![]()  | 
| Panorama Alam Kerinci, Jambi, Sumatera | 
Kerinci,
 anugerah tuhan yang tak terhingga untuk masyarakatnya. Masih suci, 
masih sejuk dan  tetap sakti.
Ulu Klang; 20hb Dis. 2005.
 Perjalanan ke Kerinci saya mulakan dari Kampung Kemensah, Ulu 
Klang, Selangor. Saya bersama Alisdi (anak Kerinci yang kebetulan mahu pulang ke kampungnya seperti cerita saya di atas) serta rakan-rakannya Wan, Mad dan
 Mail (juga dari Kerinci) telah bersedia seawal jam 5 pagi.  Kami 
lanjutkan perjalanan ke Hentian 
Puduraya sebelum naik bas menuju Melaka. Suasana dalam bas 
terasa ganjil. Seumur hidup, inilah pertama kali saya naiki 
bas yang di dalamnya penuh warga asing. Dari wajah mereka, saya yakin 
semuanya warga 
Indonesia. Mereka bicara dalam bahasa-bahasa yang tidak dapat saya 
fahami. Serasa seperti sayalah satu-satunya warga Malaysia di dalam bas 
ini. Mungkin mereka menuju ke satu destinasi yang sama, turun 
di pelabuhan 
- naik feri dan pulang ke kampung halaman masing-masing di pulau 
seberang. 
| Penulis bergambar dalam feri menuju Dumai | 
| Ini sebahagian panorama yang saya lihat di sepanjang jalan | 
Dumai; 11.00 Pagi (WIB). (12.00 tengah hari waktu Malaysia). Feri yang kami naiki selamat mendarat di Pelabuhan Dumai. Kota ini terlihat tenang. Kekecohan yang saya bayangkan bakal terjadi kepada warga Malaysia, tidak terlihat. Sebelumnya saya selalu dimomokkan oleh teman-teman di Kuala Lumpur yang minta saya berhati-hati bila sampai ke seberang. Kata mereka orang Indonesia rambang mata bila lihat orang Malaysia, semuanya disangka berduit. Selepas urusan di Imigresen selesai, kami berlima menuju pejabat Perusahan Feri Indomal Ekspres di pusat kota.
Ketika saya, Alisdi, Mad dan Mail berehat di dalam, Wan cuba bincang dengan beberapa pengusaha van yang banyak tunggu di luar. Secara tak langsung, Wan bagai ketua dalam kumpulan kami. Akhirnya dia berjaya dapatkan kenderaan buat kami lanjutkan perjalanan ini hingga ke Kerinci. Perbincangan dengan pemandu dilakukan berhati-hati supaya kami dapat potongan harga yang seminimum mungkin. Waktu itu saya ditegah bersuara, kata mereka supaya identiti Malaysia tidak diketahui. "Takut dikenakan ongkos yang lebih mahal" jelas Alisdi.
Sementara
 itu, suasana di dalam pejabat Perusahan Feri Indomal riuh 
rendah dengan kedatangan pengunjung yang tak putus-putus. Ada yang baru 
mendarat dan ramai yang menanti masa untuk masuk ke Malaysia. 
Saya 
sempat berbual dengan dua remaja asal Madura yang akan ke Malaysia untuk
 kali pertama. Nekad sekali dua remaja ini untuk cari kerja 
walaupun tanpa permit. Malah, belum ada lagi kerja yang menanti pun kedua remaja ini sudah begitu berani. Rupanya Kota Dumai jadi pusat transit bagi imigran Indonesia 
yang ingin kerja di Malaysia.
3.00 petang WIB.
 Satu berita sedih telah kami terima, Wan dan Mad dikhabarkan 
terpaksa masuk semula ke Malaysia sebagai pelancong kerana agen yang 
uruskan kemasukannya gagal dapatkan visa sambungan. Biarlah, saya 
sendiri kurang tahu prosidur sebenar bagi warga asing yang kerja di 
Malaysia. Malas untuk saya fikir. Tanpa mereka berdua pun, cita-cita untuk
 ikut Alisdi balik ke Kerinci tetap berjalan seperti biasa. Kini 
tinggallah saya,
 Alisdi dan Mail saja yang akan meneruskan perjalanan. Sebelum menanti 
kenderaan yang akan bawa kami ke Kerinci bersedia, kami ambil 
peluang meninjau-ninjau sekeliling kota.  Pesatnya pembangunan kota 
Dumai mengubah persepsi saya pada Indonesia. Negara yang sering 
digambarkan tertinggal oleh kebanyakan warga Malaysia ini tidaklah 
semundur 
yang saya sangka. Kemajuan Dumai benar-benar membetulkan sangkaan itu. 
Kota ini setanding dengan banyak pusat-pusat daerah di Malaysia. 
Malah telah diiktiraf kotamadya kedua di Provinsi Riau. Setaraf majlis 
perbandaran.
