بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Pengertian Hari Malaysia, Sesuatu untuk dikenang

Dari mana asal usul nama Malaysia?

Nama Malaysia pertama kali muncul pada tahun 1826 ketika pengembara Perancis, Julies Dumont d'Urville menklasifikasi rumpun dari Lautan Hindi ke Lautan Pasifik kepada 3 bahagian. iaitu rumpun malaysia (rumpun manusia berbahasa Melayu dari Sumatera hingga Maluku) rumpun micronesia (pulau-pulau kecil selepasnya) dan rumpun malenesia (manusia kulit hitam rambut keriting yang banyak bermukim di selatan micronesia). Menjelang pembentukan sebuah negara bernama Malaysia hasil pengabungan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak oleh Tuanku Abdul Rahman, rumpun malaysia yang luas itu kita kenali sebagai nusantara.

Siapakah sebenarnya kita?

Kita bermula dengan megah sejak tiga generasi. Hindu  - Buddha - Islam, Kitalah bangsa hebat yang disegani segenap manusia dari timur dan barat. Kitalah pembina kerajaan kuat, jadi tumpuan siswa belajar agama tiap-tiap generasi ini. Kitalah empayar gemilang yang menguasai perdagangan di antara laluan dari timur ke barat.

Kita melemah juga melalui tiga generasi. Portugis - Belanda - Inggeris. Kita hilang identiti. Jejak kemegahan kita dibumi-hanguskan. Sejarah kita dilucutkan. Kitalah manusia telanjang yang digambarkan hanya pandai pegang cangkul dan parang dan berperang dengan keris dan lembing.

Jadi, marilah kita kenang semua ini di hari perpaduan. Buktikan pada dunia kita mampu bangkit kembali. Selamat Hari Malaysia

9 ulasan:

  1. Siapa kata dijajah Portugis? Siapa kata kita dijajah Belanda? Siapa kata kita dijajah Inggeris?....kita bukan dijajah! kita negeri naungan sahajaaa!!!.....

    BalasPadam
  2. Kerana Portugis, runtuh kesultanan Melaka. Kerana Belanda/Inggeris, runtuh Johor-Riau Empire. Apakah ini bukan penajajahan?

    BTW, Ini kata2 dari En.Jim atau hanya petikan dari kata-kata orang lain?

    BalasPadam
  3. Hanya 2 negeri yg dijajah Inggeris yaitu Penang & Malacca. Selainnya diperintah Sultan2 Melayu. Ujar mereka sewaktu Forum Wacana Sejarah beberapa hari yg lalu : )

    BalasPadam
  4. kalau gitu mereka juga salah (mrk sebenarnya takut membantah) . Penang & Melacca diperintah langsung dari Britain kerana kedua-duanya tak bersultan. Kalau kedua2 negeri itu bersultan, mereka juga akan dapat seorang residen British sebagaimana negeri-negeri lain. Fungsinya sama saja seperti Menteri Besar sekarang.

    Kalau tidak dijajah, kenapa hal ehwal pentadbiran dipegang oleh Residen British? Kalau tidak dijajah, ke mana perginya hasil bumi kita wajtu itu?

    BalasPadam
  5. Mungkin mereka lupa dengan nama seperti JWW Birch, Hugh Low, Martin Lister, Hugh Clifford, J.G. Davidson, Frank Swettenham dll.

    BalasPadam
  6. Kalau tak dijajah kenapa harus terjadi Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Perjanjian Inggeris-Siam 1909 justru membentuk batas baru wilayah melayu lucuuu skale ahh he he...

    BalasPadam
  7. Ntah tu. Tapi maafkanlah dia, dia dah tua.

    BalasPadam