بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Memaparkan catatan dengan label Kembara: Pandu Kereta ke Thailand. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kembara: Pandu Kereta ke Thailand. Papar semua catatan

Melihat Sempadan Malaysia - Thailand di Satun/Perlis

Ada tujuh pintu sempadan darat antara Malaysia dan Thailand yang rasmi diakui kedua negara. Tapi sebelum catatan ini ditulis, saya baru lalui tiga darinya iaitu (1) Pintu sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah - Danok, Songkhla, (2) Pintu sempadan Padang Besar, Perlis - Padangbesar, Songkhla dan (3) Pintu sempadan Rantau Panjang, Kelantan - Sungaigolok, Narathiwat.

Pada kesempatan cuti Hari Merdeka yang lalu, saya sempat jejakkan kaki melihat pintu sempadan Wang Klian, Perlis dan Wang Prachan, Satun. Sekaligus jalan-jalan lihat bandar paling Melayu di pantai barat di selatan Thailand.

Satun, atau nama asalnya Satul merupakan sebuah jajahan Kesultanan Melayu Kedah sebelum terpecah dalam pembahagian berat sebelah antara British dan Siam melalui Perjanjian Bangkok 1909. Kesan perjanjian itu, wilayah Satul dipaksa bercerai dari induknya, Kedah dan dengan rela harus bersama-sama empat wilayah Melayu lain untuk takluk dibawah kekuasaan Siam. Hmmm...

Sesuai statusnya sebagai pintu sempadan sekunder, sempadan Wang Klian - Wang Prachan ini hanya melalui jalan negeri. Dari Kangar, teruskan perjalanan menghala pekan Kaki Bukit sebelum anda bakal lihat papan tanda arah seperti di bawah:

 
Melepasi pekan Kaki Bukit, anda akan lalui jalan mendaki yang berkeluk. Hati-hati tersalah simpang kerana ada satu lagi simpang lain yang menghala ke Taman Rekreasi Gua Kelam. Pada yang cukup waktu, singgahlah sebentar ke taman rekreasi itu dan hayatilah keindahan alam negara kita yang tak kalah hebatnya. Ops, sebelum itu, pandai-pandailah rancang perjalanan anda kerana pintu sempadan Wang Klian hanya beroperasi dari hingga jam 6.00 petang. Kalau terlepas waktu, anda bakal sulit cari penginapan kerana lokasi sini sedikit lebih baik dari sarang jin bertendang.

Sebelum langsung ke pntu sempadan itu, saya sempat lakukan kunjungan ke Taman Rekreasi Gua Kelam sebagai mengimbau kenangan lalu ketika perkhemahan pengakap kelana seluruh Kedah yang pernah dilangsungkan di sini dulu.. Tiba-tiba terasa rindu pula. Meh, lihat dulu betapa indahnya kawasan ini.



Bagi yang tak sempat singgah, teruskan pemanduan mendaki bukit yang curam itu. Anda sekali lagi bakal terasa seperti di dunia asing kerana kawasan paling utara Semenanajung Malaysia ini terletak sangat jauh dari tamadun. Jangan heran kalau anda tiba-tiba terdengar siaran berbahasa Thai dari radio kereta anda. Di hujung utara negara kita ini, jaringan komunikasi ke negara jiran ternyata lebih baik. Huh... Cuma satu hal yang membuat kita bangga, hutan hujan di negara kita ini ternata masih asri.


Negaraku hijau damai.
Selepas mendaki begitu banyak puncak berkeluk, dan sebelum sampai di depan pintu imigresen, anda akan sampai di satu kampung terpencil yang sangat jauh dari jangkauan. Itulah Kampung Wang Klian yang terletak di lereng bukit, kira-kira seratus meter sebelum gerbang sempadan. Di sebelah sini rupa-rupanya warga Malaysia bebas keluar masuk ke seberang sebelah sana dalam lingkungan 100 meter. Ada pasar harian yang dibuka hingga jam 6 petang di sebelah Thailand. Tak sangka suasananya amat meriah. Komunikasi berbahasa Melayu di sini masih mendominasi.



