بسم الله الرحمن الرحيم
Selamat Datang
Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.
Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.
Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.
Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.
Sekian. Selamat memabaca
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
*ijin menyimak*
BalasPadamBukannya berbeza antara Negeri Kedah n Pulau Pinang Fazly??? menyimak juga kerana x begitu faham...
BalasPadamada dasar politik,perkauman,kenegerian...bagaimana pula dgn perlis dan kedah oleh pihak siam?
BalasPadambegitu jugak dgn kuala lumpur oleh selangor.....dan negeri2 lain.
Pulau Pinang pernah diperintah oleh Sultan Kedah...
BalasPadamtp angkara British akhirnya terpisah dr genggaman Raja....
Perlis tak mungkin dituntut kerana berdirinya Perlis sendiri sebagai sebuah negeri berdaulat atas kehendak (baca: perkenan) Sultan Kedah. (mohon bantuan sejarah yang lebih sahih kalau ada yang tahu)
BalasPadamDulunya satu kerajaan - Pulau Pinang di dalam Kedah; Singapura di dalam Johor. Kedua-duanya jadi milik penuh British atas muslihat penjajah itu dan kealfaan Raja-raja Melayu sendiri. Kekallah kedua-dua pulau itu diperintah berasingan sehingga pembentukan Malaysia. Singapura keluar dari Malaysia kemudiannya.
BalasPadamDah dalam perjanjian mana boleh nak ubah.. Saja2 nak bikin huru hara ni..
BalasPadamJOHOR DAN JAJAHAN TAKLUKNYA...wahh lagi payah kalo ini pulak yg nuntut he he...
BalasPadamSabah tuntut Labuan.. Filipine tuntut Sabah, Brunei tuntut Sarawak, Indonesia tuntut Sarawak.. Johor tuntut Riau & Singapura krn perjanjian Belanda dgn British dulu tak sah.. Perlis tuntut Selatan Thai.. Kedah & Kelantan pun nk tuntut Selatan Thai juga.. Hahaha..
BalasPadam