Di atas adalah gambar-gambar untuk beberapa buah risalah yang telah saya kutip semasa berlangsung pameran pelancongan Matta Fair di PWTC minggu lepas.
Apa agaknya yang ingin saya komen kali ini?
Perhatikan:
Gambar 1 hingga 3 di atas merupakan risalah yang dikeluarkan oleh syarikat pelancongan milik bukan bumiputra (barangkali milik pengusaha keturunan Cina berdasarkan bahasa yang digunakan). Manakala gambar ke-4 adalah risalah dari syarikat pelancongan milik bumiputra Melayu.
Contoh ini menceritakan apa sebenarnya yang sedang berlaku pada nasib bahasa Melayu di
Ini hanya contoh kecil bagi membayangkan betapa seriusnya penyakit rendah diri yang dialami sebilangan besar orang Melayu di
Di sisi yang lain, berkat usaha para pengusaha Cina yang lebih percaya diri, yakin dan hormat atas keberadaan bangsanya, bahasa Cina kini sangat dominan dan dapat dilihat di setiap ceruk di seluruh pelusuk negara. Sekaligus menenggelamkan penampilan bahasa Melayu, sebuah bahasa yang diangkat menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan tunggal negara - bahasa yang kini melukut di tepi gantang. Jadi salah siapa?
Saat ini penutur aslinya mula menghadapi krisis keyakinan yang maha kronik. Mereka melihat sesuatu yang menjadi milik bangsa lain lebih indah, berdaya maju, moden dan penuh gaya. Mereka rasa tertinggal kalau tidak bercakap Inggeris. Mereka terasa bodoh bila berbahasa Melayu. Jadi mereka gadaikan apa yang mereka warisi selama ini.
Apa sudah jadi, Melayu Malaysia kini telah sakit.
Yang kayak gini juga banyak disini..hanya saja bahasa Inggris yang dominan, bukan Mandarin
BalasPadamSebab mereka rasa terlalu gah dgn bahasa english.
BalasPadamSebab mereka rasa terlalu gah dgn bahasa english.
BalasPadambahasa rojak ni faz. hmm ntahlah sekrang ni ... maaflah.. sampai sal pun terikut2...nak kena jotos si sal ni eh faz... :~P
BalasPadampakej umrah dan ziarah.. konfem 100% bahasa melayu..
BalasPadamAlhamdulillah. Yang ini saya perasan. Cuma yang lebih baik, kenapa kita tak seperti 'mereka' yang sanggup berbahasa tanpa batas.
BalasPadamKalau kita kekang bahasa Melayu setakat urusan haji dan umrah, sampai bilapun BM tak akan ke mana.
Matta Fair di PWTC>>>>Jumpa Abang Nik tak Fazly kat gerai Fireflyz???
BalasPadamTak jumpalah... dia kerja di sanakah?
BalasPadamtakda salahnya, jika objektif risalah adalah untuk umum..lagipun,bukan kaum melayu sahaja yang pergi ke pameran tersebut...
BalasPadamtetapi,memandangkan majoriti rakyat di malaysia adalah orang melayu, (lain klu di negara jiran..ehem ehem) siapkanlah risalah yang dwibahasa...adakan penterjemahan dlm bahasa Inggeris di samping bahasa Melayu..ini bukan sahaja dapat memelihara bahasa melayu sebagai bahasa rasmi di Malaysia, tetapi juga meningkatkan ilmu berbahasa Inggeris di kalangan orang melayu kita.
Saya bukan sentuh tentang salah-benarnya risalah itu. Yang saya sentuh adalah tentang betapa orang Melayu kini kian jauh pada bahasanya berbanding orang Cina yang hanya penduduk minoriti. Risalah pelancongan ini hanya contoh kecil: Hal yang sama juga berlaku dalam banyak bidang di Malaysia.
