RUMAH papan Muliyati Muin lebih
kurang 20m dari sempadan tak berpagar antara Malaysia-Indonesia sejauh 39km di
Pulau Sebatik, Tawau, bandar di pantai timur Sabah.
Untuk sampai ke Kampung Haji Kuning,
ada bot laju dari jeti Batu Batu di Tawau, bandar terbesar ketiga di Sabah yang
dihuni masyarakat majoriti Bugis (5% dari penduduk Sabah) dan Cina. Pulau
Sebatik dapat dilihat dari jeti ini sejauh 10km di depan.
SUMBER: The Star: 16 September 2012 (TERJEMAHAN)
Dia antara warga Malaysia yang
tinggal di wilayah Indonesia, di pulau bentuk segitiga yang saiznya besar sedikit
dari Langkawi. Negara Indosat, (sebuah syarikat telekomunikasi di Indonesia) di
Kampung Haji Kuning yang merentasi sempadan Sabah dan Kalimantan.
Sini, simbul Maxis di fon pintar saya
berganti logo Indosat. Mulyati harus pasang perangkap signal bagi membolehkan
dia berhubung melalui kad sim Malaysia di rumahnya.
Wanita ini menyara hidup dengan menjual ikan di Jeti Kampung Bergosong. |
Dianggarkan 8,000 penduduk Sabah,
terutama Bugis, Bajau, Suluk dan Tidung tinggal di Pulau Sebatik sebelah
Malaysia. Hanya ada kedai kecil dan warung saja di Sebatik Malaysia selain
jalan berturap sejauh 16.9km ini. Di wilayah ini, berkelana dengan bot masih
merupakan cara hidup.
Kurang 10 minit, bot laju dari Tawau
mendarat di muara Sungai Kampung Haji Kuning bersama penumpang hampir sedozen. Kira-kira
3km dari muara sungai air payau yang dikelilingi hutan bakau ini terletak
perkampungan penduduk Bugis samaada warga Malaysia atau Indonesia.
Ada Ojek (teksi motosikal) menyusup
ke wilayah Malaysia untuk angut penumpang Indonesia yang baru sampai dari
Tawau.
Saya hadir ke Pulau Sebatik untuk
lihat sendiri bagaimana corak komuniti di sini setelah terpisahkan sempadan
antarabangsa sejak 16 September 1963 ketika Borneo Utara (nama asal Sabah),
Sarawak dan Malaya bergabung membentuk Malaysia.
"Saya tinggal di kawasan
Indonesia sebab masa dulu (tahun 70an) kami tak tahu rumah ini ada di
bahagian Malaysia atau Indonesia" kata Muliyati, warga keturunan Bugis
yang berasal dari Bone, Sulawesi.
Wanita Malaysia berusia 35 tahun ini lahir si Kampung Haji Kuning manakala kakak tirinya, Asirah Muing, 46, warga Indonesia, lahir di Bone. Kedua-duanya lahir dari perut ibu yang sama.
Wanita Malaysia berusia 35 tahun ini lahir si Kampung Haji Kuning manakala kakak tirinya, Asirah Muing, 46, warga Indonesia, lahir di Bone. Kedua-duanya lahir dari perut ibu yang sama.
Tak banyak beza antara warga Malaysia
dan warga Indonesia yang tinggal di kampung ini. Cuba meneka rumah-rumah di
Kampung Haji Kuning milik warga negara mana agak sukar sebab semuanya dibina
dari papan dan strukturnya kelihatan serupa.
"Tak ada beza, kami semua sama.
Kami orang Bugis, cakap bahasa Bugis," katanya dalam bahasa Melayu.
"Kami sama saja sebab di kampung ini, orang Malaysia dan Indonesia hidup
bercampur gaul".
"Tengoklah kakak saya Asirah, Dia orang Indonesia. Tapi saya tak nampak apa-apa yang lain dari dia. Kecuali mungkin cara kami bercakap dan berpakaian."
"Tengoklah kakak saya Asirah, Dia orang Indonesia. Tapi saya tak nampak apa-apa yang lain dari dia. Kecuali mungkin cara kami bercakap dan berpakaian."
Perempuan Indonesia, menurut
Muliyati lebih suka pakaian seksi, manakala perempuan Malaysia lebih sopan.
Contohnya, perempuan Indonesia gemar pakai seluar dan blaus, tapi seluar yang
dipakai perempuan Malaysia terselindung di balik baju kurung.
