بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





MELURUSKAN SEJARAH PANJANG: - Johor - Riau - Lingga - Pahang

Saya sering meneliti catatan sejarah tentang Johor-Riau-Lingga-Pahang dari berbagai sumber di internet yang ditulis dari pihak-pihak perseorangan. Banyak dari tulisan itu sangat bersifat memihak dan terlalu kedaerahan sampai terkesan kepada pembaca bahawa Riau-Lingga itu tidak pernah memiliki sejarah panjang secara bersama dengan Johor-Pahang yang sekarang berada di kawalan Negara lain.

Biarpun tidak semuanya, sangat sering terjumpa dalam mana-mana penulisan sajarah oleh mana-mana pihak yang menggugurkan nama Johor dalam sejarah Johor-Riau-Lingga-Pahang. Kalau ada sekalipun, nama Riau diletakkan terlebih dahulu sebelum nama Johor menjadi Riau-Johor padahal menurut saya seharusnya ditulis Johor-Riau. Alasan saya kerana pemerintahan di Johor tercipta lebih dahulu sebelum muncul pemerintahan di Riau.
Hati kecil saya sebenarnya selalu berkata “Barangkali pelajaran sejarah sekarang ini hanya mementingkan semangat nasionalisme, jadi nama lain selain nama yang bersangkutan dengan nasionalisme kenegaraan tidak harus tercatat walaupun ia berhubung rapat.”  Tak tahulah kenapa saya berfikir begitu. Mungkin memang saya anti kedaerahan atau barangkali saya sendiri yang terlalu kedaerahan sampai berkecil hati kalau nama negeri saya Johor tidak terkait. Entahlah.
Contoh kenyataan sejarah sepihak yang sempat saya jumpa ialah dari laman wikipedia seperti ini:
“…Tanjungpinang berasal dari Kerajaan Melayu yang didirikan sekitar Abad 16. Menurut sejarah, pusat pemerintahan berkedudukan di Pulau Penyengat, sekarang ini menjadi lokasi pariwisata budaya sebagai pusat pengembang budaya Melayu. Dengan raja pertama yang memerintah adalah bernama Raja Abdul Rahman.  Pada masa pemerintahan, rajanya dari tahun 1722-1911 menjalankan dengan adil dan bijaksana, sehingga kesejahteraan rakyatnya meningkat dan selain itu juga berhasil menjalankan roda pemeritahnya sehinga terkenal di Nusantara serta Semenanjung…”
Apa yang salah dalam suntingan diatas?
Tidak ada yang salah. Raja Abdul Rahman memang raja pertama di Riau-Lingga. Naik tahta pada tahun 1811 atas sokongan Belanda. Persoalannya, kalau dinyatakan raja Riau-Lingga yang pertama adalah Raja Abdul Rahman (naik tahta 1811), siapakah pula raja yang dikatakan telah mempopularkan Tanjungpinang pada tahun 1722 sampai terkenal di seluruh Nusantara dan Semenanjung?
Dalam hal ini, nampaknya nama Johor telah kabur. Kenyataan Tanjungpinang adalah salah satu ibukota dari sekian banyak ibukota Kerajaan Johor yang sering berpindah-pindah, juga hilang. (dihilangkan?)
Satu lagi suntingan ialah dari seorang penduduk di Acheh melalui laman blognya http://ricisan.wordpress.com
“…Daeng Marewah adalah salah seorang Yang Dipertuan Muda (YDM) pada tahun 1721-1727 pada waktu Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah sebagai kepala kerajaan Melayu periode Riau-Lingga. Yang Dipertuan Muda adalah kepala pemerintahan, yang dapat dipersamakan dengan kedudukan Perdana Menteri sekarang ini. Makam Daeng Marewah terletak di Kota Rebah, dapat kita tempuh ± 35 menit dengan pompong dari Tanjungpinang. Selain daripada itu, Kesultanan Melayu Daik, Lingga dan sultan-sultan lain yang berpusat di Riau, mempunyai sejarah yang juga mengagumkan…”
Sekali lagi tidak ada yang salah dalam tulisan di atas. Daeng Merewah memang dilantik sebagai Yamtuan Muda pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.  Cuma faktanya tidak sempurna. Menurut saya, tak benar kalau dianggap Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah sebagai salah satu sultan Riau-Lingga kerana waktu itu Riau-Lingga masih bersama Johor. Kami di Johor sendiri menganggap, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah adalah Sultan Johor yang ke-13
Satu lagi hal yang boleh saya debatkan dalam teks suntingan di atas adalah, ‘Kesultanan Melayu di Daik, Lingga dan sultan-sultan lain yang berpusat di Riau, mempunyai sejarah yang juga mengagumkan’  Di sini saya sedikit kecewa. Kenapa hanya sultan yang ketika pusat pemerintahan berpindah ke Riau sahaja yang dianggap mengagumkan padahal sepanjang tempoh 1511 sampai 1819, Riau dan Johor silih berganti menjadi pusat pemerintahan. Barangkali menurut penulis, jika pemerintahan dipindahkan ke Johor, kerajaannya mundur dan sejarahnya malap. Sebaliknya setiap kali berpindah ke Riau, sejarahnya gemilang.
Maaf, Apakah sebenarnya yang berlaku dalam pemahaman sejarah pada pemberi kenyataan-kenyataan di atas? Atau sebenarnya kenyataan itu hanyalah hal kecil yang ditulis semata-mata untuk memenuhkan ruang yang sedia kecil dalam internet?  Atau apakah saya yang emosi?
Tak tahulah.
p/s: Sila nantikan senarai sultan yang memerintah kerajaan Johor-Riau-Lingga-Pahang dan peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang 1511 – 1824 dalam posting saya yang akan datang.

