بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Tahun 2011. Kembalilah berMultiply.

Sekali lagi kita bakal menyambut tahun baru. Tahun depan tahun ke 6 aku menyambutnya sebagai pengguna Multiply. Tahniah. Tidak disangka, Multiply buka jalan untuk aku jelajah ke banyak daerah di luar negara. Multiply tidak biarkan aku terus hilang sahabat, sebelum kenal Multiply, aku dapat rasakan sahabat lamaku hilang satu demi satu sesuai masa berlalu. Di Multiply, aku tidak keseorangan. Banyak sekali sahabat baru telah aku dapatkan. Biarpun awalnya tidak pernah bertemu mata, tidak kenal gerangan siapa, kini telah ramai dari mereka yang akhirnya jadi bahagian dari hidupku. Meski mulanya hadir sekadar sahabat maya, Multiplylah mediumnya yang jelmakan mereka di depan mata pada kondisi yang nyata. Multiply cipta keajaiban. Hilang satu sahabat lama, berganti satu sahabat baru. Syukur pada Tuhan, aku tetap tidak sendiri.

Multiply merangkumkan rumpun yang terpisah jauh jadi satu. Alhamdullillah, aku punya kenalan berbahasa Melayu sejauh Timor Leste selain Indonesia, Singapura, Selatan Thai dan Brunei. Termasuk juga kenalan berbahasa Melayu yang kini menginap sementara di negara bukan bahasa Melayu seantero dunia. Sejak sertai Multiply, aku tidak lagi bersusah-payah tempah hotel setiap kali ke Indonesia dan Singapura. Punya banyak kenalan di sana yang sedia membantu. Tanpa di sangka, mereka baik-baik belaka. Aku tak lagi susah-susah susun acara, mereka yang aturkan semuanya, mereka yang jadi pemandunya pada tarif percuma. Malah sampai ada yang sanggup mengajak aku bermalam di rumah mereka. Sungguh, Multiply banyak berjasa. Belum pernah aku rasakan ini dalam mana-mana laman sosial lainnya. Termasuklah laman sosial yang sekarang jadi kegilaan baru; Facebook!.

Sayang Multiply kini kian lesu. Sekarang pengguna Multiply berlumba-lumba buka akaun di Facebook. Malah ada yang langsung pindah ke sana tanpa kembali lagi. Sampai aku juga terikut buka akaun di sana.

Facebook memang lebih terampil. Mudah dikendali dan mudah mencapainya. Cuma sayang selama aku berFacebook ria, tidak menjelma walau satu pun kawan baru secara nyata sampai dapat dilihat di mata. Meski tiap hari ada kontak terbaru, semuanya terbatas setakat “like the status” malah paling-paling hanya bersembang di chatbox 5minit sekali seminggu. Pun begitu, tak dinafikan memang Facebook ada jasanya. Aku kini jumpa lagi dengan kawan-kawan lama setelah 13 tahun terpisah. Terbuka semula memori lama yang pernah tersimpan di hati saat bersama mereka dulu. Mungkin, pada pandanganku hanya inilah kelebihan facebook.

Buat semua, selamat tahun baru 2011 diucapkan, pada rakan-rakan lama yang pernah bersama di Multiply dulu, kembalilah ke sana. Isikan lamanmu semula sesuai kecenderunganmu - tentang budaya, tentang bahasa, tentang dunia foto, tentang politik, tentang perjuangan, tentang agama dan apa saja segalanya. Kerana semua inilah kita yang tak pernah saling kenal, kini jadi sahabat.

20 ulasan:

  1. Selamat kembali ngempi

    *pertamaxx diamankan*

    BalasPadam
  2. Yang jelas, apapun yang terjadi...meski dalam kondisi terburuk, ngempi tetap yang terbaik

    BalasPadam
  3. Cuma satu, Multiply harus kembali ke penampilan lama. Dengan penampilan baru seperti sekarang, Multiply tak ada bezanya seperti laman sosial lain, bersosial di Internet sekadar memenuhkan masa.

    BalasPadam
  4. ramai kenalan yg meninggalkan MP utk ke laman sosial lain ... tanpa sebab yg jelas.
    kalau tak jelas sebab kenapa mereka meninggalkan MP , maka agak sukar juga nak
    memujuk mereka kembali ke sini !

    BalasPadam
  5. Insyaallah faz..
    sal akan kembali ke multiply juga menyampaikan syariatnya juga aktif dgn juadah minda.. (mudah mudahan) ..

    BalasPadam
  6. samalah kita,
    bersama memeriahkan kembali MP

    BalasPadam
  7. Terima kasih kepada semua yang tinggalkan komen. Nampaknya ramai yang menyahut seruan... Alhamdulillah.

    BalasPadam
  8. Bagaimanapun masih tetap cinta MP, FB aku tak aktif lagi...betul yg Fazly cakap, di FB sekadar kawan aje tanpa interaksi yang berlanjut...sedangkan di MP kita semua sdh mcm saudara mesti dipisahkan batas negara...

    BalasPadam
  9. Betul karim. Kerana itu sangat disayangkan kalau kita terus-terusan sisih Multiply. Bukan kerana Multiply itu satu-satunya yang terbaik, tapi kerana persaudaraan yang telah kita jalinkan selama ini. Satu jalinan yang tak mungkin kita dapatkan sebaik ini di FB.

    BalasPadam
  10. Menurut traffic malaysia peringkat 155 pengguna multiply..hehehehe

    BalasPadam
  11. ramai juga warga M'sia lebih senang ' bersantai-santai ' di FB ... patutlah rankingnya di situ .

    BalasPadam
  12. Iya, mereka lebih senang curahan hati disana

    BalasPadam
  13. erm...sy dulu buka akaun FB sbb rakan2 MP ramai yg dah berhijrah ke sana...menjadikan MP kian sepi....x spt dulu
    ada juga yg masih terus berhubung di FB malah dpt berhubung kembali dgn rakan2 lama yg dah jauh terpisah..
    setiap laman sosial ada kelebihan tersendiri....

    BalasPadam
  14. Selamat menyambut tahun 2011 ..
    January 2011 , genap lah 2 tahun saya di Multiply .

    BalasPadam
  15. iya. itulah yang saya cakapkan panjang lebar dalam tulisan saya. Kelebihan FB mengeratkan hubungan lama yang terpisah. Cuma sayang setakat itu saja. di MP, kontak yang tidak dikenali pun dengan mudah boleh saling kenal. Saya belum rasakan FB dapat jalinkan persahabatan seperti itu buat masa ini.

    BalasPadam
  16. Tahniah kerana masih kekal di MP. Teruskan bang razak,

    BalasPadam
  17. akan saya teruskan ..selagi MP menyediakan wadah utk berkarya !

    BalasPadam