Melancong dengan kenderaan sendiri, mungkin jauh lebih menarik. Terinsprisi dari kenyataan itu, saya ambil keputusan menggagahkan diri pandu sendiri kereta saya ke utara. Melawan rasa ngatuk dan ketepikan rasa bimbang terhadap kemampuan kenderaan saya berjalan jauh. Malah saya melangkah lebih berani dengan melintas sempadan Malaysia - Thailand di Bukit Kayu Hitam dan Sadao.
Dengan rasa bangga dan bagaikan tak percaya, Saya berjaya menyeberangi sempadan itu. Meski perjalanan saya hanya setakat sampai di Hatyai, sekurang-kurangnya saya sudah melepasi satu tahap yang mendebarkan.
Dengan rasa bangga dan bagaikan tak percaya, Saya berjaya menyeberangi sempadan itu. Meski perjalanan saya hanya setakat sampai di Hatyai, sekurang-kurangnya saya sudah melepasi satu tahap yang mendebarkan.
ke utara Semenanjung Malaysia |
Perjalanan saya bermula dari Kuala Lumpur membelah Lebuhraya Utara-Selatan menuju
pintu sempadan Malaysia di Bukit Kayu Hitam sebelum menyeberang sempadan Thailand di Danok, Sadao, Perjalanan diteruskan hingga ke Hatyai sebelum balik semula melewati pintu
sempadan yang sama.
Pertama
kali bawa kereta ke sana, saya yakin hati siapapun akan berdebar. Tapi
percayalah, debaran anda akan berakhhir bila tiba di Bukit kayu
Hitam. Sebaik melepasi sempadan Thailand, anda bebas dan perjalanan
yang jauh terasa dekat seolah-olah baru bermula. Bila mengunjungi sebuah daerah baru, anda pasti terpesona dan teruja menjelajah segenap pelosok
ruang baru yang belum pernah anda tahu.
pastikan anda beli insuran terlebih dulu |
Sedikit
panduan kepada sesiapa yang bercadang pandu sendiri kenderaan
peribadinya ke sana, pastikan kenderaan kita ada geran di atas nama
kita sendiri, serta cukai jalan yang masih sah laku. Sebelum sampai sempadan,
pastikan anda beli insuran perlindungan kenderaan anda selama
'menjelajah' negara itu. Tempoh sah laku insuran ini paling minimun
ialah dua minggu dengan bayaran serendah THB140 (tergantung syarikat
pengeluar) Jika anda masuk Thailand dari pintu Bukit Kayu Hitam, insuran
ini boleh didapati di pekan Changlung. Sangat banyak agen yang
menjualnya termasuklah di kedai-kedai kopi.
Imigresen Malaysia, Bukit Kayu Hitam |
Keluar
dari gerbang imigresen Malaysia, tidak terlalu banyak prosedur yang
perlu anda ikuti. Hanya ada pegawai kastam yang memeriksa cukai jalan
dan pegawai imegresen yang mengecop pasport. Selesai urusan, bergeraklah
perlahan-lahan menuju gerbang Imigersen di sebelah Thailand pula.
Nasihat saya, jangan langsung bawa masuk kenderaan kita ke pintu gerbang itu. letaklah kenderaan terlebih dulu di ruang parkir sisi kiri gerbang sebelum uruskan
kemasukan kenderaan berjalan kaki. Serahkan geran dan insuran
yang sudah anda beli di Malaysia itu ke kaunter yang bertulis 'CUSTOM'.
Pastikan anda mendapat sesalinan surat kebenaran memandu sebelum
beredar. Selesai urusan kastam, ambil kenderaan anda dan lakukan
pemeriksaan pasport secara pandu-lalu di kaunter 'IMMIGRATION'.
Susana di imigresen Malaysia |
Imigresen Thailand betul-betul di luar pagar sempadan |
Danok, pekan di penghujung selatan Thailand |
Sedikit tips,
selitkan wang kertas sekecil RM2 sebagai saguhati atas selesainya
urusan anda atau anda bakal disulitkan dengan perilaku yang kurang mesra
dari pegawai Thailand yang tidak tahu berbahasa Inggeris. Mujur saya
berurusan dengan pegawai muslim yang mampu berbahasa Melayu.
gambar penulis ketika melepasi pekan Danok, daerah Sadao |