52 ulasan:

  1. Memang sepatutnya nama Johor diletakkan di hadapan memandangkan ianya menjadi pusat pemerintahan kemudiannya . Bagaimanapun menurut catatan sejarah , setelah Sultan Mahmud
    Syah tewas di Melaka oleh serangan Portugis , baginda telah berkubu di Muar dan seterusnya berundur ke kawasan Riau untuk berlindung dan berkubu dari serangan portugis .. tindakan berlindung di Riau ini juga menandakan sudah ada asas kerajaan di Riau , sebelum Sultan Mahmud Syah bertindak membuka kerajaan Johor lama ... sekadar pandangan .

    BalasPadam
  2. Saya hormat pandangannya. Terima kasih.

    Pandangan saya pula, Lokasi pertama selepas baginda melarikan diri ialah di Muar. Kalau sepanjang pelarian sudah anggap sebagai tanda sebuah kerajaan baru terbentuk, Maka nama Muar harus masuk dalam senarai.

    BalasPadam
  3. Kita cuma ada membaca novel2 sejarah saja berkenaan berkubunya Sultan Mahmud Syah serta anakandanya Ahmad ( kemudian di hukum bunuh ) . suasana yg digambarkan ( sekadar imaginasi ) di Muar ketika itu adalah sebuah kg nelayan saja yg memberikan taat setia kepada kerajaan Melaka dan Sultan Mahmud Syah di ceritakan cuma berkubu sahaja dan bukan membuka kerajaan .. hujah kenapa hanya berkubu adalah kerana lokasinya yg terlalu hampir dengan Melaka , jadi ikut logik memang Muar ketika dan situasi itu tidak sesuai menjadi kerajaan ( kerana ancaman Portugis dan pembelot2 ) . Di kawasan Riau dan Johor Lama sememangnya sesuai membuka kerajaan kerana jarak yg selamat dari ancaman Portugis ..tambahan pula kerajaan Kampar sudah pun wujud .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saudara2 q serumpun semenanjung malaya
      Saye sarankan kalau awak nak cari tambahan sbagian refernsi ttang riau jogor lingge pahang dengan sgala tklukannya ternasuk sdikit di sumatra
      Kite dulunye satu dlm kedaulatan malaka johor
      Namun oleh beberape prebutan kekuasaan kami dulunye bentan lingge batam karimun pulau laut laut cine slatan berdaulat krajaan kecil namanya bentan di gunung bentan kemudian pindah ke tamasek (singapore) trus ke melake trus ke johor
      Karne sultan mahmud manfkat di julang tak meninggalkan keturunan zuriat yg gahara maka naiklah datuk bendahara tun abdu jalil menjadi sultan degn gelar sultan ibrahim syah pada masa 1677-1685
      Karna perang perebutan tahta oleh raja siak yg mengaku keturunan sultan mhmud mgkt di julang