6.00 petang WIB. Menjelang senja, Van yang dijanjikan akan bawa kami ke destinasi masih lagi belum tiba. Kami putuskan berehat dulu di sebuah musolah berdekatan. Rupa-rupanya orang 
di Dumai 
tidak faham istilah surau. Selesai solat maghrib, kami ke sebuah 
warung berhampiran untuk mengalas perut. Kagum lihat rumah-rumah kampung
 di pinggir kota yang lengkap dipasang parabola.  Satu pemandangan asing
 yang tak dapat dilihat di Malaysia. Satu lagi yang dapat saya perhatikan,
 pertuturan harian orang kampung di sini saling tak tumpah seperti dialek 
Melayu Johor, tapi bicara mereka automatik bertukar ke bahasa Indonesia bila bertemu orang luar. Termasuklah dengan saya sendiri, padahal 
saya
 juga bertutur dalam dialek yang sama seperti mereka. Tanyakan Kenapa?
8.00 malam WIB.  Sudah jenuh menunggu, akhirnya. van yang mereka gelar CWN telah siap berkhidmat. Kami bertiga, serta dua lagi penumpang lain segera diangkat ke Kerinci. Tapi malang 
buat saya, keramahan pemandu yang tak sudah-sudah bertanya membuat saya
 gagal menyembunyikan identiti. Terpaksa berterus-terang bahawa saya 
orang Malaysia. 
Mungkin itu lebih baik dari terus berpura-pura biarpun saya 
sedar implikasinya. Entahlah. Van terus meluncur laju meninggalkan kota 
Dumai dengan iringan lagu-lagu Melayu asli dendangan Siti Nurhaliza. 
Saya Bangga.
Padang; 21hb Dis. 2005. Kini kami
 sampai ke ranah Minang. Selepas 11 jam menempuh perjalanan panjang dalam suasana yang gelap, saya sekarang dapat melihat. Nampak banyak bangunan bentuk tanduk kerbau berbalam-balam, di balik kabus subuh dinihari. "SELAMAT PAGI SUMATRA", Ingin 
saja saya teriak ke segenap isi alam bahawa saya sudah sempai
 sini, Sudah jejakkan kaki ke Sumatera, sebuah bumi asing yang tidak 
pernah saya sangkakan selama 
ini.
8.00 pagi WIB.
 Di kota Padang, kami diarahkan turun 
dari CWN (mereka sebut CheWe'En, syarikat yang mengusahakan khidmat
 perjalanan jarak jauh di Indonesia yang menggunakan Van). Hairan 
rasanya bila disuruh turun di 
pertengahan jalan.  Menurut pemandunya, biaya tambang yang telah kami 
bayar cukup setakat sampai di Padang saja. Mail segera membantah 
kerana rasa tertipu. Menurut pemandu itu lagi, kami memang telah lama ditipu sejak perbincangan di Dumai lagi. Akhirnya kami mengalah
 juga, jadi terpaksa tempah van lain untuk sambung perjalanan dengan 
tambahan tambang Rp75,000 seorang. Sebelum perjalanan disambung, saya 
sempat menjamah beberapa bungkus keropok kulit kerbau yang sangat 
popular di sini.
Perjalanan
 diteruskan melewati 
jalan-jalan berbukit yang curam dan berliku. Rasa letih terubat bila 
kenderaan yang kami naiki masuk ke kawasan Alahan Panjang. Dari jauh 
terlihat pemandangan danau (tasik) yang sungguh menawan. "Itu Danau 
Maninjau" kata pemandunya. Van berhenti 
seketika di sebuah gerai yang menjual buah markisa. Cuaca sejuk 
pergunungan mula terasa. Dinginnya makin menggigit bila melangkahkan kaki ke luar. Alisdi langsung bergegas untuk segera ke tandas atau WeSe 
menurut sebutan mereka, saya masih kekok menyebutnya. Tandas di kawasan rehat 
ini dibina dari susunan buluh-buluh yang dipasang jarang. Kelibat manusia yang menggunakan tandas di dalam, dapat dilihat jelas dari 
luar. Saya terpaksa jadi dinding tambahan untuk halang Alisdi dari 
diintai orang.
Kabupaten Kerinci; 3.30 petang WIB.
 Perjalanan diteruskan. Akhirnya kami kini sampai ke Provinsi Jambi. Pintu 
pertama provinsi ini ialah Kecamatan Kayuaro. Lanskap di kiri dan 
kanan jalan tampak indah dengan 
hiasan ladang teh yang luas terbentang. Saya mula rasakan keajaiban yang
 
ada di daerah ini. Tentang wujudnya sebuah daerah berpenghuni di puncak 
pergunungan tinggi yang sukar dijangkau manusia. Kenapa susah-susah 
mereka pilih menghuni di atas gunung? Saya masih belum habis fikir soal itu.
