بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





SEBUAH NEGARA BERNAMA SURINAM

Gambar di sebelah merupakan sebuah peta menunjukkan lokasi negara Surinam (juga dieja Suriname) Apakah yang menarik tentang negara ini?. Mungkinkah kerana saya pernah ke sana maka saya menulis tentangnya? Tidak sama sekali. Saya belum pernah sampai ke sana.

Surinam ialah sebuah negara di Amerika Selatan. Berjiran dengan Brazil di sebelah Selatan, Guyana di sebelah barat dan France Guyana di bahagian timur. Negara ini merupakan sebuah kolonial Belanda dan mendapat kemerdekaan pada 25 November 1975.

Telah sekian lama saya mencari artikal tentang Surinam. Banyak perkara yang ingin saya tahu tentangnya. Tentang masyarakatnya, tantang bahasa, tentang budaya, tentang sejarah, tentang muka bumi, tentang cuaca dan banyak lagi. Dan semalam, slot Majalah 3 di TV3 menyiarkan dokumentari tentang negara ini. Umpama orang mengantuk disorongkan bantal, saya terpaku di depan tv tanpa bergerak sedikit pun kerana tak mahu lepaskan peluang mendalamkan lagi pengetahuan saya. Terima kasih TV3.

Ada apa dengan Surinam? Jika kita fikir hanya Malaysia dan Singapura (selain dari negara-negara yang menjadi multirasial akibat migrasi moden) adalah negara paling multirasial di dunia, tunggu dulu; kita mungkin perlu fikirkan sekali lagi kerana Surinam lebih hebat dari banyak negara multirasial di dunia. Di Surinam, suku Jawa, bangsa Cina dan India hidup berdampingan dengan bangsa-bangsa negro Afrika, bangsa Eropah, dan Kreol (Peranakan Eropah + Afrika). Mereka sama-sama berkongsi satu negara dengan bangsa pribumi Amerindian di sana. Menarik bukan? Tidak sekadar itu, masing-masing memiliki peratusan populasi yang hampir sama banyaknya. Bayangkan bagaimana pemerintah di sana menyatukan rakyat berbilang ras ketika masing-masing memiliki suara yang seimbang. 

Majalah 3 semalam memaparkan siri khusus kehidupan bangsa pribumi Amerindian dan masyarakat suku Jawa di Surinam. Saya lebih tertarik mengulas kehidupan masyarakat Jawa kerana rasa berkerabat sementara saki-baki darah Jawa masih mengalir dalam tubuh ini. Dan kepada semua suku Jawa di luar tanah leluhur di Pulau Jawa, jangan dilupakan Surinam kerana ada saudara-mara kita tercampak di sana. Mereka meneruskan hidup penuh cabaran di tanah yang sangat jauh dari habitat asal.

Masyarakat Jawa mula dibawa penjajah Belanda ke Surinam (dulu Dutch Guyana) pada tahun 1890an. Ketika itu para tawanan dari tanah jajahannya di Hindia Timur Belanda (Indonesia sekarang) dikerah untuk berkerja di ladang tebu menggantikan sistem perhambaan bangsa Afrika yang sudah diberhentikan. Sebenarnya tidak hanya suku Jawa yang di bawa ke Surinam, Belanda turut membawa suku-suku lain seperti Batak dan Madura tapi kerana jumlah suku Jawa lebih dominan, mereka lama-kelamaan terjawakan oleh faktor masa.

Apa yang menarik seperti didedahkan oleh TV3 semalam, masyarakat Jawa Surinam sangat teguh mempertahankan tradisi. Kebudayaan dan bahasa Jawa masih diamalkan dan diperturunkan ke generasi muda walaupun ianya berkembang sendiri dalam lingkungan mereka yang terpisah. Biarpun begitu, syabas diucapkan buat mereka atas keteguhan itu biarpun pengaruh budaya bangsa lain sangat jelas di sana. Malah tidak keterlaluan kalau dikata Jawa Surinam lebih Jawa berbanding Jawa Malaysia, Singapura atau mungkin Jawa di Pulau Jawa sendiri. Atas inisiatif pemerintah Indonesia, kebudayaan Jawa kini berjaya dikembangkan kepada lain-lain kaum di Surinam.