      Sltn ibrhim klh ia undur ke arah bentan di salah 1 sungai di bawah kaki gunung bentan namenye sungai carang maka makmur dan rioh (ramai) lah tempat itu yg ahirnye menjadi name negru riau yg di skitarannye pulau penyengat lingga karimun batam dll mka trus rebut merbut tahta yg berlanjut pindah memindah pusatnye dari riau menyerang johor kmbli menang, trus di serang lgi sm raje siak kalah pula, pindah keriau lgi pindah ke lingge gitulah kurang lebeh
      Jdi saran saye bagi berminat mau tau tmbah referensi awak boleh datang ke batam atau bentan atau tanjungpinang karimun, dari paser gudang joho skitar 2 jam dah sampai ke btm atau bentan tanjungpinang, kalau ke karimun tk smpai 1 jam
      Cume awak nanti 1 hari lgi harus ke lingge karne jauh
      Nanti awak sampai langsung cari yg namanye balai atau gedung Lembaga Adat Melayu (LAM) nye
      Stelah tibe di LAM insyaallah awak banyak dapat petunjuk nanti
      Atau hubungi saye di no hnpon 082392932472 zamri di tanjungpinang
      Saye akan bantu semampu saye
      Karne di lingge banyak mkm sultan keturunan datok bendahare sultan sulaiman dan penerusnye yg begelar sultan mahmud muzafar syah
      Sedangkan di pulau penyengat banyak makam yg di pertuan mude
      Sedangkan di bentan peninggalan lme sblum adanya johor dan riu
      Sedangkan sultan mahmud mgkt di julang memang di johor mkm nye ie selagi tun jalel nasih menjadi datok bendahara
      Teraher saye mau bilang dulunye kite same berdaulat di semenanjung malaya
      Namu kmi di riau di bawah cengkram blande masuk ke indonesia
      Dan yg terpenteng buat kite semue yg suke pingin tau sejarah baiknya jgn saling menyalahkn sesame karne kite bkan ahli sejarah
      Kite hanye mencari pengetaghuan
      Yg benar hanye milik allah
      Ok wai
      Wslm, zamri / AMAT = Anak Melayu Asli Tanjungpinang
      Idola q
      Laksemane
      Hang Jebat
      Laksemane
      Megat Seri Rama / laksemane bentan
      Dengan Petuahnye
      Raje Alem Raje di Sembah
      Raje Zalem Raje Di Sanggah
      Biarlah Mati Anak
      Jangan Mati Adat (mati hukum)
      Dan sy yken ade beberape penjalsan saye ada yg keliru sy minta maaf

      Padam
    2. Makasih Infonya Zamri. Mohon kalau boleh kita lanjutkan komunikasi kita di ajang yang lain selain dari blog ini.

      Padam
  4. Nah... kerana ada alasan-alasan seperti itulah, maka Sultan Alauddin Riayat Syah yang juga anak baginda Sultah Mahmud Syah belayar ke selatan, membuka kerajaan di tebing Sungai Johor. lalu mengembangkan pelabuhan, susun pentadbiran, sediakan ketenteraan dan menyerang Portugis di Melaka dari sana. Ertinya, pusat pentadbiran kerajaan pertama selepas kejatuhan Melaka ada di Johor. Bukan di Bintan atau Lingga. itulah yang saya tuliskan dengan panjang lebar dalam posting di atas

