بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca






‘Kami Suku Pomak’

Perkampungan Muslim Thrace (Greece) Yang Terabaikan
Alexandra Tzavella
24 April 2014 10:36am
“Tidak ada siapapun yang pedulikan kami, kata orang Pomak. “Mereka pura-pura ingat kami waktu pilihanraya. Semua yang mereka tahu, kami mungkin bukan sebahagian dari Greece”. Rungutan seperti ini bergema di seluruh perkampungan Muslim di pergunungan Thrace, kampung dengan penduduk yang terlupakan. Infrastruktur yang terabai dan nama-nama yang telah dilenyapkan.

Orang Pamok di Thrace adalah minoriti komuniti beragama. Mereka adalah komuniti warga yang berbahasa Bulgaria di negara orang-orang Greek.

Papantanda jalan dalam bahasa Greek terlihat pelik dan puitis di Kampung Gorgona (Duyong), Oreo (indah), Chloi (perhiasan), Zoubouli (bunga hyncinth), Siroko (angin panas musim bunga) dan Kyknos (angsa). Kehidupan di sini kelihatan bernuansa Turki ke Greece. Semakin juah kita keluar dari bandar pentadbiran Xanthi, semakin hilang bahasa Greek. Sesuai seperti kata mereka “Nie sme Pomatsi” atau “Kami suku Pamok”.

Orang Pamok di Thrace adalah minoriti komuniti beragama. Mereka adalah komuniti warga berbahasa Bulgaria di negara bangsa Greek. Perjanjian Lausanne 1923, yang memutuskan pertukaran penduduk antara Greece dan Turki yang menjamin status agama minoriti telah membolehkan mereka tinggal, dan mendapat hak dan kewajiban sama seperti warga Greece lainnya.

Suhu menghampiri tahap sifar. Dari kampung Sminthi hinggalah ke penduduk di Myki dan Echinos, asap berkepul keluar dari serombong asap dan wap air kopi  “Kopi ini dari Turki atau Greece?”, Tanya saya. “tu dari Pamok!” Jerit pekedai kopi di Sminthi. Melintasi tingkap-tingkap dapur yang terbuka, terhidu aroma rempah. Suara muazzin kedengaran di sepanjang jalan. Tiga budak bertutur bahasa Turki sedang menendang bola di tengah jalan. Mereka adalah antara 40 murid dari sekolah minoriti kampung. Sekolah berbahasa Greek terdekat terletak sekali perjalanan dengan teksi di Xanthi.

Perjalanan ke Xanthi melalui sebuah kem tentera kecil. Sehingga 1996, ada sekatan dari setiap arah menuju perkampungan suku Pamok yang memerlukan penduduk kemukakan permit keluar dan masuk. Hari ini, hal itu tinggal sejarah.

Encik Doukenzi berdiri di depan kedainya sambil mengangkat tangan. Tapak tangannya menjunjung bahan membakar touloubakia (pastri goreng dalam sirap) “cubalah dulu sebelum kamu bercakap saya,” kata chef pastri berusia 35 tahun. Dia lahir dan membesar di Kampung Kentavros.

“Susah untuk orang sini pergi sekolah. Suku Pamok dan sekolah tidak serasi. Saya lulusan sekolah rendah sebelum sambung pengajian dalam bidang penjagaan kanak-kanak di Turki. Sekarang saya dan keluarga balik ke sini semula. Saya nak balik sini kerana ini kampung halaman saya. Saya rindu negara ini. Tempat tinggal kita adalah di mana kita lahir dan membesar. Dan situlah tempatnya kita selalu rasa ingin kembali”.

“Sini memang sentiasa wilayah Greece, tapi kami sentiasa orang asing. Kamu tak boleh beli rumah atau kereta, apatah lagi lessen memandu. Bagaimana kamu dapat merasa negara ini perlukan kamu?” Tanya pemuda dari Echinos. “Negara ini membuatkan orang jadi fanatik. Kami adalah contoh kepada kaum minoriti lain. Kami tidak bergantung kepada negara, kami tidak timbulkan huru-hara, kami menghormati jiran. Sayangnya negara tidak pandang kami. Turki hantar menteri melawat kami, Tapi Greece? Selain Alexis Tsipra [pemimpin parti politik], tak ada siapapun yang datang”.

Kampung Echinos terletak sejauh 26km dari Xanthi. Di sini, mereka berbangga akan kejayaan mereka di Jerman. Kami ada 15 syarikat yang beroperasi di sana. Mereka dapat jelaskan bila anda minta mereka ceritakan tentang kampung halaman mereka. “Lelaki Itu kerja di Jerman, membuat dan membaiki kapal layar,” kata Ahmed.

Persamaan itu betul di Myki. Ramai orang perempuan duduk di kampung, kerja di ladang tembakau dan membesarkan anak-anak. Salah seorang dari mereka adalah Belkis Besia. Dia dilihat berjalan dengan suaminya yang baru pulang bercuti dari Jerman. “Lelaki itu balik sememtara bulan Mac ini sebelum berangkat lagi. Dari 500 penduduk yang masih tinggal, hampir semuanya perempuan” Kata dia. Perempuan itu memimpin tangan anak perempuannya berusia dua tahun yang memakai pakaian tradisional Pamok.

Rumah-rumah penduduk di sini dalam keadaan uzur. “Setahun kami dilarang membaiki rumah sendiri.” Katanya, sambil merujuk peraturan lama yang melarang komuniti minor memohon surat kebenaran untuk membina atau membaiki rumah.

