بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Kalau pergi ke JOHOR........

Tulisan ini hanyalah untuk menyatakan kekeliruan yang mungkin timbul dari judul diatas.
Hujung minggu lalu, jiran saya seorang wanita tua memaklumkan pemergiannya ke Segamat, Johor selama beberapa hari kerana mengikut rombongan peminangan. Dan kini setelah kepulangannya ke Kuala Lumpur, dia memberitahu bahawa dia dan rombongannya tidak sampai ke Johor, sebaliknya hanya sampai di Segamat. Saya keliru mendengar penjelasannya lebih-lebih lagi bila dia bertegas menyatakan Segamat bukan sebahagian dari Negeri Johor. Alasannya,  rakan  beliau  di Segamat memberitahu  bahawa masih terlalu jauh untuk sampai ke Johor. Mendengar cerita lanjut darinya, barulah saya faham perempuan ini merupakan mangsa kekeliruan.
Peringatan kepada sesiapa yang berada diluar Negeri Johor:- Harap maklum sekiranya anda berada di mana-mana daerah di Negeri Johor, judul diatas sekiranya dituturkan rakan anda, maknanya dia merujuk kepada Johor Bahru, Ibu negeri Johor. Sudah lazim orang-orang di Johor menyingkatkan kata Johor Bahru kepada Johor sahaja. Seperkara lagi, orang-orang Johor yang mahu ke mana-mana bandar berhampiran lazimnya tidak akan menyebut nama bandar tersebut tetepi hanya menyebut; 'mahu ke bandar',
Inilah antara keunikan yang terdapat di negeri kelahiran saya. Silakan......

11 ulasan:

  1. mungkin daerah Segamat termasuk dlm. Negeri Sembilan kot!.....kita yg kat NS juga kalo citer pasal Segamat, mesti teringat Gemas.....kan dekat2...hehehe...

    BalasPadam
  2. Segamat dalam Negeri 9 tu sejarah lama.............. Apa ada ket Gemas? Stesen keretapi?

    BalasPadam
  3. Assalaamualaikum Sdr Ilzaf, dan salam kenal dari seorang "veteran" asal Muar heheheh ...(ye..bukan Johor!) Terima kasih Ilzaf sudi menjengok-jengok ruang PakDhe ini. (Nota: Jawa saya masih piau, dan merasa sangat selesa kalau ditegur dengan panggilan itu). Ruang multiply memang tak seumpamanya ... masih sekosong-song dari mula buka sampai sekarang. Entah bila nak mula rajin nulis macam rakan-rakan multiply lain tak tau lah. PakDhe ni nampaknya suka merayau-rayau ke tempat orang lain sebab bagi saya membaca adalah lebih rengan dari menulis. Lagipun membaca tulisan tuan-tuan semua dapat lah saya mengikuti perkembangan yang sedang berlaku dalam dunia orang muda ... maka adalah harapan minda tua PakDhe ini terbuka sedikit.

    Ha ha ha! Johor ... Johor. Alahaii! Dari tahun "not" sampai sekarang ni rupa-rupanya tak habis-habis masalah kekeliruan "Johor" tu bermaksud "Johor Bahru". Orang luar Johor memang tak akan paham selagi tak diberitahu keanehan perkara ini. Awal tahun 60han dulu (huui lamanya), waktu mula-mula duduk di English College Hostel, satu petang seorang senior sudah ajak PakCik tengok wayang cerita P.Ramlee.

    "Kau beli tikit wayang. Aku beli tikit bas ke Johor, ok?" Senior itu kata.
    "Ke Johor? Kenapa ke Johor?"
    "Eh . Panggung REX kan kat Johor? Engkau ingat kat Jalan Sungai Cat ke, sebelah hostel ni?"
    "Yang aku tau Rex tu kat Jalan Wong Ah Fook..."
    "Ya lah .. kat Johor lah tu ... ngok! Kampong betul lah freshie ni."

    Agaknya biar PakCik sampai betul-betul paham, sedara asal Pontian itu huraikan lagi dengan memberi contoh.

    "Kalau kau kat Jalan Larkin sekalipun dan kau nak ke pos opis, kau kena bagitahu teksi kau nak ke Johor."

    Beitulah kisahnya orang Johor ... yang tak reti-reti nak jalan "terus" .. asik nak "tegaaak" aja ek?