    BalasPadam
  5. mungkin perlu di tambah sedikit disini sdr , iaitu ketika Sultan Mahmud Syah berundur dari Muar , Raja Alauddin Riayat Syah masih kecil lagi ( kanak-kanak ) . Jadi untuk keselamatan waris tahta ini Sultan Mahmud Syah telah menghantar Raja Alauddin Riayat Syah ke sebuah kerajaan di Riau ( tanah besar Sumatera ) , sementara Sultan Mahmud Syah bersama pengikutnya yg taat telah berkubu dan di kawasan Riau juga tetapi sekitar pulau-pulaunya ( mungkin pulau2 di Bentan ) . Serangan keatas Portugis tetap diteruskan ... dan bukan saja itu , pengikut2 Sultan juga bertindak mengganggu peniaga / kapal yg berurusan dengan Melaka untuk melumpuhkan ekonominya . Setelah beberapa lama melakukan serangan namun tidak berhasil , maka Sultan Mahmud Syah barulah berasa perlu membuka kerajaan baru & Johor lama . Setelah baginda Sultan mangkat , kemudiannya Raja Alauddin di mashyurkan sebagai Sultan di Johor Lingga ... bermakna dari maklumat itu , Raja Alauddin mungkin telah di besarkan di Riau sebelum diangkat menjadi Sultan di kerajaan Johor Riau .. wallahualam ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saudara2 q serumpun semenanjung malaya
      Saye sarankan kalau awak nak cari tambahan sbagian refernsi ttang riau jogor lingge pahang dengan sgala tklukannya ternasuk sdikit di sumatra
      Kite dulunye satu dlm kedaulatan malaka johor
      Namun oleh beberape prebutan kekuasaan kami dulunye bentan lingge batam karimun pulau laut laut cine slatan berdaulat krajaan kecil namanya bentan di gunung bentan kemudian pindah ke tamasek (singapore) trus ke melake trus ke johor
      Karne sultan mahmud manfkat di julang tak meninggalkan keturunan zuriat yg gahara maka naiklah datuk bendahara tun abdu jalil menjadi sultan degn gelar sultan ibrahim syah pada masa 1677-1685
      Karna perang perebutan tahta oleh raja siak yg mengaku keturunan sultan mhmud mgkt di julang
      Sltn ibrhim klh ia undur ke arah bentan di salah 1 sungai di bawah kaki gunung bentan namenye sungai carang maka makmur dan rioh (ramai) lah tempat itu yg ahirnye menjadi name negru riau yg di skitarannye pulau penyengat lingga karimun batam dll mka trus rebut merbut tahta yg berlanjut pindah memindah pusatnye dari riau menyerang johor kmbli menang, trus di serang lgi sm raje siak kalah pula, pindah keriau lgi pindah ke lingge gitulah kurang lebeh
      Jdi saran saye bagi berminat mau tau tmbah referensi awak boleh datang ke batam atau bentan atau tanjungpinang karimun, dari paser gudang joho skitar 2 jam dah sampai ke btm atau bentan tanjungpinang, kalau ke karimun tk smpai 1 jam
      Cume awak nanti 1 hari lgi harus ke lingge karne jauh
      Nanti awak sampai langsung cari yg namanye balai atau gedung Lembaga Adat Melayu (LAM) nye
      Stelah tibe di LAM insyaallah awak banyak dapat petunjuk nanti
      Atau hubungi saye di no hnpon 082392932472 zamri di tanjungpinang
      Saye akan bantu semampu saye
      Karne di lingge banyak mkm sultan keturunan datok bendahare sultan sulaiman dan penerusnye yg begelar sultan mahmud muzafar syah
      Sedangkan di pulau penyengat banyak makam yg di pertuan mude
      Sedangkan di bentan peninggalan lme sblum adanya johor dan riu
      Sedangkan sultan mahmud mgkt di julang memang di johor mkm nye ie selagi tun jalel nasih menjadi datok bendahara
      Teraher saye mau bilang dulunye kite same berdaulat di semenanjung malaya
      Namu kmi di riau di bawah cengkram blande masuk ke indonesia
      Dan yg terpenteng buat kite semue yg suke pingin tau sejarah baiknya jgn saling menyalahkn sesame karne kite bkan ahli sejarah
      Kite hanye mencari pengetaghuan
      Yg benar hanye milik allah
      Ok wai
      Wslm, zamri / AMAT = Anak Melayu Asli Tanjungpinang
      Idola q
      Laksemane
      Hang Jebat
      Laksemane
      Megat Seri Rama / laksemane bentan
      Dengan Petuahnye
      Raje Alem Raje di Sembah
      Raje Zalem Raje Di Sanggah
      Biarlah Mati Anak
      Jangan Mati Adat (mati hukum)
      Dan sy yken ade beberape penjalsan saye ada yg keliru sy minta maaf

      Padam
  6. Dimanakah lokasi tepat Lingga itu ?...adakah berhampiran Kampar atau Batam ?

    BalasPadam
  7. Terima kasih atas tambahan itu.