Selain bahasa Jawa, mereka turut bertutur bahasa Belanda sebagai bahasa rasmi di Surinam. Bagaimanapun ketika ini generasi muda mula berturut bahasa Sranan Tongo, satu bahasa yang mulanya dituturkan bangsa Kreol tapi kini berkembang menjadi lingua-franca di seluruh Surinam. Hanya sebilangan generasi tua di sana yang mampu berturut dan memahami bahasa Melayu. Ketika ini pemerintah Indonesia melalui kedutaannya mula menganjurkan kursus Bahasa Indonesia. 

Jawa Surinam juga menjadi penyumbang terbesar penganut Islam di negara itu. Sebagai orang tawanan, mereka hanya mengamalkan Islam sebagaimana apa yang pernah mereka praktikkan di tanah jawa dulu. Bagaimanapun kini ramai pendakwah Jawa dari Indonesia datang ke Surinam untuk mengukuhkan lagi pegangan suci itu.

Sebagaimana disampaikan TV3, penduduk Surinam kini menggunakan matawang Dollar menggantikan Guilder mulai tahun 2004. Apa yang menarik, penduduk keturunan Jawa di sana hingga kini tetap menyebut Dollar Surinam sebagai Ringgit. Hal ini sama sebagaimana Melayu Singapura satu masa dulu menyebut Ringgit untuk Dolar Singapura dan sama halnya seperti Cina Malaysia menyebut Kwai untuk Ringgit Malaysia hingga kini. Mungkin sebutan Ringgit pernah mereka gunakan pada zaman dahulu semasa di Nusantara sebelum mereka di bawa berpindah ribuan batu jauhnya ke benua Amerika. 

85 ulasan:

  1. ambe ingatkan suriname nie letakkany di benua afrika

    BalasPadam
  2. Sebagaimana disampaikan TV3, penduduk Surinam kini menggunakan matawang Dollar menggantikan Guilder mulai tahun 2004. Apa yang menarik, penduduk keturunan Jawa Surinam hingga kini tetap menyebut Ringgit untuk merujuk matawang Dollar mereka. Hal ini sama sebagaimana Melayu Singapura satu masa dulu menyebut Ringgit untuk Dolar Singapura dan sama halnya seperti Cina Malaysia menyebut Kwai untuk Ringgit Malaysia. Mungkin sebutan Ringgit pernah mereka gunakan pada zaman dahulu sebelum di bawah berpindah ribuan batu jauhnya dari kepulauan Melayu Nusantara.-

    sah semalam nonton kat tv3 dokumentari tentang surinam ni. memang menarik sangat. banyak yang sal pelajari. dimana mana pun ada orang jawa kan, lagi pengetahuan amnya tentang negara ini.. mereka ni memang terjangkit *penyakit* sal yang selalu terbalik. kalau di malaysia boleh gitu sal kata dollar kalau di singapura sendiri..ringgit..selalu kena marah tapi memandangkan sal ni selamba jer.. jadi...senyum ajelah hehehe..jangan marah tau..sal gurau hehehe.

    BalasPadam
  3. Sekarang mung dah tau la kan... Kira bermenafaat jugalah tulisan saya ni...

    Bukan mung sorang yang ingat Surinam kat Afika, kawan2 ambe pun fikir macam tu. Malah ada yang tak pernah tau langsung tentang Surinam.

    Terukkan pengetahuan am orang kite...

    BalasPadam
  4. ini penyakit bahaya ni Sal. kene berubat nih.....

    BalasPadam
  5. Orang India dan Negro disana juga pandai berbahasa Jawa
    Jawa Suriname jumlahnya sekitar 15 persen penduduk. Diwakili oleh 5 partai Jawa yang berperan baik sebagai sekutu ataupun oposisi pemerintah.

    Namun orang Jawa Suriname di Belanda jumlahnya lebih banyak lagi, sekitar 300 ribu jiwa. Mereka juga menggemari para seniman Jawa Indonesia seperti Didi Kempot dan Waljinah...jangan salah, penggemar dorang berdua di Suriname banyak dan pernah dipanggil manggung disana

    BalasPadam
  6. hish... ubat takutlah dengan sal..macam mana nak berubat hehehe

    BalasPadam
  7. adakah 300,000 ribu jiwa masyarakat Jawa Surinam di Belanda itu sudah termasuk dalam 15%? kalau belum, tentu orang Jawa jadi majoriti bila jumlahnya dicampurkan..