Bagi yang bawa kenderaan, dan berhajat lakukan pejalanan lanjut, sudah tentulah anda harus ikuti aturan imirgesen dan kastam Thailand. Jangan risau, urusannya tak sulit. Cukup bawa geran dan dan beli insuran memandu kenderaan ke Thailand yang boleh didapatkan di Kangar. Ajukan semua dokumen itu kepada pegawai Thailand dengan tips RM2. Urusan anda akan lebih dipermudah bersama satu hadiah senyuman. Kalau anda berkeras tak mahu hulurkan duit, siap-siaplah menerima beberapa soalan yang menjengkelkan.

Ya Tuhan, kalau selama ini saya sering lihat pembangunan sempadan Malaysia yang jauh lebih baik dari pembangunan negara jiran, kali ini saya harus berasa malu. Pembangunan seberang sempadan sangat sempurna, ada pasar sehari dan jalan raya yang terselenggara dengan baik. Malah hutan hujan di kiri kanan jalan pun tertata rapi.

Hutan hujan yang tebal ini termasuk dalam kawasan hutan simpan dan taman negara Thailand. Suasananya redup dan sesejuk mata memandang. Meneruskan perjalanan, anda akan lalui kawasan perkampungan yang tipikal seperti perkampungan Melayu di Malaysia. Inilah Ban (Kampung) Wang Prachan, Satun. Penduduknya pun masih boleh berbahasa Melayu dialek utara.




Mencari arah ke Satun, saya bernasib baik kerana jumpa seorang kakak yang kebetulan ada urusan di bandar. Sudah satu laluan, saya tumpangkan dia bersama-sama dalam perjalanan ini. Melalui kakak itu, saya sebra sedikit belajar kehidupan sosial masyarakat Melayu Satun selepas seribu tahun terpisah dari induknya. Kata dia, Melayu Satun masih berbahasa Melayu dialek Perlis. Cuma ketika ini, bahasa Melayu tak diamalkan dengan baik oleh generasi muda kerana tekanan sistem pendidikan yang pentingkan bahasa Thai. Tambah dia lagi, hidup di Thailand terasa keras dan panas. Dia sangat dambakan hidup di Malaysia yang menurutnya lebih damai dan sejuk. Malah beberapa keluarganya sudah pindah ke Kangar dan memohon warganegara Malaysia.



Kakak itu turun di sebuah rumah anak yatim tak jauh dari bandar ini. Rugi pula tak tanya nama dia dan nombor telefonnya.


Perjalanan saya teruskan hingga ke bandar Satun yang saiznya kecil saja seperti bandar Kangar. Lanskap perniagaan di bandar ini ialah gabungan eleman Melayu, Thai dan Cina.




Sudah jadi amalan, saya suka ambil peluang bersembahyang di masjid setempat setiap kali sampai di suatu lokasi baru. Dalam kesempatan kali ini, saya juga tak lupa laksanakan ibadah selain berehat seketika di masjid bandar ini yang dinamakan Masjid Mambang Satul.



Perjalanan saya lanjutkan ke Jeti Satun untuk tinjau feri-feri yang bakal saya naiki bila ada keinginan melawat gugusan pulau-pulau yang tersebar di perairan ini nanti. Pulau Adang, Pulau Tarutau, Pulau Singa, Pulau Sembilang dan pulau-pulau kecil yang lain. Sayang sekali pulau-pulau Melayu itu telah jatuh ke tangan bangsa lain.






Habis menjelajah Satun dan pusing-pusing lokasi sekitar, saya ambil keputusan untuk balik semula ke Kangar dan nginap semalam di sana sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur heri esok. 

Puas sudah saya turuti keinginan saya yang gila kali ini. Tapi saya pasti kerja gila ini takkan berhenti sampai sini. Masih banyak lokasi lain belum saya jejak, saya jelajah dan saya takluk. InsyaAllah.  