Jemal, seorang pekerja limbungan kapal di Jerman pula berkata, “bila saya balik kampung, saya akan bantu orang tua urus ternakan. Jangan tanya banyak tentang itu. Kami hasilkan susu organik, tapi kami tak dibayar upah. Kami membakal susu untuk kompeni Greek, tapi mereka merompak kami. Kami tak dibayar”.

Di seberang jambatan yang menghubungkan dua bahagian kampung, terletak sebuah sekolah minoriti. Sekolah yang terbentuk hasil perjanjian Greece - Turki pada tahun 1950an. “Perjanjian kebudayaan 1968 menetapkan semua penduduk Muslim di Thrace, Greece perlu dididik dalam bahasa Turki,” kata Nikos Kokkas, seorang guru yang selalu mengikuti permasalahan suku Pamok.

Aynur, seorang gadis yang berasal dari Echinos. Tapi Turki telah memenangi hatinya. Dia pernah ambil masa satu jam untuk ke sekolah di Xanthi. “Sekarang kalau ke sekolah cuma lima minit”, kata gadis berselendang merah dalam bahasa Greek yang hancur, tentang sekolah barunya yang bagus di Istanbul. Tilam dan katilnya saja dicaj €1,000 setahun. Ayah Anyur juga seorang pekerja di Jerman.

“Jika anda putuskan tinggal di Turki, negara itu akan bantu anda. Jika anda putuskan belajar di Greece, anda mungkin lulus ujian ke universiti, tapi anda mungkin terkandas” Kata seorang penduduk kampung.

“dulu, orang perempuan tak pergi sekolah,” kata Ahmed Sianko. “Pada tahun 1993, hanya saya dan seorang kawan satu-satunya anak kampung yang bersekolah menengah di Xanthi. Selebihnya semua terkandas.” Ujar isterinya, Nursen Karacholtsa. Hari ini, kedua mereka putuskan menghantar anak ke sekolah kebangsaan Greek. Anak mereka sekarang boleh bertutur tiga bahasa: Turki, Greek dan Pamok. Sebaik pulang sekolah sekitar waktu merarau (makan tengahari), mereka bergegas pula untuk ke masjid, mengaji Quran.

“Semua yang ada di sini bercampur aduk, sampai kami sendiri sulit jelaskan kami ini datang dari mana. Kami keliru. Kami tinggal di Greece, ketika kami harus dalami agama kami, kami tetap perlu tahu asas bahasa Greek.” Tegas Nursen.

“Apa jawapan anda bila orang tanyakan identiti kebangsaan?” saya bertanya.

“Kami rasa, kami ini semuanya serba sedikit. Sedikit Turki, sedikit Bulgaria, sedikit Greek. Kami jalani program khidmat negara dengan baik di Greece sama seperti orang lain. Politik pun satu hal lagi. Tapi fokus kita 'kan cuma satu: cari duit. Bukan begitu?”

“Bila tiba musim sejuk, kami tak dapat bercucuk-tanam. Semuanya beku. Saya hanya ada kedai. Saya tak tahu macamana saya dapat bertahan.” Kata Erhan Kechagia dari Myki. Erhan adalah ayah kepada kekuarga besar yang memiliki kafe internet, tempat anak-anak tempatan menghabiskan masa.

Menjelang umurnya 40 tahun, Erhan pernah ke sekolah semula. “Saya hadiri kelas dewasa dan duduki peperiksaan peringkat sekolah. Selepas itu saya masuk sekolah vokasional dalam bidang IT dan lulus ujian ke universiti. Itu perjalanan yang panjang, tapi berbaloi”.

Erhan bimbang masa-depan empat orang anaknya. “Tidak ada masa depan di sini selain beli keldai dan bawa ke gunung. Kalau kami dapat hantar anak sulung kami belajar keluar negara, kami akan lakukan”. 

Kanak-kanak di sini hanya belajar Bahasa Greek sebagai bahasa asing. Begitu info yang saya dapat dari Ioanna Mantzari, seorang guru bahasa Greek. Di sekolah minoriti di Ethinos, kelas bahasa Greek diadakan pada pukul 4 petang. Mereka tiba sejam sebelum kelas bermula, tapi hanya pulang selepas tamat waktu belajar. Mereka semua sayang guru. “Waktu Jamile mula-mula  belajar di sekolah ini, dia tak tahu langsung bahasa Greek. Ibubapa pun tak dapat banyak membantu. Di rumah pun mereka bertutur bahasa Pamok sebagai bahasa utama. Mereka belajar Bahasa Greek hanya sebagai bahasa asing,” kata Mantzari, Guru Bahasa Greek dari Pusat Pendidikan Kanak-Kanak Minoriti Muslim (Kespem). 

Mantzari berasal dari Chrysoupli, dekat Kavala. Untuk mengajar di Echinos, dia perlu menempuh perjalanan sejauh 85km – separuh masanya habis di jalanraya. “Saya mula kerja dalam program ini pada tahun 2011. Mulanya susah sekali, sebab kami tak pernah ada kontak dengan kaum minoriti. Ini memang pengalaman yang memeranjatkan."

"tapi ibubapa di sini positif. Secara ekonomi, situasi di sini lebih baik dari Kavala. Orang lelaki di sini semuanya kerja di luar negara”. Katanya.

*Ini adalah versi terjemahan dari artikal asal yang tersiar dalam akhbar harian Greek, Eleftherotypia. (https://neoskosmos.com/en/22943/thrace-muslims-were-pomaks/)