Thai dan Lao menjadi bahasa yang dominan di negara masing-masing atas alasan yang sama dengan mana-mana bahasa yang dominan: Etnik yang menuturkan bahasa ini mendominasi politik, lalu bahasa mereka dianggap standard. Bahasa lain selainnya tetap dituturkan tapi dianggap bahasa setempat atau bahasa kampung dan kurang diperhatikan oleh etnik dominan.
Sedikit sejarah tentang Thai dan Lao. Orang Thai Tengah, merupakan etnik dominan di sepanjang lembangan sungai Chao Phra Ya di bahagian selatan manakala etnik Lao mendominasi lembangan sungai
Sejarah ringkas suku Isan: Bahagian Timur Laut
Di Mana Penutur Lao / Isan? – Di Thailand, hampir semua suku Isan adalah kelompok dwibahasa Lao/Isan dan Thai. Mereka gunakan bahasa Thai di sekolah, pejabat kerajaan dan kawasan perniagaan di bandar-bandar di seluruh kawasan suku Isan, bahkan di mana-mana saja di Thailand. Tapi tetap berbahasa Lao atau campuran Lao dan Thai di rumah. Tak semua orang Timur Laut boleh berbahasa Lao dengan baik. Sebenarnya bahasa atau bahasa pertuturan manusia bergantung pada latar belakang keluarga: Mereka yang secara tradisi lahir dalam keluarga Lao/Isan biasanya boleh berturut bahasa itu dengan fasih. Sebaliknya keluarga Thai yang berpindah ke wilayah Isan dari kawasan tengah, tetap berbahasa Thai. Mereka hanya mampu berbahasa Lao/Isan jika menjalinkan hubungan rapat dengan suku Isan dan merasa perlu atau terdesak mendalami bahasa itu.
Sebilangan orang Thai Tengah yang tinggal di luar wilayah Isan boleh memahami bahasa Lao/Isan atau sekurang-kurangnya tahu sesetengah kata dan frasa dalam bahasa itu. Biasanya, mereka ini pernah tinggal di Isan atau Laos atau berkahwin dengan suku Isan atau Laos atau mungkin pernah berkerja atau bersekolah sama-sama dengan suku Isan dan ada kesungguhan mendalami bahasa itu.
Siapa bertutur bahasa Thai di Laos? – Di Laos, mereka yang tinggal dekat sempadan
Sikap: Sebelum kegiatan ekonomi dan pendidikan memuncak menjelang tahun 80an, suku Isan dicap kekampungan oleh orang-orang Thai Tengah, tapi sejak meningkatnya hubungan dan pembangunan menyeluruh seluruh Thailand, majoriti warga Thai kini lebih terbuka dalam hubungan sesama etnik. Saat ini, jarang orang Thai Tengah memendang rendah kepada orang Isan walhal perkara ini terjadi terang-terangan sebelumnya. Rasa hormat akan bahasa dan budaya Isan/Lao (juga terhadap bahasa dan budaya penduduk Utara dan Selatan) telah meningkat bertahap menerusi promosi aktif terhadap budaya masyarakat lain selain masyarakat Thai Tengah yang dilakukan kerajaan dan Universiti-universiti.
Masa depan suku Lao: Setelah Negara Laos membuka hubungan dengan dunia bukan komunis pada 1990, wujud kebimbangan akan hilangnya bahasa Lao memandangkan pengaruh