![]()  | 
| Di daerah ini, sawah dan ladang teh berselang seli | 
![]()  | 
| Kota Sungai Penuh - didirikan di atas atas dataran tinggi | 
| Inilah Alisdi dan Mail | 
Belum
 puas hayati keindahan kota, perjalanan terpaksa diteruskan menuju ke 
Desa Seleman. Alisdi kesuntukan waktu. Sudah tak sabar dia untuk sampai 
ke kampungnya. Kami 
sekali lagi tempah van untuk ke sana. Nampaknya kenderaan jenis 
ini begitu penting dan sangat mendominasi pengangkutan awam di 
Sumatera. "atau mungkinkah di seluruh Indonesia?" Entahlah, saya belum 
pernah ke pulau-pulau yang lain. Keletihan terasa
 semula bila perjalanan kami menempuh satu lagi jalanraya yang sempit 
dan 
berlopak. Ditambah dengan penumpang lebih muatan, azabnya makin terasa. 
Saya hanya 
mampu bersabar.  Mungkin inilah yang dilalui hari-hari oleh masyarakat 
di sini. Saya juga dah tak keruan fikirkan bagaimana sambutan masyarakat 
setempat terhadap saya, orang asing yang datang dari negara seberang. Semakin saya fikir, semakin menakutkan.
| Susunan Rumah di Desa Seleman | 
Berita
 
kepulangan Alisdi bersama seorang tamu dari Malaysia sangat cepat 
tersebar. Tak putus-putus rumah keluarganya dikunjung orang. Saya sangat
 
terharu, apa lagi melihat layanan mereka yang penuh sopan. Tidak pernah 
saya gambarkan sambutan yang sebegini. Di sebelah malam, saya dijamu 
dengan masakan khas Kerinci yang disediakan bergotong-royong. 
Sesungguhnya mahu berlinang air mata ini bila menerima layanan 
kelas pertama dari mereka walhal mereka hanya terima seorang tamu yang tidak ada apa-apanya. 
Di
 sini, walaupun bahasa mereka sukar saya fahami, ramai yang fasih 
bertutur dalam bahasa Melayu dialek Malaysia. Saya sendiri hairan 
bagaimana bahasa Melayu mereka tak langsung terdengar seperti dialek 
Indonesia. Agaknya, ini mungkin terjadi kerana 
lebih ramai penduduk Kerinci yang tertarik kerja di Malaysia berbanding 
mencari rezeki di tanah Jawa atau tempat-tempat lain di negaranya 
sendiri. 
"Biarlah, bahasa apapun tak mengapa, yang penting kita tetap serumpun". 
 bisik saya.
22hb Dis. 2005; 9.00 pagi WIB.
 Orang di sini masih lagi mandi sungai. Tak pernah saya lihat suasana 
sebegini sepanjang hidup, padahal saya sendiri berasal dari kampung. 
Saya tak ketinggalan mencuba berendam dalam sungai yang 
sejuk dan jernih airnya. Mail menemani saya di pagi ini. Air sungai yang jernih ini terasa
 segar dan sangat alami. Malangnya, keasyikan berendam dalam air 
yang sejuk itu terganggu seketika bila hadir seorang lelaki dalam 
lingkungan umur seusia. Dia datang mendekat sebelum tiba-tiba melucutkan seluar, 
telanjang dan melabuhkan punggungnya ke gigi air.  Mail sekadar beri 
isyarat agar jangan hiraukan lelaki itu. Tapi keinginan untuk cari tahu memaksa saya curi pandang ke arahnya juga. Opsss, rupa-rupanya lelaki itu 
sedang membuang hajat besar di dalam sungai. Oh Tuhan. Keghairahan mandi mengikut cara tradisi tiba-tiba hilang. Campur-baur perasaan ini. Geli. Jijik. Tergamam. Saya malu sendiri lihat dia, tapi dia sekadar membatu 
tanpa reaksi apa-apa. Dengan selambe dia biar terdedah kemaluannya tanpa berbalut apa-apa. Malah terus tenang buang air besar tanpa terganggu sedikitpun oleh mata-mata yang memerhati. Mungkinkah kerana kami semua lelaki, maka dia 
bersikap tidak apa? Atau mungkin kerana inilah yang mereka lalui 
hari-hari, maka mereka lali? "Oh, seperti inikah wajah Indonesia" 
bisik hati saya.  
Sekali-sekala saya memandang beberapa kaum ibu sedang cuci pakaian di tebing sungai di 
kejauhan sana. Terlalu tradisi. Suka lihat mereka.
![]()  | 
| Satu sudut indah di Bukit Kayangan | 
| Bergambar di atas batu di Puncak Bukit Kayangan | 
Panorama
 alam Kerinci 
terlalu indah untuk dinyatakan dalam tulisan. Dari puncak Bukit Kayangan dapat dilihat Danau Kerinci dengan kelompok desa-desa yang bertaburan di 
sekeliling.  Secara geografi jelas dapat saya lihat kalau Kerinci berlokasi di satu kawasan lembah di tengah-tengah Banjaran 
Barisan, banjaran gunung yang membahagi dua Pulau Sumatera. Agung 
ciptaan Tuhan. Paling indah, saya lihat puncak Gunung Kerinci 
sayup-sayup di kejauhan. Saujana mata memandang.
Sebelah
 petang, saya dibawa berkenalan dengan orang-orang kampung. Suku Kerinci 
sungguh peramah dan sangat hormat tamu. Kata mereka, sayalah anak Malaysia pertama yang sudi berkunjung ke desa ini.  Ada juga
 orang kampung yang tanyakan pek minuman milo dari saya. Untuk apa? tak sempat saya selidik.