    Kebarangkalian Sultan Alauddin Riayat Syah dibesarkan di Riau Daratan juga beralasan. Barangkali di Kampar kerana Sultan Kampar ketika itu adalah Raja Abdullah, sepupu kepada Sultan Mahmud Syah sendiri. Baginda sendiri mangkat di Kampar pada 1528 dan diberi gelar Marhum Kampar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saudara2 q serumpun semenanjung malaya
      Saye sarankan kalau awak nak cari tambahan sbagian refernsi ttang riau jogor lingge pahang dengan sgala tklukannya ternasuk sdikit di sumatra
      Kite dulunye satu dlm kedaulatan malaka johor
      Namun oleh beberape prebutan kekuasaan kami dulunye bentan lingge batam karimun pulau laut laut cine slatan berdaulat krajaan kecil namanya bentan di gunung bentan kemudian pindah ke tamasek (singapore) trus ke melake trus ke johor
      Karne sultan mahmud manfkat di julang tak meninggalkan keturunan zuriat yg gahara maka naiklah datuk bendahara tun abdu jalil menjadi sultan degn gelar sultan ibrahim syah pada masa 1677-1685
      Karna perang perebutan tahta oleh raja siak yg mengaku keturunan sultan mhmud mgkt di julang
      Sltn ibrhim klh ia undur ke arah bentan di salah 1 sungai di bawah kaki gunung bentan namenye sungai carang maka makmur dan rioh (ramai) lah tempat itu yg ahirnye menjadi name negru riau yg di skitarannye pulau penyengat lingga karimun batam dll mka trus rebut merbut tahta yg berlanjut pindah memindah pusatnye dari riau menyerang johor kmbli menang, trus di serang lgi sm raje siak kalah pula, pindah keriau lgi pindah ke lingge gitulah kurang lebeh
      Jdi saran saye bagi berminat mau tau tmbah referensi awak boleh datang ke batam atau bentan atau tanjungpinang karimun, dari paser gudang joho skitar 2 jam dah sampai ke btm atau bentan tanjungpinang, kalau ke karimun tk smpai 1 jam
      Cume awak nanti 1 hari lgi harus ke lingge karne jauh
      Nanti awak sampai langsung cari yg namanye balai atau gedung Lembaga Adat Melayu (LAM) nye
      Stelah tibe di LAM insyaallah awak banyak dapat petunjuk nanti
      Atau hubungi saye di no hnpon 082392932472 zamri di tanjungpinang
      Saye akan bantu semampu saye
      Karne di lingge banyak mkm sultan keturunan datok bendahare sultan sulaiman dan penerusnye yg begelar sultan mahmud muzafar syah
      Sedangkan di pulau penyengat banyak makam yg di pertuan mude
      Sedangkan di bentan peninggalan lme sblum adanya johor dan riu
      Sedangkan sultan mahmud mgkt di julang memang di johor mkm nye ie selagi tun jalel nasih menjadi datok bendahara
      Teraher saye mau bilang dulunye kite same berdaulat di semenanjung malaya
      Namu kmi di riau di bawah cengkram blande masuk ke indonesia
      Dan yg terpenteng buat kite semue yg suke pingin tau sejarah baiknya jgn saling menyalahkn sesame karne kite bkan ahli sejarah
      Kite hanye mencari pengetaghuan
      Yg benar hanye milik allah
      Ok wai
      Wslm, zamri / AMAT = Anak Melayu Asli Tanjungpinang
      Idola q
      Laksemane
      Hang Jebat
      Laksemane
      Megat Seri Rama / laksemane bentan
      Dengan Petuahnye
      Raje Alem Raje di Sembah
      Raje Zalem Raje Di Sanggah
      Biarlah Mati Anak
      Jangan Mati Adat (mati hukum)
      Dan sy yken ade beberape penjalsan saye ada yg keliru sy minta maaf

      Padam
  8. Ya ..ada asasnya , kerana di Kampar memang sudah ada kerajaannya & Kampar memang didalam kawasan Riau .

    BalasPadam
  9. Lingga merupakan rumpun pulau-pulau di selatan Batam dan Bintan. Pulau utamanya dinamakan Pulau Lingga sendiri.

