بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





KEJATUHAN EMPAYAR MELAKA KERANA BANTUAN PEDAGANG CINA

Ini sebuah terjemahan dari artikel asal bahasa Inggeris tulisan B. W. Diffie dan G. D. Winius dalam buku "Foundations of the Portuguese Empire 1415-1580" yang saya petik dari laman KHAZ 2011. Dua cendikiawan Barat ini dilihat bias kerana terkesan mengagung-agungkan Portugis dan merendah-rendahkan Melaka dalam tulisan mereka. Silakan membaca dan nilaikannya.


 
KEJATUHAN EMPAYAR MELAKA KERANA BANTUAN PEDAGANG CINA

Ketika pengembara Portugis sampai di Asia, mujurlah ada Melaka, sebuah lokasi strategik di satu selat yang miliki nama yang sama, sebuah pusat tumpuan yang luar biasa untuk perniagaan dan perdagangan rempah-ratus. Waktu itu, Melaka telah pun diperintah oleh Kesultanan Islam.

Melaka miliki jajahan yang sangat luas termasuklah ke seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Pelabuhannya dikunjungi banyak kapal dan pedagang dari seluruh Nusantara dan negara-negara Asia seperti Arab Saudi, Parsi, China, India, Jepun, Sri Lanka dan Bengal. Segala hasil bumi Asia terkumpul dan dijual di sini: lada hitam, bunga cengkih, halia, kayu manis, buah pala dan lain-lain lagi.

Selepas bertapak di India, barulah Portugis sedar betapa pentingnya kota ini. Sayangnya ekspedisi ke Melaka pada tahun 1509 telah gagal, banyak perisik Portugis tertangkap dan dipenjarakan oleh Sultan.

Pada tahun 1511, Wizurai Portugis di India, Afonso de Albuquerque sekali lagi memutuskan belayar ke Melaka, penaklukan pun bermula. Sebaik sampai di Melaka pada bulan Jun 1511, Afonso de Albuquerque dengan kekuatan seramai 1,100 - 1,200 perajurit berserta 14 buah kapal telah menuntut agar semua tawanan Portugis yang dipenjarakan pada ekspedisi tahun 1509 dibebas. Bagaimanapun Sultan cuba bermuslihat dan melengahkan masa bagi perkukuhkan pertahanan kota. Dia sedar akan kekurangan upaya tentera Portugis dengan kekuatan yang kecil, justru lebih yakin akan kekuatan anggotanya sendiri yang terdiri dari 20,000 perajurit dan 2,000 senjata api.

Tapi Albuquerque tidak mahu persiakan masa. Pada 25 Julai tahun 1511, Portugis telah menyerang kota Melaka dengan tumpuan dilebihkan ke atas jambatan yang memisahkan dua bahagian kota ini hingga ia ditawan. Bagaimanapun, Portugis terpaksa undur kembali sebelah petangnya. Setelah beberapa hari siaga, akhirnya pada 10 Ogos 1511, Portugis sekali lagi perbaharui serangan. Penggunaan jong-jong (kapal-kapal dagang) yang sedang berlabuh hasil bantuan pedagang China turut membantu. Jong-jong inilah yang jadi penentu dan berperanan sebagai pangkalan sementara. Serangan pun berjaya! Portugis pun berhasil membina pangkalan di bandar ini.

Beberapa bedilan ke atas kota Melaka tetap dilakukan Portugis selepas itu. Pada 24 Ogos 1511 Portugis menyerang lagi semata-mata untuk pastikan Sultan benar-benar telah meninggalkan kota. Dengan Melaka berada di tangan Portugis, mereka kini berkuasa, tapi atas arahan Albuquerque, mereka hormat akan harta-harta pihak yang memberi sokongan.


16 ulasan:

  1. Dan pada tahun 1513 Kesultanan Demak di pulau jawa menyerang Portugis di Malaka, tapi gagal..
    hhee.
    thanks for share, pakcik :)

    BalasPadam
  2. @haryo
    Atas nama agama banyak kesultanan Islam beranggapan menjadi satu kewajiban mengusir penjajah dari bumi nusantra. Ini termasuklah Pangeran Sabrang Lor, dari Demak : )

    BalasPadam
  3. Wah. ternyata sejarah kerajaan Islam di Jawa juga dipelajari di Malaysia ya pakcik?
    sebenarnya pangeran sabrang lor itu cuma gelaran. Nama aslinya ialah Pati Unus. anak Raden Patah..

