Saya mula tertarik mencari perbezaan kedua bahasa ini setelah mengingat satu kejadian sewaktu kunjungan saya ke Phuket tempoh hari. Waktu itu, saya ke sana bersama beberapa rakan dari Indonesia untuk tujuan melancong. Sebaik mendengar perbualan saya dengan seorang rakan dari Indoensia, pemandu teksi yang membawa kami ke pantai Patong bertanya; "Oh, Malaysia and Indonesia same language, ah?" begitulah soalnya dalam bahasa Inggeris yang gagap. Dia terlihat kagum mendengar perbualan dua manusia dari dua negara berbeza yang boleh saling memahami. "Yes, same language but difference dialect" Jawab saya. Pemandu teksi itu mulai faham lalu memberitahu bahawa bahasa pertuturannya yakni bahasa Thai juga sama dan saling dimengertikan dengan bahasa yang digunakan di Laos.
Bagaimanakah bentuk persamaan dan perbezaan kedua bahasa itu? Ada sesiapa yang tahu? Persoalan ini menarik minat saya untuk mengkaji berbagai persoalan antaranya tentang sejauh mana persaman kedua bahasa itu, apa faktor yang mewujudkan persamaan dan perbezaannya dan sejauh mana kedekatannya.
Di sini, saya senang hati berkongsi sedikit maklumat ini kepada siapa yang berminat, terutama kepada anda yang ada hajat mengunjungi Laos sempena Sukan Sea Ke-25 kali ini. Sekurang-kurangnya selagi anda belum mampu mencari jawapannya sendiri. Silakan:-
Perbezaan Bahasa Di Laos Dan Thai
Bahasa Thai dan Lao termasuk dalam keluarga-bahasa Tai. Kedua-duanya punyai pertalian yang sangat rapat. Perbezaan kedua bahasa ini dapat dibandingkan di sini.
Kosa kata: Boleh dikatakan 70 peratus kata-kata dalam bahasa Thai dan Lao adalah sama (pengiraan rinci belum dibuat) pun begitu, banyak kata-kata biasa yang berbeza. Sama ada dari segi sebutan, kata penafian, kata tanya, mahupun kosa katanya seperti berjalan, kecil, lari, lihat, buku dan botol. Bagi sesetengah kata yang serupa, penggunaannya pula berbeza. Contohnya, heuan bererti ‘rumah’ dalam bahasa Lao. Juga bermaksud ‘rumah’ dalam bahasa Thai tapi pemakaiannya terhad dalam bentuk yang lebih formal. Kata-kata tingkat tinggi pada bahasa Thai dan Lao pada asasnya serupa kerana masing-masing meminjam istilah Sanskrit dan Pali.
Struktur Ayat: Tatabahasa bagi kedua bahasa ini hampir mirip, jadi struktur untuk kata lawan, kata kerja dan kata hubung umumnya tak berbeza. Cuma terdapat perbezaan kecil terutama dalam pembentukan kata tanya: “Sudahkah anda…?” menjadi “reu yang?” Dalam bahasa
Sebutan: Bahasa Lao miliki bunyi – ny- yang tak terdapat dalam bahasa
Saling tak memahami: Walaupun sangat mirip. tak bererti anda faham bahasa Lao kalau anda bertutur dalam bahasa Thai semata-mata, begitulah sebaliknya. Kita mungkin banyak dengar perkataan yang kita tahu dan faham beberapa ayat yang lengkap, namun ia masih berbeza, terutama dalam kosa kata asas yang menjadikan kedua-dua bahasa ini saling tak difahami. Hanya kerana ada kata-kata tingkat tinggi yang sama, mudah bagi penutur Thai memahami bahasa Lao Tinggi berbanding Lao-Pasar (begitu juga sebaliknya).
Tulisan: Lao dan Thai miliki abjad yang serupa dan kebanyakan hurufnya sama. Ayat-ayatnya ditulis dengan kaedah yang sama: dari kiri ke kanan tanpa jarak antara satu kata dengan satu kata yang lain. Tulisan Thai lebih dekat hubungannya dengan Sanskrit/Pali dan miliki lebih banyak konsonan dari Lao (contohnya, ada empat huruf untuk bunyi ‘s’). Manakala Lao meminda abjad mengikut fonetik supaya mudah dibaca oleh golongan etnik bukan-Lao. Terdapat banyak lebihan konsonan dibuang dan kaedah ejaan dipermudah (hanya ada dua huruf untuk bunyi ‘s’). Sesiapa yang mampu baca tulisan Thai boleh belajar membaca tulisan Lao hanya dalam berapa jam. Tapi pembaca tulisan Lao perlu belajar 20 konsonan baru termasuk kaedah ejaan yang rumit untuk menguasai tulisan Thai
# maklumat ini telah saya terjemahkan dari teks asal berbahasa Inggeris yang saya sunting dari laman web seorang pengkaji bahasa yang membuat kaji-banding antara kedua bahasa ini.
Pertamaxxx
BalasPadamkedua :-)
BalasPadamPertamax? eh, macam produk pertamina je bunyinya.
BalasPadamPertamaxx gan!
BalasPadamcambodia
BalasPadam