BalasPadamCuba perhatikan pada iklan perumahan, iklan produk telefon, iklan bank, iklan komputer, iklan barangan runcit, iklan perabut, buku-buku ilmiah, peta-peta dan lain-lain barangan yang punya aksara. Oleh pelancong asing, mereka tentu bertanya; Bahasa apakah yang menjadi 'bahasa Malaysia'?.
Apakah ertinya jadi bahasa kebangsaan kalau keadaan sebenar tidak langsung mencerminkan darjatnya?
Anda mungkin kurang menyelami maksud saya kerana anda membesar di Singapura - sebuah negara yang dibentuk tanpa identiti bangsa/bahasa.
nandri..nandri..:)
BalasPadamyup...
BalasPadamkan dah kenak! ha ha ha...
BalasPadamTue lar Fazli, orang ajak gie Perhimpunan UMNO x nak! depa guna 100% melayu...kah kah kah..
BalasPadamnandri itu apa ya artinya? kok mumet (pening) aku kalau ketemu bahasa Tamil..hahahaha
BalasPadamhmmm ...lama tak menyampuk... (silent reader je..) walau dekat sangat PWTC dgan tempat kerja, tak berkesempatan nak pergi.....Fazli...kadang2 org melayu-melayu pun (tak kenal nak bertanya sesuatu ) bercakap english..macam mane?
BalasPadamsaya jadi teringat ketika Tun razak mula mula menjadi pm menggantikan tunku,antara ayat popularnya ketika itu ialah orang cina yang tidak boleh menguasai bahasa melayu pergi balik peking( sekarang beijing). walaupun ketika itu golongan english medium lebih terpandang ketika itu( masa saya sekolah dulu terdapat 2 aliran iaitu english dan malay medium) namun semangat kebangsaan kami ketika itu sangat kuat untuk mendaulatkan bahasa malaysia dan kelangsungan ketuanan melayu maklum saja kerana 13 mei baru saja berlalu.Hasilnya orang orang cina ketika itu tidak berani berbahasa inggeris dengan pegawai pegawai kerajaan didalam urusan rasmi walau pun pegawai2 kerajaan ketika itu adalah majoritinya belatar belakangkan pendidikan inggeris.sebagai orang yang pernah berada dibawah tunku,tun razak dan juga tun hussein on, mereka mereka ini jelas mejadi tunjang kepada kekuatan bangsa melayu ketika itu .namun apabila mahathir mengambil alih maka bermula lah episode suram bagi bangsa melayu dan ini saya rasa mungkin fazli menyedarinya..sudah menjadi lumrah pula bagi bangsa melayu ni bahawa golongan dibawah akan menjadi lebih sudu dari kuah pula jika golongan tonggak diatas bersikap sambil lewa terhadap mempertahan kan bahasa melayu mau pun kelangsungan ketuanan melayu itu sendiri.mungkin antara hikmahnya allah memanjangkan usia mahathir adalah supaya dia dapat melihat hasil 2 dari perbuatannya.wallahualam
BalasPadamBetul... tapi saya tak dapat lihat suasana di zaman pemerintahan Tun Razak dan Tun Hussein. Kalau betullah seperti itu corak pemerintahan mereka, ternyata betullah Tun Mahathir pemula angkara dan Tun Abdullah tak berbuat apa2. Sayang...
BalasPadamTentunya kita tak mahu melihat 13 Mei yang kedua.
Eh... kembali ke Multiply!!
eh...sibuk je la si jimmy ni...
BalasPadam...kelam kabut dial nombor kecemasan masa tu tau....haha
thank u
BalasPadamxie xie ni
terima kasih
ye olde
*jeling*
Dh,,, dari bahasan diatas, dapat diambil kesimpulan, kalau identity malaysia akan terus terkikis karena dipimpin seorang tak berjiwa nasionalis yg tinggi, tak mencintai status.kemalaysiaannya dan lebih berorientasi pada luar negri
BalasPadam