Jumaat, 23hb Dis. 2005.
 Rutin harian berlangsung seperti biasa. Saya, Mail dan 
Alisdi sekali lagi bangun awal untuk mandi di sungai. Seperti selalu, ada saja orang kampung yang buang hajat dalam air di sungai yang sama tempat mereka bersihkan diri. Kali ini
 giliran dua remaja perempuan belasan tahun. Mujurlah mereka jauh dari 
kawasan tumpuan manusia, kalau tidak tentu mereka jadi mangsa 
intaian kaum adam. Saya mula berkira-kira untuk jaga makan 
selama disini, takut-takut saya pula yang terpaksa lalui pengalaman 
paling ngeri seperti itu. Oh tidak, tak dapat saya bayangkan.
Sementara
 menanti solat Jumaat, saya sempat berbual-bual dengan Daman, remaja 
lelaki yang tinggal berjiran dengan rumah Alisdi. Sedih dengar 
kisahnya. Daman tinggal sediri di rumahnya di daerah yang serba 
kekurangan ini. Seluruh keluarga dia telah merantau cari kerja di Malaysia. 
Tinggallah ramaja 14 
tahun ini menguruskan diri dan sekolahnya sambil mengharap kasih nenek 
yang datang sekali-sekala menjenguk. Terbayang betapa getirnya masa depan dia tanpa pengawasan ibubapa. Sungguh hiba mengenangkan 
nasib Daman. 
Kisah Daman hanyalah satu kisah sedih 
anak kecil yang terabai ketika ibubapa mereka merantau cari kerja di tanah 
seberang. Sayunya rasa hati ini. Mengapalah begini nasib saudaraku rumpun 
Melayu. Mengapa kita perlu terpisah oleh dua sempadan politik yang 
berbeza. Kenapa kau pisahkan kami wahai Inggeris dan Belanda. Ah, 
Terlalu sedih untuk saya fikirkan. 
Saya dan Daman sempat tunaikan Solat Jumaat di Masjid Jame' Koto Tengah. Saya lihat banyak jemaah yang pandai mengenakan baju melayu. Kata Daman, inilah antara 'ole-ole' yang paling kerap dibawa pulang oleh warga yang berkerja di Malaysia. Baju melayu, baju kurung dan milo. Lucu juga anak ini. Kalaulah boleh tanpa pasport, akan saya bawa Daman menyeberang Selat Melaka. Akan saya temukan dia dengan keluarganya. Paling tidak, akan saya jaga dia seperti adik kandung saya sendiri.
Sebelah 
petang, saya ikut Mail dan Alisdi ke kota Sungai Penuh untuk cari 
sesuatu yang boleh dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke 
Malaysia. Di kota ini, saya sempat singgah di sebuah warung telefon 
(wartel) dan buat panggilan ke pejabat. Kesian Khairol di sana kerana
 terpaksa selesaikan semua tugasan yang saya tinggalkan. Sebelum pulang 
ke Desa Seleman, kami sempat menikmati secawan kopi telur, satu menu 
istimewa yang tidak ada di Malaysia. Lupa pula membeli sebungkus bakso 
yang dipesan Daman. 
![]()  | 
| Beberapa rumah para nelayan dibina di pinggir danau | 
![]()  | 
| Dermaga - Permulaan bagi semua aktiviti air | 
Hari ini Danau Kerinci penuh sesak dengan orang-orang kampung yang datang menangguk ikan. Kononnya tanah di dasar danau bergegar menyebabkan ikan mabuk lalu terapung-apung di permukaan. Seronok dapat tangkap ikan gunakan tangan.
Kami berjalan lagi di 
sekeliling danau. Di sini, di mana saja kami pargi, keadaannya seperti di
 pasar ikan. Ramai yang lebih senang tunggu di tebing dan beli saja
 ikan-ikan yang telah didaratkan. Sebelum pulang, konvoi kami singgah di
 sebuah warung berhampiran. Untuk Daman, Saya gantikan bakso yang dipesan
 semalam. 
![]()  | 
| Panorama Danau Kerinci | 
![]()  | 
| Masjid Desa Sanggaran Agung dilihat dari seberang | 
Kami
 juga sempat singgah di Air Terjun Telun Berasap. Pengunjung 
perlu menuruni anak tangga untuk lihat air terjun tersebut.
 Rupanya dasar air terjun itu terletak jauh di bawah gaung. Kami hanya 
mampu 
berhenti di tengah jalan dan lihat tujahan air yang datang dari atas 
jatuh menimpa batu di bawahnya dalam jarak lebih kurang 5 meter. Tujahan
 
air itu menghasilkan wap halus seperti kepulan asap-asap yang 
berterbangan di udara. 
Satu lagi keindahan alam ciptaan tuhan yang belum pernah saya lihat. Jujur, keindahannya sungguh sukar saya bayangkan dengan kata-kata. Pendakian semula ke atas terasa memenatkan. Ada antara kami sampai terkencing di dalam seluar. Mungkin 
kerana keletihan.