Berkereta Ke Thailand

Melancong dengan kenderaan sendiri, mungkin jauh lebih menarik. Terinsprisi dari kenyataan itu, saya ambil keputusan menggagahkan diri pandu sendiri kereta saya ke utara. Melawan rasa ngatuk dan ketepikan rasa bimbang terhadap kemampuan kenderaan saya berjalan jauh. Malah saya melangkah lebih berani dengan melintas sempadan Malaysia - Thailand di Bukit Kayu Hitam dan Sadao.

Dengan rasa bangga dan bagaikan tak percaya, Saya berjaya menyeberangi sempadan itu. Meski perjalanan saya hanya setakat sampai di Hatyai, sekurang-kurangnya saya sudah melepasi satu tahap yang mendebarkan. 

ke utara Semenanjung Malaysia
Perjalanan saya bermula dari Kuala Lumpur membelah Lebuhraya Utara-Selatan menuju pintu sempadan Malaysia di Bukit Kayu Hitam sebelum menyeberang sempadan Thailand di Danok, Sadao, Perjalanan diteruskan hingga ke Hatyai sebelum balik semula melewati pintu sempadan yang sama.

Pertama kali bawa kereta ke sana, saya yakin hati siapapun akan berdebar. Tapi percayalah, debaran anda akan berakhhir bila tiba di Bukit kayu Hitam. Sebaik melepasi sempadan Thailand, anda bebas dan perjalanan yang jauh terasa dekat seolah-olah baru bermula. Bila mengunjungi sebuah daerah baru, anda pasti terpesona dan teruja menjelajah segenap pelosok ruang baru yang belum pernah anda tahu.

pastikan anda beli insuran terlebih dulu
Sedikit panduan kepada sesiapa yang bercadang pandu sendiri kenderaan peribadinya ke sana, pastikan kenderaan kita ada geran di atas nama kita sendiri, serta cukai jalan yang masih sah laku. Sebelum sampai sempadan, pastikan anda beli insuran perlindungan kenderaan anda selama 'menjelajah' negara itu. Tempoh sah laku insuran ini paling minimun ialah dua minggu dengan bayaran serendah THB140 (tergantung syarikat pengeluar) Jika anda masuk Thailand dari pintu Bukit Kayu Hitam, insuran ini boleh didapati di pekan Changlung. Sangat banyak agen yang menjualnya termasuklah di kedai-kedai kopi.

Imigresen Malaysia, Bukit Kayu Hitam
Keluar dari gerbang imigresen Malaysia, tidak terlalu banyak prosedur yang perlu anda ikuti. Hanya ada pegawai kastam yang memeriksa cukai jalan dan pegawai imegresen yang mengecop pasport. Selesai urusan, bergeraklah perlahan-lahan menuju gerbang Imigersen di sebelah Thailand pula. Nasihat saya, jangan langsung bawa masuk kenderaan kita ke pintu gerbang itu. letaklah kenderaan terlebih dulu di ruang parkir sisi kiri gerbang sebelum uruskan kemasukan kenderaan berjalan kaki. Serahkan geran dan insuran yang sudah anda beli di Malaysia itu ke kaunter yang bertulis 'CUSTOM'. Pastikan anda mendapat sesalinan surat kebenaran memandu sebelum beredar. Selesai urusan kastam, ambil kenderaan anda dan lakukan pemeriksaan pasport secara pandu-lalu di kaunter 'IMMIGRATION'. 

Susana di imigresen Malaysia
Imigresen Thailand betul-betul di luar pagar sempadan
Danok, pekan di penghujung selatan Thailand
Sedikit tips, selitkan wang kertas sekecil RM2 sebagai saguhati atas selesainya urusan anda atau anda bakal disulitkan dengan perilaku yang kurang mesra dari pegawai Thailand yang tidak tahu berbahasa Inggeris. Mujur saya berurusan dengan pegawai muslim yang mampu berbahasa Melayu.

gambar penulis ketika melepasi pekan Danok, daerah Sadao