بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Pantai Dalam, Kampung Kerinci

Tak sadar sudah 3 tahun saya jadi warga tetap kawasan ini. Antara tempat terkumuh di pinggir Kuala Lumpur. Kalau sebut Kampung Kerinci, saya pasti siapa saja warga tua di segenap pelusuk Kuala Lumpur akan tahu di mana lokasinya. Kalau yang muda, barangkali sudah ramai yang tak kenal kerana ketika ini dah tak ada lagi suasana kampung. Suasananya sudah musnah. Warga tua sudah pindah. Ketika ini tempat ini kembali memakai nama yang lebih umum. Pantai Dalam. Dengarnya sekarang, generasi muda sudah memanggilnya Bangsar South.
Kampung Kerinci mendapat namanya dari pembukaan tanah dan penghijrahan orang-orang dari Kerinci. Di manakah tempat yang bernama Kerinci itu? Kepada yang belum tahu, Kerinci merupakan salah sebuah kabupaten (daerah) dalam Provinsi Jambi, Sumatera.  Mungkin itu sajalah sejarahnya pada pandangan umum. Kononnya pembukaan Kampung Kerinci oleh orang-orang Kerinci hanya sebuah sejarah.
Sebenarnya tidak. Sebenarnya ia bukan sekadar sejarah. Tapi ia proses berterusan. Walaupun kampung kepada orang-orang dari Kerinci itu sudah tidak ada, generasi Kerinci tetap ada. (malah diduga semakin bertambah). Jangan fikir bila kedua wilayah yang terpisahkan Selat Melaka ini berbeza pemerintah, interaksi itu terputus. Pandangan itu tidak benar sama sekali.
Sejak menghuni Pantai Dalam barulah saya tahu, sebenarnya saban minggu ada saja generasi baru orang Kerinci, dari pulau seberang mendarat. Makin hari makin ramai. Tak pernah pupus bahasa Uhang Kincai di sini. Sejak Malaysia merdeka, dari generasi ke generasi tetap berlanjutan dominasi mereka biarpun awal kedatangannya berstatus pendatang haram.  
Dari awalnya sebagai pendatang, menginap sementara di rumah saudara sedarah yang sudah lebih dulu tiba di sini - mengharap tuah saudaranya yang sudah jadi warganegara - gunakan kabel politik yang diwakili kerabat, akhirnya belum cukup sepuluh tahun dia sudah ganti kewarganegaraan. Sudah dapat IC biru. Dan nanti anak-anak mereka secara sah akan jadi warga Malaysia lahiriah.
Anaknya itu pula bakal lakukan proses serupa, beri perlindungan kepada saudara dari seberang  yang baru mendarat, bantu sebaik mungkin hingga saudaranya itu jadi warga di bumi bertuah ini.
Tak hairanlah baru-baru ini, projek perumahan untuk rakyat di kawasan ini dibolot uhang Kincai semua.  Anak-anak perantau Johor, Kelantan, Kedah, Perak, Sabah dan Sarawak terpinggir tak terbantu. Gigit jari melihat mudahnya warganegara klon itu mendapat layanan kelas satu.

35 ulasan:

  1. kenalah nampaknya anak perantau luar kawasan , bersaing secara sengit dgn mereka ini ...
    guna kabel pun boleh .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak tempatan pemalas dadah

      Padam
    2. Anak tempatan pemalas dadah

      Padam
    3. yang mendatang tak diundang tu pulak rasuah orang orang tempatan, pakai lesen orang local nak meniaga. bacul betul. kata banyak duit? ikut la law malaysia. kami byar cukai, bayar lesen kau senang senang datang sapu job. gila ke ape? nak aku lemapang aje muke kau ni.

      Padam
  2. Mau komeng kayak gimana Pak?

    Tadi pertamax sudah anda ambil

    BalasPadam
  3. Hlaaaaahhh...klimax sudah diembat juga

    BalasPadam
  4. Betullll.......tapi kalau mau serius pak...selama Malaysia tetap dianggap surga menarik, pasti mereka akan terus berdatangan.

    BalasPadam
  5. saya pandang dari sudut ... kedudukan kita bagaikan roda . satu ketika diatas dan suatu masa nanti pasti dibawah , itu dah memang jadi hukum alam ini . masa kini Malaysia bak syurga bagi warga Indo , tapi satu masa nanti mungkin ekonomi global akan berubah habis , lalu Indonesia pula bakal jadi bak syurga bagi org Malaysia dan warga Barat . Ketika itu , perkara sebaliknya pasti berlaku juga .

