بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





SUKU SEMAI - Inilah kepelbagaian kita

Ini merupakan kembaran dari jurnal terdahulu saya tentang suku Temiar.
Selain Temiar, Suku Semai, merupakan satu lagi suku yang tardapat dalam bangsa Senoi, salah satu dari tiga Bangsa Orang Asli di Malaysia.
Suku Semai mendiami bahagian tengah Semenanjung Malaysia berhampiran banjaran Titiwangsa. terutamanya di negeri Perak, Kelantan dan Pahang.
Walaupun Semai dan Temiar dikelaskan dalam satu keluarga bangsa yang sama, masing-masing mempunyai bahasa sendiri yang saling berbeza antara satu sama lain. Bahasa-bahasa mereka dikelaskan dalam keluarga bahasa Mon-Khmer, satu keluarga bahasa yang ketika ini banyak dituturkan di Kemboja, Vietnam dan Laos.
Mereka bertutur dalam bahasa yang jauh berbeza dengan Bahasa Melayu. Walaupun begitu, bahasa Semai moden pada hari ini telah terpengaruh dengan bahasa Melayu melalui pinjaman kata, imbuhan dan sebagainya sehingga mengurangkan ciri-ciri Mon-khmer dalam bahasa itu.  Bahasa Semai kini telah diajarkan di sekolah-sekolah terpilih di Malaysia.
Dibawah merupakan sedikit kosakata yang terdapat dalam bahasa Semai dan padanannya dalam bahasa Melayu.
Abek = Ayah
Adih = ini
Aguk = Jangan
Imai = itu
Bah = Anak
Bok = Siapa.
Bor = Cantik
Cagoh = Berdoa
Ciig = Gajah
Dog = Monyet
Empoj = Garam
Eng = Saya
Gah = Berita
Gau = Babi
Gerek = Biawak
Heul = Siamang
Huj = Naik
Juke = Balik
Jek/Jok = Kami
Jenang = Tuhan
Kerek = terkejut
Kacoh = Hulu sungai
Kaweb = Beruang
Keral = Jantan
Kermoh = hantu
Lat = Cawat
Lass = Semut
Leap = sejuk
Luei = Lebah
Ma = Apa
Mai = Orang
Mamek = Harimau
Mengsau = Menantu
Male/Gale = Ubi
Njen = Pakcik
Nejh = Buruk
Pecarak = Mesyuarat (Indonesia; rapat)
Rau = Kera
Sej = daging
Selai = Ladang
Sempok = Madu
Tengloh = tetamu
Tarok = Lembing
Tuluk = Tolong
Wah = anak perempuan
Sumber: Perang Sangkil (Akiya, 2007)

21 ulasan:

  1. Jauh--jauh sekali maknanya...benar2 tak faham kalau tak ada terjemahan

    BalasPadam
  2. berbeza bukan dengan bahasa Melayu? Tapi bahasa moden mereka dah terpengaruh bahasa Melayu hingga hilang ciri-ciri bahasa di Indochina.

    hal ini sama dengan bahasa Moken (salah satu bahasa rumpun Melayu) di Myanmar. bahasa Moken moden kini dah terpengaruh bahasa Myanmar hingga hilang ciri-ciri Melayu.

    BalasPadam
  3. Banyak sekali bahasa suku kaum yang tidak terdedah kepada kita. Contohnya bahasa iban, kadazan, murut, penan, kayan, kenyah, bidayuh,...

    BalasPadam
  4. Betul. Bahasa-bahasa seperti di atas yang masih serumpun dengan bahasa Melayu sendiri tidak terdedah, inikan pula bahasa-bahasa Orang Asli yang tidak serumpun langsung.

    BalasPadam
  5. faz.. post kat jurnal. bagus ni, untuk pengetahuan umum tentang bahasa dan kaum yang jarang kita dengar.. terima kasih informasinya ya faz.

    BalasPadam
  6. Saya pun. Cuba buat DNA test, jangan2 kita pun ada darah Senoi.

    BalasPadam
  7. tambahan:

    Gop = Melayu ...hehehe

    saya dah baca novel Perang Sangkil tu. agak meleret-leret pada bahagian awal. mujurlah klimaksnya agak ok.

    "gah" ada juga dipakai dalam bahasa melayu terutama di perak yang bermaksud berita besar, bercakap takbur dsb. "wah" juga digunakan oleh orang melayu perak untuk panggilan ibu saudara yang kedua terakhir dalam adik-beradik sebelah ibu kalau tak salah

    BalasPadam
  8. Perang Sangkil:-
    Pun begitu, saya suka cara penulisan novel ini. Matang dan bahasanya mudah difahami.