    BalasPadam
  10. Sebenarnya ada petunjuk dari beberapa teman mengenai warisan lama yg dipercayai masih ada di Lingga . InsyaAllah mungkin akan ke sana satu hari nanti . Perlu berjejak ke sana dan menghadiah kan ! ... cuma kini , perlu dikenal pasti lokasi pusat kerajaannya satu masa dulu .

    BalasPadam
  11. Mestinya membunyikan sejarah lupakanlah sejenak masalah negara yang terbentuk sekarang, ceritakanlah fakta sejarah yang sebenarnya agar tak tejadi pengaburan sejarah...

    BalasPadam
  12. Kalau ke Pulau Lingga, silakan ke Daik. Di sana ada kompleks Makam Raja-raja Johor-Riau-Lingga (sebahagian). Bekas tapak istana kerajaan juga masih ada di sana. Lingga menjadi pusat pemerintahan terakhir sebelum kerajaan Johor-Riau-Lingga-Pahang berpecah.

    BalasPadam
  13. trimakasih atas maklumatnya karimsh ...

    BalasPadam
  14. Sepengetahuan saya Sultan Abdullah Kampar adalah anak saudara tiri Sultan Mahmud Shah Melaka bukan sepupu.Ayahanda Sultan Abdullah Kampar adalah Sultan Munawar yang dirajakan di Kampar asalnya sebagai latihan untuk menduduki takhta Melaka.Kampar termasuk dalam jajahan Melaka.Atas sebab politik istana Sultan Munawar telah diketepikan dan Sultan Mahmud telah diangkat sebagai Sultan Melaka.Mengikut perancangan Sultan Alauddin Riayat Shah yang akan naik takhta Melaka antara Raja Munawar ataupun Raja Zainal.Namun Sultan Alauddin telah diracun oleh komplot politik istana sebelum sempat mengisytiharkan penggantinya.Apabila Sultan Mahmud naik takhta Raja Munawar dibiarkan di Kampar dan Raja Zainal telah dibunuh.

    Semasa kedatangan Portugis,Sultan Abdullah anak kepada Sultan Munawar yang mewarisi takhta Kampar telah berpihak kepada Portugis.Malah baginda telah dimasyhurkan sebagai Bendahara Melaka.Atas muslihat yang diatur oleh Sultan Mahmud,Sultan Abdullah telah dibunuh oleh Portugis kerana disyaki bersubahat dengan Sultan mahmud untuk merebut kembali Melaka.Wallahualam

    BalasPadam
  15. Terimakasih infonya. Maaf atas kelalaian saya.

    Perbincangan seperti ini pada saya sangat baik supaya kita dapat sama-sama percaya pada sejarah yang sama. Diharapkan juga, perbincangan ini mampu jadi pencatus minat kepada sesiapa yang kurang sukakan sejarah.

    Sesunggunya sejarah membuat kita lebih kenal jati diri.

    BalasPadam
  16. Terima kasih Karim. Kita sependapat.

    Seharusnya, seluruh Nusantara memegang pada satu sumber sejarah yang sama kerana keberadaan kita saling berkait.

    Tulisan sejarah sebaik-baiknya tak terpengaruh unsur nasionalisme. Nasionalisme dalam situasi kita yang serumpun ini hanya akan menimbulkan persengketaan. Setuju?

    BalasPadam
  17. kalau tak silap pembacaan kita , Raja Zainal adalah saudara dekat dengan Sultan Mahmud Syah dan Raja Zainal ini tinggal di melaka ... di sayangi oleh sekalian rakyat oleh kerana tinggi budi bahasa serta baik tingkah lakunya berbanding Sultan yg memerintah . Beliau juga sering menjadi penghalang kepada tindakan sumbang Sultan Mahmud Syah yg sentiasa di hasut & di pengaruhi oleh si Kitul & Mandeliar .. akhir nya Raja Zainal telah dibunuh hasil pakatan Sultan Melaka dan kedua penghasut itu atas alasan dari si Kitul & Mandeliar yg ..Raja Zainal sentiasa di sanjung rakyat dan pastinya menjadi ancaman keatas tahta kerajaan Melaka .
    Kalau tersilap , harap dapat di tegur ...

    BalasPadam
  18. Kalau ke Pulau Daik, Dabo-Singkep. Berziarah lah ke makam Sultan Mahmud Shah III, di sana tertulis Sultan Mahmud Shah III Sultan/Pemerintah terakhir Kesultanan Johor-Riau-Lingga-Pahang.