    BalasPadam
  6. Intinya, tidak ada yang abadi didunia ini Pak...itu saja.

    Kesian pak, yang punya lapak kita OOT-in melulu..wkwkwkwkwkwkww

    BalasPadam
  7. maaf ya tuan Fazli .. keterlaluan pula berbual di ruangan ini ..

    BalasPadam
  8. Huehehehehehe...ayo pindah-pindah....

    Dia sudah restui ajang per-OOT-an ini kok Pak, jadi jangan khawatir

    BalasPadam
  9. rmh flat lama satu bilik, sebahagiannya masih utuh. penghuninya tidak mahu terima tawaran pemaju utk dibangunkan Tmn Kerinci...mereka mahukan tawaran yg lebih lumayan, walaupun di tawarkan rumah 3 bilik.alasan mereka Tmn Kerinci punya harga tanah yg cukup mahal kerana lokasinya di kawasan kotaraya ( bersebelahan Angkasapuri, Menara TM, Menara TNB, Pantai Medical Centre ,UM dan berbagai lagi)...

    BalasPadam
  10. Saya juga tidak mahu berpindah kalau perumahan baru yang ditawarkan itu, keadaannya nanti tidak semakin membaik. Sekurang-kurangnya saya mahu kawasan yang lebih selesa, tidak sesak, punya ruang parkir yang cukup dan dan setidak-tidaknya binaan rumah yang lebih luas. Saya bukan penghuni Flat Kerinci satu bilik.

    BalasPadam
  11. Seawal 80an saya sudah kenal Kg. Kerinci yang ada hanya setinggan (permukiman kumuh) dan flat 17 Tkt. PKNS..."Bangsar South" buljug tuh! ha ha ha....

    BalasPadam
  12. Di Kota Metropolitan ini yg penting berusaha & berebut, tak kira yg asli ato yg klon : ) *ada waktunya cam saya blik kg. motong gotah! gotah mahal!*

    BalasPadam
  13. Hehehe... Encik ke rupanya kat kompasiana tuh...
    tiga hari bulan depan kita nak adakan perjumpaan kompasianer Malaysia, sudi2lah datang. Kita sembang dan berbincang, tapa amarah dan dendam :)

    Salam multiply serta salam kompasianer

    BalasPadam
  14. 3hb? Nampaknya tak dapat. saya ada urusan di luar Kuala Lumpur

    BalasPadam
  15. owh ye ke?
    Sayangnye...

    Insya Allah, ramai kompasianer's Malaysia yang nak datang jugak
    Semoga lain kali boleh berjumpa

    BalasPadam
  16. Walah ndalah, tukang ngebom ada di sini *wakakakaka*
    Kok ndak bilang2 suka nongkrong di mari, Mas? :P

    BalasPadam
  17. Boleh ikut tak?
    Ada makan2 free kan huehue.:-P

    BalasPadam
  18. Nak sangad..
    Nasi krabu ade tak?

    Kite buat kecoh pat sini yg punye lapak senyap je dah tido ke?

    BalasPadam
  19. duhh ada temen kompasiana pulak nih ; )
    amacam Fazli nak turun ka?

    BalasPadam
  20. Encik Fazli kate tak boleh pegi
    Sebab tak de kat KL time tu...

    Encik kalau nak datang, kami alu-alukan :)
    Ada Encik Amin Karim, Insya Allah datang dari Penang :)

    BalasPadam
  21. Insyallah jika punya kesempatan saya hadir.

    BalasPadam
  22. Betul. Dan Allah telah tempatkan tiap suku di daerahnya masing2, berhijrah dan kemudian berkenal-kenalan dengan masyarakat asli. Tapi sayang hujah ini tak berkaitan langsung dengan tulisan saya. Tulisan saya lebih pribahasa, "kera hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan" atau juga berkaitan dengan prinsip "masuk kandang kambing mengembek"

    BalasPadam
  23. masuk kandang Rimau , apalagi kena baham lerrrr

    BalasPadam
  24. Aku pade keckk dok pantao nie. Org indon takde la byk seperti yg diperkatakan. Org kelantan byk la

    BalasPadam