بسم الله الرحمن الرحيم
Selamat Datang
Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.
Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.
Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.
Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.
Sekian. Selamat memabaca
Tentera Malaysia diserang..?
Rabu, 10 Januari 2007: Laporan awal Buliten Utama, TV3 menyebut sepasukan tentera darat Malaysia yang bertugas mengawal pos sempadan diserang di perbatasan Malaysia - Thailand dekat Gubir, Kedah hari ini. 4 orang tentera pelbagai pangkat cedera dalam serangan bom yang dilakukan 'tentera musuh' yang belum dikenalpasti. Jurucakap tentera Thailand menolak pihaknya terlibat dan berjanji menjalankan siasatan keatas insiden itu. Bercakap dalam nada membela pihaknya, beliau menyifatkan insiden itu sebagai kemalangan bukannya serangan.
Semoga tentera Malaysia sentiasa bersedia diatas segala kemungkinan tanpa terpancing sedikitpun dengan dalih 'musuh'
Siapa yang menyerang?
BalasPadammusuh yang belum diketahui
BalasPadamduuh.. semoga tidak ada kejadian seperti ini lagi ya
BalasPadam