بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Tamu dari Jakarta




Malam Rabu; 25hb Mac yang lalu, saya menerima kunjungan 2 orang tetamu dari Jakarta. Tetamu ini juga adalah rakan di Multiply. Merupakan yang ke-3 dari Indonesia sesudah Bambang Priantono (Nono) dan Karim. Ternyata Multiply benar-benar menyatukan rakan dari banyak negara. Terima kasih Multiply.

Secara jujur, saya sedikit gusar menerima kunjungan tetamu ini kali ini. Maklum, pengunjung yang bakal datang ke mari belum pernah saya kenal secara jelas. Seingat saya, kami saling lokek menghantar komen, jauh sekali berbalas pesanan secara maya. Malah, dia telah saya kelaskan sebagai satu dari puluhan kontak-kontak saya yang tidak aktif. Bagaimana gerangan orangnya juga belum dapat saya bayangkan. Cuma sesuai dengan hukum bermasyarakat; tetamu harus dihormati, jadi saya tetap sambut kedatangannya dengan tangan terbuka dan lapang dada.

Ternyata tamu kali ini, Arifien (Ipin) dan Achmad Maulana (Mat) juga sangat bersabahat. Tak kalah riuh berbanding Nono dan Karim. Alhamdullillah, hingga kini saya sering ditemukan dengan sahabat-sahabat yang baik. Senang rasanya punya ramai kenalan. Syukurlah kepada Tuhan.

Saksikan telatah mereka di sini.

39 ulasan:

  1. Kita kan makhluk2 heboh Jeng...hahahahaha

    BalasPadam
  2. Di fix-kan dah jadual loe...entar biar aku x kelimpungan kalau kamu tiba2 kemari

    BalasPadam
  3. Si Arifien pernah nginap dirumahku di Malang, di Semarang juga pernah ketemu buka bersama lagi pas puasa

    BalasPadam
  4. Iya... nanti sudah konfirm waktunya, aku kabarkan ke kamu. Buat masa sekarang, semuanya masih di awangan.

    Boleh juga kalau aku datang tiba2. Kejutan untuk kamu...

    BalasPadam
  5. Wis pokoke jangan mendadak...aku harus fix-kan dengan ijin x masuk kerja lho ya biar bisa lama

    BalasPadam
  6. Syukurlah...kalau kita berniat berbuat baik dengan seseorang, InsyaAllah juga akan berbalas dengan kebaikan yang sama...senang juga mendengarnya akhirnya berkat Multiply terjalin Silaturahim...^_^

    BalasPadam
  7. Betul Jeng, biar baru 3 negara juga dah lumayan kok

    BalasPadam
  8. benar. kalau ketiga-tiganya dapat bertemu serentak lebih asyik dan gamat

    BalasPadam
  9. Benar Karim. Senang'kan kalau banyak kawan...

    BalasPadam
  10. wah novel Andrea Hirata...saya minat juga...thanks for sharing..versinya telah diterjemahkan...???

    BalasPadam
  11. wah untung juga dapat hadiah dari mereka..tahniah..

    BalasPadam
  12. sebenarnya berkopdar adalah satu tradisi di Multiply ini..bukan sekadar memberi komentar serta pendapat malah menrapatkan siratulrahim dan saling kenal mengenali budaya dan adat resam oranglain..semuga pertemuan ini menjadi sperti satu acara yang sihat dan akan membawa lebih banyak pengertian...selamat semuanya..saya akan ke Jakarta dan Bandung pada bulan Juni..bercuti dan berkopdar juga bersama keluarga saya...

    BalasPadam
  13. Novelnya berbahasa Indonesia. Gak papa, bahasanya masih mudah difahami...

    BalasPadam
  14. sudah nantikan photo-photonya...teringat semasa Singapura tahun 70 an..sungguh seronok dan membuat saya lebih gembira kerana bertemu saudara-mara saya yang tidak pernah kami temui dan barulah itu hari banyak yang saya tahu asal dan usul keluarga bapa saya...terimakasih..

