بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Memaparkan catatan dengan label aktiviti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aktiviti. Papar semua catatan

Bersama 'adik-adikku' - Go Green Educational Camping

Tarikh       :   20 - 22 Disember 2013
Tempat     :   Paya Indah Wet-Land, Dengkil, Sepang, Selangor
Peserta      :   Pelajar-pelajar Sekolah Menengah
Penganjur  :   Go Green Edufarm Management Sdn Bhd

Ini pengalaman pertama saya jadi fasilitator sukarela dan kendalikan anak-anak remaja usia sekolah yang bermacam perangai. Alhamdulillah saya diberi 'anak-anak' baik yang dengar kata dan sangat sporting. Walaupun pengisian yang disusun penganjur kurang menarik, namun detik kebersamaan dengan mereka tetap jadi suatu yang indah untuk dikenang.

Adik-adikku, Aqif, Aisya, Amyza, Badriah, Hasanah, Heidi, Ikmal & Izzat; mungkin di mata penganjur, kalian bukan yang terbaik, di pandangan mata saya, kalian tetap yang paling baik.

Hari 2: Persediaan Persembahan  

Aqif : "Harga cempedak ni berapa, kak?"

macam betul-betul

kreatifkan 'Rukun Negara'

'dengar baik-baik ya, pantun saya'

'kreatif tak pantun Rukun Negara aku?'

'asyik aku je yang kena baca'

'aku nyanyi korang menari, guanne?'

'pandai kau 'meNYUMBANGkan lagu'

'buat tangan macam ni ya kawan-kawan'

'ni ritual apa pulak?'

'meh, biar aku yang nyanyi'

"apa lagi yang korang tak faham ni??"

Ikmal kusyuk dengar tazkirah 

'Silat ialah...     bla.. bla.. bla..'

'masih tak kenal silat?, nah, ini dia...'

Izzat: "ha, masuk kau kalau berani"

Aqif : "kalau kail panjang sejengkal..."

badget cun!!!

'bila nak gerak ni?'

Hasanah : 'kita buat macam ni'

Badriah : "potong kecik-kecik, ea"

Heidi : "apsal kau tengok aku"

tekun adik-adik abang

bolehlah!!!

'sikit lagi nak siap'

Izzat : "aku pun nak tengok hyppo, weh"

'jom senam'

'1..2..3.. tahan'

lenguh dah!!!

lega

bila nak abis ni?


Ikmal : "ngantuk, weh"

dengar nasihat

'hasil kerja kumpulan kami, cantik tak?'

'penat dah kitorang  kumpul sampah'

"ANT" terbaik!!!



Melukis dan Mencanting Batik 'd' ALAM IMPIAN - masukan ringkas




Ini beberapa foto yang saya rakamkan di majlis pelancaran dua produk perumahan baru kami di Alam Impian, Shah Alam. Aktiviti melukis dan mencanting batik ini merupakan salah satu aktiviti seni yang sengaja dirancang supaya sesuai dengan konsep projek bandar baru terpadu kami "Alam Impian Township of The Art".

Gambar yang tak sengaja dirakamkan dengan kamera telefon bimbit ini khas saya tujukan buat sahabat Multiply kita, Bambang Priantono yang kebetulan mengganggu saya menerusi SMSnya ketika saya sedang bertugas pada majlis itu.

PROGRAM AMAL: Saya Sayang Pokok Saya


Saya Sayang Pokok Saya – Ini ialah satu program amal yang baru dilaksanakan oleh gabungan beberapa rakan Multiply Malaysia. Bertempat di Paya Indah Wetlands (PIWL), Dengkil, Sepang, Selangor, program ini disertai lebih kurang 45 peserta, terdiri dari rakan-rakan Multiply dan beberapa orang rakan luar yang turut diundang.

Acara bermula sekitar jam 8.30pagi setelah hampir semua peserta sampai ke perkarangan luar bangunan pengurusan PIWL. Sebelum bermula, kami diberi sedikit penerangan dari penganjur program serta pengurusan PIWL sendiri. Selain menanam pokok, kami juga di bawa melihat sebahagian kawasan PIWL seperti ke kolam ternakan buaya dan badak air. Acara berakhir sekitar jam 4.00 petang. Satu pengalaman baru bagi saya.

Aturcara berjalan lancar dan dapat kerjasama baik dari peserta. Cuma saya sedikit canggung sepanjang program kerana tak kenal sesiapa. Lebih terasa bila mengetahui para peserta lain sudah saling kenal lewat beberapa program yang pernah dilaksanakan sebelum ini. Alhamdulillah, saya berjaya bertahan sampai penghujung acara sambil dalam masa yang sama mencuri-curi peluang untuk mencuba bermesra dengan teman-teman baru. Syukur mereka semua bersahabat.