    BalasPadam
  19. Raja Zainal adalah saudara tiri Sultan Mahmud.Sultan Mahmud adalah putera Sultan Alauddin dengan Tun Senaja saudara perempuan Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir.

    BalasPadam
  20. Kalau tak silap ini Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.Sultan terakhir dari keturunan Raja Melaka.Selepas baginda Kesultanan telah berpindah kepada keturunan Bendahara.Walau bagaimanapun di Kota Tinggi Johor juga ada Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang ni.Wallahualam

    BalasPadam
  21. pendapat ramai mengatakan makam Sultan Mahmud Mangkat Di Julang ada di Johor .. bukan ?
    Atau mungkinkah legasi pemerintahan terakhir kesultanan ini telah berpindah ke Lingga ketika itu , jadi peristiwa ' mangkat di julang ' sebenarnya berlaku di Lingga bukan di Johor ?...

    BalasPadam
  22. sangat menarik.cuba fazli selusuri kesultanan siak pula.mungkin ada kaitan dan tambahan fakta.sebagai tambahan sultan perak yang pertama adalah waris dari kesultanan melaka yang terakhir

    BalasPadam
  23. kabar baik Karim.Baru je balik ke kl. so baru minggu ni start masuk MP

    BalasPadam
  24. Wallahualam.Cuma pendapat saya lebih kukuh peristiwa ini berlaku di Johor kerana terdapat Makam Megat Seri Rama/Laksamana Bentan di Johor dan juga sumpahan muntah berdarah tu masih berlaku terhadap keturunan Bentan di Kota Tinggi,Johor.

    Versi di Lingga saya kurang maklum pula.

    BalasPadam
  25. Sultan Mahmud Shah III dengan Sultan Mahmud (mangkat dijulang) adalah dua orang sultan yang hidup pada zaman yang berbeza. Sultan Mahmud Mangkat di Julang, makamnya ada di Kota Tinggi. Sultan Mahmud III makamnya ada di Lingga

    BalasPadam
  26. Sultan Mahmud Shah III ni sebelum atau selepas Sultan Mahmud Mangkat Dijulang?Dari jalur keturunan Raja atau Bendahara?Saya kurang arif dengan kesultanan di Riau Lingga selepas Sultan Alauddin Riayat Shah II.

    BalasPadam
  27. Saya secara peribadi ..sebenar tiada halangan dengan keturunan Bendahara yg memerintah kerana keturunan bendahara juga adalah titisan dari kerabat di raja juga , bukan sebarangan keturunan ... pandangan peribadi !

    BalasPadam
  28. Sultan Mahmud Shah III ini keturunan bendahara. Istananya ada di Daik, Lingga; pusat pemerintahan terakhir sebelum kerajaan Johor-Riau (Pahang-Lingga) terpisah. Pengganti baginda adalah Sultan Abdul Rahman tapi tak disenangi Sultan Hussain yang merasa Bagindalah pewaris tahta paling layak kerana baginda anak sulung. Pertikaian antara Sultan Abdul Rahman dan Sultan Hussain akhirnya membawa campur tangan Inggeris dan Belanda yang kemudiannya memisahkan Johor - Riau menjadi dua entiti berlainan. Inggeris akhirnya mengangkat Sultan Hussain sebagai Sultan di Johor manakala Sultan Abdul Rahman kekal menjadi Sultan di Linggadan diangkat menjadi Sultan Riau-Lingga yang pertama.

    Manakala, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang pula digelar Sultan Mahmud Shah II, keturunan terakhir raja-raja Melaka. Mangkat dan dimakamkan di Kota Tinggi

    BalasPadam
  29. Sudahkah saudara membaca kajian saya berjudul "Menyingkap Sejarah Lembah Bama DiNegeri Pahang Sebagai Pusat Perdagangan Terawal Bagi Asia Tenggara dan Mengesan Sultan Memerintah Riau-Lingga-Johor yang Menetap DiLembah Bama (Kg Relong) dan blog saya http://sungaibatuderelong.blogspot.com ? Semua anda akan dapat data terkini tentang sejarah Riau-Lingga-Johor.

    BalasPadam
  30. sebutannya Johor - Riau - Lingga ... atau Riau - Lingga - Johor ..?

