بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Ada Apa Pada Sebatang Rokok

Klik pada gambar untuk hasil yang lebih jelas

 

 

Bukan niat mempengaruhi, saya tujukan info bergambar ini untuk kebaikan kita bersama. Terutama buat diri saya sendiri – seorang manusia yang memilih menjauhi segala jenis asap – makanan para jin.

 

Buat para perokok, saya hormat pilihan anda untuk terus merokok.

 

Sebenarnya saya baru saja bertengkar dengan salah seorang penyewa saya atas kesalahannya merokok. Kesalahan yang tak dapat diampunkan mengikut undang-undang yang saya gubal berkuatkuasa selama-lamanya di rumah saya sendiri. Memang sudah aturan bahawa siapapun yang mahu tinggal menyewa bilik di rumah saya harus mengikut tetapan, iaitu: saya tidak merokok dan saya berhak memilih hanya yang tidak merokok.

 

Malang sekali, saya kurang berhati-hati ketika memilih seorang penyewa baru. Dan dia gagal bersembunyi ketika saya mendadak pulang ke rumah. Akhirnya kami bertengkar dan saya jatuhkan hukumam paling kejam 24jam tanpa notis. Nasiblah, saya sudah syaratkan dan dia gagal patuhi.

 

Khas untuk dia dan teman-teman lain yang masih merokok, mari kita lihat apa yang anda dapat pada sebatang rokok.

 

Satu sedutan asap rokok membekalkan anda dengan:

-         Polonium-201 (bahan radioaktif)

-         Acetone (bahan membuat cat)

-         Ammonia (pencuci lantai)

-         Naphthalene (ubat gegat)

-         Diedrin (racun serangga : nyamuk, lipas, semut)

-         Arsenik (racun anai-anai)

-         Hidrogen Cyanide (gas beracun yang digunakan di bilik hukuman maut)

-         Tar (bahan pengikat batu-batu untuk pembinaan jalan)

-         Nikotin (sejenis dadah – penyebab gian – punca serangan jantung dan strok)

-         Karbon Monoksida (gas beracun yang biasa keluar melalui ekzos kenderaan)

-         Formalin (bahan pengawet mayat)

-         Benzene (bahan pelarut industri dari minyak mentah)

-         Cadmium (sel bateri)

-         Nikel (logam berat)

-         Kobalt (logam berat)

-         Plumbum (logam berat)

-         Hidrazin (bahan api pesawat)

-         Asetilin (bahan kimia toksik)

-         Asid Asetik (cuka)

-         Butane (bahan api untuk pemetik api)

-         Hexamine (cecair pemetik api)

-         Asid Stearik (pengilat lilin)  

 

Pilihlah untuk menjaga diri sendiri atau pilihlah untuk membunuh diri anda sendiri. Pilihan di tangan anda.

 

    

11 ulasan:

  1. Jgm terkejut kalau sebatang rokok pun tak pernah di sentuh oleh majoriti Yahudi ... padahal merekalah taukeh besarnya .

    BalasPadam
  2. ternyata... mereka memang sengaja menghancurkan kita

    BalasPadam
  3. Yahudi menjalani kehidupan yg tersendiri & ekslusif .. majoriti tak merokok , hanya minum susu kambing , keju dari sumber kambing , mentega juga dari sumber kambing , makan daging kambing , sebab itu yg di ajar oleh para nabi & rasul yg dari kalangan mereka . Kita umat Islam pula , ramai yg amalkan merokok , minum susu lembu , mentega & keju dari sumber lembu & makan daging lembu ..
    akhirnya jadilah kita nie , tak secerdik mereka ....

    BalasPadam
  4. Isap dadah tah buleh...
    Isap rokok pun tak buleh...
    Abis nak isep aper?...he he

    BalasPadam