    BalasPadam
  8. oh... maknanya Sal lebih bahaya dari ubat....

    BalasPadam
  9. 15% itu yang di Suriname Li...kalau 300 ribu itu Jawa Suriname yang mukim di Belanda. Mereka yang memilih tetap bersama Belanda pada saat referendum tahun 1975.

    Ada juga sebagian orang Jawa Suriname yang kembali ke Indonesia pada tahun 1950an. Awalnya mereka ditempatkan di Kampung Tongar, Pasaman, Sumatera Barat. Namun kemudian mereka berpencar, kebanyakan tinggal di Medan, Padang, Pakanbaru, Lampung, bahkan Jakarta

    BalasPadam
  10. Yupe...

    Tapi hati mereka tetap terpancang pada tanah Jawa. Kamu tahu x, mereka kiblat Sholatnya terbagi dua. Yang tradisional masih menghadap ke Barat sebagaimana tanah Jawa, sedangkan yang modern menghadap ke Timur, karena Suriname posisinya dibarat Mekkah.

    Islam mereka sangat dipengaruhi budaya Kejawen, dan sebagian kecil menganut Kristen

    BalasPadam
  11. ooops kayak mesjid di mekah yang ada dua kiblat kalau tak silap mesjid Qubah..kenapalah malam ni sal lupa nama mesjid tu ..subhanallah...satu alah ke baitulmaqdis dan satu alah ke mekah.. jadi gmana tu bambang.. ?? apakah mereka tidak gunakan compass yang tepat menghala kiblat yang betul masa itu?

    BalasPadam
  12. aku pernah terbaca tentang ini.... Hindustan yang islam disana ikut kiblat yang mana?

    BalasPadam
  13. Yang tua2 masih berpatokan pada tanah Jawa Sal...posisi Jawa kan disebelah timur mekah, dan sering berseberangan dengan yang sudah moderen.

    BalasPadam
  14. Ke timur...mereka lebih cepat terbuka daripada komunitas Jawa...

    BalasPadam
  15. sal rasa terlalu merumitkan dalam kefahaman yang masih panutan ke arah budaya tapi tidak pada kearah yang tepat..maksud sal ..agama.

    BalasPadam
  16. yah begitulah pemahamannya...perlu diketahui, Suriname adalah satu2nya negara benua Amerika yang jadi anggota OKI, karena umat Islamnya berjumlah sekitar 25% penduduk.

    BalasPadam
  17. maksudnya penduduk islam disana cuma 25% saja.. ? hmm patutlah..tapi takkanlah tidak ada panduan yang betul.. maksud sal.. ulamak yang boleh memberi penjelasan pada mereka. sori..sal semakin curious ..

    BalasPadam
  18. Saya rasa dalam kes ini kita tak boleh salahkan mereka. Mereka datang ke sana sebagai orang buangan dan kuli kontrak. Sejauh manalah pengetahuan mereka tentang agama sebagai kuli? dan mereka pun bukan ahli dalam bidang agama. kerana mereka terpisah jauh, mereka hanya ikut saja apa yang pernah mereka amalkan ketika di Jawa dulu.

    Sama juga dengan bahasa dan budaya. mereka kembangkan sendiri segala sesuatu dalam keadaan terasing. Barulah dewasa ini mereka diperhatikan.

    BalasPadam
  19. Iya begitulah..malahan ada kawanku yang mukim di Guiana Perancis bilang, hari raya idul fitripun mereka berpakaian macam barat kok...pakai tank top dan baju mini..heheheheeh...

    BalasPadam
  20. taklah sal salahkan mereka..cuma sal hairan kenapa boleh jadi begitu jer. tapi teringat kata hamkah.. setiap perjalanan sebuah kehidupan yang melandaskan budaya dan agama, dari segi etika pemikiran selalunya lebih melandaskan kebudayaan lebih dari segalanya. hmm satu ilmu juga ni faz, bambang. yang penting nawaitu mereka .. insyaallah allah lebih maha mengetahui :~)). tapi sekarang sal rasa mereka dah okaykan...? tak da masalah lagi dalam soal begini lagi.

