بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Cuti-cuti Malaysia - Perak

Menjelang cuti umum sempena Thaipusam yang lalu, saya bersama seorang sahabat, Ajib, dapat meluangkan masa melawat sahabat baik kami, Syahrir, di Ipoh, Perak. Inilah ziarah pertama kami selepas 3 tahun Syahrir pindah kerja ke sana.

Kami sempat dihiburkan dengan lakukan lawatan ke beberapa tempat. Kebetulan bertemu pula dengan Nida, seorang rakan lama saya sewaktu zaman sekolah dahulu. Melalui jasa Nida, kami dibawa pusing-pusing sekitar Taiping, Krian dan Kuala Kangsar.

Istimewanya, kunjungan kami ke negeri ini turut 'diraikan' dalam suasana politik yang tegang ekoran rampasan kuasa oleh perampas yang sememangnya tamakkan kuasa.

Di samping melawat sahabat sekaligus makan angin, dapat juga kami meninjau sendiri perkembangan politik setempat di lapangan. Saksikan apa yang kami dapat.