Kami teruskan perjalanan ke Kayu Aro untuk lihat ladang teh. Kehijauan ladang teh kini dapat saya 
hayati. Seronok berlari di celah pepohon teh ala filem 
Hindustan. Ladang ini merupakan perusahaan milik pemerintah 
Indonesia. Pekerjanya terdiri dari imigran Jawa yang didatangkan 
khas melalui program transmigrasi.
Perjalanan
 pulang ke Desa Seleman kami harungi dalam cuaca hujan. Tak 
sanggup kebasahan, kami singgah berteduh di sebuah warung di pertengahan
 
jalan. Pengusaha dan pengunjung
 tetap warung ini terdiri dari masyarakat keturunan Jawa. Sempat juga 
saya cuba sepatah dua perkataan Jawa yang pernah saya pelajari di 
Johor, dan mereka memahami. Biarpun hampir sejam berteduh, hujan tidak 
langsung menunjukkan tanda akan berhenti.  Akhirnya kami 
terpaksa meredah hujan untuk teruskan perjalanan pulang.  Malang 
sekali, musibah datang bila motosikal yang ditunggang 
Alisdi terlibat dalam kemalangan. Saya tercedera.
Menjelang
 
malam baru hujan reda. Kesihatan saya terganggu kerana terlalu 
lama kehujanan. Saya hanya berehat
 di rumah sambil ditemani Daman. Tak larat ikut Alisdi ke 
rumah saudaranya. Ditambah dengan kesakitan akibat jatuh 
motor membuat badan saya benar-benar tidak bermaya. "Abang kelelahan 
kale?" ujur Daman yang nampaknya faham situasi saya. Bagaikan ada 
hubungan darah 
antara kami. 
26hb Dis. 2005. 
Hari ini genap setahun tragedi tsunami 2004 melanda. Semua siaran tv di Indonesia 
menayangkan kembali detik-detik sedih tragedi itu. Dari awal pagi hingga
 ke lewat malam semuanya memainkan lagu sedih;  Acheh pasca tsunami. Saya
 turut tersentuh mengenang kembali peristiwa bersejarah itu. Dari 
paparan ketika bencana, kemusnahan, mayat-mayat, anak yatim hinggalah ke
 perutusan terima kasih Indonesia kepada negara-negara yang menbantu 
meringankan beban mereka, semuanya sangat menginsafkan. Sayangnya, 
tidak ada satupun nama Malaysia disebut dalam perutusan itu. Tenggelam di balik nama-nama seperti Amerika, Jepun, Korea, Singapura, 
Filipina dan negara-negara Eropah. Saya keliru dan tertanya-tanya sendiri, 
"tidak adakah sumbangan Malaysia untuk saudara serumpun di Acheh? atau 
barangkali namanya sengaja dilupakan?"  Entahlah.
Esok
 adalah hari terakhir saya di Desa Seleman. Sedang asyik mengenangkan 
apa yang telah saya lalui dalam kembara ini, tiba-tiba saya dikejutkan 
dengan kehadiran Daman. Terharu mendengar permintaannya untuk tidur bersama kami di malam terakhir ini. Daman seperti dahagakan 
kasih keluarga. Kasihan dan sungguh kasih saya kepadanya. Untuk Daman, saya rela tidur 
beralaskan tikar asalkan dia selesa. "Satu hari nanti kita 
akan jumpa lagi". Itulah kata-kata terakhir saya padanya. "Ya kita akan 
jumpa lagi"  ayat sama jugalah yang diucapkan Daman sebelum dia
 tertidur. Selamat malam Daman. 
27hb Dis. 2005. Saya dan Alisdi bersiap awal untuk berangkat ke Pekan Baru dan 
seterusnya pulang ke Malaysia. Sementara Mail masih belum puas tinggal 
di kampung halamannya. 
9.00 pagi WIB.
 Van yang bakal bawa kami ke Pekan Baru telah sedia menunggu. Dengan berat 
hati, saya tinggalkan seribu kenangan di bumi yang sakti ini. Saya 
tinggalkan orang-orang di Desa Seleman, saya tinggalkan Rosdi, Subhi, Mak
 Woa, Ila, dan Nazira.  Paling sedih, saya tinggalkan Daman yang 
masih lena dibuai mimpi. Selamat tinggal Kerinci.  Ramai yang 
menghantar saya di perhentian hinggalah kelibat mereka hilang dari 
pandangan. Lalu van pun meluncur laju tanpa mengerti adanya cerita 
perpisahan. Selamat Tinggal Kerinci. Sampai jumpa semua.  








Waw, cerita yang asyik...benar-benar luar biasa....berjalan-jalan ke negeri serumpun (nggak peduli dengan perbedaan negara atau kebangsaan), saya pernah belajar bahasa Melayu dialek Jambi yang memakai 'o'. Sedangkan bahasa Orang kerinci memang susah dipahami. Malah kalau bahasa Melayu Palembang saya banyak paham karena banyak kosakatanya yang berakar dari bahasa Jawa...hehehehe...
