Tentu ramai yang sudah miliki duit syiling siri baru yang dikeluarkan Bank Negara bulan lalu. Jadi apa pandangan anda?
Berikut adalah ciri yang terdapat pada permukaan wang berkenaan:
1. Motif tradisional pada setiap muka belakang syiling 5 sen hingga 50 sen.
2. Warna emas pada syiling 20 sen dan 50 sen
3. Jisim lebih ringan terutama pada syiling 5 sen dan 10 sen seperti kualiti wang syiling rupiah
4. Saiz kecil, ketara pada syiling 20 sen dan 50 sen, tak dapat dipakai untuk pembayaran parkir, telefon awam, tiket LRT/Monorel dan mesin air.
5. Jenis fon serong (italic) dan tidak tebal (bold) terutama pada angka 5, 10 , 20 dan 50. Nilainya sukar dilihat di kawaan kurang cahaya dan kawasan bersilau.
Dibawah ini, saya gambarkan perbezaan syiling lama dan syiling siri baru jika dilihat dalam suasana silau dan kurang cahaya. Perhatikan perbezaannya
Dalam suasana kelam, angka 20 pada syiling baru tidak kelihatan berbanding syiling lama 10 sen dan 20 sen di kiri dan kanannya.
Bila disilaukan dengan cahaya flash, angka 20 juga tidak kelihatan berbanding syiling lama bernilai 10 sen dan 20 sen di kiri dan kanannya. Hanya warna emas yang membezakan keduanya.
Jadi saya tertanya tanya apa peningkatan yang BNM lakukan pada syiling siri baru ini. Selain kurang mesra pengguna, saiz yang lebih kecil juga menjadikan ianya tidak bernilai di mesin-mesin pembayaran elektronik.
Mungkin ada baiknya BNM tarik balik syiling siri baru ini untuk tujuan peningkatan kualiti sebelum keluarkan semula pada pengguna dengan ciri-ciri yang sudah dipertingkatkan. - hanya pandangan awam.
بسم الله الرحمن الرحيم
Selamat Datang
Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.
Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.
Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.
Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.
Sekian. Selamat memabaca
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Itu namanya cut cost aparaaa... hahahaha
BalasPadammungkin nilai sen nya sudah turun...wallahu'alam
BalasPadam