Pengkalan:
Ada bot laju dari jeti Batu Batu di
Tawau, bandar terbesar ketiga di Sabah yang dihuni masyarakat majoriti Bugis
dan Cina — NORMIMIE DIUN/The Star
|
"Cara kami cakap pun tak sama."
kata dia. "Bila orang Indonesia berbahasa Malaysia, bunyinya pekat bahasa
Makassar. Sebutan pun lain."
Dari segi ekonomi bagaimana? Tanya
saya.
"Tak ada beza sebab dia
bergantung penuh pada ekonomi Malaysia, bukan Indonesia," tambah Muliyati.
Baju yang Asirah jahit dijual di gerai runcit milik Muliyati di Pasar Sri Tanjung di Tawau, termasuklah buah dan sayur yang ditanam Asirah. Ketika Tawau dapat dijangkau sejauh 30 minit, bandar terdekat di Indonesia, Nunukan, makan masa setengah hari dari Sebatik.
Baju yang Asirah jahit dijual di gerai runcit milik Muliyati di Pasar Sri Tanjung di Tawau, termasuklah buah dan sayur yang ditanam Asirah. Ketika Tawau dapat dijangkau sejauh 30 minit, bandar terdekat di Indonesia, Nunukan, makan masa setengah hari dari Sebatik.
Di Sebatik, orang Indonesia pandang tinggi
pada ringgit.
"Mereka lebih suka berdagang
dengan ringgit dari rupiah. Hidup pun lebih mudah di Malaysia. Kalau tidak,
masakan orang Indonesia datang berkerja di sini? Ini buktinya ekonomi kita
lebih baik dari mereka," tambahnya.
"Sabah bagi mereka adalah tanah
yang menjanjikan. Bagaimanapun ada orang Sabah yang pandang rendah pada mereka
sebab mereka hanya kuli. Apa yang mereka bawa ke Sabah hanya tenaga kasar, tak
macam orang lain yang bawa modal,"
sambung Muliyati, "orang Indonesia pun bukan lebih rajin dari orang
Malaysia."
Kenapa? tanya saya. Dan dia terdiam.
Kenapa? tanya saya. Dan dia terdiam.
"Mereka cuma lebih kuat kerja dari
kita," kata dia.
Termenung sejenak, dia menambah,
"Mungkin hidup di Indonesia susah. Bila dapat kerja di Malaysia mereka
terpaksalah kerja kuat sebab itu sajalah pekerjaan yang mampu mereka buat."
Orang Indonesia, katanya, tak kisah
kerja lasak di kebun kelapa sawit, sektor yang mula dijauhi orang Sabah.
Menurut Datuk Dr. Patawari Patawe,
mantan Adun Sebatik (2004-2008), orang Sabah cenderung puas dengan apa yang mereka miliki kerana
hidup yang serba mudah.
"hidup kami hasil
subsidi," tambah dia, merujuk subsidi kerajaan untuk sesetengah barang.
"Tapi untuk Indonesia, populasi
mereka besar dan mereka harus bertarung untuk hidup. Contohnya, Orang Sabah
mampu katakan 'Ini pun cukuplah' bila mereka dapat tangkap ikan yang sedikit. Tapi
bagi orang Indonesia, kalau berhenti berkerja, mereka tak ada apa lagi untuk
dimakan."
Bila ada perlawanan bolasepak
Malaysia-Indonesia, keluarga Muliyati terbahagi ikut kewarganegaraan. "Saya, suami dan anak, sokong
Malaysia. Ibu dan kakak sokong Indonesia," ujar dia.
"Indonesia! Indonesia!"
jerit Asirah yang terdengar perbualan kami.
Rumah panggung kayu tradisional ada di mana-mana di Kampung Bergosong Pulau Sebatik. |
"Tapi ini persaingan
sihat" pantas Muliyati menambah.
Sewaktu tahun-tahun 60an, sebelum
dan selepas Borneo Utara jadi sebahagian Malaysia, persaingan antara kedua negara tak begitu
sihat. Sebatik ialah salah satu lokasi panas ketika Indonesia mulakan
permusuhan di kawasan sempadan di Borneo.
Fathalaripin Sandong, 65, lelaki
Tidong yang tinggal di kawasan Malaysia di Pulau Sebatik ingat betul isu
Konfrantasi ini.
"Konfrantasi terjadi sebab
orang Sabah mahu jadi sebahagian dari Malaysia," kata dia. Konfrantasi itu
menakutkan. Kami takut ke kebun menorah getah atau ke laut tangkap ikan sebab
askar Indonesia menyamar jadi nelayan atau petani untuk menangkap kami.