    BalasPadam
  21. masih.... rasa saya mereka masih terpecah dua. Satu puak percaya kiblat yang betul disebelah barat, satu lagi percaya disebelah timur. Entahlah...

    BalasPadam
  22. pastinya dakwah juga jalan disana lah....cuma yang handle yang dari Indonesia..

    BalasPadam
  23. ya... semalam juga ada dijelaskan tentang usaha dakwah oleh ustadz yang dibawa dari Indonesia. Sebagai orang Islam, saya ucapkan terima kasih kepada pendakwah dari Indonesia itu.

    BalasPadam
  24. Jadi setidaknya mereka masih tetap bertahan...mereka tu hebat lho, meski minor tapi bisa bertahan. Lebih dari seabad terputus dengan tanah leluhur tidak membuat mereka berubah drastis...hanya saja, ya itu...tertinggal 100 tahun dengan saudara2nya disini.

    BalasPadam
  25. berpecahan puak memang tak mustahil faz,bambang. ini kepercayaan masing masing asalkan mereka melandaskan satu kalimah dah cukup alhamdulilaah. tapi jangan sampai ... sal tak berani nak teruskan..sensitive sangat.. ni..nanti orang surinam attack sal kang ..siapa nak tolong.. hehehe

    BalasPadam
  26. Hahahahaa...jarang kok orang Jawa Suriname di MP...

    BalasPadam
  27. Jangan takut, orang Surinam takde kat sini. Kalau ada pun, mereka sure tak faham apa kita cakap.

    BalasPadam
  28. iyalah tu.. tapi macam semalam sal nonton dorang fahamlah bahasa sikit sikit.

    BalasPadam
  29. Kecuali kalau aku cakap jawa...pasti banyak yang paham

    Dorang paham karna banyak yang kursus bahasa Indonesia Dear

    BalasPadam
  30. tapi itulah.. eh kalau berpuak puak jangan jadi ahmadiyah dahlah.. lupa sal nak ajak faz hari tu.. kat belakang d.a ada mesjid ahmadiyah.. itupun satu kes puakan.. ( sori lari dari topiks ) hehehe

    BalasPadam
  31. No prob.
    Dengan usaha dakwah berterusan, diharap mereka ikut jalan yang betul.
    Sal ada ckp pasal masjid tu, tapi kita tak singgah sana.

    BalasPadam
  32. Hehehehe, itu lain topik lagi..

    Pekerjaan Rumah buat kamu Li...segera install YM itu!!!

    BalasPadam
  33. sal lupa hari tu ..selepas kita solat zohor niat memang nak ajak faz singgah tengok mesjid tu.. tapi sal terlupalah ..sori

    BalasPadam
  34. hish..sabarlah..sabar tu kan separuh dari iman..kan dah jadi dialog cerita sunankalijaga hehehe

    BalasPadam
  35. benar. bagi generasi muda mungkin. Tapi semalam TV3 interview orang tua, bahasa Melayu (atau mungkin Indonesia)nya aneh sedikit.

    BalasPadam
  36. masih berjalan nih.... benar2 menguji kesabaran.

    BalasPadam
  37. patience n perseverance- Jane austen..hehehe ooopps kembali pada bahasa *tepuk dahi* hehehee sori gurau hehehee

    BalasPadam
  38. Atos atos kemawon....
    Sabar kuwi subur
    Gusti Allah ora sare...

    (hayhooohhh) hehehehe

    BalasPadam
  39. Wis..wis...ra nyambung kabeh kih ( dah x nyambung semua nih )

    huahahahaaha...*lempar batu sembunyi tangan*

    Tepuk dada, bikin batuk tauuu!!!

    BalasPadam
  40. tombo ati iku limo perkarane
    kaping pisan moco Qur’an lan maknane
    kaping pindo sholat wengi lakonono
    kaping telu wong kang sholeh kumpulono
    kaping papat kudu weteng ingkang luwe
    kaping limo dzikir wengi ingkang suwe
    salah sawijine sopo biso ngelakoni
    mugi-mugi Gusti Allah njembatani

    amin3x ya rabbal alamin

    okaykan... ? hehehe

    BalasPadam
  41. Versi lainnya

    Insyaallah Gusti Pangeran Nyembadani

    BalasPadam
  42. ler ada jer...salah hehehehe

    faz sambung faz.. :~))

    BalasPadam
  43. a'ah. semalam tu..sal buka volume besar sikit sebab sal nak tangkapkan apa mereka cakap.. macam lain gitu ya faz?