    BalasPadam
  4. Assalaamualaikum Sdr Ilzaf, dan salam kenal dari seorang "veteran" asal Muar heheheh ...(ye..bukan Johor!) Terima kasih Ilzaf sudi menjengok-jengok ruang PakDhe ini. (Nota: Jawa saya masih piau, dan merasa sangat selesa kalau ditegur dengan panggilan itu). Ruang multiply memang tak seumpamanya ... masih sekosong-song dari mula buka sampai sekarang. Entah bila nak mula rajin nulis macam rakan-rakan multiply lain tak tau lah. PakDhe ni nampaknya suka merayau-rayau ke tempat orang lain sebab bagi saya membaca adalah lebih rengan dari menulis. Lagipun membaca tulisan tuan-tuan semua dapat lah saya mengikuti perkembangan yang sedang berlaku dalam dunia orang muda ... maka adalah harapan minda tua PakDhe ini terbuka sedikit.

    Ha ha ha! Johor ... Johor. Alahaii! Dari tahun "not" sampai sekarang ni rupa-rupanya tak habis-habis masalah kekeliruan "Johor" tu bermaksud "Johor Bahru". Orang luar Johor memang tak akan paham selagi tak diberitahu keanehan perkara ini. Awal tahun 60han dulu (huui lamanya), waktu mula-mula duduk di English College Hostel, satu petang seorang senior sudah ajak PakCik tengok wayang cerita P.Ramlee.

    "Kau beli tikit wayang. Aku beli tikit bas ke Johor, ok?" Senior itu kata.
    "Ke Johor? Kenapa ke Johor?"
    "Eh . Panggung REX kan kat Johor? Engkau ingat kat Jalan Sungai Cat ke, sebelah hostel ni?"
    "Yang aku tau Rex tu kat Jalan Wong Ah Fook..."
    "Ya lah .. kat Johor lah tu ... ngok! Kampong betul lah freshie ni."

    Agaknya biar PakCik sampai betul-betul paham, sedara asal Pontian itu huraikan lagi dengan memberi contoh.

    "Kalau kau kat Jalan Larkin sekalipun dan kau nak ke pos opis, kau kena bagitahu teksi kau nak ke Johor."

    Beitulah kisahnya orang Johor ... yang tak reti-reti nak jalan "terus" .. asik nak "tegaaak" aja ek?

    BalasPadam
  5. Waalaikumsalam. Salam kenal untuk Pakdhe juga. Nama saya Fazli, ilzal dieja terbalik. Harap maklum. Ohh, Pakdhe ni orang Muo ke? kabare wak.... ? Asal dari kampung mana ? lama tak jalan-jalan kat Muo.

    BalasPadam
  6. Semasa masih belajar di Kuching Swak, saya masih ingat kali pertama ingin ke bandar Kuching dari Kota Semarahan. Pemandu bas bertanya, "hendak pergi ke mana?" Dan saya menjawab, "hendak ke bandar". Lalu, pemandu tersebut menyahut, "Oh, hendak ke pasar.." Ingatkan pemandu tersebut tersalah dengar jawapan saya, lalu saya ulangi bahawa saya hendak ke bandar, bukan ke pasar. Pemandu tersebut menjawab, "Ah..auk lah, ke pasar lah tu".

    Sedang saya masih kebingungan dengan jawapan pemandu tersebut, penumpang disebelah saya menjelaskan bahawa, dalam Bahasa Melayu Sarawak, 'pasar' = 'bandar/pekan'. Ohhhh...patutlah pemandu tu kata saya nak ke pasar. :)

    BalasPadam
  7. Hahahha.....Anehkan !!!!... macam-macam dialek yang ada dalam rumpun nusantara ni. walaupun kita macam faham bila dengar perbualan pihak lain, tapi tak semestinya pemahaman kita tu betul.

    Pengalaman saya ketika di Kerinci, Jambi (Indonesia), Bahasa orang disana tu bunyinya pelik, tapi bile dengar satu persatu perkatan yang diorang ucap, rasanya sama dengan BM yang biasa kita tuturkan. Tapi sebenarnya maksud diorang tu lain. Contoh :- "Ptang (petang) akau sampai" maksudnya: "semalam aku sampai". satu lagi contoh:- "akau gin pasar" maksudnya: "aku pergi bandar/kota" bagi orang-orang di Kerinci pun, bandar = pasar.

    BalasPadam