1. Kerajaan Laos melarang bahasa Thai diguna dalam media dan di sekolah-sekolah.
2. Akhbar, buku dan rancangan TV dan Radio dalam bahasa Lao tersebarkan seluruh Negara.
3. Orang Laos menganggap mereka berbeza dengan Orang
Secara praktis, kedua bahasa-bahasa ini sangat rapat kaitannya hingga ramai orang
Tidak sedikit orang Isan yang sanggup lestarikan bahasanya. Memang ada kemungkinan orang Isan akan terasimilasi dengan orang Thai Tengah akibat aktiviti pergerakan manusia dan perkahwinan campur. Masa itu mungkin tiba bila suku Isan ‘terbandarkan’ oleh mesin-mesin tanpa pedulikan sawah padi; setelah tiada lagi pakamas dan pesta biara di kampung-kampung, ingatan terhadap budaya yang hanya terpelihara dalam lagu-lagu lama dan siaran media dari dari
(Ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan pengalaman beliau sewaktu tinggal di
Perhatikan, hal serupa juga dilakukan pemerintah Thailand ke atas orang Melayu di Thailand Selatan. Di wilayah-wilayah Melayu, istilah Yawi diguna bagi menggantikan nama bangsa dan bahasa penduduk Melayu di sana.
BalasPadamGeneral News - Prime Minister commended both Malay teachers and volunteers who trace their origin to Thailand, as well as the Thai community in Malaysia, for being conscious of their Thai heritage and having the determination to preserve Thai language and culture
BalasPadamPetikan ini diambil dari sebuah berita dalam akhbar online Bangkok Post. Nampak jujur benar hasrat pemerintah Thailand ini untuk menyeru etnik-etnik Thai warga Malaysia agar mereka sedar dan berusaha lestarikan budaya dan bahasa Thai mereka.
Sayangnya beliau mungkin terlupa, etnik Melayu di negaranya juga punya hasrat mengamalkan budaya dan bahasa Melayu mereka, sayangnya hak mereka dinafikan.
Trima kasih di atas maklumat yg sangat berguna ..
BalasPadamada mendengar yg di Negara Thai kini , suku bangsa yg pertama membina empayarnya bukan bangsa Thai tetapi bangsa Siam . Adakah bangsa Siam itu Lao ?
Hmmmm...begitulah
BalasPadamFakta tentang ini sangat kurang, tapi saya, peribadi, turut yakin bahawa bangsa Siamlah yang pertama membuka wilayah yang sekarang menjadi Thailand. Dan bangsa Siam berbeza dengan bangsa Thai ataupun Lao.
BalasPadamHuraian saya, Bangsa Thai dan Lao bertutur dalam rumpun bahasa Tai, yakni rumpun bahasa yang sangat dekat kaitannya dengan rumpun Sino-Tibetan, rumpun bahasa-bahasa yang banyak dituturkan di Negara China - malah, sebelum inipun rumpun bahasa Tai pernah dianggap cabang dari rumpun Sino-Tibetan. Jadi tentulah asal-usul bangsa Thai dan Lao ini datangnya dari Negara China.
Kebanyakan bahasa yang dituturkan di kawasan Indocina tergolong dalam rumpun Austro-Asiatic, Cabang Mon-Khmer. (Indocina = Tanah Besar Asia Tenggara) Saya percaya, bangsa Siam yang dulu pernah berkerajaan di Ayuthya, adalah penutur salah satu bahasa dalam Cabang Mon-Khmer. Saya simpulkan begini kerana, secara logik, mustahil akan wujud satu bangsa lain yang berturut dalam bahasa asing dalam keadaan ia terkepung oleh bangsa-bangsa yang bertutur dalam bahasa Mon-Khmer. Ini ditambah pula jirannya di selatan (yakni Orang Asli di utara semenanjung Malaysia) yang turut bertutur dalam salah satu bahasa Cabang Mon-Khmer.
Di sini saya simpulkan bahawa, Siam adalah bangsa yang menuturkan bahasa Cabang Mon-Khmer. Berbeza dengan Bangsa Thai dan Lao yang berturut dalam bahasa rumpun Tai. Perbezaan bahasa tuturan ini adalah bukti jelas bahawa bangsa Siam berbeza dari bangsa Thai dan Lao. Atau dengan bahasa mudah, Siam bukan Thai mahupun Lao. Ini sesuai dengan kalimat "bahasa menunjukkan bangsa".
Sayangnya belum ada kajian dibuat tentang hal ini.