Apa lagi yang dapat dilafazkan selain rasa gembira dan penuh bangga buat dua anak Malaysia ini. Tahniah buat keduanya kerana berjaya menjadi calon Angkawasan Pertama Malaysia (First Malaysian Astronaut) untuk diterbangkan ke stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS). Cetusan idea mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 satu masa dahulu kini terlaksana. Mimpi yang dulunya sekadar anganan kini jadi kenyataan. Malaysia kini menjadi negara pertama di rantau Asia Tenggara yang dapat menghantar rakyatnya meneroka ruang cakerawala. Lebih manis, Malaysia juga mampu mendahului Korea Selatan. Selain itu, keberangkatan salah seorang dari mereka ini bakal menjadi pelopor kepada usaha penetapan arah kiblat dan waktu sembahyang (termasuk waktu berbuka puasa) bagi umat islam di angkasa lepas. Sayang sekali, walaupun kedua mereka layak manjadi angkasawan negara, hanya satu yang bakal dihantar ke orbit dari pangkalan di Rusia pada awal Oktober depan.
Satu rancangan di RTM1 pada hari khamis lepas bertajuk Bersama Menteri telah mengulas tentang kejayaan ini. Menurut menteri yang terlibat, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis, istilah ‘angkasawan’ kini sudah diterima di seluruh dunia sebagai merujuk astronaut dari Malaysia. Selain ulasan menteri, rancangan ini turut menerima banyak pandangan daripada penonton yang rata-rata menyokong usaha baik ini. Bagaimanapun, saya tertarik dengan pandangan dua penonton terakhir yang antara lain (1) mendakwa kononnya terdapat segelintir cerdik pandai agama yang hanya tahu mengkritik dan (2) Kononnya program ini satu pembaziran kerana Malaysia seharusnya menggunakan kemudahan di negara sendiri bukannya menumpang kemudahan negara lain.
Menjawab kritikan tersebut, menteri bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi itu bijak mengubah situasi dari isu yang berbau politik (kerana cuba dimainkan pengacara) kepada isu umum yang bersifat natural. Menurut Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis, Pandangan kononnya Islam mengajar umatnya agar cukup sekadar percaya kepada kebesaran alam tanpa perlu melihatnya adalah salah sama sekali. Menurutnya, pandangan itu hanya dalil palsu yang dicipta barat untuk menidakkan kemampuan orang Islam. Tambah beliau lagi, tidak perlu ada sesiapa pun berhak rasa membazir terhadap program ini kerana katanya, setiap seribu langkah bermula dengan langkah pertama. Mungkin satu hari nanti angkasawan-angkasawan Malaysia yang bakal muncul selepas ini sudah mampu menggapai bintang menggunakan kapal angkasa milik Malaysia sendiri. Siapa tahu?
Tahniah untuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Kapten Dr Faiz Khaleed
"angkasawan" pls refer my blog ... spaceflight participant sajork
BalasPadamya... :-) untuk penerangan yang lebih rinci....
BalasPadamhabihh lee income tax kita berapa juta tuh....
BalasPadamemm.. mungkin juga.. tapi takpelah.. untuk kejayaan pertama.
BalasPadamagak2 lepas dah jadi astronaut, ape langkah diorang seterusnya? kembali ke Malaysia atau terus berkhidmat dgn NASA etc. ? or sambung balik career masing2 sebelum ni?
BalasPadamSaya juga begitu Faz turut sama merasa bangga walau kita hanya menumpang . Ini adalah titik permulaan dalam Teknologi Angkasa Negara.
BalasPadamPenghantaran angkasawan ini membuatkan kita selangkah kehadapan dlm bidang perubatan & BioScience. Sebagai orang terbabit secara langsung dlm BioScience saya ternanti-nanti apakah penemuaan yg bakal diperolehi oleh 2 orang angkasawan muda kita ini. Syabas.
Datuk JJ dah ada plan untuk diorang selama dua tahun selepas tu. Tak tahulah apa plannya... tunggu dan lihat. Tapi harap2 ada kebaikan untuk negara
BalasPadamOhh ye ke? tak apply jadi calon ke masa tu?. patutnya En. Jim pun apply sama. Takpe, mungkin satu hari nanti En. Jim pun berpeluang jadi 2nd astronaut. Insya Allah.
BalasPadamSama-sama kita doakan kejayaan misi ini. Usaha yang baik kita sokong.
kalau lah saya di beri peluang! tak tahu lah! rasa cemburu juga kepada mrk berdua nie... tapi dah rejeki mereka kan. Mungkin juga mereka bukan calon2 yg cukup sesuai di hantar untuk membuat Medical Experiment mahupun Bioscience Experiment. ....tapi sesungguhnya ini adalah Langkah Pertama.
BalasPadammungkin ada experimen lain yang tidak kita ketahui. Asalkan untuk kepentingan negara, kita doakan sajalah..
BalasPadambaru baca NST hari ni di muka 18. Nampaknya macam ada pelakuan double standard dari NASA.
BalasPadam