    BalasPadam
  31. Itu saya kurang pasti, saya orang ICT, bukan pakar bahasa

    Dr Aminudin

    BalasPadam
  32. bisa faham tu Dr. ! .. ICT itu cabang / ranting kepakarannya , Bahasa itu akar tunjangnya ..

    BalasPadam
  33. Lihat rencara saya yang terbaharu, saya paparkan semula, bahasa memang penting,sebab itu sdr faham apa yang saya katakan, tetapi kalau tiada ICT sekarang ,sdr tidak boleh membaca dan menluis dalam multiply lagi, kawan saya Dr Awang Sarian sekarang pakar Bahasa di Universiri Beijing, mengunakan ICT untuk hantar email dengan pantas kepada keluarganya, tapi kalau bahasa dahulu dibawa melalui kapal layar dan surat kertas cina, berbulan lamanya baru sampai, jadi semua itu saling melengkapi, bahasa yang bertunjang irama dan madah,patah ditengah gelombang.

    BalasPadam
  34. benar , ICT dan bahasa sama2 penting d masa kini ..kesemua teman2 di MP kini bersungguh-sungguh memahami IT walaupun itu bukanlah kepakaran kami semua .. kepakaran terhadap sesuatu bidang khusus tidak boleh di jadikan satu alasan untuk memandang Bahasa itu hanyalah satu media pertuturan semata - mata ... Bahasa itu satu seni ! sebagaimana bidang kepakaran yg lain seperti ICT .. Politik .. sejarah .. sains .. biologi dan lain-lain . Disebabkan Bahasa itu juga satu seni dan juga jati diri sesebuah Bangsa , maka ia perlu di teliti dan di perdalami seninya ... apatah lagi kita menggunakannya setiap hari .

    Johor - Riau - Lingga .... diungkap dengan maksud yg tertentu , itulah seni Bahasa . Sekiranya tuan Dr. mahu menyebutnya sebagai Riau - Lingga - Johor , juga tiada salahnya asalkan Dr. punya maksud tertentu .. maksud tersirat dari pemahaman dan pengkajian , kerana di situlah terletaknya seni Bahasa itu !

    BalasPadam
  35. Saya tidak ingin perdebatan ini tetapi adakah sdr. 1. menulis tentang bahasa 2.Adakah buku atau kajian yang telah dibuat ?3.Bahasa yang saya kaji sebaiknya adalah bahasa Arab kerana dia bahasa Al-Quran dan bahasa shurga.Bahasa Melayu memang meluas penggunaanya dan adakah pernah sdr menulis dengan membandingkan dengan bahasa Jepun misalnya dalam aspek peribahasa (lihat) salah satu artikel saya.Sekali lagi saya katakan saya bukan orang bahasa tetapi menggunakan displin lain (ICT)untuk manafat orang ramai.Bahasa memang indah umpamanya Bahasa Istana yang jarang diungkap oleh kebanyakkan kita dan bahasa jalanan menjadi sabur sekarang.Sebenarnya Tatabahasa tidak menjadi ikutan lagi, jadi inilah peranan sdr, buktikan dengan menggunakan ICT.

    Ikhlas Dr Aminudin (Lihat Rencana saya paparkan Bahasa Dari Perspektif Islam)

    BalasPadam
  36. Terima kasih. InsyaAllah saya akan semak sebesar mana info yang saya tidak ketahui. Cuma saya mohon diberi panduan di mana boleh saya dapatkan senaskah buku kajian saudara tersebut.

    BalasPadam
  37. Ikhtisar kajian saya akan saya paparkan dalam MP dari masa kesemasa.Disamping itu kalau saudara kePerpustakaan Negara Ibu Pejabat Kuala Lumpur boleh didapati.

    BalasPadam
  38. Sdrku yang dihormati, saya telah memuatkan artikel terbaharu tentang Sejarah Johor Bahru dan saya paparkan foto, moyang saya.

    BalasPadam
  39. Adakah yg tahu kisah raja johor bersama ratu dari kerajaan ARu bersekutu yang kemudian bersama2 mengusir Aceh dari Aru??

    BalasPadam
  40. terimekaseh dah kasi pencerahan sejarah bagi Lingge... saye orang Lingge, Kepulauan Riau..... www.visitlingga.com

    BalasPadam