BalasPadamAyo, kapan main-main (bila melancong) ke Jawa, atau ke kota saya langsung hehehehehe? Pasti banyak keunikan lain yang berbeda...berbeda dengan Sumatera....:)
Tunggu. Masanya akan tiba.. saya pun dah ramai kenalan orang Lombok. jauhkah lombok dari kota Malang. nanti kalau sampai kesana saya bagitau kamu.
BalasPadamLombok? jauh benjet tuh (Jauh sekali), soalnya jika dari Malang saya harus naik bis ke terminal Ketapang di Banyuwangi (ujung timur Jawa) selama enam jam, disambung naik kapal ferry ke Bali selama 45 menit minimal, lalu dari Gilimanuk ke Padang Bai kira-kira 4-5 jam dan menyeberang selat lombok menuju Lombok sekitar 5 jam lagi...
BalasPadamKalaulah dikau kesini, kabar-kabar ya...:)
ohhhhhh, memang sangat jauh. Sorry, saya belum biasa dengan tempat-tempat di daerah sana.
BalasPadamNdak papa, nanti lama-lama juga biasa kok...
BalasPadamYa..harap tau cik, Indonesia tuh banyaaaaaak sekali suku kaumnya..masing2 dengan logat dan bahasa yang berbeza2..bayangkan jika tak ada bahasa persatuan kan? macam di officeku pun bila orang sunda ketemu sunda mereka akan bertutur dalam bahasa ibu (sunda)..nanti orang batak juga begitu...tapi bila dah berkumpul kita pakai bahasa Jakarta (tak resmi) tapi dalam majlis resmi tentu pakai bahasa baku (Indonesia)
BalasPadamRata-rata bahasa di Sumatra Timur adalah Melayu dengan berbagai logat dan dialek mulai dari Temiang (Aceh), Langkat-Deli-Serdang-Medan, agak beza lagi Asahan & Labuhan batu, lalu Riau Pesisir (seperti semenanjung) dan Riau daratan (Pekanbaru, Kampar, Rokan, Kuantan yang dipengaruhi Minangkabau), Jambi-Bengkulu-Palembang, sedang pantai barat Sumatra pada dasarnya ragam minangkabau. Sila kunjung ke jurnal2 saya, banyak tulisan saya tentang ni...
Terima kasih informasinya ya mas, sungguh kaya alam melayu.
BalasPadamanak melayu yang datang ke tanah nenek moyangnya.
BalasPadamya... kita semua di alam melayu ini telah saling berinteraksi sejak dulu. Orang Jawa Ke Semenanjung, Orang Banjar ke Jawa, Orang Minang ke Bugis, dan begitulah sebaliknya sehinggalah kawasan Nusantara ini dipisahkan oleh sempadan politik. Akar kita tetap sama.
BalasPadamhahahaha....lucu nih!....yah gitulah kalo pertama kali ke Sumatra, apalagi kalo pakai Ferry dan lewat jln. darat. Sebenernya En. Fazli pelabuhan yg anda lewat itu (Pelabuhan Dumai) banyak orang yg kurang benar!....bukan hanya kita! malah orang Indonesia yg kerja di Malaysia sendiri kadang2 rasa takut sebaik saja turun dari ferry.Maklumlah mereka tue orang-orang kecil yg agak susah kehidupan, jadi gak heranlah punya segala macam orang!....
BalasPadamTetapi kalo sudah biasa gak pa2..tenang aja gitu!...hehehe......next time awak ikut saya plak ok!...kita pusing satu SUMBAR!.....kita tengok tanah Minangkabau....
En. Fazli bertugas dengan SPKK (Housing Developer) yer?...Construction! patutlah ramai kenalan orang Indonesia, pasti banyak anak Lombok, Madura nih!....kerana suku bangsa ini yg banyak terlibat dlm. bidang binaan......
BalasPadampusing SumBar....? insyaallah kalau ada kesempatan masa & wang. Kalau boleh nak tengok batu Malim Kundang kat Padang. Masa pegi Kerinci dulu tak sempat nak singgah. ...
BalasPadamSaya keje kat SPPK, keje biasa je.... kat sini memang ramai TKI. macam-macam suku ada. bahasa diaorang pelik-pelik sampai susah nak cam suku apa. Tapi kalau uhang Kincai, urang Madura, wong jowo dan orang Minang semakin mudah untuk dikenal pasti.
baru abis nie baca journalnya si Fazli.....begitulah En. Fazli kehidupan saudara kita diseberang, berbeza sungguh dengan kehidupan kita disini. Saya tuh kalo balik ke Bukit Tinggi ziarah sanak-saudara disana pun sama macam tue, tapi sebab dah biasa tak der hal sangat.
BalasPadamtetapi harus kita pikirkan mengurus 250 juta rakyat tak sama mengurus 22 juta rakyat.....