Suatu masa dalam tahun 1963, Angkatan
British bersama Gurkha dan Askar Melayu tiba-tiba muncul di kampungnya, dekat
dengan sempadan Indonesia.
"Angkatan itu bina kem kira-kira
200m dari perimeter kampung. Mereka suruh kami gali lubang 2.4m x 1.2m di bawah
setiap rumah. Mereka minta kami lompat ke dalamnya kalau berlaku
tembakan," Imbau Fathalaripin yang baru 16 tahun waktu itu.
Pekebun kecil yang miliki 3.2ha kebun
getah di pulau ini terkenangkan pertempuran kecil antara kedua-dua pihak.
"Kami takut peluru sesat. Anda
tak perasan kalau ada musuh. Mereka ada di kedua-dua belah sempadan," katanya.
Selepas insiden itu, orang kampung
tinggalkan rumah masing-masing.
Tapi itu semua dah berlalu. Sekarang
orang kampung baik di sebelah Malaysia atau Indonesia hidup harmoni.
Ambil, misalnya, Kampung
Sungai Melayu yang miliki sempadan tak
terlihat memotong kampung ini menjadi dua. Bayangkan anda berdiri di tengah hamparan padi. Di belakang adalah perkampugan nelayan Sabah dan di depan
ialah sekelompok rumah Kalimantan. Kampung Sungai Melayu dihuni orang Bugis yang berfikir sempadan hanyalah satu garisan pada peta.
Kalau anda tak diberitahu kampung
ini berada tepat ditengah-tengah sempadan antarabangsa, tak ada siapa yang akan
tahu.
Sanusi Lada, 60, warga Malaysia
keturunan Bugis, kelahiran Bone, Sulawesi, menebar jala di muara sungai dan kemudian
seberang sempadan ke Kalimantan untuk lawat sepupunya Hayati Lahabe, 50an,
warga Indonesia keturunan Bugis yang mengusahakan sebuah gerai.
"Kami mungkin semuanya Bugis, tapi
hidup kami berbeza," kata Hayati. "Lebih banyak peluang ekonomi di
Sabah."
Inilah sebabnya Abdulrahman Sudin
bersyukur lahir di Pulau Sebatik sebelah Malaysia. Orang tuanya sampai ke Pulau
Sebatik pada tahun 50an untuk berkerja di syarikat North Borneo Timber.
Sewaktu Konfrantasi, angkatan
British menangkap dan memenjarakan ayahnya tiga tahun kerana dicurigai
berkerjasama dengan Indonesia.
Atas alasan Abdulrahman dilahirkan
pada 10 Oktober 1963, ketika Malaysia baru terbentuk, Ayahnya memutuskan mohon
kewarganegaraan Malaysia untuknya.
"Mungkin ayah saya sedar hidup bakal
sulit kalau saya didaftarkan kewarganegaraan Indonesia," kata lelaki 49
tahun itu.
Dalam tahun 80an, Abdulrahman lawat
ayahnya di Ujung Pandang, Sulawesi. Dan dia sedar ayahnya telah buat keputusan
yang tepat.
"Hidup di sana susah. Saya
kesihan saudara saya di Indonesia. Semuanya jadi petani. Anda boleh makan (dari
apa yang anda tanam) tapi anda tak dapat pasarkan hasil tanaman anda sebab
jarak ke bandar yang terlalu jauh," kata Abdulrahman yang menghuni rumah
batu dan berkerja di kebun kelapa sawit 2.8ha pemberian Lembaga Pemajuan Tanah
Sabah.
"Kalau saya tinggal di sana,
saya tak mungkin boleh hidup. Kerja apa yang boleh saya lakukan? Orang
Indonesia pun pergi Sabah kerana mereka tak dapat cari kerja di negaranya.
Orang Indonesia sanggup gadaikan apa saja untuk sampai ke Malaysia.
Abdulrahman juga nyatakan tentang kos
perubatan dan pendidikan di Malaysia yang percuma.
Ketika Abdulrahman pergi ke Sabindo,
sebuah kawasan kejiranan di Tawau yang popular dengan orang Indonesia, dia dengan
mudah dapat kenal siapa pendatang.
"Lihat saja tatu di badan
mereka, lukisannya cincai saja dan rekaannya tak masuk akal seperti Asbudi
- maksudnya Anak Sulawesi Buang Diri.
Tatu itu, menurut Abdulrahman,
adalah cerminan hidup di Indonesia.
"Susah hidup di sana. Mereka
tak patuh undang-undang. Sebab itu tatu mereka tak sempurna seperti rekaan tatu
di Malaysia. Saya beruntung lahir selepas Malaysia terbentuk," katanya.