بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Sambutan Raya Orang Temasik

Dua hari sebelum sambutan 1 Syawal yang lalu, saya sempat menyeberang selat menuju Singapura atas jemputan seorang sahabat, Salbiah (www.sarqina.multiply.com). Kunjungan ini sebagai membalas kunjungan rakan itu ke Kuala Lumpur bulan Ogos yang lalu. Saya berbesar hati menerima pelawaannya atas sebab telah lama tidak ke Singapura sejak meninggalkan Johor kira-kira 8 tahun yang lalu.

Dengan memakan masa hanya 2 minit, Singapura sudah berjaya digapai. Tidak banyak berbeza dari dulu, negara kota itu masih mengekalkan statusnya sebagai negara terbersih dan paling tertib di rantau ini.

Lokasi utama kunjungan saya ialah di Geylang. Di sini terdapat banyak bazar-bazar menjual pelbagai keperluan umat islam menyambut Syawal sama persis di Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Chow Kit di Kuala Lumpur. Bezanya bazar di sini lebih bersih, tersusun dan tidak sesak dengan kenderaan walaupun banyak dikunjung orang.

Dan yang paling saya suka, lebih ramai peniaga Singapura sendiri berbanding warga asing. Tidak seperti di banyak bazar-bazar di Malaysia yang sudah jadi Mini Jakarta. Mungkin kerana pantauan yang kerap oleh pihak berkuasa menyebabkan masalah yang terjadi di Malaysia tidak merebak ke sana.

Jom layan gambar-gambar ini... 
















17 ulasan:

  1. Bila ke S'pore yah??? pernah tengok dr laut je...

    BalasPadam
  2. oh...sayapun ingin bersiar kesini...tapi blum ada waktu...

    BalasPadam
  3. ingin main-main ke Singapura? senang aja... ramai kawan-kawan kita di sana. bila-bila pun boleh.

    BalasPadam
  4. Jauh jalan Fazli?....camner bisnes??

    BalasPadam
  5. dari KL 4jam. Tak jauh... kalau dari JB lebih dekat, 2 minit dah seberang sempadan

    BalasPadam
  6. Singapore juah owwwh.....

    Bisnes tak bagus, salah strategi.... Saya balik kampung awal. nasib baik ada partner yang sanggup menunggu sampai malam raya.

    BalasPadam
  7. Saya ada pengalaman kurang menyenangkan semasa ke singapura buat pertama kalinya. Saya ditahan pihak imegresen singapura hampir satru jam, Diletakan bersama-sama mereka yang datang dari pelbagai negara, Ada negro, arab, china, vietnam dsb. Saya tak tahu apa sebab, mungkin agaknya janggut saya terelbih panjang masa tu. Wakktu disoal siasat, saya cuma ditanya, buat apa datang ke singapura. Saya kata melancong. dan pegawai tu cakap, welcome to singapore. dan lepas tu dibenar masuk ke singapura. Tapi mood saya dah hilang. Saya cuma ke Kg Gelam d an Arab Street dah lepas tu balik ke JB.

    Rugi pulak rasanya masa tu tak pusing singapore sampai habis...

    BalasPadam
  8. amacam faz.. seronok tak? ini masa bulan puasa jadi taklah banyak sal bawa faz. insyaallah kalau datang lagi ..sal nak ajak faz ke tempat tugu leftenan adnan..tempat sejarah zaman perang seperti disentosa ..fort canning( tempat seni singapura dekat sangat dengan muzium ) itulah tempat sal suka cari ilham melukis dan menulis. insyallah k.. kalau ada teater pun bagus jugak.. so faz boleh menonton teater singapura.

    tuneman dan karimsh pun boleh datang juga.. insyaallah... sal jadi pemandu pelancong eh?

    upenyu

    pengalaman saudara mengingatkan sal pada pengalaman pensyarah dari UIA Prof Dr aziz beghout sewaktu pertama kali dia datang. dia disoal jawap... sampai dia kata... Fed up sewaktu di kuliyyah.. dan waktu kali kedua dia datang..sal usiknya.. How prof... ? everything fine sir? ..dia naikkan ibu jarinya... gooooooooooood.. sal tersenyum jawap alhamdulillah.pasal masa tu...dorang tu paranoid dengan terrorist. sekarang tak lagi...insyaallah ..semua okay.:~))

    BalasPadam
  9. kisah ini mengingatkan saya satu kejadian yang menimpa sahabat saya dulu. Waktu itu kami 4 orang cuba melancong ke Singapura buat kali pertama. (masing-masing berumur 20 dan 21 tahun) Selepas pemeriksaan di Imigresen Singapura, saya dan dua lagi rakan berlari menuju semula ke bas yang kami tumpangi tanpa sedar yang seorang rakan kami telah ditahan. selepas bas bergerak, barulah saya perasan kami kekurangan seorang rakan. kami akhirnya berjalan kaki menuju semula ke imigresen Singapura dan bertanya pegawai yang bertugas di sana. Ketika itu barulah kami tahu bahawa rakan kami itu ditahan kerana disyaki pendatang Patani yang cuba menyeludup masuk ke Singapura menggunakan pasport palsu.

    Walaupun kawalan yang ketat itu bagus, tapi tetap mendatangkan masalah lebih-lebih lagi kepada pelancong kali pertama. Sampai sekarang rakan saya itu fobia masuk ke Singapura kerana stigmanya masih ada. Bayangkan, hanya kerana wajahnya yang konon mirip orang Patani, dia ditahan berjam-jam termasuk dipaksa menjalani pemeriksaan kesihatan dan ujian air kencing.

    BalasPadam
  10. walaupun penat tapi seronok. Nasib baik pegi bulan puasa, kalau tak, sure saya takkan balik cepat.

    BalasPadam
  11. tak ada. Semuanya wajah Melayu. Mereka sekadar tebak kerana dalam kalangan kami, dia saja yang berkulit putih.

    Tapi aku fikir sekarang tak perlu takut lagi masuk singapura kerana mereka kini sudah menggaji ramai pegawai Melayu bertugas di Imegresen.

    BalasPadam
  12. satu lagi...kalau seperti itu, bisa2 singapura tenggelam kebanyakan orang

    BalasPadam
  13. faz..ada gambar yang tak harus awak siarkan.. awak ni memang kes penganiayaan.. tangkap pic orang tak sedar hehee.. niwe gambar awak tangkap hensem2 tu mana? awak tak letakkan ke? mana tahu ada peminat ..terus antar CV hehehee...:~P

    BalasPadam
  14. OOoo jadi avatar ini yang kamu pakai di YM??

    BalasPadam