بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





LINGGA - Satu Kembara Ukhuwah

Foto-foto di bawah sangat kuat mengingatkan saya akan kenangan sewaktu di Lingga dulu. Masih belum puas rasanya ke sana. InsyaAllah akan saya lakukan sekali lagi satu hari nanti. Baca ceritanya di sini.

Saksikan

Anak-anak sekolah jalan kaki menuju Pelabuhan Tanjung Buton

Pintu masuk ke Gunung Daik - jika ingin mendaki


Penginapan saya - di rumah penuh berkat - Amin

Penumpang menanti feri di Pelabuhan Pulau Sebangka (sebelum Pulau Lingga)

Barisan rumah-rumah nelayan di sepanjang laluan

sangkar ikan

Suasana di Pekan Daik

Suasana di Pekan Daik

Jalan menuju Kampung Melukap Laut

Masjid Sultan Mahmud Syah III - senibina seperti Masjid Telur di Penyengat 

Makam Sultan Kerajaan Johor terakhir 

bukti bisu

dan tinggalan sejarah

Di depan Masjid Sultan

Di depan Masjid Sultan

Pekan Daik dan Gunungnya, di depan sana

Saujana mata...

Muzium Daik

Inilah tinggalan Istana Damnah...

...istana Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah 

... Sultan Kerajaan Riau-Lingga ke-3 

...setelah terpisah dari kekuasaan Johor

Satu lagi saksi bisu

Lubok Papan - sejuk airnya

dan jernih juga

Bukit Cening

Batu Tanda

dan tinggalan sejarahnya

membuktikan beraninya Anak Melayu

Melawan serangan Portugis

dalam usaha menawan Melaka

Lingga masih perawan

dan sebahagian sudah terjamah

oleh pembangunan

tapi keindahannya tetap terjaga

antaranya di Pantai Pasir Panjang ini

ada chelet buat para tamu

untuk santai

dan menghirup udara segar

Gunung Daik jadi paksi

mengalirkan air terjun

yang indah ini. 

yang di beri nama Air Terjun Resun

Hubungan dengan Tanah Semenanjung di pertahankan

Selamat Jalan Pulau Lingga

feri meninggalkan mu

Singgah ke beberapa pelabuhan

Semuanya Indah belaka.



Inilah Fakhruddin (Uji)

13 ulasan:

  1. Sayangnya tak tercatat. Hanya ada makam, nesan dan batu tanda kalau ini Sebuah makam. Ini Makam Sultan Mahmud Syah III. Sebelumnya, kota pemerintahan ada di Hulu Riau (Bintan) sebelum baginda pindahkan ke sini.

    Sejarahnya:- Selepas mangkat, baginda tidak sempat menamakan waris. Jadi wakilnya di Riau iaitu Yam Tuan Muda Riau melantik anak kedua baginda sebagai sultan yang baru. Ikut ada, seharusnya anak pertama yang ditabalkan tapi sayang adatnya tak diikuti. Inilah bibit-bibit perpecahan empayar ini menjadi 4 wilayah terpisah.

    BalasPadam
  2. Dulu sekitar sini sangat andalan dgn tambang timahnya.

    BalasPadam
  3. Seperti pernah dengar, tapi tak nampak pun bekas lombong-lombong timah di sini.

    BalasPadam
  4. Sejarahnya, kampung ini dibuka oleh orang-orang Pahang. Sama seperti di tempat kami, jika kampungnya di buka oleh orang-orang Kelantan, makanya dinamakan Kampung kelantan

    BalasPadam
  5. Sekarang orang-orang Pahangnya ber KTP...hahahahahahhahahahahahahaha=D

    BalasPadam
  6. Daik agak kurang, pulau di bawahnya (Dabo-Singkep) banyak...tetapi sejak perusahaan timah ditutup. Dabo-Singkep, Daik jadi lesu. Warganya banyak berhijrah ke Tg. Pinang dan Batam. Ini termasuk lah kenalan saya yg di Tg. Pinang, aslinya orang Dabo.

    BalasPadam
  7. Terima kasih di atas maklumat pulau Lingga yang sangat saya cari. Saya dalam program untuk menjejaki Kepulauan Riau secara solo pada Disember 2013. Begitu juga dengan negara-negara di Asia Tenggara menjadi jadual kembara saya dari masa ke semasa. Saudara seorang pengembara, apa kata kita merancang untuk ke Mekah melalui jalan darat.

    BalasPadam
  8. Oh ya saudara boleh menghubungi saya untuk perkongsian maklumat dan pengaturan program kembara di face book mdnasir_ahmad@yahoo.com dan talian hp 0136801201.

    BalasPadam
  9. Md Nasir. Boleh juga jalan ke Mekah ikut darat sama-sama. Nanti saya pertimbangkan.

    BalasPadam
  10. Maklumat yang amat berguna untuk saya menjejaki susur- galur keturunan saya orang Lingga dan Bakong di Sarawak. Untuk pengetahuan saudara terdapat sebuah daerah bernama Lingga dikatakan penduduknya datang dari Riau dan Bakong di Pulau Bentan. Saya tidak pasti kesahihan cerita ini. Tetapi pada masakini terdapat sebuah sekolah di daerah Lingga, Sri Aman, Sarawak yang diberi nama S.K. Lela Pahlawan. Beliau dikatakan seorang pembesar dari Riau. Ada juga mengatakan beliau seorang Daeng dari Pulau Natuna.

    BalasPadam