    BalasPadam
  15. bagus kalau begitu..adakah mereka membawanya atau ada dijual di Malaysia?seperti cerita Laskar Pelangi dan Ayat-Ayat Cinta..diterjemahkan dalam bahasa Malaysia...

    BalasPadam
  16. Sayang, Novel2 itu gak ada dijual di Malaysia. jadi mereka titipkan buat saya. Bagus ceritanya. Kini koleksi novel Andrea Hirata milik saya sudah lengkap. siri Laskar Pelangi sudah dititipkan Karim disember tahun lalu. Makasih buat dia.

    BalasPadam
  17. wah bagus..saya hanya dapat meminjam di library sahaja...mungkin kalau ke Jakarta bertemu teman saya...insya'allah akan dapat berjumpa Andrea Hirata kerana beliau adalah teman karib dan sekolahnya...jangan cemburu..hehehehhee

    BalasPadam
  18. gak cemburulah... saya pun dah dapat autographnya. Ada kata-kata perangsang lagi

    BalasPadam
  19. wah bestnya... pergi genting... hehe.. faz.. ni tahan sejuk ke? sal ingat lagi masa faz kena hujan . dah mengigil... hehehe..

    masyaallah .. gentinglah boleh de-stress .. mungkin selepas exam..sal nak merayap sorang2 kat situlah faz. okay kan? hehehe

    BalasPadam
  20. yes...genting can be the BEST place to bring along ur friends/pen-pal or even cyber-pal for visit :P
    me , last time got multiply's friends from Kuantan + Sabah visit KL and i did take them to Sunway (cos tat time dah turn dark - 7pm) for photo shooting : )

    BalasPadam
  21. Malam di 'Pelita' tak ambik gambar ker?

    BalasPadam
  22. Kat pelita tak dpt amek gambar. Tak bawak kamera

    BalasPadam
  23. Hey..
    Maaf baru bisa lihat di multiply...

    Iya nih tadi sampai di Jakarta jam 8 pagi, langsung mandi ganti baju dan sampai kantor jam 9.30 pagi.
    Capek sangat tidak terasa, agak sedikit kantor saja nih...

    Sekali lagi terima kasih ya Fazli, atas waktu yang disesiakan sampai tengah malam terus selama aku di KL.. hahaha.. jadi inget kejadian di parkiran KLCC.. heheheh.. *bcanda*

    Insya allah, tgl. 11-13 April aku ke Singapura lagi, tetapi belum bisa mampir ke KL.
    Ke KL-nya bulan July, buat transit sehari sebelum ke Phuket.. ketemu lagi yak!

    BalasPadam
  24. Semoga apa yang kamu lalui selama di KL menjadi kenangan terindah. Paling indah sewaktu kita sama-sama cari mobilku di Parkir KLCC selama 1jam. Sampai berkeringat...

    BalasPadam
  25. sudah dicoba belum rasanya.. semoga suka ya...

    BalasPadam
  26. arifien yang basah dan kedinginan.. hahahaha

    BalasPadam
  27. Mencuba menulis dalam bahasa Melayu tulisan Jawi:- Siapa yang masih mengerti?

    محمد ڧزلي,١حمد ﻣﺎﻭﻻن دن ﻋﺎريفن

    ﻛن١ڠن ١ﯾنده ﻛﻳت تق موڠکين ١کو لوڤکن

    BalasPadam
  28. sangat suka. cuma belum dicicipi. sayang kalau dibuka bungkusannya..

    BalasPadam
  29. huaaa senangnya
    Cik ilzaf bila plak berkunjung kat jakarta tu? eehehehe

    BalasPadam
  30. dicicipi dong..
    jangan disimpan terus... ditengok expired date juga ya.. :)

    BalasPadam
  31. untung ketemu! saya udah 2 jam nunggu di 'Pelita'...he he

    BalasPadam
  32. hahaha.... iya.. saat itu penak2 agak panik.. :D

    BalasPadam
  33. Si Fazli itu memang sering kehilangan! ha ha ha...

    BalasPadam
  34. ada En. Jim... saya jaga dengan baik.

    BalasPadam