    BalasPadam
  44. gigit pakai gusi aja.... giginya wis entek, orak eneng

    BalasPadam
  45. salah!!!

    Untune wis enthek, ora ono maneh...

    Artine..kowe iku OMPONG!!!! (kamu tu tak bergigi)..

    *kakakakaakakkkk*

    BalasPadam
  46. hahaha sal lagi.. haaaaaaaa.. melopong terus faz..nak jawa apa nasib baik ada lirik tombo ati hehehe

    BalasPadam
  47. jangan gigit jari faz... nanti putus hehehe

    BalasPadam
  48. plsssssss .. sakit perut sal tahan ketawa.. hehehehehehe tak dapatku bayangi..hehehehe.. ada jer tau sibambang ni faz.. jitak elho ya!!

    BalasPadam
  49. x bisa gigit ya disedot ajah...hahahahahaa

    BalasPadam
  50. YMnya belum beres nih.... jauh lagi.....

    BalasPadam
  51. hish bambang..apa jer tau..apakesaje jer...gedegak gedegung betul hehehee..:~P

    faz sabar faz..dalam perjalanan ke singapura atau semarang tu hehehe

    BalasPadam
  52. dah faz.. kalau tak boleh sambung esok jer.. dah nak masuk kul 12am ni.. esok nak keje hehehe..
    tu arr.. faz.. tu agaknya bukan pakai motobot tapi.. sampan ...hehehehe

    BalasPadam
  53. aper jer tau.. sedut sedut.. macam cepu cepu ah cepu cepu ih lagi apa eh.. last ..ilang gigi hilang gusi.. okay faz..sembur dia faz..hehehee :~P

    BalasPadam
  54. entar tertelan... langsung tak boleh pakai.

    BalasPadam
  55. wakakakaakakkkk.....makanya....kalo x bisa pake gigi ya diprotoli (dilepas satu2) terus pakailah gusi, dijamin lebih mantapzzzzz

    BalasPadam
  56. berita baik... YM dah 90%... mulai esok insyaAllah bisa sembang sampai pagi..

    BalasPadam
  57. hish.. bambang ni ada jerlah hehehee...tak senonoh betul tau hehehehe...:~P

    BalasPadam
  58. kalau macam tu ..kita selalu dapat berita muktahirkan faz... pemantauan melalui yahoo messenger hehehe boleh gitu hehehee

    BalasPadam
  59. Jujur aja aku kangen ngobrol dengan kamu Li....*Blak-blakan sekalian*

    Jadi kalau bisa, besok dah ngobrol2 sampai gempor dach...

    BalasPadam
  60. Sama kamu kan sering....hampir tiap malam. Lha sama dia? Smsan aja sukur dijawab sukur gak...:p

    BalasPadam
  61. nantikan faz..dah selesai kena reboot balik tu...baru boleh pakai ym esok hehehe

    BalasPadam
  62. torang? torang tu apa eh? bambang jangan keluar yang anih anih nich nanti kena cari aspirin dan panadol tau hehehehe

    BalasPadam
  63. torang = kitorang..itu malayu manado pe bahasa..hehehehe

    BalasPadam
  64. ohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh gitu ya hehehe

    BalasPadam
  65. info bagus.. komen pun bagus...
    aritu rancangan salam syawal kalau x silap.. tv3 raya ke4 pukul 6 ptg ada tunjuk full length pasal komuniti surinam ni.. klau x silap..

    BalasPadam
  66. itu episot yang ditunggu2 tapi terlepas..
    huhuhu..
    tiba2 tv3 sekali lagi tayangkan cerita pasal surinam..
    saya menonton sampai habis..
    tahniah2..

    BalasPadam
  67. oh... betul ke? nampaknya saya dah terlepas.....

    BalasPadam
  68. ye la... rupanya ramai lagi yang berminat nak tahu pasal Surinam.

    BalasPadam
  69. emm...rupa-rupanya Gagasan MELAYU ni bukan kat kepulauan nusantara dan lautan hindi je,rupa2nya kat amerika pun ada jgk yea..tima ksih u maklumat ini..

    BalasPadam