بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Perempuan Berkalung Sorban

Rating:★★★★
Category:Movies
Genre: Drama

Ini satu lagi filem bagus dari Indonesia yang baru saja saya tonton. Perempuan Berkalung Sorban, begitulah Judulnya. Terima kasih buat Arifien (http://arifien.multiply.com/) di Jakarta yang mengirimkan filem ini melalui temannya yang datang ke Kuala Lumpur tanggal 23 Mei yang lalu. Saya syorkan kawan-kawan Multiply di Malaysia untuk sama-sama menontonnya.

Filem bercorak islami ini menceritakan kekeliruan tentang tafsiran batas-batas pergaulan orang perempuan menurut amalan Islam. Kekeliruan itu mempengaruhi pengurusan di sebuah madrasah (pesantren) yang lantas mengajarkan pengetahuan Islam kepada pelajar-pelajarnya mengikut tafsiran sendiri. Perempuan sebagaimana dalam didikan di madrasah itu tak lebih tugasnya sebagai ibu dan dan isteri kepada para lelaki.

Kongkongan yang tidak memihak ini menyebabkan anak perempuan pemilik madrasah itu sendiri untuk memberontak dan memilih jalan hidup yang berlainan dari apa yang diajarkan. Pun begitu, jalan yang dipilih tidaklah semudah yang disangka. Dia berdepan banyak cabaran dan dugaan sepanjang hidup..

Bagaimana kesudahannya? Tontonlah...


11 ulasan:

  1. sal dah tengok citer ni kat youtube. faz dengar lagu dari opick.. ketika cinta .. tapi dalam citer ni yang nyanyi siti nurhaliza. sal suka ori version dari opick lebih menghayati.

    BalasPadam

  2. Ketika Cinta.mp3 - Opick

    okay lagu temanya faz. selamat menonton ceritanya..sal ada novelnya

    BalasPadam
  3. versi opick lebih best la... tp kenapa tak penuh lagunya?

    BalasPadam
  4. Entar mau bikin film perempuan berkalung perban

    BalasPadam
  5. nanti sal email kat faz k lagu ni. imeem memang sikit jer selingan..ini lagu fav dan ringtone hp nokia sal, hehehehe

    BalasPadam
  6. faz layankan dia jer faz. hari tu sal cakap gan dia pasal citer ni pun dia sakat sal. sal suka intipati cerita ini, kalau faz lihat cerita syahadah cinta ( sal dah letakkan keseluruhan ceritanya di mp sal pasal si budak yanie lah nak tengok sangat citer tu ) faz bayangkan bagaimana hidup di pesantren....nasib baik arwah mak tak antar sal ke pesantren dulu.

    BalasPadam
  7. cari aja di kamus besar bahasa indonesia

    BalasPadam
  8. elooo perempuan berkalung perban itu apa?? jangan omong sebarangan ya.. sal suruh faz jitak kamu deh saat jumpa kamu sebagai wakil ku ..mau ngak?? hehehee

    BalasPadam
  9. Film 3 Doa 3 Cinta yang dibintangi Dian Sastro dan Nicholas Saputra juga bagus. Film ini sudah mendapat 7 penghargaan film bergengsi internasional. Rugi deh kalau nggak nonton.

    BalasPadam