    BalasPadam
  4. Sejarah Indonesia memang ada termasuk dlm sukatan pelajaran di Malaysia. Kalau tak salah saya di tahap sekolah menengah (Secondary Schools)

    BalasPadam
  5. bukan semata2 kerana agama Demak menyerang Melaka, tetapi juga terancam dari segi ekonomi dan politik kerana Portugis mula memonopoli perdagangan rempah. Portugis mula berhubungan dengan Blambangan dan Kediri (Majapahit baru) berakibat Demak menyerang Kediri dan membumi hanguskannya. Portugis juga mula bertapak di Sunda Kelapa (skrg Jakarta) lalu Demak dan Cirebon menyerang seterusnya menghalau Portugis dari situ. Atas kejayaan tersebutlah Demak berasa yakin utk menggempur Portugis di Melaka. Lalu pd tahun 1527 angkatan gabungan Demak, Cirebon, Gowa, dll yg diketuai oleh Adipati Yunus alias Senopati Sarjawala menyerang Portugis. Malangnya mereka gagal dan berkibat gugurnya Adipati Yunus sendiri bersama putra2 baginda

    BalasPadam
  6. Berhati-hati bila buat terjemahan kerana maksud penulis sudah diubah disini. Perkataan asal membawa maksud yang berlainan, malah lebih tepat kalau diterjemahkan sebagai....Penggunaan jong-jong yang diberikan oleh para pedagang Cina....

    BalasPadam
  7. ada sejarahnya di sini. Bukan sekadar Demak yang menyerang Melaka, malah juga Aceh dan Johor (Johor Riau dan Lingga)

    BalasPadam
  8. Di Malaysia, sejarah seluruh rantau Nusantara diajarkan kerana berkaitan dengan sejarah berdirinya Malaysia. Dan seharusnya Sejarah Indonesia juga mengajarkan sejarah-sejarah kerajaan2 lama di Malaysia kerana turut berkaitan dengan sejarah berdirinya Indonesia.

    BalasPadam
  9. Ok, terima kasih maklum balasnya. Nanti saya telaah balik apa maksud sebenar penulis. Apakah pedagang Cina yang menawarkan Portugis menggunakan jong atau Portugis menggunakan jong yang diberikan pedagang Cina. Maksudnya seakan-akan sama.

    BalasPadam
  10. Menawarkan tidak bermaksud mengunakan. Dalam konteks ini, Portugis menggunakan jong yang diberikan oleh pedagang cina. Maksudnya, Jong yang diberikan oleh pedagang Cinalah yang akhirnya menyebabkan kekalahan Melaka ditangan portugis kerana sebelum itu, Melaka masih bertahan ( dan Portugis sudah hampir gagal ). Implikasinya sangat berbeza.

    BalasPadam
  11. Ok, faham. versi pindaan akan segera munyusul sedikit masa lagi. Terima kasih

    BalasPadam
  12. Serangan Demak ke atas Potugis juga berkaitan dengan kelangsungan Demak sebagai kerajaan Islam di Jawa. Ketika berdirinya Demak, banyak daerah2 yang masih hindu di Jawa telah minta perlindungan Portugis

    BalasPadam
  13. pada masa penyerangan membebasan malaka dari penjajah, Raja Haji Fisabilillah/ Yang Dipertuan Muda Johor-Pahang-Riau-Lingga ke IV tewas sebagai syuhada di Teluk Ketapang (sekarang : Bukit Bendera), Malaka.

    BalasPadam
  14. Pada masa penyerangan membebasan malaka dari penjajah, Raja Haji Fisabilillah/ Yang Dipertuan Muda Johor-Pahang-Riau-Lingga ke IV terbunuh, mati syahid melawan penjajah di Teluk Ketapang (sekarang : Bukit Bendera), Malaka.

    BalasPadam
  15. makasih Muiz... Baru tau kalau Raja Haji Fisabilillah mangkat syahid di Melaka.

    BalasPadam
  16. ye ker...................

    BalasPadam