di Cina tetap tidak diakui kerakyatan nya. Hanya di beri status Persona Non Grata ( people without nationality).Cubalah kalau negara ini Melayu semuanya ! bagaimana ?

    BalasPadam
  26. Terima kasih kerana manyokong perjuangan kami. Contoh pakdin; Jepun, mungkin benar bukan nagara multirasial, kerana itu bahasa mereka sangat berkesan di sana. Tapi menurut saya, China bukanlah satu contoh yang tepat sebagaimana menurut Pakdin. China punya etnik bukan cina di perbatasan negara itu dengan India, Nepal, Turki, Pakistan dan Bhutan. Anehnya Mandarin telah digunakan dengan meluas. Bagaimana kejayaan ini boleh dicapai?

    Surinam, sebuah negara di Amerika Selatan juga lebih multirasial berbanding Malaysia. Di sana Sranan Tongo berjaya menjadi bahasa pemersatu yang dapat difahami semua warganya selain bahasa Belanda. Bagaimana ini boleh berlaku?

    Tak perlu melihat yang jauh, cukup melihat Indonesia atau Thailand malah Myanmar sendiri yang lebih barjaya memertabat bahasa mereka berbanding kita. Bagaimana mereka boleh laksanakan ini kalau bukan dengan ketegasan pemerintah dalam memelihara bahasa masing-masing?

    Filipina, sebuah negara yang sangat mengutamakan bahasa Inggeris sendiri miliik warga etnik Tionghoa yang fasih berbahasa Tagalog sebagai bahasa pertuturan harian dirumah.

    Cuba banding semua ini dengan negara kita?

    BalasPadam
  27. maksud saya penguasaan ilmu didalam bahasa mereka pakdin.bukan soal homogenus atau pun tidak.bukankah saya sudah memberikan contoh negara filipina yang mana lebih 60 persen rakyatnya boleh berbahasa inggeris namun pakdin pun tau apa status negara mereka kan.

    BalasPadam
  28. Dari segi linguistik aksara bahasa Cina hebat boleh dibaca dalam dialek masing-masing dalam satu tulisan boleh dibaca Mandarin, Kantonis dll dalam penulisan pentadbiran mereka tiada masalah sudah lebih kurang 3000 tahun sistem ini diselaraskan. Ok sekarang kes Malaysia..dulu zaman penggunaan bahasa inggeris Malaysia tidak maju ada beberapa penyebabnya iaitu bergantung nya Malaysia kepada produk eropah pintu masuknya melalui English Mahathir lancar "buy british last" dan follow up dengan "look east" ini kejayaan Malaysia. Bagi saya tetapkan fikiran, kalau kajian menunjukkan BI tidak membantu banyak atau pun satu langkah ke belakang tukar sajalah....sekarang persoalannya bukan bahasa saja.

    BalasPadam
  29. soal inilah pemangkin kajayaan Jepun. Mereka satu bangsa satu bahasa sejak kewujudan Jepun. Jaid tidak adil membandingkan Malaysia dengan Jepun. Filipina banyak hal...bukan sekadar bahasa saja...menyebabkan mereka tidak maju...

    BalasPadam
  30. saya sekadar ingin tau. kalau mereka pun turut serta maknanya kita bersatu dalam perjuangan mendaulatkan bahasa.

    BalasPadam
  31. ya bukan perjuangan anda saja saudara Fazli, ini juga perjuangan saya sebenarnya. Malah kami telah bermesyuarat di Bukit Tinggi Padang Sumatera barat Jun hari itu antaranya Prof Abdullah Hassan dan presiden kami(Persatuan Pendidik Bahasa Melayu). Sekarang kita gabung dengan Dr Hassan Ahmad dari GMI itu mejadi lebih kuat.

    BalasPadam
  32. Alhamdullillah, Pakdin.

    Mungkin boleh dibetulkan; bukan perjuangan 'saya' secara individu. Saya lebih senang menyebutnya sebagai perjuangan 'kami', perjuangan para penyokong, pencinta, pendidik dan penggiat bahasa Melayu. Bunyinya lebih majmuk dan bersatu. Bukan begitu?

    Saya juga ikut serta ketika pelancaran penubuhan GMP awal Februari lalu. Alhamdullillah misi penubuhan berhasil dan dapat menarik ramai penyokong.

    BalasPadam
  33. saya setuju...
    saya pohon ambil foto ini...
    t. kasih.

    BalasPadam
  34. teringat cerita teman sewaktu dia terperangkap semasa demo DSAI dulu....
    inilah budaya FRU....

    BalasPadam
  35. kalau namanya berjuang..sal tak takutpun semua itu..lipas sal boleh pijat abis benda macam ni sal tak berani... sal boleh jadi serikandi tau faz hehehhee

    BalasPadam