بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Kalau pergi ke JOHOR........

Tulisan ini hanyalah untuk menyatakan kekeliruan yang mungkin timbul dari judul diatas.
Hujung minggu lalu, jiran saya seorang wanita tua memaklumkan pemergiannya ke Segamat, Johor selama beberapa hari kerana mengikut rombongan peminangan. Dan kini setelah kepulangannya ke Kuala Lumpur, dia memberitahu bahawa dia dan rombongannya tidak sampai ke Johor, sebaliknya hanya sampai di Segamat. Saya keliru mendengar penjelasannya lebih-lebih lagi bila dia bertegas menyatakan Segamat bukan sebahagian dari Negeri Johor. Alasannya,  rakan  beliau  di Segamat memberitahu  bahawa masih terlalu jauh untuk sampai ke Johor. Mendengar cerita lanjut darinya, barulah saya faham perempuan ini merupakan mangsa kekeliruan.
Peringatan kepada sesiapa yang berada diluar Negeri Johor:- Harap maklum sekiranya anda berada di mana-mana daerah di Negeri Johor, judul diatas sekiranya dituturkan rakan anda, maknanya dia merujuk kepada Johor Bahru, Ibu negeri Johor. Sudah lazim orang-orang di Johor menyingkatkan kata Johor Bahru kepada Johor sahaja. Seperkara lagi, orang-orang Johor yang mahu ke mana-mana bandar berhampiran lazimnya tidak akan menyebut nama bandar tersebut tetepi hanya menyebut; 'mahu ke bandar',
Inilah antara keunikan yang terdapat di negeri kelahiran saya. Silakan......