    Kalau dibandingkan dengan Novel2 Melayu lain yang berlambak di pasaran dengan tema masalah remaja, cinta, sedih, kasih-sayang, lemah gemalai meliuk lentuk, bersepah-sepah bak 'sampah', novel ini jauh beribu kali lebih baik. Sayangnya Novel yang berlambak inilah dijadikan teks rujukan pelajar di sekolah menengah, sedangkan karya bermutu tulisan sasterawan ternama dikesimpangkan.

    Dan jangan dilupa, penulisnya Orang Asli suku Semai. Boleh menulis dalam bahasa Melayu dengan baik lebih baik daripada tulisan anak Melayu sendiri.

    Anak-anak melayu sekarang sudah segan menulis dalam bahasa Melayu. Mereka lebih yakin menulis dalam bahasa inggeris biarpun bahasa Inggeris mereka sendiri patah-patah. Lihat saja contoh-contoh tulisan sebilangan penulis blog orang Melayu dalam Multiply ini.

    Maaf kepada yang terasa. Saya hanya merayu agar kita semua kembali menulis dalam bahasa Melayu dengan baik. Saya sendiri sedang cuba untuk ke arah itu. Tidak ada siapapun yang mampu perjuangkan bahasa Melayu selain kita.

    BalasPadam
  9. kagum dengan awak..!!saya org asli sendri pn hmpr2 hilg jati diri sebagai anak org asli..malah xtau bdya sndr pn.. ble da jd guru nie..sy cyba cri idntiti sy blk..awk jd slh satu rujukan sy..(IBDD)

    BalasPadam
  10. Biasa saja Ibdd, Saya memang pencinta budaya

    BalasPadam
  11. Orang2 semenanjung ni kebanyakannya memang orang mon-khmer pon...mereka merupakan sub group terawal yg tiba di semenanjung sebelum mereka dimelayukan oleh Sriwijaya/Palembang...mereka asalnya bukan melayu..tetapi dimelayukan..kesannya kita bleh tengok pada orang2 "melayu" pantai timur, dan utara semenanjung(anak2 warisan Langkasuka)..manakala mereka yg xnak jdi melayu mula berpindah ke kawasan pedalaman kerana takut hasil asimilasi ni akan merosakkan tradisi mereka lalu menjadi apa yg kita kenali sebagai "org asli"..kata kawan saya(asal dr kedah) tok nenek moyang dia memang ada darah org mon-khmer jdi kemungkinan dia ada pertalian dgn org asli..wallahualam..Allah saja yg tahu..

    BalasPadam
  12. Terimakasih infonya. Barangkali ada benarnya info ini. Tapi saya percaya, penduduk pribumi Semenanjung bahagian tengah dan utara memang orang Mon-Khmer Tapi di bahagian selatan, memang orang Austraonesia. Buktinya, tidak terdapat satupun suku asli keturunan Mon-Khmer di selatan. Kebarangkalian mereka dari Ras Melayu Tua (Melayu Proto) memang ada.

    BalasPadam
  13. ma egah = apa khabar
    gah bor = khabar baik
    ku mai blok = orang mana
    mamuh = mandi
    ma emuh = nama apa
    kerembug = tipu

    tu je yang belajar setakat nie.. hehehe. saya banyak kawan dengan kaum semai saya sendiri gop (melayu)

    BalasPadam
  14. di dalam kaum semai sendiri pun ada perbezaan dialeknya, mengikut :
    1. negeri - cth pahang dan perak
    2. daerah - cth gopeng dan slim river
    3. lahir/besar di bandar - kurang fasih dalam bertutur bhs semai 100%, banyak menggunakan ganti ayat dalam bhs melayu bagi istilah yg jarang digunakan dalam perbualan harian

    sumber - saya orang asli suku semai, ayah semai area kuala kangsor, mak batu gajah (perak)

    BalasPadam
  15. Tlg ajar sy bhsa semai.. Ada prkataan baru yg sy terjumpa tp x taw makna hehehe.. Ada sp blh tlg..
    Eyaek
    Dojeh
    Diteh

    BalasPadam
  16. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  17. Ada yg nak ajarkan saya bahasa semai tak.nak komunikasi ngan kawan saya suku semai

    BalasPadam