بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





DOMINASI BISNES OLEH WARGA ASING - Malaysia Siapa Punya?

Beberapa bulan yang lalu ketika bercuti di kampung di Johor, saya terkejut melihat dua kedai runcit yang baru dibuka dikendalikan sekumpulan pendatang Bangladesh. Saya sempat meninjau ke kedai tersebut. Di sana saya melihat kedai tersebut menjual bahan-bahan kegunaan harian produk tempatan Terdapat juga beberapa produk asing yang saya pasti diseludup dari nagara mereka. Pelanggan sasaran kedai itu tentunya ratusan warga Bangladesh yang menginap di kawasan berhampiran selain warga tempatan yang datang sekali sekala. 

Aneh bukan? saya tertanya-tanya pada diri sendiri tentang berbagai persoalan yang masih belum bertemu jawapan - Apa masalahnya dengan Melayu dan lain-lain pribumi di Malaysia? Sayang, bangsa asing lebih cepat menghidu peluang yang tidak terlihat di mata pribumi.

Itu hanya satu kisah di Johor, samalah juga kisahnya di Kuala Lumpur dan mungkin banyak lagi tempat lain di Malaysia. Saya juga sering berkunjung ke Plaza Lowyat, sebuah kompleks beli-belah yang menjual barang-barang komputer terbesar di Malaysia. Kira-kira 6 tahun yang lalu sewaktu saya berkerja separuh masa di sana, saya lihat semua permis perniagaan dimiliki warga Malaysia keturunan Cina hingga saya berpendapat adalah sukar untuk bangsa lain mencari tapak berniaga di satu tempat yang sudah didominasi satu kaum tertentu. 

Kini, keadaan sudah berubah. Plaza Lowyat sudah jadi plaza multirasial. Semua bangsa ada berniaga di sana. Paling kurang, masing-masing memiliki satu permis. Cuma sayangnya, sekali lagi pribumi Malaysia gagal melihat peluang luas yang bagaikan lubuk emas pada pandangan orang asing.  Saya pernah diberitahu oleh bekas majikan saya di plaza itu bahawa peniaga Pakistan dan India sekarang ini mula berlumba-lumba merebut permis-permis kosong untuk membuka kedai berasaskan komputer di sana. 

Di mana peranan pribumi untuk semua bisnes di atas? Jawapannya: hampir tidak ada. majoriti pribumi  Malaysia hanya mampu tercengang  melihat ribuan jongkong emas digali warga asing sedangkan sebutir kilauan pun tak terlihat di mata penduduk tempatan. Malu rasanya.

Apa ya masalahnya?
Dan semalam, sempena bulan Ramadhan saya mendapat tawaran dari seorang rakan untuk berniaga kuih-muih sempena Hari Raya di Chowkit, Kuala Lumpur. Menurut rakan, tapak gerai sudah tersedia, hanya tinggal pilih, sediakan sejumlah wang sebagai bayaran sewa dan sediakan produk-produk untuk dijual. Cukup sekadar itu.

Berminat dengan tawaran itu, saya segera ke lokasi yang dinyatakan untuk bertemu pengurus gerai-gerai di sana. Pandangan awal sebaik sampai ke lokasi, saya benar-benar terasa seperti berada di sebuah negara jiran. Ratusan gerai di sana hampir semua dimiliki warga Indonesia. Paling menyerlah bila terlihat banyak busana muslim dan baju kebaya didatangkan dari sana dan dijual merata tempat.  Paling memeranjatkan bila bertemu pengurus/pemilik gerai-gerai di situ yang juga warga Indonesia. Kini, warganegara Malaysia sendiri yang harus merayu-rayu dan meminta belas agar dapat ditempatkan di lokasi niaga yang baik dengan harga sewa yang sesuai dengan kemampuan. Malu bukan? 

Saya bertanya lagi, Siapa sebenarnya yang mendatang?
Salah pribumi sendirikah hingga keadaan jadi begini? Mungkin satu kajian harus dilakukan oleh pihak yang berkaitan agar tidak berlaku satu kejadian yang tidak diingini. Saya pasti, keberhasilan pendatang meraih sejumlah keuntungan seperti inilah yang menyebabkan mereka tidak disenangi penduduk setempat.  Bukannya cemburu, cuma saya fikir ada sesuatu yang tidak kena. Saya difahamkan faktor yang sama juga menjadi penyebab berlaku pergeseran antara pendatang Madura dan penduduk lokal di Kalimantan Barat sedikit masa dahulu.    

5 ulasan:

  1. Tiada apa yg boleh dilakukan kecuali ia bermula dgn kita...:)

    BalasPadam
  2. apa kurangnya disini faz. kadang kadang kita sendiri tak dapat tempat. seperti kata faz. kita seolah olah merayu rayu. untuk mendapat tempat yang baik. tapi jawapan..hmmm ...

    BalasPadam
  3. Menarik sekali En. Fazli...topik yg sebegini lah harus kita perbincang setiap kali 'Mesyuarat Tingkap' kite...he he..

    Pada fikiran saya 'sikap' orang kite itu sendiri yang kurang berminat dalam bidang perniagaan. Faktor suku bangsa, ras-etnis. asal usul mungkin juga menjadi penyebab mengapa kita kurang berminat berniaga. Contohnya di Chow-Kit Road itu, rata-rata yg berjualan orang Minang, Aceh warga dan bukan warganegara. 2 etnis ini memang tersohor dlm bidang perniagaan hingga ada istilah 'asal barang jadi uang'.

    Fazli apa pula ceritanya dengan Kelantan, meraka pandai dan minat berniaga kan?...

    BalasPadam