Sebagai anak Johor, saya (secara peribadi) mengucapkan TERIMA KASIH kepada pemerintah Indonesia yang turut prihatin terhadap bencana banjir besar yang melanda Johor ketika ini. Akhbar (koran) Berita Harian, 20 Januari 2007 melaporkan pemerintah Indonesia turut menyampaikan bantuan berupa ubat, makanan dan selimut yang semuanya bernilai RM396,191. Bantuan yang dihantar menggunakan pesawat milik Tentera Udara Indonesia tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai, Johor semalam dan diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kelaurga dan Masyarakat Negeri Johor, Dr. Rubiah Kosai. Di kesempatan ini, saya juga turut berterima kasih kepada pihak-pihak lain yang turut menyampaikan bantuan.
Situasi terkini, air banjir masih belum surut di beberapa daerah walaupun keadaan cuaca semakin baik sejak beberapa hari yang lalu. Setakat hari ini, tinggal sekitar 53,000 mangsa yang masih berada di pusat-pusat pemindahan. Untuk rekod, banjir kali ini merupakan yang terburuk dalam sejarah dan kali pertama melibatkan kesemua lapan daerah seluruh Johor.