*Insyallah kalo masa! cuti panjang! kita ke Sumbar!...tengok Malim Kundang, Ngarai Sianok, ke Danau Maninjau....gaya kehidupan orang Minang di Sumatra Barat tak jauh berbeza dengan gaya Orang2 di Negeri Sembilan (den orang Nogori)...heheheh
saya pon asal dari sumbar. tapi datok dan nenek aje.ibu dan saya di lahirkan d sini slgor,saya dah pgi empt kli smua tpat memg rancak tmpt nya..rasa nak pgi lagi,mudahan akan smpai waktu itu
Padamterima kasih sebab baca jurnal saya sampai abis. Serius ke nie nak ajak ke Sumbar?. Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.
BalasPadamterima kasih sebab baca jurnal saya sampai abis. Serius ke nie nak ajak ke Sumbar?. Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.
BalasPadamYa..harap-harap maklum jika banyak kurangnya...fasiliti, infrastruktur...
BalasPadamSebenarnya ini tantangan bersama untuk majukan puak Melayu..
Jika M'sia, Brunei dan S'pura sahaja yang maju..berapa jumlah Melayu disini dibanding Melayu majoriti di rantau ini? Jadi sebenarnya Melayu belum lagi maju dan makmur.. hanya karena melihat kondisi 3 negara tadi yang lebih stabil dan prosperous..tapi coba lihat Melayu di Sumatra, Kalimantan, Sulawesi, Maluku, Nusa Tenggara belum lagi di Mindanau dan Pattani ?
(Baru sadar ni rantau Nusantara memang luaaaaas sangat)
Nah..jom kita berkongsi buat kemajuan bersama
Akanku bantu saudaraku rumpun Melayu selagi terdaya. Aku rela berpadu tenaga. Demi Melayu.
BalasPadamTo : Mohammad Fazli
BalasPadamSalam hangat,
Nama Saya Akhmad Zukhri, 35 tahun, sekarang bekerja di Bank Century Cabang Jambi. Saya berasal dari Desa Seleman, Kecamatan Danau Kerinci Kabupaten Kerinci. Rumah Saya dekat Jembatan Desa Seleman, Kakak-kakak saya juga ada yang bekerja di Malaysia. Bahkan salah seorangnya telah menikah dengan penduduk asli Malaysia. Saya sangat senang membaca pengalamanmu yang begitu jujur dan apa adanya mengenai Kampung kelahiranku. Mungkin kemarin kita tidak sempat ketemu karena Saya ada di Jambi, tapi lain kali Saya harap kita bisa ketemu langsung. Kalau mau kontak saya : zoekhrie@yahoo.com atau zoekhrie@hotmail.com. Nomor Telepon : +628127400956 (HP) atau +62741-7551600 (Telp.Kantor). Terima Kasih atas perkenalan ini. See you next time.
Salam hangat,
AKHMAD ZUKHRI
Salam hangat juga dari saya... Ini kali kedua saya terima respon dari anak kerinci yang terbaca kisah saya. Pertama: Seorang anak kerinci yang berkerja di sebuah kilang (perusahan) di Johor. Katanya dia dari Desa Sanggaranagung. Kami sempat berjumpa sekali tapi sayangnya kini terputus hubungan. Kedua: Saudara Akhmad Zukhri. Terima kasih kerana sudi baca dan terus sudi kenal. Kalau ada kesempatan waktu, saya mahu ke kerinci lagi. Mungkin nanti boleh jumpa disana, dan mungkin juga kita bisa berjumpa di Malaysia saat Mas Zukri kemari. see u
BalasPadamassalamualaikum..salam kenal dari rewel kincai seleman..
BalasPadamsalam kenal... sekarang ini kamu ada di mana? Seleman atau Kampung Kemensah atau Kampung pasir?
BalasPadamaku sekarang di taman melawati
BalasPadamMenarik sekali cerita saudara. Saya juga akan ke daerah tersebut melalui Padang pada akhir Mar 2011. Maklumat yang sdra berikan memberikan panduan kepada saya untuk menjejaki ahli keluarga disana.
BalasPadamAsmlkum saya sangat teruja dengan catatan perjalanan sdr ke Lembah Kerinci rasa2 ingin saya turut serta tapi bilakah sdr akan mengembara lagi? Sudilah kira sdr menghubungi saya melalui Email (lourve@streamyx.com) saya tinggal di Batu Caves rasanya tak jauh dari tempat tinggal sdr. Jika boleh saya ingin bertemu dengan sdr dan berbual dengan lebeh terperinci lagi t.k......Abang Aziz.
BalasPadamAssalamualaikum..agak terbaek kan kat sana..alhamdulilah sy pun da smpi ke sana utk mjejak saudara..perjalanan dr dumai ke kerinchi smemangny meletihkan tp hasilny cukup lumayan..sy pergi bsama keluarga pd tahun 1999..bru2 lps SPM, so xdak lar berani sgt nak jelajah mmana..guna rupiah pun tkial-kial..hehehe.sejuk cuaca,sejuk lg mata mmandang bukit bukau gunung ganang padi menghijau..penginapan sperti biasa lar,nama pun mjejak saudara, so xdak lar isau sgt..paling gempak air hangat kat sana, terbaek..KERINCHI tggu aku dtg lg..
