بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Ragam Raya Orang Semenanjung

nie pantun lawak yang dah tersebar melalui email-email seluruh Malaysia sejak tahun lepas. Untuk mereka yang belum dapat, Jom!!!  kita layan.....

Kelantan
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita
 
Terengganu
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile
 
Pahang
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin
 
Johor
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie
 
Melaka
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok
 
N. Sembilan
Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
 
Selangor & K.Lumpur
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu
 
Perak
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal kome selamat sampai
 
Kedah
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau
 
Penang
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq
 
Perlis
Padang besaq kecik aja
Tempat Siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

13 ulasan:

  1. Fazli, ni pantun raya tahun lepas, Buatlah pantun baru untuk tahun ni. Modify sikit.

    BalasPadam
  2. sebab tu saya cakap pantun ni dah tersebar seluruh Msia.... nanti saya cuba modify...

    BalasPadam
  3. bagi power-power sikit. Tukar je awat-ayat yang mana patut. Selamat mencoba!!

    BalasPadam
  4. Tukar pantun orang ganu tu.. kesian deme tuh, xkan gile kot sambut raye..

    BalasPadam
  5. Berbaju Melayu berselipar jepun
    Pergi tarawih membuat pahala
    Maaf dipinta sudah diampun
    Jangan lagi terover kata.

    BalasPadam
  6. jOM KITA PAKAT-PAKAT UBAH KE ARAH YANG POSITIF

    BalasPadam
  7. Ini pantun Terengganu kita. Bolehlah kot..

    Makang Roti cicoh susu
    Lengang menecuh kena kekoh
    Bulang pose tahang napsu
    Malang raye teruh menikoh

    BalasPadam
  8. Roti mamak dari kedah
    Depa uli pakai ragi
    Malam raya tak dan nak nikah
    Tok kadi sibuk sampai ke pagi

    BalasPadam
  9. Nah en. Jim, ini jawapannya

    Baju Melayu buatan tangan
    dipakai orang malam hari
    Hari raya bersalam tangan
    habis raya depa buat lagi....

    BalasPadam
  10. wah... ada pantun raya lagi...semarakkan lagi keghairahan menyambut hari raya ni...tapi pantun ni bukan sebarang pantun..pantun nasihat ni...hehehe :~))

    BalasPadam
  11. hu hu.. best nyer bace...... muncung2 mulut kiter

    BalasPadam
  12. Judulnya aja menyebut Orang Semenanjung....

    BalasPadam