بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Perlahannya Islam di Nusantara bermula dari kejatuhan Melaka

Dibawah adalah kata-kata pertama yang terucap di bibir penjajah kafir Portugis laknatullah sebaik mereka menakluk Melaka - titik perdagangan terpenting di Alam Melayu waktu itu.

'...bakti mulia yang kita berikan kepada Tuhan waktu kita usir orang-orang Moor (Islam) keluar dari negeri ini adalah dengan memadam nyalaan api agama Muhammad. Sehingga api itu tidak menyebar lagi sesudah ini. Saya yakin, jika kita berhasil merampas Melaka, Mekah dan Kaherah juga pasti akan hancur...'    Alfonso De Albuquerque, 10 Ogos 1511

Tersedar dari kata-kata hina di atas, marilah kita kembali bersatu, menentang musuh sebenar yang telah mencerai-beraikan persaudaraan kita selama ini.



5 ulasan:

  1. Masih ada Aceh di pintu masuk Selat Melaka...

    BalasPadam
  2. Sayangnya Acheh muncul lambat. Ketika sebagian besar Alam Melayu sudah dijamah penjajah, barulah muncul kerajaan Islam Acheh. Dan mereka tak dapat berbuat banyak untuk merebut kembali tanah-tanah yang telah jatuh. Alangkah baiknya ketika Melaka sedang berkembang, Acheh juga turut berkembang sama, bahu-membahu bangun kekuatan.

    BalasPadam
  3. Kenyataannya bahu-membahu itu sangat sukar dilakukan. Dari dahulu sehingga kini. Aceh menyerang Melaka (Portugis) Aceh serang Johor, Johor serang Aceh....hehehehe

    BalasPadam
  4. Itulah pentingnya kita pelajari sejarah (agar kita tidak lakukan kesilapan serupa yang pernah orang-orang terdahulu sebelum kita lakukan).

    Tapi, Ketika berlaku perang tiga segi selama seratus tahun lamanya itu, Acheh sebenarnya berada di pihak yang paling benar.

    Acheh berjuang semata2 atas nama Islam (bukan untuk perluasan wilayah), memerangi Kafir Portugis di Malaka dan memerangi Johor yang bergabung (bersekongkol?) dengan kafir Belanda.

    Memang sangat disayangkan, Acheh bermula dengan lambat ketika semakin banyak tanah-tanah di sini terjajah.

    BalasPadam
  5. ada sesuatu hikmah yg kita x nampak mengapa ni terjadi..

    BalasPadam