بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Melukis dan Mencanting Batik 'd' ALAM IMPIAN - masukan ringkas




Ini beberapa foto yang saya rakamkan di majlis pelancaran dua produk perumahan baru kami di Alam Impian, Shah Alam. Aktiviti melukis dan mencanting batik ini merupakan salah satu aktiviti seni yang sengaja dirancang supaya sesuai dengan konsep projek bandar baru terpadu kami "Alam Impian Township of The Art".

Gambar yang tak sengaja dirakamkan dengan kamera telefon bimbit ini khas saya tujukan buat sahabat Multiply kita, Bambang Priantono yang kebetulan mengganggu saya menerusi SMSnya ketika saya sedang bertugas pada majlis itu.

3 ulasan:

  1. ada lilinnya. 2 Gambar yang terakhir itu ialah gambar mencanting batik - menggunakan lilin cair.

    BalasPadam
  2. Motif khas Malaysia...warna cerah dan gambar satu objek dan besar...

    BalasPadam