BalasPadamAlhamdulillah dah sampai. Seth, orang kerinci kah?
PadamAssalamulaikum
BalasPadamFazli... ape kabar sihat ke ni aq la Rosdi bile kite pgibkincai lagi.skang aq kat malaysia ni kat selangor/ulu klang/kg pasir.
Terimakasih banyak, saya ucapkan kepada Mbah Suro atas bantuan anka togel yg di berikan saya alhamdulillah benar2 tembus, berkat bantuan Mbah saya sudah bisa melunasi semua hutang2 saya sama tetangga bahkan saya juga sudah punya modal sedikit buat usaha kecil-kecilan, sekali lagi terima kasih banyak Mbah atas bantuannya kpd saya.. Jika anda ingin seperti saya hubungi aja beliau di nmr 082 354 640 471 atas nama Mbah Suro Ninggil........
BalasPadamNURHAYATI TKW DI MALAYSIA
BalasPadamLewat internet ini saya mengutarakan
ucapan terima kasih saya kepada MBAH DEWA
yang telah membantu kehidupan keluarga saya
dulunya saya Cuma seorang buruh kasar yang
bekerja di salah satu kebun kelapa sawit
milik : tuan H. BADRUN
di daerah malaysia penghasilan saya
perhari Cuma 55ribu rupiah,hanya pas pasan
untuk mengecukupi kehidupan keluarga saya
Alhamdulillah sekarang Sejak saya bergabung
jadi member_ MBAH DEWA BHARATA_
dan ini. Kemenangan saya yg Ke 3X
Kemarin Di kasih lagi.4D togel malaysia benar-benar tembus...
impian saya selama ini sudah jadi kenyataan.
Alhamdulillah Kehidupan keluarga saya pun
jauh lebih baik dari pada sebelumnya.
Buat saudara bapak/ibu yang ingin mendapatkan
REJEKI melalui jalan TOGEL..atau yg sdh bosan dgn kemiskinan
Hub: MBAH DEWA BHARATA Di:( 082 316 555 388- )
atau Klik Situs resmi kami. di bawah ini.....
http://angka-dewa88.blogspot.com
di jamin anda akan bahagia dengan keluarga
yang punya rumah salam jackpot & damai selalu
As salam...
BalasPadamSaya juga merancang (sejak 5 tahun yan lalu) untuk menziarahi dan menelusuri kehidupan keturunan Kerinchi saya di Sg Penuh.
Tak banyak yang saya tahu tentang keturunan Kerinchi saya melainkan ibu saya masih asli kerinchi. Keturunan saya sudah lama di Malaysia. sejak moyang saya sebelah ibu saya lagi.
Mohon info dan kabel utk ke sana. Mungkin Desa Seleman itu adalah suku Suliman yang diberitahu kepada saya. Sebab arwah datuk saya dikatakan dari suku Jujun manakala nenek saya suku suliman.
email saya di ress6282@gmail.com ataupun fb saya di Ressay Damahum.
TQ
Maaf Pengarang..
Padamsaya lupa nak maklumkan nama saya..
saya reply dan hantar post ini di computer meja di tempat kursus saya... so tak dapat nak masukkan profil lain kecuali TANPA NAMA...
Muhamad Yasser
saya dah follow google+ saudara...
017-3468041 ini nombor hp saya
kampungku seleman... tiap tahun balik.... tahun ni balik lgi... hahaha... you tak nak datang ke...
BalasPadamkisah 2006, tapi sekarang 2018.. 12 tahun sudah kenangan ini,, salam selalu buat abang fazlie..
BalasPadamDamai sejahtera bagi Anda semua, saya mrs. Puspita Ismaya dari Balikpapan di Indonesia. Saya sangat senang karena saya mendapat pinjaman dari Perusahaan Pinjaman Rika Anderson.
BalasPadamSaya tidak pernah percaya bahwa saya bisa mendapatkan kredit online, semua pujian ditujukan kepada Yang Mahakuasa, saya mendapat kredit sebesar Rp80.000.000 beberapa hari lalu dari ibu dari CEO RIKA ANDERSON LOAN COMPANY.
Saya harap Tuhan banyak dari mereka semua, saran saya bagi mereka yang mencari kredit internet harus sangat berhati-hati karena ada pemberi pinjaman, silakan hubungi RIKA ANDERSON INVESTMENT email rikaandersonloancompany@gmail.com. Whatsapp +1(929)526-0086 Anda juga dapat menghubungi saya di puspitanismaya@gmail.com
KESAKSIAN: Puspita Ismaya
NEGARA: Balikpapan di Indonesia
PINJAMAN: Rp80.000.000
puspitanismaya@gmail.com
PERUSAHAAN PINJAMAN RIKA ANDERSON
Situs web: www.rikaandersonloancompany.webs.com
email: rikaandersonloancompany@gmail.com
Panggilan Langsung/Whatsapp: +1(929)526-0086
Layanan Pelanggan Whatsapp: +1 916 448 1012
Salam...bg fazli..bg dok mane skrg
BalasPadam