بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





PASCA PILIHANRAYA: Politik balas dendam jauhkan rakyat dari Kerajaan Pusat

Sebentar tadi berlangsung satu majlis kesyukuran  yang dianjurkan wakil rakyat kawasan Lembah Pantai yang baru.  Saya diberitahu,  Majlis tersebut bakal berlangsung di sebuah dewan terbuka di Dataran Sri Angkasa, Pantai Dalam dekat sini. 'Alhamdullillah, makan free malam ini', kata saya.

Tepat jam sembilan, saya ke dewan yang dimaksudkan. Malangnya saya berasa hairan kerana dewan yang dikatakan bakal berlangsung majlis itu kelihatan lengang. Terdetik dalam hati 'Adakah majlis ini dibatalkan? adakah Wakil Rakyat baru tergamak memperbodohkan rakyat?'

Mujurlah saya terlihat sekumpulan orang ramai riuh rendah di sebuah blok perumahan tak jauh dari dewan yang dimaksudkan. Semakin dekat, semakin jelas suasananya.  Semakin kelihatanlah ribuan orang sedang berpusu-pusu ke blok perumahan tersebut untuk menikmati makanan yang disediakan sambil mendengar amanat wakil rakyat baru, Puan Nurul Izzah Anwar. Rupanya majlis hanya berlangsung di satu lorong belakang. Bukan di dewan sebagaimana yang dijanjikan. 

Majlis yang dimulakan dengan doa selamat itu turut dihadiri wakil Pas dan DAP setempat. Turut diundang, beberapa pertubuhan UMNO kawasan sekitar. Saya sempat berbual-bual dengan beberapa rakan Pas yang ditemui tentang perpindahan lokasi ini . Jawapannya memang telah saya duga, Pihak berkuasa tempatan (DBKL) yang dikuasai kerajaan pusat telah melarang dewan itu digunakan dalam majlis tersebut dengan alasan yang boleh dipertikaikan.  Hanya kerana pembangkang menang di Lembah Pantai.

Hairan sungguh, dewan yang selalu digunakan untuk majlis-majlis bersama rakyat yang dianjurkan pemimpin UMNO sebelum ini tanpa mengira masa, kini terpaksa 'dikunci' setelah pembangkang memenangi pilihanraya kawasan setempat. Terfikir seketika, Adakah kerajaan tidak ikhlas dalam memenuhi kehendak rakyat biarpun kemudahan yang disediakan itu dibina menerusi dana yang disumbangkan rakyat sendiri melalui kutipan cukai?.

Saya yakin, tindakan balas dendam kerajaan kepada penduduk Lembah Pantai bukan menyebabkan rakyat serik dan akan memilih kerajaan untuk PRU akan datang, tapi sebaliknya menjadikan rakyat semakin jauh daripada mendampingi wakil-wakil mereka.  

Taktik balas dendam kerajaan seperti ini sebenarnya memakan diri sendiri. Percayalah.

3 ulasan:

  1. Lumrah alam.....
    jika PKR/DAP/PAS menerajui negara mungkin terjadi hal yg sama....hi hi

    BalasPadam
  2. hanya andaian. Tak semestinya benar. Kita tunggu dan lihat situasi di 5 negeri

    BalasPadam
  3. demonstrasi jalanan dibolehkan jika pembangkang menang! ayuh....he he he he

    BalasPadam